Khatijah mendengar berita dari anaknya tentang persetujui Fairuz. Dia yang paling gembira di rasai. Macam-macam mahu di lakukan untuk Majlis anaknya itu nanti. Salim pula menyokong sahaja apa yang Safuan mahukan. Lagipun memang Fairuz sudah duduk mereka. Kalau Safuan dan Fairuz berkahwin lebih elok.
“Mak nak ingatkan. Fairuz tu tak okay lagi. Jangan buat dia tertekan lagi. Terlalu penat pun tak boleh.” Khatijah memberi peringatan pada Safuan agar sentiasa beringat.
“Ye Insyallah. Safuan ingat lagipun bukan esok nak terus kawin dengan Fairuz. Baru beli cincin. Yang lain tak sediakan apa-apa lagi.”
“Biar Mak uruskan. Nanti Mak sediakan semua dekat kampung. Kamu balik nikah je.”
“Cantik Mak. Cepat-cepat ye Mak. Tak sabar nak gesel-gesel dengan Fairuz. Hahahahahahaha.” Depan mata dah. Ingat boleh tahan ke. Dia juga sama seperti lelaki lain.
“Kamu ni dah kira jantan bukan lelaki dah. Miang sangat.”
“Mesti anak Mak cantik sangat masa nikah nanti.” Pipi Fairuz di pegang dengan kedua belah tangannya. Seperti dia pula yang mahu bernikah. Teruja untuk jadikan Fairuz sah menjadi sebahagian ahli keluarganya.
Melihat Fairuz mencuba baju nikah tadi pun sudah nampak cantik. Apatah lagi ketika Majlis apabila wajahnya akan di tacap Mak andam.
“Biasa je la Mak.” merah wajah Fairuz apabila di puji. “Mak letak barang sini.” di tepuk pahanya. “Mak nak tolak Fairuz. Bawa barang lagi.”
Khatijah berikan kepada Fairuz seperti yang Fairuz suruh. “Fairuz nanti duduk dengan Safuan jangan lupa Mak, Ayah ye. Kalau Safuan sakitkan hati Fairuz cepat-cepat call Mak.” sepanjang Fairuz duduk dengannya. Fairuz sangat menyenangkan. Jaga Fairuz bukan beban baginya tapi bawa lebih kebahagian untuk keluarganya.
Shila dari jauh melihat seorang wanita tua menolak kerusi roda. Dia macam kenal perempuan tua itu. Yang duduk pun seperti dia kenali juga. Shila melangkah agar semakin dekat.
Sial!! Dia rupanya yang bawa lari perempuan ni. Tanpa membuang masa Shila hampiri Khatijah dan Fairuz. Dia berhenti di hadapannya mereka berdua dan tersenyum sinis.
“Kau ingat kau lari. Aku tak jumpa kau.”
Wajah Fairuz yang tersenyum terus berubah riak apabila melihat Shila di hadapannya. Khatijah mengubah arah menolak Fairuz. Tetapi tangannya di cengkam kuat oleh Shila sehingga menyakitkan badannya. Terus dia terhenti melangkah.
“Kau perempuan tua. Nak bawa dia ke mana? Dia ni bawah jagaan Mak aku. Senang kau ambik dia sesuka hati.”
“Fairuz dah besar panjang tak perlu jagaan sesiapa.” Khatijah membalas.
“Tu untuk kau. Bukan untuk kami. Aku nak ambik dia balik.” Majlis kawin dengan Meon lagi 3 hari. Dia bernasib baik jumpa Fairuz di sini. Tidak perlu dia jadi penganti Fairuz bila tuan badan sudah ada.
“Fairuz nak duduk sendiri Shila. Tak perlu nak suruh Fairuz balik rumah.” Fairuz membalas pula.
“Kau lupa ke kau tu nak kawin dah. Kau balik rumah pun sekejap je. Lepas tu kau boleh duduk dengan laki tua kau tu.”
Khatijah meneruskan langkahnya menolak Fairuz. Cuba tidak menghiraukan Shila di hadapannya. Shila hanya senyum sahaja melihat Khatijah dan Fairuz. Dia sedang mengira bila masa sesuai untuk mengambil balik Fairuz.
“Kita balik Fairuz.” Khatijah merasa tidak selamat keadaan pada masa ini. Ingatkan tidak akan bertemu kembali dengan Shila sebab itu di bawa Fairuz pulang ke kampung untuk uruskan pernikahan anaknya. Tetapi sebaliknya yang berlaku.
Fairuz mengangguk kepala. Dia pun mahu lari dari Shila. Ingatkan tidak akan jumpa lagi. Tapi sebaliknya yang berlaku.
Senang kerja aku. Dari jauh Shila ikut Khatijah dan Fairuz. Tidak sangka mereka berdua ke parking kereta. Melihat tiada orang dengan pantas Shila melangkah ke arah Khatijah. Lalu di tolak Khatijah hingga terjatuh. Dan dia dengan pantas bawa Fairuz ke keretanya.
“Mak!!!” Fairuz terus mencengkam tangannya pada roda kerusinya. Agar Shila tidak dapat menolaknya.
Khatijah cuba bangun tapi terjatuh balik kerana kakinya terlalu sakit. Shila menarik tangan Fairuz dengan kasar sekali hingga terlepas dari pegangannya. Fairuz memusingkan badannya untuk menolak Shila tapi tidak berjaya. Dengan pantas dia dapat mengelak.
Buk!
Shila menghentuk kepala Fairuz yang tidak henti bergelut dengannya. Mata Fairuz semakin lama semakin kabur. Ingatkan cacat senang nak uruskan. Tapi semakin melawan. Di sumbat sahaja Fairuz ke dalam keretanya. Kerusi roda Fairuz di tinggalkan. Dia terus masuk ke dalam kereta dan pergi.
“Abang!! Fairuz. Shila ambik Fairuz!” Khatijah terus bagitahu apa yang terjadi sebaik panggilannya di jawab oleh Salim.
“Awak dekat mana sekarang?” Terkejut hingga terbangun dari duduknya. “Saya datang sekarang.”
“Mak!!!” Shila menjerit memanggil sebaik keluar dari keretanya. Mahu Zalipah menolongnya mengangkat Fairuz untuk di bawa masuk ke dalam rumah.
“Kenapa?” Zalipah keluar melihat anaknya.
“Tolong angkat perempuan ni.” dalam keadaan payah Shila menarik keluar Fairuz yang tidak sedarkan diri itu.
Terkejut Zalipah melihat dengan matanya sendiri Shila membawa Fairuz pulang. Dengan pantas dia menolong anaknya untuk mengangkat Fairuz di bawa masuk. “Kau jumpa dekat mana?” Di letakkan Fairuz di dalam bilik lalu bilik itu di kunci dari luar.
“Dekat pekan. Yang tolong dia ni, doktor perempuan tua tu Mak. Dia yang bawa lari Fairuz.” Di ceritakan sedikit kepada Zalipah.
“Patut kita cari merata tak jumpa.”
“Sekarang ni jangan bagi dia lepas. Lega Shila rasa tak kena kawin dengan Pak Meon tu.”
“Kamu jangan risau nanti Mak jaga dia. Tak jadi macam hari tu lagi.” dia sanggup duduk di hadapan pintu bilik yang menempatkan Fairuz. Agar Fairuz tidak terlepas lagi.
“Confirm tak boleh lepas Mak. Diakan tak boleh jalan.. Hahahahahahaha.”
“Aha la.. Hahahahahahaha. Tak payah Mak nak risau.”
Safuan yang dengar berita Fairuz di ambil balik oleh Shila, dia tidak membuang masa terus balik ke rumah Khatijah dan Salim. Mak tercedera, Fairuz tiada. Harap Fairuz baik-baik sahaja dan emosinya tidak terganggu.
“Mak rehat dulu. Nanti Safuan dengan Ayah fikirkan cara nak selamatkan Fairuz.” Mahu report polis, dari dulu Fairuz duduk dengan mereka. Memang itu keluarga Fairuz.
Tidak boleh Khatijah dari tidak memikirkan keadaan Fairuz setakat ini. “Mak risaukan Fairuz.”
“Ye Mak Safuan tahu Mak risau. Tapi kalau Mak tak rehat nanti Mak pula sakit.” Safuan memperingatkan Khatijah.
“Buat report polis Safuan.” Khatijah memberi cadangan.
“Tak boleh Mak. Sebab diaorang memang keluarga Fairuz. Nanti Safuan cuba fikirkan cara lain.”
“Nanti Abang jumpa diaorang. Awak rehat dulu. Jangan di fikirkan sangat.” Salim cuba memujuk isterinya.
Telefon bimbit Safuan berbunyi dia terus melihat siapa yang menghantar pesanan padanya.
Shila : Jemputlah datang Majlis kawin Fairuz. Gambar kad jemput do sertakan sekali.
Terkejut Safuan melihat, lalu di berikan kepada Salim pula.
Gembira Shila rasakan kerana dia bebas untuk mencari pasangannya. Pesanan ringkas yang di hantar pada Safuan itu memang di sengajakan. Mahu buat Fairuz bertambah terluka. Dia layak untuk lelaki tua sahaja. Kau kena sedar diri. Dah cacat tak sedar diri nak dengan orang sebaya kau.
“Safuan balas. Kita boleh ambik Fairuz masa tu.” Salim memberi cadangan. Masa itu sahaja yang paling sesuai.
“Okay.” Safuan membalas pesanan ringkas Shila. Dia bernasib baik Shila tidak tahu hubunganya dengan Khatijah dan Salim.
Safuan : Tahniah. Saya memang ada dekat sini. Nanti saya datang. Tapi pagi la saya datang. petang saya ada kerja nak buat.
Makin lebar senyuman Shila. Safuan datang ni peluang dia untuk mengoda Safuan. “Yes!”
“Shila. Perempuan tu tak bangun lagi tadi ke.” Pelik pula Zalipah rasakan dari tadi bilik yang di duduki Fairuz senyap sahaja.
“Mak pergilah tengok.” Shila sibuk membalas pesanan ringkas dari Safuan.
Shila : Majlis Nikah pagi. awak datanglah pagi.
Zalipah bangun untuk melihat. Di lihat Fairuz masih terbaring seperti tadi. Lampu bilik di buka. Terkejut dia melihat mata Fairuz yang sudah tercelik itu. Tapi kenapa diam sahaja. Dia cuba dekatkan diri untuk melihat. Hidungnya dengan tiba-tiba berbau hancing.
Dada Fairuz masih bernafas tapi dia sedikit pun tidak bergerak. Kencing pun di atas tilam sahaja. “Shila!! Tolong Mak ni.”
Dalam keadaan malas Shila bangun dan masuk ke bilik Fairuz. “Kenapa Mak?”
“Dia ni kencing atas tilam. Tolong Mak bersihkan.”
“Biar jela Mak. Nanti masa dia nak nikah nanti baru bersihkan.” Shila pelik melihat Fairuz tidak bergerak sekutik pun. “Woi!! Lain kali. Kencing berak panggil. Jangan menyusahkan orang boleh tak.” Badan Fairuz di sepak dengan kaki tapi sedikit pun dia tidak bergerak. Riak wajahnya turut sama. Seperti tidak merasa sakit.
“Aku cakap ni dengar tak?” Sakit hati Shila apabila Fairuz buat tidak tahu sahaja. “Jomlah Mak. Biarkan je dia. Lagipun dua hari je dia dekat sini.”
Zalipah mengikut Shila keluar tapi dia pelik melihat perilaku Fairuz. Seperti mayat tidak bergerak langsung tapi bernyawa.
Fairuz hanya diam tidak terkutik langsung. Dia bukan dirinya. Dia cuba keluar sedarkan dirinya tapi dia tidak mampu. Dia hanya boleh terbaring meratapi hanya dalam hati. Berharap sangat ada orang yang akan menolongnya.
Fairuz di siapkan sendiri oleh Zalipah dan Shila. Mereka berdua tidak mahu menyuruh orang lain kerana risau Fairuz akan hilang lagi sekali.
“Kau ni dah kena sampuk apa? Kencing berak dekat sini.” Zalipah tidak tahan sudah dengan bau busuk dari dalam bilik Fairuz hingga bawa ke ruang tamu rumahnya.
“Shila rasa lah kan Mak. Dia ni gila dah. Lagi semalam macam tu je.”
“Gila tak gila bukan hal kita. Dia macam ni lagi senang. Tak ada terpekik minta tolong dekat orang.” Fairuz di tarik sahaja hingga jatuh dari katil hingga terhentak kepalanya di lantai. “Kau buang je tilam ni. Aku pun tak nak guna dah kena najis perempuan ni.”
“Mak la buang. Busuk.” Shila menutup hidungnya dengan jari. Nak termuntah sebab bau busuk yang kuat.
Nak cantik tapi satu benda tak boleh di harap. Zalipah menyepak sahaja Fairuz yang terbaring di lantai itu. Dia keluar bawa tilam yang kotor itu untuk di buang.
“Pelik aku! Kau dah macam ni pun. Ada lagi orang nak tolong kau.” Shila menyentuh wajah Fairuz dengan kakinya. “Kau cium tapak kaki aku ni. Hahahahahahaha.”
Share this novel