“Awak. Berhenti!!”
“Kenapa pula berhenti…” Safuan berhenti lalu di tenung wajah Fairuz.
“Awak salah kira. Awak ingat saya tak nampak awak cuba tipu saya.” Fairuz sudah mencekak pinggang marahkan Safuan. Banyak kali Safuan menipunya. Kali ini tidak akan di beri peluang lagi.
“Saya kira betul la.” Safuan membela diri.
“Tipu! Ni saya kira. Awak dekat sini. Satu dua tiga empat. Awak dekat sini sepatutnya. Awak lebih selangkah. Bayar denda sebab menipu.” wajah garang Fairuz di berikan.
“Bayar ni jela sayang.” satu kucupan pantas di berikan di bibir Fairuz. Terus terdiam pot pet dia. Merah terus pipinya kerana malu.
Selasai bermain monopoly baru Safuan dan Fairuz keluar dari bilik mereka. Jam menunjukkan sudah hampir jejak pada pukul 12 tengah hari. Dua-dua sudah kelaparan kerana tidak makan pagi tadi.
“Dah tengah hari baru keluar. Safuan jangan bagi Fairuz penat sangat.” sempat Khatijah bagi amaran ringan pada anaknya. Gelojoh sangat anaknya sampai siang pun nak bersama. (Korang-korang yang baca pun mesti dah salah faham juga kan)
“Safuan bukan bawa Fairuz exercise pun. Tak penat kan awak?” Safuan pula bertanya pada Fairuz.
“Tak penat pun. Maaf Mak baru keluar. Fairuz tak tolong Mak hari ni.” Serba salah Fairuz, gara-gara Safuan sibuk mahu main monopoly. seperti tiada masa lain.
“Tak apa. Fairuz duduk je dekat meja. Mak dah sudah pun ni.” Siap sudah makanan tengah hari. Hanya tunggu nasi sahaja untuk di hidangkan. Fairuz ke meja makan semula.
“Sini awak. Duduk sebelah saya.” Kerusi di sebelahnya di tarik. Fairuz di angkat untuk duduk di kerusi meja makan. Mahu Fairuz rasa sama seperti orang lain. Tempat duduknya bukan hanya di kerusi roda. “Awak kena makan banyak. Ringan sangat. Macam saya angkat baby.”
“Ye!”
Nasi di hidangkan, Safuan terus mengangkat tangan untuk membaca doa.
“Safuan balik bila?” Salim bertanya memecahkan kesunyian meja makan. Tiba-tiba sunyi mungkin kerana sebab Safuan dan Fairuz saling menjeling satu sama lain kemudian saling membalas senyuman. Padahal Safuan mulut jenis tidak boleh berhenti bercakap. Tengah hangat bercinta orang kata. Dia dan Khatijah jadi pemerhati di tepi.
“Lusa balik. Balik awal. Boleh rehat dulu sehari sebelum masuk kerja. Awak okay kan?” Safuan lupa mahu bertanya dengan Fairuz dahulu. Takut Fairuz terasa hati kerana dia buat keputusan sendiri.
“Okay.” Fairuz memandang Safuan dan mengangguk kepala.
“Mesti nanti Mak rindukan Fairuz.” Sunyi balik lah rumah dia duduk ni.
“Insyallah. Fairuz telefon Mak hari-hari.” Fairuz juga rasa begitu. Bila Safuan pergi kerja pasti tinggal dia seorang diri di rumah. Rasa sekelip mata dia sudah mempunyai keluarga sendiri. Sekelip mata dia menyukai seseorang.
Perjalanan empat jam akhirnya sampai ke destinasi yang di tuju. Safuan keluarkan kerusi roda di tempat duduk belakang. Di buka lipatannya sebelum keluarkan Fairuz.
“Sebelum ni sayang datang sebagai tetamu. Sekarang sebagai pemilik rumah ini. Sayang nak buat apa. Sayang buat lah. Abang tak kisah.” Safuan bercakap sambil keluarkan bagasi di bonet belakang. Semua barang Fairuz. Tidak banyak pun. Nanti ada masa beli sahaja di sini.
“Jom sayang.” Safuan melangkah ke pintu di ikuti Fairuz dari belakang. Pintu rumah di buka. “Welcome to teratak kita.”
Fairuz senyum sahaja dengar celoteh Safuan. Sudahlah sepanjang jalan bercakap sahaja. Tidak penat ke mulutnya. Mungkin sebab itu Safuan jodohnya. Sebab dia tidak banyak cakap. Pasangan kita dapat selalunya berbeza dengan kita.
“Awak. Bilik bawah jela.” Fairuz bersuara kerana melihat Safuan mengangkat begnya naik ke tingkat atas.
“Master room atas sayang. Bawah tu bilik tetamu.”
“Tapi Saya tak boleh naik.” Fairuz menundukkan wajahnya. di lihat kakinya.
“Sayang jangan risau okay. Abang sayang ni ada.” Safuan menepuk dada. Dia nampak perubahan wajah Fairuz. Bukan dia sengaja mahu buat Fairuz berkecil hati. “Abang angkat beg dulu ye. Sayang get ready. Sekejap lagi sayang pula yang di angkat.” Safuan berikan kenyitan mata sebaik Fairuz mengangkat wajah untuk memandangnya.
Di letakkan beg pakaian Fairuz di tepi pintu. Dia dengan pantas turun semula. Kali ini Fairuz pula di angkat. “Kalau saya duduk bawah. Tak susah awak kena angkat saya.”
Bibir Fairuz di cium ringkas. “Seorang isteri, berada di sisi suami. Plus boleh tambah sado Abang hari-hari angkat sayang. Sape untung. Sayang juga.” Di berikan kata-kata yang sedap di dengar di cuping telinga Fairuz.
Fairuz yang di dudukkan di atas katil melihat ruang bilik tidur dia dan Fairuz. Dinding warna cream. Lebih luas dari bilik bawah.
Tangan Fairuz di gengam erat “Maaf sayang. Tempat berteduh kita kecik je. Naik tangga terus bilik. Turun tangga nampak meja makan dah. Toleh sikit ruang tamu. Nasib baik dapur ada dinding. Kalau tidak, masuk je rumah. Nampak semua.”
“Syukur Alhamdullilah. Ada tempat tinggal. Bagi Fairuz. Apa Abang sediakan ni. Cukup sempurna dah.”
“Terima kasih sayang. Ada orang tu panggil kita Abang dah.”
Merah wajah Fairuz menahan malu. Safuan kalau bab menyakat number satu. “Saya nak mandi.” Fairuz cuba beralih topik.
“Jom kita mandi sama-sama.”
“Saya nak mandi sendiri.”
“Kalau Abang masuk juga. Sayang bukan boleh buat apa-apa.” Saja Safuan menyakat Fairuz.
“Tak apalah Saya tak jadi mandi.”
Ketawa Safuan apabila Fairuz berubah fikiran pula. Di cium pipi Fairuz. “Busuk la. Sayang kena mandi.”
“Saya busuk tak adalah orang tu nak peluk.” mula-mula rasa kekok apabila Safuan sepanjang masa tidur memeluknya. Memang di rasakan di seperti bantal peluk Safuan. Kalau Safuan beralih sikit dia turut akan di tarik bersama.
“Rasanya lagi tak nak lepas ni.” Di peluk Fairuz lalu di geletek. Tidak tahan Fairuz menahan geli hingga terbaring untuk mengelak dari Safuan.
Setelah Safuan puas bergurau senda. Fairuz di angkat dan di bawa masuk ke bilik mandi. “Sayang mandi. Wangi-wangi. Abang nak peluk sekejap lagi.” Mata di kenyitkan ketika Fairuz memandangnya.
Fairuz mengangguk kepala. “Abang nak berus gigi.”
“Pakai Abang punya je. Bukan kita tak pernah kiss pun.” Safuan meninggalkan Fairuz yang sudah kemerahan menahan malu. Baru lagi bersama. Pasti semuanya merasa malu. Nanti lama-lama tak malu dah.
Sementara menunggu Fairuz siap mandi, pakaian Fairuz di susun dalam almari. Di letakkan bersebelahan dengan pakaiannya. Safuan melangkah ke belakang sedikit dan tersenyum. Tidak sangka ada pakaian wanita dalam almarinya. Dulu tidak ada rasa langsung perasaan untuk berumahtangga. Sekali bertemu Fairuz, membuak perasaan itu timbul. Hingga tidak dapat bersabar lagi.
“Abang! Dah.” suara Fairuz sedikit tinggi memanggil Safuan.
Safuan masuk ke bilik mandi untuk bawa Fairuz keluar. Sempat lagi kiss pipi Fairuz. “Wangi dah. Ni tak nak lepas ni.” Di dudukkan Fairuz dengan berhati-hati. Di hulurkan baju kepada Fairuz.
Fairuz memakai baju sambil memandang Safuan. Mata Safuan tidak berkelip memandang dirinya. Fairuz boleh duga apa yang bermain di fikiran Safuan “Abang pergi la mandi. Nanti saya kena tahan nafas pula.” Kali ini Fairuz pula mengenakan Safuan. Asyik dia sahaja yang kena.
“Abang wangi la.” Di pandang Fairuz dengan pandangan tidak puas hati.
“Tak. Ketiak Abang busuk. Hehehe.”
“Okay Abang mandi. Siap la sayang sekejap lagi.” Tuala yang menutup kaki Fairuz di tarik sahaja.
“Abang!!” pantas tangannya menutup apa yang patut.
Ketawa Safuan dapat kenakan balik Fairuz.
“Abang. Abang.” Di goyangkan badan Safuan yang sedang nyenyak tidur. “Subuh dah.”
Safuan bangun duduk dengan mata tertutup. Fairuz juga di tarik untuk duduk. Masa bujang boleh je bangun sendiri. Sejak ada Fairuz ni. Best pula ada yang kejutkan. Selepas Azan habis baru Safuan buka matanya.
“Sayang tidur balik.” di baringkan semula Fairuz. Isterinya cuti. Biarlah dia tidur semula. Dia pun lepas subuh mahu sambung tidur.
Fairuz menutup semula matanya selepas melihat Safuan masuk ke bilik mandi. Dalam beberapa saat dia tertidur semula. Mungkin sebab penat dengan perjalanan jauh semalam. Dia tidak biasa.
Selepas subuh Safuan merangkak naik semula ke tempat tidurnya. Di tarik Fairuz masuk dalam pelukannya dan dia kembali tidur. Kedua-duanya letih macam baru lepas berlari marathon.
Terbeliak biji mata Safuan. Di lihat jam terjantung di dinding. Lagi beberapa minit sebelum pukul 9 pagi. Di lihat Fairuz masih lagi nyenyak tidur di atas lengannya. Di cium pipi Fairuz “Good morning sayang.” perlahan sahaja suara Safuan berbisik. Tidak mahu menganggu tidur Fairuz.
Dia turun ke bawah untuk buat sarapan pagi.
“Hai nasi goreng. Sungguh lazat. Sungguh enak sedap di makan bersama tersayang.” Bukan main lagi Safuan bernyanyi sambil masak. Siap dengan buntutnya di gerakan ke kiri ke kanan lagi.
Safuan mengambil sudu untuk rasa nasi goreng yang siap di masak itu. “Ermm. Sedapnya. Sapa masak?”
“Abang Wan masak” Safuan mengubah suaranya menjadi seperti suara kanak-kanak. Tangan di tepuk sendiri sambil memuji diri sendiri.
Di masukan ke dalam mangkuk besar di hidangkan di meja makan. Doa makan di baca terlebih dahulu sebelum menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.
Setelah beberapa suap, Safuan merasai ada sesuatu yang kurang. Kenapa aku masak banyak. Di ketuk mangkuk nasi goreng dengan sudunya. Kenapa dua pinggan aku letak. Hi nasi goreng. Sungguh lazat. Sungguh enak sedap di makan bersama tersayang.
“Fairuz!!”
sabar jela Safuan ni. boleh lupa isteri dia
Share this novel