“Mak Ayah tunggu dalam kereta. Ayah bila nampak je Safuan bawa keluar Fairuz, Ayah datang ambik dekat depan pintu pagar.” Safuan keluar dari keretanya sebaik memberi arahan. Perasaan berdebar mahu bawa lari anak orang. Harap apa yang di rancang akan berjaya. Semuanya bergantung pada Fairuz juga.
Khatijah menduga sekarang ini Fairuz pasti sudah berwatak lain. Bukan Fairuz yang sebenar kerana sedikit tekanan pasti dengan mudah perwatakan Fairuz yang lain akan muncul. Cuma tidak pasti mana satu. Juita si pemarah yang boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain atau Syura pengunci badan yang tidak mampu melakukan apa-apa. Jika pengunci senang sedikit kerja Safuan. Dapat pemarah dia pun meleleh air peluh keluar. Anti betul dengan Safuan, personaliti yang satu itu.
“Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumusalam. Awak sampai juga. Ngam je awak sampai. Majlis nak mula.” Senyum lebar Shila menyambut kehadiran Safuan. Memang dia nantikan sedari tadi lagi.
“Sempat la saya tengok.” Safuan melangkah masuk ke dalam rumah. Nasib baik tak nikah lagi. Masuk sahaja ke dalam rumah Safuan melihat Fairuz sedang duduk bersimpuh di atas bantal besar berwarna cream. Sekali pandang sahaja Safuan tahu Fairuz sedang terkunci dalam badannya sendiri. Senang kerjanya.
Safuan melihat pengantin lelaki lebih tua dari ayahnya. Teruk sungguh perangai keluarga Fairuz. Lelaki tua ni pun tak sedar diri, kubur sudah memanggil manggil.
“Semua dah ada. Kita boleh mulakan.” Tok kadi mula berbicara untuk memulakan Majlis.
Fairuz cuba untuk gerakkan badannya cuba untuk menjerit. Dia tidak mahu bernikah dengan Pak Meon tapi tidak berjaya. Sesiapa tolong aku.
“Pengantin perempuan setuju untuk berkahwin?” Tok kadi bertanya sambil memandang Fairuz.
“Setuju Tok.” Zalipah yang jawabkan untuk Fairuz.
“Kita mulakan. Bismallah..”
“Kenapa pengantin perempuan macam sakit?” Safuan bersuara tiba-tiba dengan agak kuat hingga semua menoleh memandangnya dan kemudian ke arah Fairuz. Pak Meon juga tidak ketinggalan menoleh memandang ke arah Fairuz.
“Tak sakit. Fairuz memang macam tu.” Shila cepat jawab. Dia tidak mahu Pak Meon tahu keadaan sebenarnya Fairuz. Kalau sudah nikah Pak Meon tidak boleh buat apa-apa.
“Tak! Tengok tu. Macam patung.” Lagi sekali Safuan bersuara.
“Nervous la awak.” Shila tidak puas hati. Apabila Safuan masih bersuara dan menganggu urusannya.
“Pengantin perempuan okay tak?” Tok kadi bertanya.
“Okay Tok.” Zalipah lagi sekali jawab. Dia sudah memberi isyarat mata pada Shila agar membawa Safuan pergi.
“Saya nak pengantin perempuan sendiri jawab.” Tok kadi baru perasan yang pengantin perempuan langsung tidak bergerak. Kelip mata pun tidak hanya memandang ke satu arah.
Pak Meon sudah memandang Zalipah dengan pandangan yang tidak boleh di baca. Orang suruhan dia juga sudah siap sedia jika Zalipah dan Shila cuba melarikan diri. Safuan melihat semua orang sedang fokus pada Fairuz dia dengan pantas melangkah ke Fairuz dan memegang baru Fairuz dan Fairuz terus tumbung ke belakang.
“Allahuakhbar!” terkejut Tok Iman melihat Fairuz yang tiba-tiba pengsan. Shila dan Zalipah sudah gelisah. Tetamu sudah mula berkerumun berdiri untuk melihat.
“Fairuz bangun!” Safuan buat-buat menampar pipi Fairuz seperti ingin menyedarkan Fairuz. Sebelum penepuk pipi Fairuz dia lebih awal dan dengan pantas menyapu wajah Fairuz untuk menutupkan matanya.
Sepanjang Fairuz sakit Khatijah dan Salim yang jaga. Jadi dia sudah tahu semuanya apa harus di lakukan. “Saya bawa dia pergi hospital.” Pantas Safuan mengangkat Fairuz untuk di bawa pergi, tiada seorang pun yang cuba menghalangnya kerana melihat keadaan Fairuz ketika itu.
“Jadi Majlis terpaksa di tangguh lah.” Tok Iman sudah siap sedia untuk bangun berdiri. Pengantin perempuan tiada. Jadi tiadalah majlis.
“Tunggu. Pengantin perempuan ganti orang lain.” Pekerja Meon dengan pantas menarik Shila duduk di tempat Fairuz duduk tadi. “Saya kawin dengan dia.” tidak akan di bagi peluang lagi. Cukup sekali. Kali ini dia hampir di tipu dengan Zalipah dan Shila lagi sekali untuk berkahwin dengan Fairuz yang sakit.
“Betul ke?” Tok Iman terkejut. Sekelip mata pengantin perempuan bertukar orang.
Shila yang takut melihat orang-orang Pak Meon yang di setiap pinggangnya mempunyai senjata terpaksa menurut sahaja. Daripada di bunuh atau sakit di cederakan lebih baik pilih berkahwin dengan Pak Meon.
Salim melihat Safuan keluar dengan pantas di pandu kereta menuju ke pintu pagar. Berhenti sahaja Khatijah terus buka pintu dari dalam dan Safuan meletakkan Fairuz di sebelahnya. Kemudian Safuan masuk ke bahagian penumpang hadapan dan Salim terus pandu kereta dengan laju. Mahu cepat pergi jauh dari rumah Zalipah.
“Anak Mak selamat dah. Maafkan Mak Fairuz.” Khatijah memeluk tubuh Fairuz dan di cium wajah Fairuz tanpa henti
“Nasib baik Fairuz kaku. Kalau dapat tengok muka Safuan mengamuk. Susah juga tadi.” Safuan menoleh memandang Khatijah dan Fairuz.
“Kita balik rumah ye sayang. Mak rawat Fairuz jadi diri Fairuz balik.” di usap lembut rambut Fairuz yang sedang terbaring di pangkuannya.
“Lepas Fairuz sedar. Kita nikahkan je tak perlu tunggu lagi. Safuan bawa Fairuz ke bandar, sini tidak selamat untuk Fairuz. Kalau jadi apa-apa pada Fairuz, Safuan berhak sebab Fairuz isteri Safuan.” Salim tidak mahu perkara sama berulang. Cukuplah sekali sahaja. Dia pun sudah sayangkan Fairuz macam anak sendiri walaupun baru kenal beberapa bulan sahaja. Tidak mahu Fairuz terluka lagi.
“Ye Ayah.” Safuan menurut.
Khatijah juga turutkan sahaja apa yang Salim katakan. Itu yang terbaik untuk Fairuz.
Safuan mengangkat Fairuz masuk ke dalam bilik. Di ikuti Khatijah yang di papah oleh Salim. Di duduknya Fairuz dan di sandarkan pada kepala katil. Khatijah duduk sebelah Fairuz. Di cek seluruh tubuh badan Fairuz jika ada terluka. Akan di rawat itu terlebih dahulu. Tiada luka tapi ada lebam di bawah dada Fairuz.
“Safuan ambik air panas. Ubat Fairuz sekali.” Khatijah mengarahkan anaknya
“Teruk ke yang?” Salim yang melihat di tepi sedari tadi akhirnya bertanya.
“Badan, kepala lebam. Tak ada luka lain. Abang tolong ambik besi drip tu. Saya nak masukan IV.” suaminya pula di arahkan. Laci kabinet paling bawah di sebelahnya di buka. Di keluarkan satu pax drip dan jarum suntikan. Dalam keadaan Fairuz begini pasti sehingga sekarang Fairuz tidak menelan sebarang makanan.
Safuan masuk semula ke bilik Fairuz dengan bawa ubat dan air panas yang di minta Khatijah tadi. Pakaian yang di pakai oleh Fairuz juga sudah di tukar dengan pakaian yang lebih selesa.
“Sayang minum air” Khatijah buka mulut Fairuz dengan paksaan. Fairuz bernasib baik. Sepanjang jadi begini dia tidak pernah sekali tergigit lidahnya sendiri. Di suakan sesudu air ke dalam mulut Fairuz.
Safuan keluar balik dari bilik Fairuz. Melihat Khatijah merawat Fairuz dengan keadaan memaksa sungguh menyeksakan. Dia tidak sampai hati untuk melihat. Tapi itu sahaja yang boleh buat Fairuz cepat sedar semula. personaliti kaku ini lebih sukar untuk pergi daripada yang marah.
Bubur yang panas di tiup dahulu untuk menyejukannya. Di buka mulut Fairuz dengan paksaan lalu di suapkan. Sudah dua hari keadaan Fairuz masih sama. Anaknya terpaksa balik semula ke bandar kerana urusan kerjanya.
Dia sanggup berhenti kerja sebagai doctor untuk merawat Fairuz sahaja. Semua di lakukan demi untuk menebus kesalahan Safuan. Dia tidak sangka dalam sepanjang menjaga Fairuz dia telah jatuh sayang pada Fairuz. Sayang seperti anaknya sendiri.
Khatijah melihat air mata mengalir di pipi Fairuz dengan pantas dia memeluk Fairuz. “Anak Mak kuat. Cuba lagi. Fairuz mesti boleh.”
Semakin laju air mata Fairuz mengalir tetapi badannya tidak mampu di gerakkan untuk membalas pelukan Khatijah.
Khatijah meleraikan pelukannya. “Fairuz makan. Jangan nangis dah.” di sapu air mata Fairuz. Kemudian di suapkan bubur ke mulut Fairuz “Lepas ni Fairuz jangan risau. Tak ada orang yang akan kacau Fairuz. Mak akan pastikan mereka semua akan terima balik balasan apa yang mereka pernah buat pada Fairuz.”
Share this novel