Setiap hari jika mempunyai masa Safuan akan bertanyakan perkembangan Fairuz dengan Khatijah. Nasib baik Khatijah memang berkerja di Hospital. Hari-hari boleh menjenguk Fairuz.
Perkembangan Fairuz semakin lama semakin bertambah baik. Dia juga sudah di tempatkan ke Wad biasa, hanya tidak tahu bila dia akan sedar.
Pampasan dari Safuan juga telah di bayar kepada keluarga Fairuz. Salim yang menjadi perantaraan. Walaupun jumlah yang di minta agak tinggi dan tidak masuk akal Safuan tetap membayar dengan ikhlas hati. Dia tahu memang salah dia sengaja langgar Fairuz dan menyebabkan Fairuz kemungkinan lumpur seumur hidup.
Safuan juga tahu dari Khatijah. Selepas keluarga Fairuz mendapat duit pampasan. Fairuz langsung tidak di jenguk. Sebelum ini ada juga melihat Zalipah dan anaknya Shila menjenguk Fairuz walaupun sekejap.
“Assalamualaikum. Kum apa? Kuman” Safuan ketawa sendiri dengan apa yang di sebut.
“Wa’alaikumusalam. Safuan cuba kamu serious sikit” Khatijah mampu geling kepala sahaja dengan perangai anaknya yang seperti budak-budak.
“Hehehe. Ala Mak. Safuan dah penat kerja. Tak nak lah serious je. Mak Sihat hari ni? Ayah sihat?”
“Sihat Alhamdulillah. Ni Mak nak bagitahu Fairuz dah sedar”
“Alhamdullilah. Nanti hujung minggu ni Safuan balik. Dia macam mana Mak? Dia okay ke lepas tahu dia tak boleh jalan. Safuan rasa bersalah sangat Mak. Sebab Safuan dia lumpuh” Setiap hari perasaan bersalah itu muncul. Setiap hari juga dia berdoa akan kesembuhan Fairuz. Walaupun tidak kenal tapi kerana dia menyebabkan Fairuz hampir kehilangan nyawa.
“Alhamdulillah. Mak tengok dia tenang je. Tapi apa yang dia sebenarnya rasa, Mak tak tahu” Khatijah teringat kembali apabila Doctor Adam menerangkan keadaan pada Fairuz. Dia sedikit pun tidak mengamuk. Hanya menangis sahaja itupun sekejap sahaja.
“Nanti Safuan balik. Safuan minta maaf dekat dia. Harap dia boleh maafkan Safuan. Safuan nak sambung kerja ni. Nanti malam Safuan call Mak”
“Yela. Assalamualaikum”
“Wa’alaikumusalam. Lam apa Lam Wau Va. Love you Mak”
“Ye love you to” Senyum Khatijah dengan anak terunanya ini. Walaupun anak sorang tapi bila muncul riuhnya sekampung.
Khatijah yang sudah melawat pesakitnya terus ke wad Fairuz. Ingin menjenguk seketika gadis itu. Seperti sudah menjadi habit hariannya melawat Fairuz walaupun Fairuz bukan pesakitnya.
“Kau tu sebulan terbaring tak pakai tudung. Nak minta tudung. Nak bertaubat dah sebab nampak mati depan mata kau” Kepala Fairuz di tunjul dengan jarinya. “Kau tahu takut mati lain kali aku cakap dengar! Aku suruh kau kawin bukan aku jual kau”
“Sebulan tu Fairuz tak sedar Mak Cik”
Khatijah yang mendengar tidak sengaja terdengar perbualan keluarga itu memberhentikan langkahnya.
“Ni kau dah sedar. Bagus!!. Lain kali kau lari lagi siap kau. Kau ingat kau lumpuh kau tak kena kawin dengan Meon tu. Lagi senang aku nak kawinkan kau” Zalipah memberi ugutan pada Fairuz.
“Kan Shila suka duit dia. Suruh jela Shila kawin dengan dia” Sebolehnya dia tidak mahu berkahwin dengan Pak Meon. Lebih rela dia sakit terseksa daripada kawin dengan orang tua dan menjadi isteri yang ke empat.
“Aku kawin dengan orang tua. Dia tu sesuai dengan kau je. Kau ni perantaraan aku dengan Mak aku untuk dapatkan duit dia!! Kau kena ingat jasa Mak aku bela kau”
Mengucap panjang Khatijah dengar perbualan mereka bertiga.
“Nanti Fairuz kerja la macam sebelum ni. Tak payahlah sampai nak kawin dengan Pak Meon” Fairuz cuba untuk mengelak agat berkahwin dengan pilihan Zalipah. Berharap sangat alasan yang di beri akan di terima. Ingatkan melarikan diri dapat selesaikan masalah tetapi lain pula jadinya.
“Kau tu dah cacat! Sapa nak ambik kau kerja. Lepas ni kerja kau layan nafsu Meon tu je. Kau tak payah fikir lagi” Lagi sekali Shila membalas.
Khatijah yang dengar mengengam tangannya kerana merasa geram. Ada juga manusia sebegini. Khatijah cuba untuk senyum dan masuk ke bilik Fairuz.
Fairuz yang nampak Khatijah masuk terus memberikan senyuman. Wajahnya yang sedih cuba di buang jauh. “Fairuz okay? Ada sakit dekat mana-mana?” Khatijah tidak memperdulikan Zalipah dan Shila yang turut ada di situ.
“Belakang sakit tapi tak kuat” Fairuz membalas pertanyaan Khatijah. Bersyukur sangat Khatijah datang ketika ini.
“Biasalah tu. Sebab Fairuz baring sebulan. Insyallah nanti lama-lama okay. Bila..”
“Bila dia boleh keluar?” Zalipah memotong percakapan Khatijah.
Kenapa kau dah tak sabar nak paksa dia kawin dengan orang tua. “Bila Fairuz ada tenaga. Boleh mula Fisio” Tidak langsung Khatijah menghiraukan pertanyaan Zalipah.
“Oi! Perempuan tua. Mak aku tanya jawab?!” Naik angin Shila apabila Zalipah tidak langsung di hiraukan. Tiada hormat langsung pada lebih orang tua darinya.
Khatijah memandang tepat pada mata Shila. “Bill Hospital bukan kamu yang bayar. Kenapa sibuk nak Fairuz keluar cepat. Kalau dia duduk setahun pun dekat sini. Tak gunakan satu sen pun duit kamu”
“Kau ni Doctor tapi kau kurang ajar. Kau tu makan gaji je” Shila membalas dengan kasar.
“Memang makan gaji. Sabab saya kerja. Ni memang ker..“ Khatijah berhenti bersuara apabila bajunya putihnya di tarik oleh Fairuz. Matanya terus ke arah Fairuz.
“Doctor tolong. Sakit!!” Berkerut dahi Fairuz menahan sakit belakangnya. Dahinya juga di basahi peluh.
Khatijah menekan butang kecemasan untuk memanggil Doctor dan Nurse yang menjaga Fairuz. Pengadang kain di tarik bagi menutup Zalipah dan Shila melihat ketika merawat Fairuz.
“Jomlah Mak balik. Buang masa je tengok dia ni” Shila dan Zalipah berjalan keluar meninggalkan Hospital. “Tak lama lagi boleh balik la tu”
“Kita pergi jumpa Meon. Tak adalah dia mintak balik duit dia tu” Zalipah berharap kali ini akan berhasil selepas di pastikan sendiri dengan matanya Fairuz sudah sedar dari koma. Cuma cacat sahaja. Rasanya tidak menjadi masalah untuk Meon untuk menerima Fairuz.
Share this novel