Tanpa menunggu lama. Sebaik Safuan pergi kerja Fairuz bangun dari kerusinya dan terus ke dapur. Kali ini kayu pengeling di ambil. Di terjah bilik Shila.
Dia mengentuk dinding dengan kayu pengeling. Shila yang melihat Fairuz sudah ketakutkan. Apa yang Fairuz mahu lakukan padanya kali ini.
“Aku tengok, bukan main kau suruh suami Fairuz belikan barang yang kau nak” Fairuz berjalan perlahan lahan dekati Shila. Shila melangkah ke belakang kerana takut.
“Shila minta belikan ubat je. Maaf Shila tak bagitahu Fairuz dulu” terketar suara Shila apabila bercakap memberi alasan agar di terima oleh Fairuz.
“Sebelum ni kau boleh minta dekat Fairuz!! Kenapa sekarang tak boleh!!” almari baju menjadi mangsa libasan Fairuz. Retak pintu almari walaupun hanya satu libasan yang kena.
“Sebab… sebab. Fairuz kan marahkan Shila semalam. Shila tak berani minta Fairuz” semakin kuat getaran suara Shila kerana dia dalam ketakutan.
Fairuz semakin rapat dengan Shila. Shila pula tidak boleh kemana lagi apabila badannya sudah melekat di dinding. “Semalam takut. Hari ni takut tak sayang” Pipi Shila di usap lembut sambil tersenyum.
Shila tidak mampu bernafas kerana ketakutan. Dia hanya mengangguk kepala menjawab persoalan Fairuz.
“Kalau kau tahu takut. Lain kali jangan buat!!” di tarik rambut Shila dan di humban ke lantai. Terbaring Shila dengan tolakan kuat Fairuz.
“Akhhhh!!!!”
Tanpa sebarang amaran Fairuz memijak tangan Fairuz yang di siram air panas semalam. Di tekan sepuas hatinya. Jeritan sakit Shila tidak di hiraukan langsung.
Di pegang wajah Shila agar melihatnya “Aku semalam nak bagi tangan kau putus sebab berani meminta pada suami Fairuz. Tapi sekarang aku ubah fikiran. Aku nak bagi tangan kau patah. biar kau sakit terseksa”
Kayu pengeling di tangannya di jadikan senjata memukul tangan Shila. Shila cuba mengelak tapi dengan pantas Fairuz menarik rambut panjang Shila. Di hantuk ke dinding hingga berpinar biji matanya.
Shila yang terjatuh terduduk, di tolak kasar hingga terbaring semula. Tanpa belas kasihan tangan Shila di pukul bertalu-talu. Jeritan kuat Shila yang kesakitan semakin lama semakin perlahan. Dia tiada mempunyai daya lagi.
Fairuz menyelak rambutnya ke belakang telinga. Dia tersenyum puas. Dengan kaki dia menolak kepala Shila yang antara sedar tidak sedar itu. “Kau cium kaki aku ni” kuat Fairuz ketawa.
“Syura aku dah balaskan untuk kau. Kau nak aku buat apa lagi” Fairuz bercakap sendiri seperti orang tidak siuman. Dia diam seketika melihat Shila dan sambung bercakap semula. “Kau boleh pergi dengan aman” Fairuz terus keluar dari bilik Shila. Di kunci bilik Shila dari dalam dan dia kembali duduk di tempat asalnya tadi.
Shila yang tersedar dari pengsan, merasa tangan kirinya terlalu sakit langsung tidak dapat di gerakan. Dengan kudrat yang ada Shila cuba mengesot untuk mengambil telefonnya. Dia perlu hubungi Safuan sekarang juga. Fairuz sememangnya sudah gila.
Terkejut Safuan apabila menjawab panggilan Shila. Dia dalam keadaan menangis. “Cuba Shila Berhenti menangis. Cakap biar jelas”
“Fairuz pukul Shila!! Tolong Safuan sakit sangat. Tangan Shila tak boleh gerak” Shila mengulangi ayat yang sama kepada Safuan. Kali ini lebih jelas. Lepas sahaja habis berkata Shila kembali menangis semula.
“Saya balik sekarang”
Sebaik sampai Safuan terus melulu ke bilik Shila. Fairuz yang bertanya pada Safuan, kenapa balik awal juga tidak di hiraukan. Fairuz mengikut Safuan dari belakang.
“Awak buat apa dekat Shila?” Tiada sudah panggilan sayang pada Fairuz. Walaupun nada suaranya biasa tapi jelas Safuan dalam keadaan marah.
“Saya buat apa?” Fairuz bertanya balik pada Safuan.
“Awak pukul dia. Kenapa? Apa salah dia” di pandang wajah Fairuz dengan pandangan marah.
“Saya macam ni nak pukul dia. Saya tak sempat pukul dia. Dia boleh lari. Dia lagi senang nak balas balik kalau Saya pukul dia” Fairuz membalas dengan nada marah juga. Tiba-tiba dia di tuduh perkara yang tidak dia lakukan.
Safuan cuba pulas tombol pintu tapi berkunci.
“Tu awak kata saya pukul dia. Macam mana Saya nak pukul dia kalau dia berkunci dalam bilik. Fikir logik jangan main nak menuduh. Saya atau dia isteri awak” Fairuz kembali bersuara. Melihat Safuan tidak perdulik dengan katanya Fairuz kembali semula ke ruang tamu rumahnya.
Hatinya sakit apabila Safuan buat begitu padanya. Di kesat air matanya dengan kasar. Safuan dah lain sangat. Tak macam Safuan yang pernah hidup dengannya. Mungkin Safuan dah penat jaga dia yang cacat ni. Lebih baik dia cari yang lebih sempurna.
Safuan cuba buka pintu bilik Shila dengan kunci pendua dan akhirnya berjaya. Terkejut dia melihat Shila yang terbaring di lantai dan menangis teresak-esak menahan sakit.
“Saya hantar hospital” Safuan menolong Shila untuk bangun. Terjerit jerit Shila kerana sakit setiap kali tangannya bergerak.
Safuan langsung tidak memandang Fairuz ketika lalu di hadapan isterinya itu. Dia terus pergi meninggalkan Fairuz seorang diri. Bertambah laju air mata Fairuz jatuh.
Shila mengadu semuanya kepada Safuan, apa yang telah terjadi. Merah wajah Safuan mendengar apa yang di ceritakan kepadanya. Dia antara mahu percaya atau tidak, tetapi dia lebih memilih mempercayai Shila. Kerana Fairuz telah menipu dirinya yang masih lagi tidak mampu berjalan.
“Kalau Fairuz tidak jujur saya bawa dia pergi check-up. Dia tak akan boleh menipu kalau doctor kata dia boleh berjalan dah”
Shila mengangguk kepala. “Awak kena cepat bertindak. Sampai bila awak nak di tipu” ayat penuh simpati di beri.
“Saya balik dulu” Safuan melangkah pergi meninggalkan Shila bersendirian.
Shila menyandarkan kepalanya di kepala katil. Tidak lama lagi akan terbocor rahsia Fairuz menipu Safuan. Tidak lama lagi Fairuz akan di benci oleh Safuan. Mungkin Khatijah dan Salim tahu, mereka berdua juga akan membenci Fairuz.
Shila ketawa halus bila terbayangkan saat itu. Dan akhirnya dengan mudah dia dapat merampas Safuan dari Fairuz.
sehari dua kali.. nak habiskan cerita ni secepat mungkin..
Share this novel