Seperti di janjikan Salim semalam. Fairuz di uruskan oleh Khatijah sebelum dia di bawa keluar. Lain sungguh pernampilan Fairuz sebaik di pakaikan baju biasa. Di pakaikan selendang yang Safuan berikan kepada Fairuz sesuai sekali warna putih dengan Fairuz “Anak Mak cantik sangat” Khatijah memuji dengan ikhlas.
Di tolak kerusi roda Fairuz. Setelah 3 Bulan, akhirnya Fairuz dapat melihat dunia luar. Matanya terus memandang langit yang luas. Khatijah biarkan sahaja Fairuz memerhatikan sekelilingnya sementara menunggu Salim sampai di lobi. Sudah di rancang awal ke mana mahu bawa Fairuz pergi. Tempat yang boleh menenangkan jiwa Fairuz.
Shila yang setiap hari menanti Safuan untuk menelefonnya tidak kunjung tiba. Tak kan nak dia yang mulakan dulu. Mahu berikan alasan apa. Shila baru teringatkan Fairuz. Sudah sebulan dari hari last dia bertemu Fairuz.
“Mak. Dah sebulan kan. Jadi Fairuz dah boleh keluar”
“Yeke” Zalipah terus memandang anaknya. “Boleh keluar cepat pergi ambik dia. Cepat selesai urusan kita” Zalipah masuk ke biliknya untuk menukar baju. Tidaklah dia perlu risau lagi selepas ini. Keluar terus kawin. Senang kerjanya.
“Cik Fairuz sudah keluar seminggu yang lepas” pertanyaan Shila di jawab dengan elok.
“Macam mana kau bagi lepas?!!” Shila memarahi jururawat yang bertugas. Ketika masuk ke dalam bilik wad Fairuz tadi di lihat sudah bertukar pesakit lain. Terkejut juga dia dan Zalipah.
“Dia dah sihat dan boleh balik. Buat apa perlu kami menahan Cik Fairuz lagi” jururawat cuba bersikap professional walaupun dia sudah di marahi oleh Shila.
“Sapa ambik dia?” Zalipah bertanya. Dia sekarang risau, Siapa perlu di ganti untuk berkahwin dengan Meon. Ketika ini kalau marah pun tidak menyelesaikan masalah. Yang penting perlu tahu di mana Fairuz berada.
“Keluarga dia”
“Kami ni keluarga dia. Kau senang-senang bagi dia dekat orang lain” Shila lagi sekali mengamuk dengan jawapan yang di terima. “Kau buat kerja macam mana ha!!”
“Kerja saya setakat itu sahaja. Jika Cik tidak puas hati, di persilakan untuk buat report. Saya tak pernah nampak Cik sepanjang Cik Fairuz di sini. Jadi Cik jangan mengaku Cik ni, saudara Cik Fairuz. Cik boleh di persilakan pergi sebelum kami buat report kerana menganggu di sini”
Zalipah menarik tangan Shila untuk pergi. “Sekarang kita kena fikir untuk cari Fairuz. Kalau tidak Shila kena ganti tempat dia”
“Memang tak la Mak dengan orang tua tu” Shila sebenarnya risau jika dia terpaksa ganti. Mahu pulangkan semula duit Pak Meon memang tidak bolehlah. Bukan sikit. Semua dah di gunakan. “Jap Mak. Shila ada number kawan Fairuz. Shila call dia tanya”
“Call dia sekarang”
Shila menduga hanya Safuan sahaja yang boleh menolong Fairuz lari. Siapa lagi kalau bukan dia. Jelas di depan matanya mereka berdua sangat mesra.
Safuan melihat number tidak di kenali teragak-agak untuk jawab. Tapi kerana di fikirkan hal-hal kecemasan dia akhirnya jawab juga.
“Hello sapa ni?”
“Hello. Safuan ni saya Shila”
“Shila mana?”
“Shila cousin Fairuz”
“Oh… Fairuz apa khabar?” Safuan boleh duga apa yang menyebabkan Shila mencarinya. Dia sempat memandang Fairuz dan mengenyitkan mata. Suka tengok Fairuz tersenyum.
Dari kata Safuan, Shila boleh menduga, Fairuz tidak bersama Safuan. Jadi Fairuz lari dengan siapa. Mustahil dia lari tanpa apa-apa bantuan dari orang lain dengan keadaan dia yang cacat itu. “Fairuz baik je”
“Alhamdullilah. Bagus la macam tu. Saya pun dah lama tak jumpa dia. Last pun masa tu sama hari bertembung dengan Shila”
“Yeke. Jadi Safuan dah lama la tak jumpa dia”
“Aha. Lagipun urusan kerja Saya dekat sana dah tak ada. Jadi buat apa lagi ke sana” Safuan berbohong dengan nyata sekali. Biarlah Fairuz bersama Khatijah dan Salim. Lebih selamat untuk Fairuz. “Okay lah Shila. I ada kerja nak buat. Assalamualaikum”
Shila mematikan panggilan dan memandang Zalipah. “Dia tak tahu”
“Ada sebulan lagi tarikh nikah dengan Meon. Kita cari dia sampai dapat. Dia mesti dekat sini juga. Lumpuh macam dia tu tak boleh lari jauh” Zalipah menyedapkan hati sendiri.
“Hai awak. Yang comel” Safuan kembali ke Fairuz setelah selesai jawab panggilannya.
Fairuz senyum dengan ayat memuji Safuan. Kalau tidak memuji sesaat tidak sah.
“Lepas ni kita pergi kedai sana pula” Safuan menunjukkan arah kedai yang mahu dia pergi sebelum menolak kerusi roda Fairuz. Nasib baik ketika bertemu kembali dengan Fairuz. Dia tidak lagi mengamuk. Sekarang setiap kali ingin berbicara dengan Fairuz, dia akan memastikan ayat yang dituturkan tidak akan menyakitkan hati dan perasaan Fairuz.
Fairuz ikut sahaja ke mana Safuan bawanya. Ada yang sudi bawa dia berjalan jalan dia tersangat bersyukur. Tidaklah dia sendiri memikirkan keadaannya.
“Kita lupalah. Cincin kawin tak beli lagi” Safuan mengubah arah ke kedai emas.
“Awak nak kawin dah ke?” Fairuz yang duduk memandang ke hadapan bertanya.
“Aha! Dengan awak”
“Saya tak tahu pun”
“Sekarang dah tahu kan. Awak tak nak ke Kawin dengan saya?” Safuan berhenti menolak dan melangkah mengadap Fairuz. Fairuz yang tidak jawab pertanyaan Safuan membuatkan Safuan berubah riak wajahnya menjadi duka. “Tak apalah. Saya sorang yang ada perasaan dekat awak”
Safuan yang ingin melangkah untuk menolak Fairuz semula terhenti langkahnya apabila tangannya di pegang oleh Fairuz. “Pergilah tengok apa yang cantik” Fairuz senyum memandang Safuan. Harap Safuan faham apa yang di maksudkan.
“Jom!” kembali ceria Safuan. Akhirnya Fairuz setuju untuk berkahwin dengannya. Insyallah kita akan tempuhi alam rumah tangga bersama.
“Safuan. Tak sangka jumpa you dekat sini”
Safuan berhenti menolak Fairuz apabila dia di tegur “Hi. Dayana”
“You buat apa dekat sini? Jalan-jalan dengan adik you ke?” Dayana memandang Fairuz yang berada di hadapannya. Di duga adik kerana wajahnya hampir sama.
“Nope. This my wife. Fairuz” Safuan perkenalkan Fairuz pada Dayana. Fairuz mengangkat tangan untuk bersalam dengan Dayana tapi tidak di sambut. Di lihat Dayana seperti geli melihatnya.
“Wife you? Kenapa cacat? Bila kawin? I ingat you bujang” Jelas sekali riak wajah Dayana geli untuk menyentuh Fairuz. Tengok pun seperti Fairuz sungguh menjijikan. Patut aku goda tak pernah dia hiraukan aku. Tapi citarasa dia teruknya.
Berubah terus riak wajah Fairuz yang sedang tersenyum tadi. Begitu juga Safuan.
“I know. Sebab wife you cacatkan. Sebab tu you rahsiakan you dah kawin” Memang sengaja Dayana mengatakan ayat yang boleh buat Fairuz terasa hati. Biar perang dingin mereka sekeluarga. Cerai berai pedulik apa dia.
“Sorry. I nak spend my time with my family. I tak ada masa nak borak dengan you” Safuan terus melangkah pergi sambil menolak Fairuz. Dia tidak perdulik dengan orang kata sebab dia memang ikhlas sayangkan Fairuz. Tapi dia risaukan Fairuz ketika ini.
“Awak jangan dengar apa orang cakap. Saya sayang awak ikhlas dari hati”
“Ye saya tahu” Hati Fairuz sebenarnya sudah goyang tapi apabila dengar Safuan bersuara dengan pantas dia kembali sedar ke dunia reality.
Share this novel