32. DI MAAFKAN

Romantic Comedy Series 8220

Azan subuh berkumandang sayup. Safuan terjaga dari tidurnya dan mencari Fairuz yang sudah tiada di dalam pelukannya. Pintu bilik mandi di buka dan Fairuz tiada di dalam.

Fairuz yang merasa kepalanya masih pening, tetap juga cuba sedaya upaya untuk turun ke bawah dalam keadaan mengesot. Dia masih marahkan Safuan. Di rasakan dia akan lebih tenang jika tidak melihat Safuan ketika ini.

Safuan keluar dari biliknya. Di cari Fairuz dalam satu lagi bilik di bahagian atas. Tiada. Dengan pantas dia mahu mencari di bawah dan langkah kakinya terbantut apabila dengan susah melihat Fairuz turun tangga.

Bodoh kau Safuan. Kau nampak sendiri dengan mata kepala kau. Fairuz bukan nak melangkah saja tak boleh. Dia nak bangun berdiri sendiri pun tak mampu. Apa lagi yang kau tak percayakan dekat Fairuz. Setahun kau duduk dengan dia. Kau fikirkan perasaan kau je. Keadaan Fairuz langsung kau tak fikir.

Laju kaki Safuan melangkah dekati Fairuz. “Sayang nak pergi mana. Abang tolong ye” Safuan cuba mengangkat Fairuz.

“Saya tak perlukan awak! Tepi” di tepi tangan Safuan yang cuba menolongnya.

Kedua lutut di jadikan tongkat kakinya. “Sayang. Bagi Abang tolong sayang. Abang menyesal sangat sayang. Abang minta maaf Sayang” Fairuz tidak perdulik dengan kata rayuan Safuan dia tetap meneruskan mengesot badannya untuk turun ke bawah.

Di tahan Fairuz dari terus pergi. Di angkat sahaja Fairuz di peluk tubuh isterinya itu. “Abang rasa kosong sebab sayang tak layan Abang. Sebab sayang tak peluk Abang. Kosong sebab tak uruskan sayang. Walaupun baru satu hari Abang terseksa sayang. Abang menyesal sangat. Maafkan Abang sayang” esakan kedengaran di setiap bait kata Safuan.

Fairuz juga menangis. Bukan sengaja dia memberontak, marah. Buat tidak tahu sahaja apa yang Safuan lakukan padanya, tapi hatinya sakit sebab Safuan tidak percayakan dia. Suami sendiri tak percayakan isteri. Di tuduh benda yang sememangnya tidak masuk akal.

Di pukul pukul belakang badan Safuan agar melepaskannya tapi tiada sedikit tanda pun menunjukkan Safuan akan melepaskan pelukannya. Safuan rela dia di pukul asalkan Fairuz maafkan dia. Fairuz tidak Cuba untuk cederakan diri sendiri.

Pukulan Fairuz semakin lama semakin lemah. Dia tiada daya sudah apabila Safuan langsung tidak berganjak dari memeluknya. Dia hanya mampu menangis lemah.

“Maafkan Abang sayang” air mata Fairuz di lap dengan tangannya. Fairuz hanya mengangguk lemah. Dia maafkan Safuan tapi luka di hatinya masih lagi perit.

Safuan tersenyum apabila Fairuz memaafkan dirinya. “Kita solat sama ye sayang. Jom kita mandi” di bawa naik semula Fairuz masuk ke dalam biliknya. Safuan sedikit lega apabila Fairuz tidak lagi memberontak dan tidak memperdulikan dirinya. Walaupun Fairuz melayan dirinya acuh tidak acuh, Safuan tidak kisah. Dia tahu Fairuz masih lagi terluka. Dia akan berusaha lagi mengambil hati Fairuz semula.

 
 

Fairuz berikan senyuman dengan kehadiran jiran sebelah rumah Idah. Fairuz masih lagi memerlukan peneman untuk dirinya ke hospital walaupun dia dan Safuan sudah berbaik. Baik gitu-gitu sahaja. Dia tetap lakukan perang dingin dengan Safuan.

Apa yang Safuan cakapkan, atau bertanya dia akan jawab sepatah sahaja. Apabila melihat wajah Safuan, dia serta merta teringatkan perang dingin yang berlaku semalam. Hatinya dengan sendiri menjadi sakit. Dia perlukan masa untuk pulihkan hatinya.

“Fairuz dah makan?”

Fairuz mengeling kepala. Dari semalam dia tidak makan. Pagi tadi dia cuba makan tapi semuanya terkeluar balik.

“Mak Cik bawa kuih ni. Fairuz makan la” di hulurkan bekas berisi kuih kepada Fairuz.

Fairuz ambil dan di letakkan di pahanya. “Terima Kasih Mak Cik. Sekejap lagi saya makan”

Kunci kereta di tekan dan kunci terbuka. Safuan cuba menolong Fairuz masuk ke dalam kereta tapi di tepis. “Saya boleh naik sendiri” bekal yang di terima dia letakkan dahulu di kerusi. Baru dia beralih punggung masuk ke dalam kereta.

Safuan tidak mahu bergaduh lagi dengan Fairuz. Di turutkan sahaja. Jiwa Safuan paling terkesan dengan sikap Fairuz. Selalunya di pagi hari sudah berkali-kali dia dapat memeluk, cium Fairuz. Kini sudah tengah hari saat dia dapat cium Fairuz hanya ketika solat sahaja. Mahu minta di peluk lagi la susah.

 

Shila yang cuba menghubungi Safuan dari semalam untuk tahu status sebenar Fairuz. Tapi setiap kali mesejnya di hantar tidak di balas. Malah tidak langsung Safuan membacanya. Dia cuba telefon juga tapi masuk dalam peti simpanan suara.

Dia sudah kerisauan, Safuan tidak percaya ke dengan katanya. Mustahil Safuan ragu. Memang jelas video yang dia bagi itu adalah Fairuz. Fairuz yang berjalan dengan bersahaja tanpa susah payah. Dia jadi begini pun kerana Fairuz juga. Memang di rasakan Fairuz itu gila. Dia pandai simpan perangai buruknya daripada semua orang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience