08. LARI

Romantic Comedy Series 8220

Keesokannya Safuan lagi sekali datang melawat Fairuz. Di belikan sekali makanan tengah hari untuk menjamu selera bersama Fairuz.

“Fairuz ambiklah lauk tu” Salim melihat Fairuz makan sedikit sekali. Baru beberapa suap sudah berhenti makan.

“Kenyang dah”

“Ke tak sedap?” Safuan yang berselera sahaja makan bertanya. Mungkin apa yang di beli tak kena pada tekak Fairuz. Kena tekak dia sahaja.

“Fairuz dah lama tak makan. Sebab tu makan sikit dah kenyang” Khatijah jawabkan untuk Fairuz. Masa mula-mula boleh makan. Di belikan bubur pun hanya beberapa suap sahaja yang boleh di telan.

“Oh… Nasi Fairuz tak nak bagi saya la”

“Jap Saya asingkan…..” Fairuz yang baru ingin asingkan nasi yang sudah terkena lauk. Tapi dalam sekelip mata bukan nasi sahaja hilang tapi bekas nasinya juga hilang.

“Kan Saya akan jadi suami awak. Kalau boleh straw awak pun saya nak kongsi” Sempat Safuan mengenyit mata memandang Fairuz. Tak malu betul berterus terang di hadapan orang tuanya. Ngurat gadis terang-terangan.

Fairuz hanya diamkan diri tidak.

“Dah gatal sangat cepat kawin” Khatijah menegur Safuan. Kenapa dengan anaknya ini sejak akhir ini. Miang sungguh.

“Kalau Fairuz nak baru Safuan kawin” Safuan bercakap dengan mulut yang penuh.

Salim dan Khatijah sama-sama memandang satu sama lain. Betul ke anak tunggalnya ini sukakan Fairuz. Nak kan Fairuz. Anaknya tak pernah perangai macam ni bila berhadapan dengan perempuan lain sebelum ini.

“Tak apa terima kasih. Fairuz belum nak kawin dengan sesiapa” Terus terang Fairuz meluahkan apa yang di rasa. Dia juga tidak suka dengan cara Safuan bergurau dengannya. Jika boleh mahu Safuan terus berhenti bergurau untuk berkahwin dengannya.

Safuan yang sedang makan terus terhenti. Riak wajahnya turut berubah. Jelas dia tidak suka dengan jawapan Fairuz. Dia ke tandas untuk basuh tangan dan terus pergi meninggalkan bilik Fairuz.

“Safuan ada hal tu” Salim bersuara untuk menyedapkan keadaan. Dia juga pelik dengan perubahan sikap Safuan itu. Khatijah juga sama seperti suaminya. Betul ke anaknya sukakan Fairuz. Jika betul. Dia dengan senang hati mahu merisik Fairuz.

Fairuz hanya membalas kata Salim dengan senyuman sahaja. Tak terasa pun dengan Safuan yang tiba-tiba pergi. Dia bukan ada apa-apa hubungan dengan Safuan. Bercinta lagilah tidak.

Baru kena reject dah merajuk apalah kau ni Safuan. Kau merajuk ingat dia pujuk ke. Tak sebab dia tak suka kau. Jadi kau kena ayat je sampai dia suka kau. Kau merajuk tak guna. Nanti dia suka orang lain kau juga yang menyesal. Berputih mata kau. Safuan cuba memujuk hatinya sendiri.

Fairuz yang menjangkakan Safuan tidak akan datang bertemu dengannya kembali sebaliknya yang berlaku. Ketika waktu melawat petang Safuan datang dengan sejambang lagi bunga untuk dirinya. Terima kasih sahaja yang mampu Fairuz ucapkan. Mood Safuan juga elok sahaja. Berbual bergurau dengannya.

“Awak nak pau tak. Saya belikan?”

“Tak nak. Makan petang hospital ni pun belum tentu habis” Di tolak dengan baik perlawaan Safuan.

“Lain. Café sini pau sedap. Saya try dah masa awak koma dulu. Saya pergi beli sekejap. Awak kenyang simpan buat makan malam”

Tidak sempat Fairuz menghalang, Safuan sudah lari meninggalkannya. Dua hari Safuan ada dia asyik di sumbat makanan sahaja. Buah semalam pun masih banyak lagi di dalam bakul buluh berkait cantik di sebelahnya.

Laju Safuan berlari menuju ke café. Tidak mahu Fairuz menunggu lama. Sebenarnya dia yang tidak mahu berpisah dengan Fairuz.

“Wah!!” Shila senyum sinis memandang Fairuz. “Patut kau tak nak kawin. Sanggup lari. Dah ada buah hati rupanya”

Fairuz hanya memandang kosong akan kehadiran Shila. “Kawan je”

“Kau ingat ada orang nak dengan kau lagi ke dengan keadaan kau yang cacat ni” Di tolak kaki Fairuz dengan kuat. Tetap sedikit pun Fairuz tidak merasa apa-apa. “Mesti kau tak bagitahu dia kan. Kau ni cacat dah. Takut dia tinggalkan kau”

Dia yang datang untuk tahu tarikh bila Fairuz akan keluar dari hospital tidak sangka melihat Fairuz bersama dengan seseorang. Sakit hati Shila apabila melihat ada lelaki rapat dengan Fairuz. Orangnya boleh tahan kacak berbanding kekasihnya.

Fairuz hanya diamkan diri. Jika dia melawan pun tiada gunanya. Apa-apa dia juga yang di salahkan. Dia juga yang buruk.

“Aku nak ingatkan kau. Lepas kau keluar hospital terus majlis kawin kau dengan orang tua tu” Di usap pipi Fairuz yang mempunyai kesan calar kemalangan yang dia hadapi. “Kau ni sedar tak. Kau ni bukan cacat je. Tapi hodoh!” di tolak kasar pipi Fairuz. Memang sengaja mahu sakitkan hati Fairuz.

Shila duduk di kerusi yang di sediakan di bilik wad Fairuz. Mahu menunggu Safuan muncul dan mahu beritahu kebenaran akan keadaan Fairuz. Ketawa sendiri Shila bila di bayangkan Safuan akan meninggalkan Fairuz.

Sepanjang Shila ada di dalam wadnya, Fairuz hanya diamkan diri dan merenung keluar tingkap. Mulutnya bergerak kecil berzikir memuji Maha Esa. Jari jemarinya juga laju menukar butir demi butir tasbih di tangannya. Jiwanya tidak kuat seperti luaran.

“Assalamualaikum awak.. wak wak wak burung wak wak” Safuan muncul dengan ceria dan di jarinya terganggu plastik berwarna oren kecil.

“wa’alaikumusalam” Fairuz memandang Safuan dan tersenyum, terhibur dengan bait kata Safuan. Tidak di nafikan sepanjang Safuan melawatnya dia sentiasa tersenyum gembira. Safuan suka bergurau, setiap tutur bicara Safuan pasti ada di selitkan dengan lawak jenaka atau Safuan sendiri tidak sedar setiap katanya itu mendatangkan hiburan pada orang yang mendengar.

Safuan memandang Fairuz dan beralih ke arah wanita yang datang ke arahnya.

“Shila. Cousin Fairuz. Dah macam akak dia” Shila menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Terkejut juga Shila melihat Safuan dengan lebih dekat. Antara lelaki kacak yang pernah dia bersama. Safuan jauh sekali lebih kacak dari mereka semua.

“Safuan. Maaf tangan kotor tak boleh salam” Alasan di beri agar tidak bersalam dengan Shila. Safuan dengar nama Shila sahaja terus tahu siapa perempuan di hadapannya. Khatijah sudah ceritakan kejadian sebaik sahaja Fairuz sedar dari komanya. Tahu nama mereka Zalipah dan Shila cuma tidak tahu wajah mereka bagaimana.

Shila berikan senyuman manis dan menurunkan tangannya. “Okay tak pe. Datang melawat Fairuz ke?”

“Ye” selepas jawab Safuan terus duduk di kerusi sebelah katil Fairuz. Di buka plastik berisi pau itu. “Saya belikan awak. Daging satu, ayam satu” di belah pau yang ada di tangannya. Asap panas keluar sebaik di belah. Diberikan kepada Fairuz.

Fairuz yang masih kenyang terpaksa juga mengambil pau yang di hulur. Terasa tidak elok pula menolak. “Terima kasih”

Safuan senyum saja melihat Fairuz. “Makan perlahan lahan. Panas tu”

“Ye” Pau yang sudah di belah dua itu di cubit sedikit dan di masukan ke dalam mulutnya.

Shila sakit hati melihat dia tidak di perdulikan. Seperti dia tidak wujud di situ. Dia berdiri di hadapan katil Fairuz dan melihat Safuan. “awak tahu kan Fairuz ni tak boleh jalan dah”

Safuan memandang Shila. Kenapa perlu Shila berkata begitu padanya. “Ye Saya tahu” bersahaja wajah Safuan melihat Shila. “Cik Shila jangan risau. Insyallah Fairuz boleh jalan semula lepas buat fisio semua”

“Oh. Jadi tahu lah” Apa yang dia cuba lakukan tidak berhasil. Geram rasanya. “Okay la Saya balik dulu. Korang berdua berbual la” Shila terus melangkah pergi.

Di dalam kereta Shila mengamuk sakit hati dengan sendiri. Di fikirkan apa cara untuk Safuan menjauhkan diri dari Fairuz. Kenapa aku tak cakap Fairuz tu nak kawin dah tadi. Di gengam steering keretanya dengan kuat sekali.

“Sedapkan” Safuan bercakap sambil kedua dua keningnya terangkat. Seperti teruja.

Fairuz mengangguk kepala.

“Saya teman awak sampai habis waktu melawat. Tak la awak bosan sorang-sorang” Safuan memusingkan kerusi yang dia duduk mengadap TV. Badannya di sandarkan pada belakang kerusi. Dia duduk dalam keadaan sempoi dan relax sekali.

Fairuz melihat Safuan yang matanya memandang ke arah kata TV “Awak tak kerja ke”

“Kerja. Kerja saya pikat hati awak” terus di toleh memandang Fairuz. Fairuz dengan pantas mengubah pandangan matanya. Melihat reaksi Fairuz yang tiba-tiba gelabah di rasakan pasti akan berjaya. “Kan ahad. Cuti. Saya cuti sabtu ahad. Tapi esok pun saya cuti. Belum habis memikat awak lagi”

“Oh.. awak kerja apa?” Fairuz tidak perdulikan kata-kata terakhir Safuan.

Safuan memandang TV semula apabila Fairuz seperti tidak kisah dengan kata-katannya. Tak apa, cuba lagi “Kerja pejabat biasa je. Makan gaji macam orang lain. Saya dari hari tu nak tanya awak. Tapi tak tertanya”

“Tanya apa?” Fairuz memasukkan secubit lagi pau ke dalam mulutnya. Dia terlalu kenyang sebab Itu makan dengan perlahan sekali.

“Awak buat apa pagi buta dekat jalan hutan tu. Pakai baju putih pula tu. Sampai saya ingat awak ni pontianak”

“Saja ambik angin malam” tidak di beritahu akan perkara sebenar. Biarlah dia saja tahu. Dia tidak perlukan simpati orang lain.

“Ada ambik angin. Awak tu perempuan. Cuba takut sikit. Tak takut dengan hantu. Takut dengan orang jahat” Safuan yang menanti balasan Fairuz menoleh memandang Fairuz apabila Fairuz mendiamkan diri. Di lihat Fairuz seperti mengelamun.

Fairuz yang sudah siap di solek cantik dan tubuhnya bersarung pakaian pengantin berwarna putih. Dia melihat sekeliling biliknya. Cuba di fikirkan cara untuk melarikan diri. Tingkap kalau di pecahkan tidak sempat lari pasti dapat di tangkap semula.

Fairuz mengambil handbag kecik yang di letakkan pengenalan diri dan kad bank. Di masukan ke dalam kain agar tiada sesiapa nampak.

Fairuz buka pintu biliknya. “Kau nak pergi mana?” Belum apa-apa di sudah di sergah. Fairuz tahu dia memang di jaga rapi agar tidak dapat melarikan diri.

“Buang air” Fairuz terus melangkah ke dapur. Pintu tandas dan pintu dapur sangat dekat. Itu sahaja yang boleh di fikirkan tapi bagaimana mana mahu melarikan diri. Fairuz menjeling melihat Zalipah yang sentiasa mengikut belakangnya.

Fairuz masuk ke dalam tandas lalu di kunci dari dalam. Kukunya di gigit sambil memikirkan bagaimana mahu keluar tanpa di sedari Zalipah mahupun sesiapa.

“Pah!! Tuan rumah duduk depan sambut tetamu” Fairuz tiba-tiba dengar seseorang menegur Mak Cik nya itu.

“Dapur ni berkecah sangat. Sebelum mula Majlis bersihkan sikit” Zalipah membalas sambil tersenyum paksa.

“Nanti-nanti lah. Selagi tak habis memang berkecah punya”

Fairuz membuka sedikit pintu tandas apabila dengar Zalipah berbual rancak dengan jiran sekampungnya. Fairuz hanya boleh berharap Zalipah ralat dan tidak perasaan akan dirinya.

Fairuz melihat Zalipah tidak memandang ke arahnya dengan pantas berlari keluar. Dengan berkaki ayam Fairuz berlari dengan laju tidak hiraukan dengan kakinya yang sakit memijak batu, kayu dan segala apa yang ada di atas tanah. Dia berlari terus ke belakang dalam kegelapan malam. Tidak takut sudah dengan keadaan sekeliling.

Apabila di rasai sudah lama berlari Fairuz mula melangkah perlahan. Baru dia rasa tapak kakinya sakit. Apa yang dia pijak dia tidak tahu. Dia meneruskan langkah, Fairuz akhirnya menangis sambil melangkah kerana sakit di tapak kakinya tidak tertahan lagi. Tapi di gagahkan diri kerana takut akan di jumpai.

Tidak tahu berapa lama dia berjalan akhirnya Fairuz jumpa jalan raya yang sunyi tanpa sebarang kenderaan. Dia melangkah dengan perlahan lahan. Dari jauh dia ternampak cahaya kenderaan. Dia cuba menahan agar dapat di tumpangkan. Ketika itu dia langsung tidak fikir akan takut atau perkara buruk yang boleh berlaku padanya.

Dia ke tengah jalan agar dia dapat di lihat oleh pemandu kenderaan yang akan lalu sebentar lagi. Tapi dalam beberapa saat tiba-tiba terasa tubuhnya melayang ke udara.

Rasa semakin lama.. semakin mengarut dah cerita ni.. harap pembaca boleh menerima

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience