38. SELENDANG PUTIH

Romantic Comedy Series 8220

 

Fairuz hanya menunggu di dalam rumah. Menanti dengan sabar suaminya itu masuk. Apa yang di bualkan dekat luar dengan Salim pun dia tidak tahu. Bukan dekat dalam rumah tak boleh bual. Nak keluar nanti Khatijah marah pula. Dia langsung tidak di benarkan keluar hingga habis pantang. Lagi-lagi cuaca di luar yang sejuk. Hujan tidak henti turun. Jika berhenti pun hanya seketika.

“Safuan masuk dulu” Safuan meminta izin untuk masuk ke dalam rumah. Mahu berjumpa dengan pengubat rindunya. Sudah di ceritakan semua kejadian yang berlaku atas Shila.

Safuan yang baru melangkah masuk di tahan oleh Khatijah. “Selesai?!” hanya satu perkataan di sebut tetapi sangat jelas apa yang di maksudkan oleh Khatijah.

“Sama seperti Mak dia” Safuan berikan senyuman pada Khatijah.

“Goodjob. Fairuz dah tak sabar nak jumpa tu. Pergilah” Khatijah membalas senyuman Safuan dan memberi laluan selepas jawapan yang di pinta sudah di perolehi.

Laju kaki Safuan melangkah untuk dapatkan Fairuz. “Sayanggggg” tangan di depa untuk memeluk isteri kesayangannya itu.

Sebaik di peluk, tangisan rindu dari Fairuz terus keluar. “Abang pergi lama sangat”

“Maaf sayang. Lepas ni Abang tak pergi dah. Abang dah berhenti kerja. Nanti Abang cari kerja lain yang boleh luangkan masa lebih lama untuk sayang”

Fairuz meleraikan pelukannya. Di pandang wajah Safuan. Kedua tangannya juga memegang wajah suaminya itu. “Betul? Abang tak pergi dah. Abang dengan sayang je”

Safuan berikan senyuman dan mengangguk kepala. Satu kucupan di dahi di berikan. “Tiada lagi pengacau untuk menganggu kebahagian kita” selendang Putih Fairuz pakai di betulkan. Sedikit terabur kerana pelukan yang di beri tadi.

Fairuz hanya senyum memandang Safuan. Senyum yang mempunyai makna tersembunyi. Hanya mereka berdua yang tahu.

 

 

Tamat…. Tq sudi baca.. kalau rajin kita buat part 2 pula.. tu pun kalau ada idea muncul la. Tapi rasanya akan lama menyepikan diri..

conclusion dari cerita ni.. Korang boleh teka dah, mereka sekeluarga bertopengkan wajah yang baik bagi menutup kejahatan mereka semua. Jangan mudah terpedaya ye adik-adik dengan wajah2 handsome, kacak, cantik dan baik ni. kemungkinan hati mereka lebih jahat dari yang muka macam pecah rumah.
 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience