Safuan mengetuk jari telunjuknya di stering kereta. Memikirkan hadiah apa sesuai untuk di berikan pada Fairuz. Apa tak ada dekat sana tapi sini ada. Macam semua ada je. Call Mak la tanya.
Tanpa membuang masa Safuan menghubungi Khatijah. Harap Khatijah jawab panggilannya. Esok sahaja dia ada masa untuk mencari. Malamnya mahu bertolak balik ke kampung sudah.
“Mak! Kenapa lambat jawab.” Tanpa memberi salam Safuan terus menterjah Khatijah.
“Apa Mak Mak. Ingat Mak kerja macam kamu. Salam tak bagi sibuk Mak Mak.”
“hehehe.. Assalamualaikum Sayang Mak.” Safuan tersedar akan kesilapanya.
“Wa’alaikumusalam. Nak apa call Mak? Mak tak boleh lama ni sekejap lagi Mak nak kena round satu hospital.”
“Mak ni doctor ke guard nak round satu hospital.” pandang pelik Saiful ke arah telefon bimbitnya.
“Tak payah nak buat muka macam tu. Dah nak apa?”
“Nak kawin. Hahahahaha.” Kawin dengan siapa pun tak tahu. Saja nak buat Khatijah merasa berkobar-kobar mahukan menantu.
“Kamu kalau dah gatal sangat nak kawin. Bagitahu Mak siapa calonnya. Senang Mak nak pergi masuk meminang.”
“Tak adalah Mak gurau. Calon pun tak ada. Kalau Mak ada calon untuk Safuan. Safuan terima dengan hati yang ikhlas. Safuan nak belikan hadiah dekat Fairuz tapi tak tahu apa. Mak rasa apa sesuai untuk Fairuz.” Cepat-cepat Safuan mengubah topik. Mana tahu memang Khatijah sudah ada calon. Dia juga yang naya.
Khatijah mengalihkan matanya memandang tudung di tangannya. Tudung untuk di berikan kepada Fairuz. Dia dengar permintaan Fairuz tengah hari tadi pada Mak Ciknya terus di belikan tudung sarung untuk Fairuz. “Tudung.”
“Tudung? Tak rasa macam simple sangat ke Mak.”
“Tak. Kamu belikan lah yang cantik. Jangan yang terlalu murah.”
“Warna apa Mak?”
“Ni la lelaki. Sama patern dengan Ayah kamu. Suruh beli barang. Macam-macam di tanya. Kamu nak hadiahkan pada dia. Suka hati kamu lah nak warna apa beli.” Lagi sekali Khatijah membebel. Mungkin kerana factor umur yang semakin meningkat usia.
“Betulah Mak orang tanya. Nanti beli dia tak suka, Dia tak guna.” Ni gara-gara Ayah. Safuan pula kena.
“Nanti Mak tanya dia. Dia suka warna apa. Mak nak tanya. Kamu memang tak ada calon isteri lagi ke?”
“Ada. dekat dengan Mak.” Memang sudah ada niat di hati mahu mengambil Fairuz menjadi isterinya walaupun tidak pernah bercakap. Bila bersua muka hanya dia yang dapat melihat Fairuz. Kerana Safuan ingin menebus kesalahannya. Dia cuba menjaga Fairuz hingga Fairuz pulih sepenuhnya.
"Orang sini ke?" Terkejut juga Khatijah apabila anaknya kata ada calon. Betul atau sengaja mahu mengelak bila di tanya soal kawin.
"Ye. nanti Safuan bagitahu."
“Yela. Nanti bila ada masa sesuai Mak tanya Fairuz. Dah nanti sambung lagi. Hati-hati drive tu.” Khatijah perlu melakukan kerjanya. Jika tiada buat apa-apa mahu saja soal selidik lagi.
“Ye Mak. Mak pun sama, buat kerja elok-elok. Assalamuaikum.”
“Wa’alaikumusalam.”
“Terima kasih Doktor.” Fairuz terus memakai tudung yang Khatijah berikan kepadanya. Baru terasa selesa. “Nanti saya ganti dengan tudung baru.”
“Tak perlu Fairuz. Tudung Fairuz pakai Doktor tak guna dah.”
“Terima kasih.”
Khatijah duduk di kerusi yang berada di sisi katil Fairuz. “Doktor nak cakap bukan sebagai doktor. Tapi sebagai Mak kepada anak Doktor.” Tangan Fairuz di gengam erat. Sedikit pun dia tidak menepis. “Anak Doktor yang langgar Fairuz. Doktor minta maaf sangat. Sepanjang Fairuz sedar baru ni Doktor ada kekuatan untuk minta maaf pada Fairuz.”
Fairuz diamkan diri dan senyum pada Khatijah. Di lepaskan tangannya dari gengaman tangan Khatijah dan di usap tepi bahu Khatijah. “Bukan salah sesiapa pun. Kunfayakun. Kalau di katakan jadinya begitu, begitulah jadinya. Jika anak Doktor bukan penyebab, Mungkin cara lain atau orang lain menyebabkan saya jadi begini."
Tipulah kalau tak sedih, marah, tertekan dalam sekelip mata tidak mampu berjalan tapi hatinya tetap kena redha dengan apa yang telah menimpa dirinya. Anggap sajalah dari kesakitan yang dia hadapi ini akan di balas kebahagian di masa hadapan atau di akhirat sana.
Khatijah bangun dari duduknya dan memeluk Fairuz. Menitis air matanya kerana Fairuz sudi memaafkan Safuan. “Terima Kasih Fairuz”
Pelukan di leraikan. Khatijah kembali duduk di kerusi. Dia melihat wajah Fairuz juga mempunyai air mata. Tipu jikakalau Fairuz tidak langsung kisah dengan keadaan dia sekarang ini. Pasti dia tahan seorang diri.
“Doktor nak tanya sikit boleh?”
“Tanya apa?”
“Fairuz suka warna apa?”
“Putih.”
“Boleh Doktor tahu kenapa?”
“Putih Itu lambang kematian. Dia Ingatkan Fairuz bila-bila nyawa Fairuz akan di tarik. Dan semua orang pun tahu. Putih itu bersih. Fairuz mahu jadi begitu. Harap diri Fairuz sentiasa bersih dari segala kekotoran. Tapi siapalah kita sebagai makhluk ALLAH. Pasti ada juga kesalahan yang kita buat. Jika ada kekotoran Fairuz akan cuba bersihkan hingga kembali putih pada asal.”
Terdiam Khatijah mendengar ayat yang keluar dari mulut Fairuz. Dia yang tua pun kadang kala leka dengan dunia. Tapi Fairuz yang muda sentiasa ingat akan akhirat.
Share this novel