37. PERTEMUAN

Romantic Comedy Series 8220

Pintu bilik Safuan di ketuk banyak kali tapi seperti tiada tanda seperti akan di buka. Ismail ke meja penyambut tetamu untuk meminta kunci pendua. Kalau Safuan lari. Mahu dia juga terjerut.

Sebaik pintu di buka, Safuan juga baru keluar dari bilik mandi. “Aku ingat kau dah mati dalam ni. Aku ketuk banyak kali tak bersahut” Ismail menegur Safuan kerana buatnya risau.

“Aku tengah mandi. Mana aku nak dengar” Safuan menyarung bajunya seperti tiada apa-apa yang berlaku. “Kau jemput aku awal sangat kenapa?” di pandang Ismail sekali imbas.

“Breakfast sekali la. Jangan kata bini kau dah bagi bekal sampai ke pagi pula” saja di beri ayat perlian pada Safuan.

Telefon Safuan tiba-tiba berbunyi. Di melihat nama pemanggil. “Kau tengok. Panjang umur. Breakfast aku dah memanggil” di tujukan nama pemanggil kepada Ismail sebelum dia jawab panggilan yang di terima.

“Assalamualaikum sayang”

“Wa’alaikumusalam. Abang. Sayang rindukan Abang” suara serak Fairuz seperti baru lepas menangis kedengaran.

“Abang pun. Esok Abang balik ye. Sehari je lagi” Safuan cuba memujuk Fairuz.

“Ermm. Abang jangan lupa. Oleh-oleh sayang”

“Eh!! Merajuk dia nak oleh-oleh lagi. Ingatkan nak kan abang sorang”

Ismail yang dengar nada suara Safuan yang lembut. Merasa geli dengan tiba-tiba. Dia memang tahu apabila Safuan bertutur bicara dengan isterinya. Pasti lembut sekali. Setiap kali dengar pasti akan geli juga.

“Nak dua-dua”

“Boleh sayang. Esok balik ye. Ni Abang nak pergi kerja dah nanti dah Abang ada masa free. Abang call ye”

“Ye. Abang hati-hati buat kerja”

“Ye. Terima kasih sayang. I love you. Assalamualaikum”

“Love you to. Wa’alaikumusalam”

Safuan mematikan panggilan. Lalu di keluarkan sampul surat berwarna putih dari dalam begnya. Di hulurkan kepada Ismail. “Kau bagi dekat bos. Ni last job aku buat. Aku berhenti”

Terkejut Ismail dengan keputusan Safuan yang tiba-tiba. “Wei ko gila apa! Kau ada bini nak tanggung kot. Janganlah tiba-tiba berhenti macam ni”

“Isteri aku sakit, dia boleh lagi paksa aku datang sini jauh-jauh terpisah dari isteri aku. Cuba kau dekat tempat aku. Cuba kau rasa. Isteri aku bukan gugur je. Dia tak boleh jalan. Kalau aku tak ada macam mana dia nak uruskan diri dia. Aku dapat kerja biasa pun tak apa yang penting aku setiap hari dengan isteri aku”

Safuan keluar dari biliknya dengan perasaan marah. Dengar suara Fairuz yang sedih tadi lagi meruntum pilu jiwanya.

 

Selesai bercakap Fairuz meletakkan telefon di tepi. Di lap air matanya menitis. Tak pernah berjauhan dengan Safuan sepanjang bersama. Ketika bergaduh besar pun, Safuan tetap di sisinya.

“Esok Safuan balik kan. Jangan sedih macam ni Fairuz”

Fairuz cuba senyum memandang Khatijah. “Dah cakap dengan Safuan. Tak sedih dah”

“Ni makan lagi sikit je” Khatijah cuba memujuk Fairuz untuk menghabiskan nasi di pinggannya. Hari-hari makan tak habis walaupun nasi yang di beri tidak banyak.

“Tak nak. Fairuz nak keluar Mak”

Khatijah melepaskan nafas yang panjang. Kalau ada Safuan senang sikit nak memujuk Fairuz. Dari semalam minta keluar. Ada Safuan tak ada pula nak minta keluar.

“Mak bukan tak nak bagi Fairuz keluar. Fairuz dalam pantang lagi. Sekarang ni cuaca Sejuk. Hujan sepanjang hari. Tak elok untuk badan Fairuz” Khatijah memberi alasan.

“Ermm. Yela” wajahnya masam semula.

 

 

 

Idah merasa pelik apabila sudah dua hari tidak melihat kelibat Shila keluar rumah. Sekurangnya Shila akan keluar di hadapan rumah untuk ampai pakaian atau bangkit jemuran. Pakaian yang di jemur sama seperti dua hari lepas. Dia merasa tidak sedap hati pula.

Telefonnya di ambil dan mencari nama Safuan. Dua kali deringan suara Safuan kedengaran. “Wa’alaikumusalam. Ni Mak Cik tak ada nampak Shila dah dua hari. Risau pula. Dia ada bagitahu kamu ke dia pergi mana-mana?”

“Tak ada pula Mak Cik. Pintu semua tertutup ke Mak Cik”

“Pintu depan tak tutup. Pagar je tutup. Tak kan dia keluar lupa tutup pintu”

“Mungkin jugalah. Mak Cik boleh tolong tutupkan tak. Risau pula saya kalau ada barang hilang”

“Yela Mak Cik tolong tutupkan sekejap lagi”

“Terima Kasih Mak Cik”

“Ye sama”

Safuan menyambung kerjanya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

 

 

Idah masuk ke perkarangan rumah Safuan. Dia yang mahu mengunci pintu rumah Safuan menjengah dahulu kepala ke dalam untuk melihat. Mengucap panjang Idah melihat keadaan rumah Safuan yang tonggang terbalik seperti di pecah masuk.

Dia keluar semula dari rumah Safuan dan memanggil jiran yang lain untuk menemannya untuk melihat. Tidak berani mahu masuk seorang diri. Takut masih ada perompak di dalam rumah Safuan. Setelah berbincang dengan beberapa jiran dan Safuan di hubungi lagi. Mereka semua sepakat menghubungi polis.

Safuan yang mahu datang pun dia sekarang ini dia memakan masa 6 jam untuk sampai ke rumah. Jadi di biarkan jirannya yang cuba membantu menguruskan.

Dua orang anggota polis masuk ke dalam rumah Safuan dengan berhati-hati dan dalam pergerakkan perlahan tanpa sebarang bunyi. Di cek bahagian bawah rumah terlebih dahulu dan menunjukkan tiada pencuri di situ.

Mereka berdua naik ke tingkat atas pula. Satu persatu langkah di buka untuk menaiki tangan. Bilik pertama di buka. Sama seperti di tingkat bawah. Berselerak. Pintu bilik ke dua di buka. Serta merta salah seorang pegawai polis terus termuntah. Rakannya dengan pantas menghantar report pada Ibu pejabat.

Kecoh di kawasan perumahan apabila ada kes pembunuhan di kawasan mereka. Berita di bawa dari mulut ke mulut. Menyatakan mayat yang di jumpai sangat mengerikan. Kebanyakan mereka semua tidak bersimpati langsung dengan kematian Shila yang sungguh mengerikan itu.

Mereka katakan itu balasan kerana menjadi perosak rumahtangga orang. Balasan kerana memfitnah hingga Tuan rumah sendiri terpaksa berpindah keluar dari rumah yang mereka duduki. Bagaimana mereka semua tahu?. Kerana dari mulut Idah dan jiran yang berhampiran dengan rumah Safuan.

Sejak kes pergaduhan besar antara Safuan dan Fairuz, mereka semua sudah tahu. Sudah masuk dalam pembincangan group perumahan mereka duduki. Kebanyakan yang jadi penyampai adalah Idah kerana dia yang sering di ajak oleh Fairuz untuk jadi peneman.

Safuan di panggil balik untuk di berikan keterangan. Dia dengan senang hati memberi kerjasama. Record CCTV di luar rumah juga di berikan kepada polis agar mudah untuk mereka jalankan siasatan. Pada mulanya Safuan di syaki dalam pembunuhan Shila kerana dendam. Tetapi alibai dia kuat dan polis tidak boleh mendakwanya.

Masa kejadian Safuan berada di hotel penginapan di saksikan oleh Ismail dan pekerja hotel. Safuan hanya keluar pada ke esok pagi untuk ke tempat kerjanya sahaja. Dan menguatkan andaian lagi Safuan tidak terlibat adalah perjalanan jauh antara rumahnya dan tempat menetap sementaranya adalah jauh. Memakan masa yang panjang.

Dari CCTV menunjukkan ada tiga orang lelaki masuk ke dalam rumah. Lelaki pertama, seperti di kenali mangsa. Kerana mangsa menyambut dengan mesra. Polis cuba mengecam wajah suspect tapi menemuni jalan buntu apabila ke tiga-tiga mangsa memakai topeng.

Kesan cop jari lain dari penghuni rumah juga tidak dapat di kesan kerana jelas di CCTV menunjukkan mereka memakai sarung tangan. Kesan DNA di tubuh Shila juga tidak di jumpai kerana tubuh badan Shila sudah di cuci dengan detergent yang membuatkan tiada satu pun bukti untuk mengesan suspect.

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience