Shila yang menduga Safuan akan datang lagi untuk melawat Fairuz, lebih awal dia telah menunggu. Di parking keretanya betul-betul di pintu masuk parking agar dia nampak jika Safuan datang. Seperti yang di duga oleh Shila. Ketika hampir tiba waktu melawat Safuan muncul.
Not bad. Naik Audi. Handsome kaya. Fikiran Shila sudah memikirkan untuk mengoda Safuan. Jika di bandingkan dia dengan Fairuz pasti Safuan akan nemilihnya. Tidak lama selepas Safuan menghilang, Shila keluar dari keretanya dan menuju ke bilik Wad Fairuz.
Safuan tidak terus ke wad Fairuz sebaliknya singgah dahulu di café. “Fairuz. Safuan nak bagi Fairuz gemuk balik. Dah macam serangka ayam goreng saya tengok” di ambil setiap jenis makanan ringan yang ada. Lagipun ini hari last dia melawat Fairuz. Esok dia sudah mahu pulang ke bandar semula. Jadi di berikan stock makanan yang mencukupi untuk Fairuz seminggu ini.
Shila yang sangkakan Safuan ada sudah ada di wad Fairuz, tetapi sebaliknya yang di temui. Doctor tua yang suka menyakitkan hatinya yang ada di situ.
“Bila dia boleh keluar” Shila bertanya dengan nada kasar dan langsung tidak menghormati Khatijah dan Doctor Adam yang lebih tua darinya.
“Tak pasti. Paling awal sebulan lagi” Doctor Adam membalas dengan baik walaupun dia di tanya dengan kasar.
Memang sengaja Khatijah menyuruh Doctor Adam menahan Fairuz lebih lama. Senang untuk Fairuz untuk jalani fisioterapi setiap hari. Lagipun semua bill hospital memang dia yang tanggung jadi Fairuz mahupun keluarga Fairuz tidak perlu risau dengan kos rawatan.
“Kenapa lama sangat? Aku tengok dia okay je”
“Luar Cik nampak okay. Tapi dalam tidak” Khatijah menekankan suaranya.
Safuan yang baru sampai hanya berdiri di pintu wad Fairuz. Ingin dengar sahaja apa yang di bualkan Shila dengan Khatijah dan Doctor Adam. Fairuz pula langsung tidak bersuara.
“Aku nak kau keluarkan dia minggu depan” Lagi cepat keluar lagi cepat Fairuz kawin. Lagi senang hidup dia. Tidaklah dia perlu ganti tempat Fairuz untuk berkahwin dengan Pak Meon.
“Kalau Fairuz keluar minggu depan. Kalau jadi pape dekat dia Cik nak tanggung risiko ke. Kalau dia meninggal tengah jalan, jangan salahkan kami. Kami boleh buat report polis sebab Cik menganggu kerja kami” Doctor Adam memberi amaran kerana melihat Shila seperti tidak faham bahasa.
“Kau tu makan gaji kitaorang bayar. Suka hati aku nak dia keluar bila” Shila menaikan nada suaranya. Sakit hati di ugut begitu. Ingat dia takut ke.
“Cik Fairuz dekat sini pun bukan Cik yang bayar. Ingat Saya tak tahu sapa yang tanggung Kos rawatan Cik Fairuz selama ni” Pertama kali jumpa keluarga pesakit lepas sebulan lebih terlantar seorang diri. Tapi perjumpaan pertama sudah menyakitkan hatinya.
“Kalau Fairuz tak okay lagi. Biarkan jela dia dekat sini. Kenapa nak dia keluar awal” Safuan bersuara dari belakang membuatkan Shila terkejut. Dia dengar ke aku cakap tadi.
“Safuan bila sampai?” Nada suara Shila terus bertukar lembut dan ayu. Khatijah yang dengar pun terasa loya tekaknya. “Bukan sengaja nak minta keluar awal. Fairuz patutnya kawin minggu depan. Sebab tu minta keluar awal”
“Kan boleh tangguh. Belum sempat nikah dah innalillah baik di tangguh sampai sihat” Doctor Adam menyampuk sebelum sempat Safuan ingin bersuara.
Shila yang melihat muka Safuan yang terkejut bersorak dalam hatinya. Akhirnya berjaya. “You tak tahu ke Fairuz nak kawin dah”
Safuan bukan terkejut kerana Fairuz ingin berkahwin tapi keadaan Fairuz yang tidak sedarkan diri dan terpaksa memakai topeng oxigen untuk melancarkan pernafasan. Patut langsung tidak bersuara. Tengah hari tadi rasanya elok sahaja berbual dengan Fairuz.
Khatijah menjeling melihat anaknya. Seperti memberi sesuatu isyarat yang hanya mereka berdua tahu. Apa yang Khatijah tahu dan pasti Shila langsung tidak tahu siapa dia dengan Safuan. Mereka hanya kenal Salim kerana semua urusan pampasan Salim yang uruskan.
Safuan hanya mengeling kepala sebagai tanda dia tidak tahu.
“Kami keluar dulu” Khatijah dan Doctor Adam melangkah keluar dari wad Fairuz.
Safuan meletakkan barang yang di beli tadi di tempat yang mudah untuk Fairuz capai. Tidak di hiraukan langsung Shila yang turut ada di dalam bilik itu. Sama seperti semalam.
“Ni I susunkan untuk you” Shila menarik beg plastik dari tangan Safuan. “awak jangan rapat sangat dengan Fairuz. Dia tu tunang orang” saja di tekankan ayat tunang itu agar Safuan semakin kecewa.
“Okay” Safuan beralih arah duduk di kerusi panjang yang ada di dalam wad itu.
Tersenyum gembira hati Shila melihat wajah mencuka Safuan. Akhirnya berjaya. “Kalau awak nak rapat dengan saya boleh. Saya ni tiada sesiapa yang punya lagi”
Safuan memandang Shila. Sudah tahu niat Shila kata begitu padanya. Dia bangun dari duduknya dan dekati Fairuz yang terbaring tidak sedarkan diri itu. “Next week Saya datang balik ye. Saya nak kena balik dah”
Habis berkata Safuan terus melangkah pergi. Terkulat-kulat meninggalkan Shila sendiri. Melihat Safuan pergi dengan pantas dia membaling barang yang Safuan sediakan untuk Fairuz. Tapi dia sangat berpuas hati kerana nampak riak wajah Safuan yang kecewa itu.
“Kau jangan nak berangan nak kawin sama muda dengan kau. Kau tu sesuai untuk orang tua je” di rasakan Safuan sudah lama pergi baru dia melangkah keluar. Next week dia akan datang balik. Dia tak akan mengalah untuk mendapatkan Safuan agar jadi miliknya.
Saja Safuan berkata begitu tadi agar Shila pergi. Dia tidak pergi sebaliknya mencari Doctor Adam atau ibunya. Khatijah. Mahu tahu keadaan sebenarnya Fairuz.
Khatijah melihat Safuan yang bersungguh bertanya keadaan Fairuz, rasa berat hati untuk beritahu hal sebenar. Takut anaknya menyalahkan diri sendiri.
“Safuan tengok Fairuz biasa saja masa jumpa. Macam tak kisah apa yang jadi pada dia. Tapi sebenarnya tidak. Dia tahan sendiri, dia pendam sendiri apa dia rasa. Itu yang buat kesihatan dia jatuh balik. Time Fisio, dia paksa betul diri dia walaupun dia dah penat, tiada tenaga. Sebab dia sebenarnya tak boleh terima keadaan dia sekarang ni. Dia pura-pura sahaja di hadapan kita yang dia sebenarnya kuat”
Dengar apa yang Khatijah katakan padanya membuatkan Safuan bertambah rasa bersalah pada Fairus “Apa Safuan boleh buat untuk tebus kesalahan Safuan Mak? Apa Safuan boleh buat untuk Fairuz jadi kuat?”
“Mak tak tahu Safuan. Sebab dia tidak mahu bercerita apa yang dia rasa. Kita tak boleh tolong kalau dia sendiri tak nak bagi kita ruang untuk menolong. Kita boleh doakan yang baik baik sahaja untuk Fairuz” Khatijah faham apa yang di rasai oleh anaknya itu. Kerana dia Fairuz jadi begini.
“Safuan nak buat Fairuz rasa bahagia, nak Fairuz lupakan sakit yang dia rasa. Safuan sanggup jaga dia, kalau itu boleh tebus semua kesalahan Safuan pada dia. Kalau itu boleh buat Fairuz rasa bahagia semula”
“Safuan tanya diri Safuan sendiri. Safuan ikhlas atau hanya kerana kecian pada Fairus. Jika kerana simpati, Mak rasa Safuan akan buat Fairuz lagi terluka nanti”
“Tak Mak. Safuan memang ikhlas. Pada mulanya Safuan memang niat untuk tebus kesalahan Safuan. Tapi lepas berbual dengan Fairuz. Semua perasaan itu hilang. Safuan mahu ambik Fairuz jadi isteri Safuan, insyallah Safuan akan buat dia bahagia”
“Safuan tahukan dia sudah berpunya?” Khatijah tidak kisah langsung akan pilihan Safuan. Cuba di harapkan Safuan bertemu jodoh dengan gadis yang baik.
“Itu bukan pilihan dia Mak. Safuan tahu, Fairuz tidak pernah setuju. Safuan akan buat Fairuz sukakan Safuan. Fairuz sendiri yang tidak akan menolak Safuan” Safuan yakin mampu lakukan semua itu. Mungkin sekarang hati Fairuz keras seperti batu. Tapi Safuan yakin batu yang keras itu akan lembut menjadi lahar api yang sentiasa membara untuk berada di sisinya.
“Mak tak kisah dengan keputusan Safuan. Jika Fairuz setuju Mak turut tumpang bahagia untuk anak Mak” Khatijah berikan senyuman pada Safuan. Tanda dia setuju dengan pilihan anaknya itu. Mungkin pertemuan mereka ini sebagai penyebab Safuan ingin memiliki seorang wanita untuk sentiasa berada di sisinya.
“Terima Kasih Mak. Safuan nak tengok Fairuz sampai Mak habis kerja” lega hati Safuan apabila Khatijah setuju dengan keputusannya. Safuan tahu sebelum ini Khatijah menganggap apa yang di katakan pada Fairuz hanya gurauan sahaja. Yela dia sendiri tidak pernah serious.
“Pergilah” Khatijah mengizinkan. Esok pagi-pagi anaknya mahu balik dah. Mahu berjumpa kembali Fairuz mungkin lama lagi.
Reaksi Safuan biasa sahaja apabila melihat barang yang dia belikan untuk Fairuz berterabur di lantai. Dia sudah menjangkakan akan jadi begini. Di kutip dan di susun di dalam bakul di atas meja. Di pandang Fairuz yang menutup matanya rapat. Dia di tidurkan untuk merehatkan badannya.
Jika di ikutkan hati dia mahu pegang memeluk gadis yang terbaring itu. Mahu Fairuz meluahkan segala rasa yang ada di dalam hatinya. Dia mahu tahu semuanya. Dia juga mahu rasa apa yang Fairuz rasakan.
Share this novel