“Sayang”
“Sayang!”
“Sayang!! Bangun la” Berkali-kali Safuan mengerakkan badan Fairuz tapi sedikit pun Fairuz menunjukkan dia akan bangun.
“Tak apalah. Abang mandi dulu. Nanti Abang kejutkan lagi ye” Safuan turun dari katilnya dan ke bilik mandi. Di tinggalkan Fairuz seorang diri.
15 minit kemudian..
Safuan ke sebelah Fairuz. Lagi sekali cuba mengejutkan isterinya itu. “Sayang. Bangunlah nanti terlepas subuh”
Safuan sudah kerisauan apabila Fairuz langsung tidak menunjukkan dia akan bangun. “Sayang demam ke?” dahi Fairuz di sentuh. “Sayang kenapa sejuk ni”
“Sayang bangun!!” di goncang tubuh Fairuz. Berharap isterinya itu akan terbangun. Tapi tiada sebarang tindakan balas. Badan Fairuz di sebalut selimut tebal, Pantas Safuan angkat Fairuz di bawa masuk ke kereta.
Sepanjang jalan Safuan sentiasa memandang ke belakang. Risau akan Fairuz. Berharap Fairuz akan sedar. Sayang tolong bangun. Jangan buat Abang macam ni.
Safuan kembali ke rumahnya. Selalu di sambut oleh Fairuz sekarang sunyi sekali. Di kemas barang-barang keperluan Fairuz. Di masukan ke dalam bagasi beg yang besar. Air mata Safuan mengalir bila dia mengemas barang isterinya itu. Di cium baju kepunyaan Fairuz untuk melepaskan rindu.
“Maafkan Abang. Sayang”
Kakinya melangkah keluar dari rumah. Di pandang sayu rumah yang menjadi memori terindah dia bersama Fairuz.
“ Wa’alaikumusalam, Fairuz macam mana Safuan” Idah bertanya sebaik melihat Safuan yang memberi salam di luar rumah.
Safuan geling kepala. “Doctor tak dapat selamatkan. Saya mungkin tak balik rumah untuk jangka masa panjang. Akak tolong tengokkan rumah Saya ye. Ni kunci” di hulurkan kunci rumah kepada Idah. “Nanti Shila dah keluar hospital dia balik sini juga. Kunci pendua Saya dah bagi dekat dia. Ni akak simpan je”
“Innalillah. Kamu janganlah terlalu sedih. Anggap sahaja ni ujian untuk kamu. Kamu masih nak bagi dia duduk dengan kamu ke? Dengan apa dia buat dekat keluarga kamu. Sampai Fairuz jadi macam ni”
Safuan menundukkan wajahnya. Dia pun rasa bersalah. Sebolehnya tidak mahu Shila duduk dengannya lagi. Tapi bila teringatkan kata isterinya. Dia jadi serba salah. “Fairuz cakap, mereka berdua saja keluarga yang ada. Siapa lagi mahu menolong. Harap tak jadi macam ni lagi”
“Baik sangat la Fairuz ni. Kamu ni lama ke pergi”
“Mungkin sebulan dua. Kalau Saya balik pun saya Cuma datang jenguk saja. Saya tak mampu duduk dekat sini lagi. Saya nak lupakan apa yang telah terjadi”
“Tak apalah Safuan. Mak Cik faham. Mak Cik doakan yang baik-baik untuk kamu” sedih pula apabila Safuan tidak akan lagi duduk di sini. Sudahlah sini orang muda berape orang sahaja.
“Saya pergi dulu. Mak Cik tolong ye tengokkan. Assalamualaikum” Safuan mula melangkah ke keretanya.
“Wa’alaikumusalam”
Seminggu kemudian…
Safuan duduk bersandar di kerusi di ruang tamu Khatijah sambil membalas pesanan ringkas Shila. Setiap hari Shila sentiasa bertanya khabar akan dirinya. Safuan juga membalas dengan senang hati.
Shila juga duduk goyang kaki bersendirian di rumah Safuan. Sepanjang masa berchating dengan Safuan. Hidupnya senang. Semua Safuan sediakan makan minumnya sepanjang dia duduk di rumah Safuan ini. Paling mengembirakan dirinya. Safuan tidak lama lagi akan menjadi miliknya.
Shila : Saya takut duduk sorang. Teman lah saya.
Safuan : dua tiga hari Saya datang. Sekarang tak boleh.
Shila : Ala. Kenapa tak boleh. Awak bukan buat apa pun dekat sana.
Safuan : Kan baru lepas kematian.
Shila : Dia dah mati masuk kubur. Bukan boleh buat apa-apa dekat awak.
Safuan : Awak jangan cakap macam tu. Saya ni dahlah penakut.
Shila : Saya sorang-sorang dekat sini. Saya lagi takut.
Safuan : Okay. Lagi dua hari Saya sampai. Bagi saya masa dua hari je.
Shila : Okay. Janji tau.
Safuan : Ye Saya janji.
Safuan tersenyum melihat semua pesanan antara dia dan Shila.
“Apa tengok phone senyum-senyum tu” Khatijah menegur. Lagi tadi melihat Safuan begitu. Sampai tidak sedar dengan kehadiran orang lain di hadapannya.
“Tak ada apalah Mak. Tengok video lawak dalam Fac je” Safuan meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Bukan tidak perasaan dengan kehadiran Khatijah. Dia nampak sebab itu berhenti dari membalas pesanan Shila.
“Safuan masuk bilik la Mak” Safuan mula berdiri selepas meminta diri untuk pergi.
“Pergilah” melihat Safuan pergi. Khatijah dengan pantas mengambil telefon Safuan yang di tinggalkan di atas meja. Di buka peti simpanan untuk melihat apa yang anaknya sibuk bermesej dan dengan siapa.
Khatijah tersenyum melihat semua pesanan ringkas antara Shila dan Safuan. Sudah selesai baca, Khatijah meletakkan kembali telefon anaknya itu di tempat asal. Dia juga bangun dan masuk ke dalam bilik.
pening chapter kali ini. korang boleh buat andaian sendiri. apapun penulis bersimpati pada Fairuz. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Share this novel