07. KERANA PONTIANAK

Romantic Comedy Series 8220

Safuan memperbetulkan pakaiannya agar nampak rapi sebelum melangkah ke bilik wad Fairuz. Macam mahu berjumpa kekasih hati pula. Bunga dan kotak hadiah di tangan di pegang rapi. Kaki mula melangkah masuk.

“Assalamualaikum.” Safuan melihat sekeliling. Tak ada. Aku Salah bilik ke. Safuan keluar kembali untuk melihat. Betul! Safuan masuk semula ke dalam. Toilet ke.

Tuk! Tuk! Tuk!

“Ada orang ke di dalam. Ha!” Tak ada juga. Tunggu jela. Dia pergi jalan-jalan agaknya.
Setengah jam Safuan menunggu tapi tidak juga kelihatan bayang Fairuz. Habis dah macho, wangi aku. Safuan yang menunggu lama tidak sedar dia akhirnya tertidur.

“Terima kasih.” Fairuz mengucap kata keramat itu selepas di hantar jururawat ke biliknya semula. Mata Fairuz tertancap pada satu susuk tubuh yang terbaring di atas katilnya.

Kerusi rodanya di undurkan kebelakang untuk keluar melihat number bilik. Bilik dia. Nama pun dia. Tapi siapa orang tu. Fairuz menunggu di luar. Tidak berani masuk kerana hanya akan ada dia berdua sahaja di dalam satu balik.

“Fairuz kenapa dekat luar.” Khatijah menegur. Memang mahu melawat Fairuz sebab Safuan sudah bagitahu mahu datang. Jadi datang sekali.

“Tak berani masuk sebab ada orang tak kenal dalam tu” Fairuz menunjukkan ke dalam bilik wad.

Khatijah melihat terbeliak biji matanya “Budak ni!!” laju Khatijah melangkah.. “Safuan!!!”

“Mak! Mak! Sakit!!” terbangun berdiri Safuan memegang telinganya yang sakit di pial oleh Khatijah.

“Yang kamu tidur sini kenapa?”

“Ngantuk tidur la. Tidur pun salah ke” Membalas balik kata Khatijah. Tak sedar akan kesilapannya.

“Memang tak salah tapi kamu tidur dekat mana?”

“Dekat katil la” Safuan melihat katil baru tersedar. “Kenapa Safuan tidur sini?”

“Kamu yang tidur kamu tanya Mak. Pergi basuh muka sana” Khatijah keluar semula untuk membawa masuk Fairuz. “Anak doctor. Maaf Fairuz”

“Oh.. Terima kasih doctor” Fairuz mengunakan kekuatan yang ada untuk naik ke katilnya. Badannya terasa terlalu letih. Mahu baring merehatkan diri. Khatijah yang melihat dengan pantas menolong.

Safuan keluar dari tandas dengan rambut yang basah. (Sila bayangkan Slow motion) Di pusing pusingkan kepalanya ke kiri dan membuatkan air di rambut terpercik mengikut arah pusingan yang dia lakukan.

Fairuz yang melihat sudah tercenggang dengan mulutnya sedikit terbuka. Macam iklan rambut pula.

“Safuan. Kamu ingat sini rumah”

Ketawa halus Fairuz melihat Safuan yang di tegur Khatijah. Hatinya tercuit geli hati melihat Safuan dan Khatijah. Ada juga orang macam ini. Tidak malu bila berdepan dengan sesiapa.

“Baru segar Mak. Maaf Fairuz, Saya tak macho dah. Mak tak ada tuala ke?” Safuan mencari cari tuala. Semua tempat tak ada.

“Fairuz buat tak tahu je. Dia ada putus wayar sejak lahir” Khatijah sendiri malas mahu melayan Safuan.

Safuan membelah tepi rambutnya menongkat dagu memandang Fairuz. “Macam ni pun handsome kan” mata kanan di kenyitkan, senyuman manis di berikan.

Fairuz senyum nipis dan menundukkan pandangannya. Tidak berani bertentangan mata dengan lelaki yang bernama Safuan itu.

“Saya Safuan. Panggil wan boleh panggil Abang boleh. Sayang lagi boleh” Safuan menghulurkan tangannya untuk bersalam perkenalan. Bagi Safuan dia kenal Fairuz tapi tidak bagi Fairuz yang pertama kali berjumpa dengannya.

Geling kepala Khatijah melihat Safuan yang bergurau dan berayat manis tidak tentu masa.

“Fairuz” Fairuz berikan senyuman dan tangan Safuan tidak di sambut. Hanya di pandang,
Safuan yang memahami menarik balik tangannya. Tidak terasa pun. Dia sendiri pun patut tahu. “Maaf”

“Ye tak apa”

“Nanti kalau Saya kawin dengan awak, boleh kan Saya sentuh awak” matanya di kenyitkan sekali lagi sambil memandang Fairuz.

Fairuz melihat Khatijah. Khatijah membuatkan gerak yang anaknya itu mental problem. Fairuz tahu yang Safuan hanya bergurau dengannya. “Anak doctor sakit saraf mata ke? Sebab lagi tadi mata tak henti mengenyit”

Tangan yang menongkat dagu terus terjatuh. Aku kenyit nak ngurat mu la. Bukan sakit mata.

“Aha. Masa dia miang sakit la mata dia tu. Doctor pergi dulu. Berbual la dengan Safuan” Bahu Fairuz di pegang lembut sebelum melangkah pergi. Pintu bilik di biarkan terbuka. Dia tahu Fairuz tidak selesa berduaan dengan Safuan sahaja.

Mata Safuan melihat ke arah mata Fairuz yang menghantar Khatijah dengan hanya pandangan matanya sahaja. Apabila Fairuz mengubah pandangan matanya memandang Safuan baru Safuan melihat tempat lain.

“Saya ada hadiah untuk awak?” Safuan mengambil kotak hadiah yang di letakkan di kerusi. Di hulurkan kepada Fairuz.

Fairuz hanya memandang Safuan dengan mata yang terkebil-kebil. Tidak langsung menyambut pemberian Safuan. Baru pertama kali jumpa sudah dapat hadiah.

“Ambik lah. Tanda saya minta maaf walaupun tidak seberapa” Safuan meletakkan sahaja di atas peha Fairuz. Apabila hadiahnya tidak di sambut. “Bukalah tengok. Harap awak suka. Kalau tak suka bagitahu Saya belikan lain untuk awak”

“Terima kasih” Perlahan lahan Fairuz menarik reben yang mengikat kotak yang cantik itu. Pertama kali dalam hidupnya dapat hadiah. Terasa terharu sangat sehingga Fairuz tidak sedar air matanya menitis keluar.

“Terharu sampai menangis” Safuan lagi tadi senyum melihat Fairuz. Dia sendiri tak tahu kenapa bila melihat Fairuz dengan sendiri bibirnya mengukirkan senyuman. Lagi Fairuz dalam koma dia sudah begitu. Mungkinkah ini di namakan kerana pontianak turun jatuh cinta ke hati. Pontianak dah jadi orang, cun melecun.

Fairuz mengangguk kepala. “Pertama kali Saya dapat hadiah” Kotak di buka dan kain yang sangat cantik dan lembut bersama seutas tasbih berwarna putih terhias cantik di dalam.

Tasbih di gengam lembut sambil jarinya menyentuh kain itu dengan jarinya. Di angkat untuk melihat. Di buka kain itu. Selendang sutera terbentang di hadapannya. “Cantik sangat. Terima kasih”

“Sama-sama” Safuan dapat melihat yang Fairuz betul-betul suka hadiah yang di beri. “Saya pun nak ucap terima kasih sebab sudi maafkan Saya”

“Benda nak jadi bukan salah sesiapa pun” Fairuz melipat kembali selendang putih itu dan di masukan ke dalam kotak semula. Tasbih yang di gengam tidak di lepaskan dan terus di gengam rapi. Hadiah yang di terima di letakkan di dalam laci di sebelah katilnya.

“Nanti awak pakai ye” Safuan melihat tasbih yang di beri melekat di tangan Fairuz. Tergerak hati untuk memberikan tasbih itu sekali dan tidak sangka Fairuz tidak melepaskannya sebaik menerima.

“Ye Insyallah. Safuan duduk la. Jangan diri saja”

“Bila Saya lenguh Saya duduk”

“Yela” Fairuz tidak tahu mahu berbualkan apa dengan Safuan. Pandangannya sentiasa di tundukan. Tidak mahu bertentangan mata dengan Safuan. Terasa malu. Kerana pertama kali bertemu.

Sebaliknya pada Safuan. Langsung tidak di lepaskan pandangannya untuk melihat Fairuz. Lelaki, pantang nampak benda cantik. “Awak dah kawin?”

“Belum” sepatah sahaja di balas.

“Yes!!” Safuan menutup mulutnya. Terlepas di mulut pula. Padahal mahu bersorak di hati sahaja. Biarlah Fairuz tahu pun. “Dah tunang?”

Fairuz mengangguk kepala. Tunang yang dia langsung tidak setuju. Semuanya di paksa.

Pertunangan yang awak langsung tidak merelakan. Betulkan? Saya tahu semuanya. “Saya akan rebut awak untuk menjadi milik saya”

Fairuz terus mengangkat muka melihat Safuan. “Apa maksud awak?”

Safuan mengetap rapat bibirnya kerana terlepas cakap lagi. Dia memang langsung tidak boleh berkata dalam hati. Pasti akan terlepas juga. Sebab itu apa yang di rasa di lepaskan sahaja.

“Saya terus terang. Saya suka awak”

“Oh….” Fairuz sudah di beritahu oleh Khatijah dan Salim yang anaknya suka bergurau. Sebab Itu tidak di ambil kisah langsung.

Oh! Je. Dia ingat aku memain ke. “Nak tanya boleh tak awak”

“Apa?”

“Masa kemalangan. Awak nampak kan kereta Saya kenapa awak melintas juga” Persoalan itu yang sering bermain di fikiran Safuan. Sehingga di fikirkan Fairuz sengaja mahu membunuh diri kerana cuba melarikan diri dari berkahwin dengan bukan pilihan hatinya. Tapi cepat-cepat dia beristifar agar apa yang di fikirkan itu tidak benar.

“Tak la. Saya dah berhenti dekat jalan sebelah. Jauh dari jalan awak. Tapi kena langgar juga” Fairuz memang ingat dia jauh dari kereta Safuan. Tapi tiba-tiba badannya melayang tinggi ke udara.

Safuan cuba mengingati kembali semasa kejadian yang berlaku..

“Ish!! Apa putih tu” Safuan tiba-tiba merasa bulu romanya meremang. Keretanya diperlahankan. Teragak-agak untuk di undurkan semula.

“Kalau aku pusing balik dia ada dekat belakang pula macam mana” semakin lama semakin dekat kereta yang di pandu dengan kelibat putih di hadapannya.

“Aku tahu. Bismillahirrahmanirrahim” Safuan menutup matanya dan menekan pedal minyak dengan lebih dalam.

Salah aku rupanya. Sebab aku anak orang cacat. “Maaf! Saya ingat awak pontianak sebab tu saya langgar”

“Muka Saya macam pontianak ke masa tu” Apa yang Fairuz ingat. Ketika itu dia memang sedang penat berlari. Tak tahu keadaan sendiri bagaimana. Ingatkan lari akan selamat rupanya di sini juga dia.

“Taklah. Saya nampak putih je. Heheheh. Jodoh kita kot nak bertemu” Semakin Serba salah Safuan rasa. Semua kerana kecuainya.

Fairuz hanya mengangguk kecil. Dia terus merebahkan kepalanya di bantal. Terlalu letih dia tidak mempunyai tenaga untuk berbual panjang dengan Safuan.

Safuan yang melihat Fairuz yang tidak bermaya itu mula mendiamkan diri. Di beri ruang untuk Fairuz berehat. Macam-macam sebenarnya ingin di tanyakan. Tapi keadaan Fairuz seperti tidak mengizinkan untuk dia berbual panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience