10. SUDAH DIDUGA

Romantic Comedy Series 8220

Safuan yang sudah tiga hari di bandar, sudah tidak tertahan rasa rindunya pada Fairuz. Hanya bertanya khabar melalui Khatijah sahaja. Tidak sama seperti bercakap dengan Tuan badan sendiri.

“Boleh tak berhenti call Mak. Mak ada kerja juga. Bukan 24 jam jaga Fairuz kamu” meluap juga Khatijah apabila telefon bimbitnya asyik berbunyi. Sudah bertanya sejam kemudian mesej pula masuk bertanya keadaan Fairuz. Sudah angau betul anak terunanya ini.

“Sapa suruh Mak jadi doctor”bersahaja Safuan membalas. Tidak risau jika Khatijah terasa dengan katanya. Jika ada Safuan di hadapannya sekarang ini mahu sahaja di lekuk kepala anaknya itu. Cuba sesaat berhenti ingatkan Fairuz.

“Fairuz tak ada Handphone ke Mak” Safuan bersuara kembali apabila Khatijah tidak membalas apa-apa.

“Rasa tak ada. Mak tak pernah nampak dia pegang phone” Baru Khatijah perasan. Kalau dia lalu di wad Fairuz tidak pernah sekali pun nampak Fairuz memegang telefon bimbit tidak seperti pesakit lain. Apa yang selalu di lihat Fairuz banyak termenung memandang keluar tingkap.

“Mak belikan bagi Fairuz” senang sahaja Safuan mengarah. Dia ingat Khatijah sama seperti pekerja bawahnya.

“Kamu nak bagi. Beli sendiri” Khatijah terus mematikan panggilan Safuan. Naik lemak sudah anaknya itu. Semakin melampau permintaannya.

“Safuan suruh beli apa?” Salim bertanya sebaik Khatijah mematikan panggilannya.

“Phone untuk Fairuz. Biar dia beli sendiri bagi sendiri. Kalau tidak, tak ingat nak balik sini”

“Fairuz tak ada phone ke?” Salim memandang sekilas isterinya sebelum memandang ke hadapan semula. Di pandu keretanya dengan cermat sekali.

“Tak pernah nampak dia pegang. Rasa tak ada” di jawab semua pertanyaan Salim. Di ulang ayat sama yang dia katakan pada Safuan tadi. Bapak borek anak rintik. Soalan sama di beri. Ikut perangai bapak sungguh.

“Oh.. Abang rasa Fairuz tu dah macam anak kita. Hari-hari kita jenguk dia” bukan saja jenguk. Siap teman makan bersama. Mungkin kerana dia juga sunyi lepas pencen tidak melakukan apa-apa kerja. Ketika isterinya kerja, dia ada juga kawan untuk di buat bual. Dan Safuan langsung tidak tahu.

“Abang kata anak. Anak kita tu macam serious nak kan Fairuz. Abang setuju?” Khatijah cuba mendapatkan kepastian adakah suaminya bersetuju dengan pilihan Safuan.

“Kalau betul Alhamdullilah. Terfikir juga dia nak berkahwin. Siapa pun pilihan dia Abang setuju. Mak Safuan macam mana?” Salim pula ingin jawapan dari Khatijah.

“Saya macam Abang juga. Cuma macam mana nak bercakap dengan keluarga Fairuz. Abang tahu kan mereka semua macam mana. Status Fairuz juga” Khatijah telah memikirkan lebih awal. Bagaimana mahu buat Zalipah setuju. Kemudian melihat anak Zalipah seperti mahu mengoda Safuan. Pasti lagi di tentang keras untuk mereka berdua di satukan. Walaupun baru berape kali bertemu tapi sudah tahu perangai mereka bagaimana. Kerana setiap kali bertemu tiada perangai baik yang dia lihat. Jika ada pun seperti di buat-buat kerana berada di hadapan orang lain.

“Insyallah kalau ada Jodoh mereka berdua pasti di permudahkan segala urusannya. Fairuz setuju ke?”

“Tu biar Safuan uruskan. Dia cakap biar dia sendiri yang memujuk Fairuz”

 

 

Safuan merapikan badannya sebelum masuk ke dalam bilik wad Fairuz. Okay smart dah. Safuan berdehem sedikit untuk memperbetulkan suaranya. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam.

“Assalamualaikum awak. Awak rindu saya tak?” ceria sekali suara Safuan kedengaran.

“Wa’alaikumusalam” senyuman nipis terukir menyambut kedatangan Safuan yang datang melawatnya. Sebenarnya dia tidak selesa dengan kehadiran Safuan. Safuan sudah banyak membantunya, tak kan mahu di halau pula.

“Saya sampai tak boleh buat kerja sebab rindukan awak” jujur Safuan berkata. Sebab itu sanggup balik kampung lagi untuk bertemu dengan Fairuz.

Fairuz hanya diam tidak membalas kata Safuan. Riak wajahnya bersahaja, susah untuk Safuan membaca. Suka atau tidak, rindu atau tidak. Tapi Safuan boleh duga Fairuz tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya.

“Saya ada hadiah lagi untuk awak” Di letakkan di sisi badan Fairuz kotak telefon bimbit yang di beli.

Fairuz menolak balik kotak telefon bimbit yang di terima pada Safuan. “Terima kasih saya tak perlukannya”

“Tapi saya perlukan nya” Safuan menolak semula kotak tersebut.

“Jadi awak gunakan lah” Fairuz menolak semula.

“Saya perlukannya agar dapat berhubung dengan awak. Bila rindu saya boleh call awak. Saya dah tak boleh tahan lagi rindu pada awak. Cukuplah seminggu lepas sahaja Saya rasa begitu” Safuan buka kotak telefon itu dan di ambil isinya, di hulurkan kepada Fairuz.

Fairuz merenung wajah Safuan. Cuba menghadap maksud yang Safuan ucapkan. Kenapa dia nak rindu aku?

“Ambik la. Saya dah save number Saya. Nanti saya call jawab. Jangan buat tak tahu. Nanti saya guna pintu doreamon cari awak dekat sini”

Fairuz mengambil dalam keadaan terpaksa. Baik di ambil daripada Safuan setiap hari datang bertemu dengannya. Itu lagi buat dia rasa tak selesa. “Terima Kasih”

“Ye. Saya datang hantar hadiah awak je. Nanti Saya datang lagi kita lunch sama. Awak nak makan apa? Saya belikan”

“Tak ada apa”

“Betul ni?” Lagi sekali di tanya untuk dapatkan kepastian.

“Betul”

“Okay la saya pergi dulu” Safuan yang melangkah terhenti seketika dan memalingkan badannya mengadap Fairuz semula. “Saya kacak kan hari ni” Kening di angkat sebelah, bibir terukir senyuman. Tangannya juga tidak lupa menyapu kepala. Menunjukkan kemachoannya.

Fairuz mengangguk kepala laju. Dia sebenarnya tidak tertahan mahu gelak apabila melihat gaya Safuan. Setiap kali bertemu pasti ada saja cara ingin menghiburkan hatinya.

“Awak pun sama. Cantik” sempat Safuan memuji sebelum melangkah pergi. Senyum riang Safuan apabila dapat buat Fairuz mahu ketawa. Pasti Fairuz tengah gelak sorang sorang ni.

“Safuan!”

Pantas Safuan mencari siapa yang memanggilnya. Siapa yang kenal dengannya di sini. Rasa tiada sesiapa. Seorang gadis berjalan ke arahnya.

“Tak ingat I ke? Shila” Shila memperkenalkan dirinya lagi sekali pada Safuan. Mungkin baru sekali bertemu pasti ingat ingat lupa akannya. Memang dia sengaja datang melawat Fairuz kerana ingin berjumpa Safuan. Tak sangka Safuan datang awal. Dia datang awal kerana mahu menunggu kehadiran Safuan di wad Fairuz. Mahu menunjukkan yang dia seorang yang mengambil berat dan baik di mata Safuan.

“Oh.. cousin Fairuz”

“Yes. Ingat pun. You datang melawat Fairuz ke?” Shila buat bertanya walaupun sudah tahu.

“Aha! Jenguk sekejap. Nak balik dah pun” Safuan melayan Shila seperti biasa walaupun sebenarnya dia tidak suka.

“Awak nak tahu keadaan Fairuz boleh je tanya saya. Tak perlu susah-susah dari jauh datang sini. Saya hari-hari datang tengok Fairuz. Sapa lagi nak tengok dia kalau bukan saya”

“Tak la. Memang kebetulan ada kerja dekat sini. Tu datang jumpa Fairuz lagi. Mungkin lepas ni tak jumpa dah”

“Yeke. Kalau macam tu you ambik number I. Kalau nak tahu pasal Fairuz call je I”

“Boleh juga” Safuan keluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. “apa?”

Shila tersenyum lebar. Akhirnya dapat juga number telefon Safuan. Aku akan pastikan kau jadi milik aku. Selepas menukar number telefon Safuan meminta diri untuk pergi. Dalam perjalanan ke kereta. Sempat Safuan buang number Shila dari senarai kenalan. Dia tidak perlukan kawan yang bermuka-muka seperti Shila. Dekatinya hanya bersebab.

Safuan menunggu seketika di dalam kereta. Melihat jika Shila akan balik setelah bertemunya. Seperti di duga oleh Safuan. Hanya 10 minit menunggu Shila muncul di kawasan parking.

Hari ini dia sudah duga Shila akan muncul kembali sebab itu dia menukar keretanya. Dia sengaja memakai kereta Khatijah agar Shila tidak sedar dengan kehadirannya. Setelah Shila bergerak pergi baru Safuan merasa senang hati. Harap selepas ini tidak akan bertemu kembali dengan Shila.

Di ambil handphonenya lalu menghubungi Fairuz. Saja je nak testing Fairuz angkat atau tidak jika dia telefon.

Fairuz melihat nama yang tertera di screen telefon bimbit yang berada di tangannya. Abang sayang Fairuz. Berkerut dahinya membaca tiga patah perkataan itu.

“Hello”

“Assalamualaikum awak” suara Safuan kedengaran

“Wa’alaikumusalam. Awak nak apa call?”

“Saja testing. Ingatkan tak nak angkat tadi. Lama Saya tunggu. Nasib baik awak angkat. Kalau tidak Saya masuk balik jumpa awak. Jangan tukar nama yang saya dah save. Okay saya pergi dulu. Sekejap lagi kita jumpa lagi” laju Safuan cakap. tidak beri ruang langsung untuk Fairuz bersuara.

“Jap”

“Nanti face to face. Assalamualaikum” Safuan mematikan panggilan. Saja je buat begitu. Biar Fairuz tak sabar menanti untuk bertemu dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience