02. NI BUKAN PONTIANAK

Romantic Comedy Series 8220

“MAK!!!!! Orang.”

Kelam kabut Safuan mengangkat tubuh wanita yang tidak sedarkan diri itu masuk ke dalam kereta.

Semakin dalam Safuan menekan pedal minyak. Kenapa aku langgar orang pula ni. Yang dia berdiri tengah jalan dah kenapa. Malam buta pula tu. Jap betul ke dia orang. Ke menyamar je jadi orang. Safuan melihat cermin pandang belakang dan.

Mulut wanita itu dengan tiba-tiba mengeluarkan darah yang banyak. “MAK!!!!!!!!!!!!!” semakin kuat pedal minyak di tekan. Apa yang di fikirkan hanya ingin melarikan diri tapi dia tidak sedar selaju mana pun dia bawa. Wanita itu tetap berada di dalam keretanya.

Tiba sahaja di rumah Safuan dengan kelam kabut lari masuk ke dalam rumah. Sampai kakinya seperti tak jejak tanah berlari.

“Safuan yang kamu lari macam nampak hantu kenapa?” Terkejut Salim melihat anaknya tanpa memberi salam terus masuk meluru dengan keadaan tercungap-cungap. Baru pertama kali datang sudah buat perangai gila dia.

“Ayah! Ada hantu ikut Safuan balik. Ayah tolong halau dia Ayah.” Kelam kabut Safuan dekati Salim. Bulu romanya masih lagi meremang tinggi.

“Hantu apa ni.” Khatijah yang berada di dapur dengan pantas ke hadapan apabila terdengar suaminya menyebut nama anaknya. Safuan.

“Pontianak! Cepat ayah pergi tengok.” Di tolak sahaja badan Salim agar keluar untuk melihat.

“Kamu ni baru datang sini sekali dah kecoh hantu la. Pontianak la.” Salim membebel sambil menyarungkan seliparnya. Perlahan-lahan Salim berjalan. Takut juga sebenarnya walaupun membebel pada anaknya seperti berani. Safuan yang sememangnya tidak menanggalkan kasutnya mengikut langkah Salim dari belakang.

Khatijah turut mengikut suami dan anaknya untuk melihat. Anak teruna. Tapi penakut. Sama macam bapak dia. “Mak pergi tengok. Kamu berdua ni bukan boleh percaya.” Pantas sahaja Khatijah melintasi suami dan anaknya.

Di lihat dari luar dahulu. Sekujur tubuh terbaring di bahagian penumpang belakang. Pantas Khatijah buka pintu untuk melihat.

“YA ALLAH!!” berdegup laju jantung Khatijah.

“SAFUAN! Cepat pergi hospital. Ni bukan Pontianak, ni orang.” Khatijah terus memangku kepala gadis tersebut.

Safuan dan Salim yang dengar kelam kabut masuk ke dalam kereta. Aku ingat Pontianak. Jadi betul lah orang. Kenapa seram sangat.

“Laju Safuan! Dia tak boleh nafas ni.” Khatijah melihat baju putih yang di pakai oleh wanita yang di pangku berlumuran darah. Pahanya juga sudah basah dengan darah. Khatijah cuba meraba kepala gadis yang bersalut tudung berdarah itu. Memcari tempat luka yang membuatkan darah tidak berhenti keluar.

“Mak buat la CPR."

“Banyak kamu CPR. Kamu jumpa dia dekat mana ni. Tak kan tiba-tiba dia boleh ada dalam kereta kamu.”

Safuan menceritakan apa yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk bertemu dengan orang kedua tuanya.

Pap!

“Sakitlah Ayah.” di usap kepalanya.

“Yang kamu tak bawah terus ke hospital kenapa?”

“Nak cakap orang. Ingat orang tak tahu apa yang Ayah tu pun penakut. Dah tahu penakut nak juga duduk terperuk dalam hutan.” Safuan bercakap perlahan tapi boleh di dengar oleh kedua orang tuanya.

Salim tahan sahaja geram. Nasib baiklah anaknya tengah memandu. Kalau tidak sudah lama kena sepak terajang.

Sudah pasti bukan hantu, bukan pontianak, bukan cerita seram.. hehehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience