Safuan laju cuba mengejar Fairuz yang laju masuk ke dalam rumah. Dia tahu Fairuz masih marahkannya lagi. Sudah banyak kali dia meminta maaf tapi semuanya tidak berhasil.
“Sayang jom mandi” Safuan cuba mengangkat Fairuz tapi dengan pantas dia di tolak.
“jangan sentuh Saya. Saya boleh urus diri saya sendiri. Saya kan boleh jalan” Fairuz keluar semula. Di ambil pakaian di ampaian dia terus ke bilik mandi di bahagian bawah.
“Sayang Abang minta maaf. Mandi atas jom sayang. Sini kecik sayang mesti tak selesa” Safuan cuba menghalang Fairuz masuk ke dalam bilik mandi. Dia juga cuba memujuk isterinya lagi. Akan di pujuk hingga berjaya.
Fairuz melanggar sahaja kaki Safuan. Tidak perdulik langsung akan kesakitan yang akan suaminya alami. Safuan mengetap bibir menahan sakit kakinya di langgar kerusi roda Fairuz. Dia harus bersabar. Sebab dia, Fairuz jadi begini.
Safuan melihat kakinya. Pasti akan bengkak sekejap lagi. Melihat Fairuz sudah masuk ke bilik mandi. Safuan naik ke atas untuk membersihkan dirinya juga. Sudah selesai dia ke dapur untuk menyediakan makan malam.
Perut Fairuz tidak terisi dengan makanan sejak pagi tadi. Apa yang di makan pagi tadi semuanya di keluarkan balik. Tengah hari pula dia bergaduh dengan Fairuz. Kemudian terus ke hospital. Pasti Fairuz sedang kelaparan ketika ini.
Fairuz keluar dari bilik mandi terus ke ruang tamu rumahnya. Safuan berikan senyuman padanya langsung tidak di lihat.
Safuan mengikut langkah Fairuz. “Sayang nak makan apa? Abang masakan” Safuan cuba mengambil hati Fairuz. Fairuz tidak membalas langsung pertanyaan Safuan. Dia terus beralih punggung dari kerusi rodanya ke sofa.
“Sayang suka sup ikan kan? Abang masakan ye” Safuan cuba juga mengambil perhatikan pada Fairuz. Hatinya sebenarnya sudah mahu menangis melihat Fairuz buat dirinya seperti tidak wujud. Tidak Pernah Fairuz sebegini dengannya. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang dia telah buat siang tadi.
Safuan melangkah ke dapur dengan hati yang sayu. Tidak sampai sehari Fairuz tidak melayannya, Safuan sudah rindukan tingkah manja Fairuz apabila bersamanya.
Ketika sedang masak Safuan tetap berbicara untuk berbual dengan Fairuz walaupun setiap katanya tidak di balas. Safuan harap sangat Fairuz akan balas walaupun sepatah tapi itu semua hanya tinggal harapan. Sampai dia siap masak langsung Fairuz tidak bersuara.
“Sayang kita makan sambil tengok TV ye” Safuan hidangkan makanan di meja kopi. Di tarik rapat meja itu agar dekat dengan tempat duduk isterinya.
Fairuz menjarakkan tempat duduknya dengan Safuan. Dia angkat kakinya naik ke sofa lalu dia terus baring. Bantal hiasan di jadikan penutup wajahnya. Bukan di buat alas pada kepala.
Safuan terkedu melihat Fairuz. “Sayang nak tidur ke? Dah nak Marghib ni sayang. Makan dulu ye. Sayang tak makan lagi pagi tadi. Mesti baby kita lapar”
Safuan cuba mengalihkan bantal yang menutup wajah Fairuz. Tapi dengan pantas Fairuz melibas wajah Safuan dengan bantal tersebut. Jelas merah wajah Safuan kerana libasan itu. .
“Jangan ganggu saya. Awak buat hal awak. Saya buat hal saya. Saya kalau boleh tak langsung balik rumah awak ni. Sebab Saya tak ada tempat nak pergi saya terpaksa balik sini. Awak ingat saya nak ke duduk dengan orang yang tak percayakan saya. Awak ingat saya percayakan awak. Entah apa awak letak dalam makanan tu lepas tu suruh Saya makan. Awak ingat saya bodoh! Memang saya ni setakat spm je sekolah tapi Saya ni bukan bengap macam awak sangka kan”.
Safuan cuba untuk bersikap tenang walaupun hatinya sedang membuak untuk marah. “Abang tak letak apa-apa. Abang sayang awak Fairuz. Abang tak akan nak buat kerja bukan-bukan untuk sakitkan sayang. Sayang tak percaya. Tengok Abang makan” Safuan menyuapkan lauk yang di masak ke dalam mulutnya.
“Tak ada pape kan. Abang masak memang untuk sayang Abang. Ye Abang tahu Abang salah. Tapi janganlah sayang seksa diri sayang sampai tak nak makan. Kecian dekat anak kita sayang” Safuan cuba mengunakan anak yang di kandung Fairuz untuk buat Fairuz dengan akan turut bicaranya. Fairuz makan sedikit pun jadilah daripada langsung tidak makan.
Fairuz langsung tidak perdulikan kata-kata Safuan. Dia menutup kembali mukanya dengan bantal hiasan. Safuan tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk Fairuz. Di tolak kembali meja kopi ke tempat asalnya. Dia juga tidak lalu untuk makan.
“Sayang nak rehat. Jom naik atas. Sini tak selesa sayang” Safuan cuba mengangkat Fairuz tapi lagi sekali dia di tepis.
Safuan tidak perdulik sudah dengan amukan Fairuz, terus di angkat juga Fairuz walaupun susah kerana Fairuz memberontak mahu di lepaskan.
Di baringkan Fairuz di atas katil. “Sayang rehat ye. Abang tak kacau sayang. Sini lebih selesa. Biar Abang duduk bawah je” Safuan melangkah keluar sebaik habis bersuara. Pintu bilik di biarkan terbuka sedikit. Dia risau keadaan Fairuz. Sekurangnya dia boleh melihat Fairuz dari luar.
Sebaik Safuan pergi, Fairuz terus melepaskan tangisannya. Dia benci akan keadaan dirinya. Perasaan yang sama dia rasa sekarang ini dengan perasaan dia pertama kali tahu dia tidak mampu berjalan lagi.
Safuan yang sandar badannya di dinding melurut ke bawah apabila dengar tangisan isterinya itu. Kalau boleh dia mahu peluk Fairuz sekarang juga tapi dia tahu. Pasti Fairuz akan memberontak. Di biarkan Fairuz sendiri untuk dia bertenang.
Kenapa dia bodoh sangat siang tadi menuduh Fairuz yang bukan-bukan. Kenapa selama ini dia mempercayai Fairuz tapi hari ni kepercayaan itu dengan senang pudar. Dia sendiri tahu keadaan Fairuz yang sebenar. Sepanjang masa dia bersama Fairuz apabila Fairuz menjalani latihan Fisioterapi. Tapi kenapa hari ini dia bodoh sangat. Kerana satu video kepercayaan pada Fairuz dengan senang terpadam.
“Akhhh!!!”
Safuan dengan pantas masuk ke bilik apabila suara jeritan isterinya kedengaran. Bertalu-talu Fairuz memukul kakinya sendiri. "Bukan aku nak jadi macam ni. Aku tak nak jadi macam ni"
“Sayang..” Safuan terus terkam Fairuz hingga terbaring. Cuba hentikan Fairuz dari memukul diri sendiri.
“Lepaskan aku!!” Fairuz memberontak agar dia di lepaskan. Habis badan Safuan menjadi mangsa pukulan Fairuz.
Safuan terpaksa bertindak kasar terhadap Fairuz. Di kepit kedua tangan Fairuz di kakinya. Dia terpaksa duduk di atas badan Fairuz. Walaupun pun sudah terbatas pergerakkan Fairuz tetap memberontak. Badannya di pusing ke kiri ke kanan berulang kali. “Lepaskan aku!!”
Safuan tiada pilihan lain lagi. Laci meja di sisi katil di buka. Pacigari di ambil. Ubat botol kecil juga di ambil lalu dicucuk di bahagian penutupnya. “Maafkan Abang sayang” di cucuk ubat itu di lengan atas Fairuz.
Safuan memeluk Fairuz dengan kejap agar dia kembali tenang. Perkataan maaf berulang kali di sebut. Fairuz yang memberontak akhirnya berhenti. Matanya juga semakin lama semakin layu dan akhirnya matanya tertutup rapat.
Share this novel