Few months later......
“Penat saya mencari. Sini rupanya dia duduk.”
Fairuz menoleh memandang Safuan. Segaris senyuman di beri. Safuan melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Fairuz. Tangan Fairuz di raih untuk di pegang “awak tengok apa?” Safuan melihat ke arah pandangan mata Fairuz. Bulu romanya tiba-tiba naik meninggi.
“Tengok langit dan bintang.” Fairuz mendongak kepala melihat ke atas.
“Tapi tadi awak tengok depan tu?” Safuan menunjukkan tempat di mana Fairuz melihat tadi.
“Tengok pokoklah.” Bersahaja Fairuz membalas.
“Jomlah awak masuk. Seramlah tengah-tengah malam dekat luar ni.” Safuan bangun tapi di tahan oleh Fairuz.
“Saya nak tanya sesuatu.” Fairuz memandang tepat mata Safuan. Safuan kembali duduk. “Kenapa awak kawin dengan saya? Sebab awak nak tebus kesalahan awak? Sebab awak bersimpati dengan saya? Atau sebab lain?”
Meremang bulu roma Safuan mendengar setiap soalan yang Fairuz berikan. Tahu sudah di sebelahnya bukan Fairuz. Tapi tangannya tidak sedikit pun di lepaskan. Dia mahu tunjukkan, yang dia tidak kisah siapa pun Fairuz. Dia tetap sayangkan Fairuz.
“Aku hormat keputusan Fairuz. Aku hormat kau sebab suami Fairuz tapi tak bermakna aku maafkan kau. Sekali kau sakitkan Fairuz. Selamanya aku yang akan kawal Fairuz. Aku bukan seperti Fairuz yang tidak boleh berjalan. Aku boleh uruskan Fairuz sendiri tanpa sesiapa." Kakinya di goyangkan seperti manusia sempurna.
Meremang bulu roma Safuan melihat Fairuz. Dia juga nampak kaki Fairuz bergerak “Saya kawin dengan awak sebab saya sayang, cintakan awak. Saya nak jadi perlindung awak. Pada mula niat saya sebab simpati tapi lepas kenal awak lebih rapat. Saya jadi jatuh hati. Saya memang tak boleh halang perasaan cinta saya pada awak. Saya nak awak jadi milik saya sorang.
Saya tak boleh janjikan kebahagian sepanjang masa. Saya juga manusia seperti awak, banyak buat kesilapan. Tapi insyallah walau apapun terjadi saya ada di sisi awak.” Safuan luahkan apa yang di rasai. Dia memang ikhlas sayangkan Fairuz walaupun pada masa yang sama. takutkan isterinya.
“Terima kasih awak. Saya akan cuba jadi isteri yang baik untuk awak.” Fairuz memperketatkan pegangan tangan Safuan. Safuan menoleh memandang Fairuz. Jantungnya berdegup kencang. Nasib baik jawapannya di terima oleh Fairuz.
“Jom sayang masuk. Tak elok duduk luar malam-malam ni.”
Safuan menolak Fairuz masuk ke dalam rumah. Terus ke bilik. Lagipun dah malam, masuk bilik terus la.
“Awak bangun!” Fairuz cuba mengejutkan Safuan. Azan subuh sudah berkumandang kedengaran. Dia cuba bangun untuk duduk tapi tidak mempunyai daya Safuan peluknya dengan rapi sekali.
“Nanti kejap.” Safuan lagi merapatkan badannya dengan Fairuz. Seronok rupanya ada bantal peluk bernama isteri. Lagi buat tidurnya lebih nyenyak kerana bau badan Fairuz yang sangat menyenangkan, baginya bagaikan ubat penenang untuk terus lena.
“Sama duduk. Azan ni. Nanti mati berat pula jasad kita.”
Tercelik terus mata Safuan. Dengan pantas dia bangun duduk lalu Fairuz juga di dudukkan. Di cium pipi Fairuz. “Dia nak takutkan suami number satu.”
“Bukan takutkan awak. Tapi betulkan.” Fairuz cuba melepaskan pelukan Safuan. Rasa rimas kerana tiada ruang untuk dirinya.
“Awak diam sekejap. Habis azan kita mandi.” lagi Fairuz menolak lagi padu Safuan memeluk Fairuz. Akhirnya Fairuz terpaksa merelakan apa Safuan buat.
Seusai solat subuh berjemaah bersama Khatijah dan Salim, dengan pantas Safuan menolak semula Fairuz masuk ke dalam bilik tidurnya. “Sayang awak. Nak minta main macam semalam boleh.” di pegang tangan Fairuz dan diberi pandangan mata kecian.
Pipi Fairuz terus berona merah dengar permintaan Safuan “Nanti Mak Ayah cari pula. Nanti pukul 10 kita main.”
“Nanti lambat habis. Sekarang la. Mak Ayah jangan risau. Saya dah tulis note letak dekat meja makan. Boleh la...” Safuan cuba memujuk.
Fairuz yang tidak sampai hati, akhirnya bersetuju dengan kemahuan Safuan. Tanpa membuang masa Safuan terus mengangkat Fairuz di letakkan di atas katil. Pandangan mengoda di berikan. Semakin tidak keruan Fairuz di buatnya.
“Safuan Fairuz tak bangun lagi ke?” Khatijah macam pelik juga apabila Fairuz tidak ada masa dia sedang buat sarapan pagi. Selalunya Fairuz yang menolongnya. Mungkin sebab penat dengan Majlis semalam, Khatijah biarkan sahaja Fairuz berehat. Tapi sekarang sudah dekat pukul 10 tak kan tak bangun lagi. Safuan pun sama.
“Ni.” Salim berikan nota kecil yang Safuan tinggalkan di atas meja tadi.
(Jangan ganggu pengantin baru. Ngaumm!!)
Meremang bulu roma Khatijah membaca nota itu. “Ish!! Anak Abang ni kan. Tak malu sungguh.”
“Biarlah dah kawin pun. Belum kawin memang Saya gegar pintu bilik dia.”
“Awak. Berhenti!” Pandangan marah di beri.
“Kenapa pula berhenti…” Safuan berhenti lalu di tenung wajah Fairuz.
Share this novel