Telefon Safuan berbunyi menganggu masa dia bersama Fairuz. Di matikan sahaja panggilan yang masuk. Kenapa hari ini banyak sangat gangguan. Dugaan betul cuti kali ini.
“Angkat la Abang. Abang tak angkat nanti dia call lagi.” Fairuz turut terganggu dengan panggilan yang di terima oleh Safuan.
Safuan menekan butang hijau dan di buat pembesar suara. Malas dia mahu pegang telefonnya dengan tangan berminyak. Isterinya dengar biarkan lah. Memang apa-apa terjadi dia akan ceritakan pada Fairuz. Kalau sedang tertekan dengan kerja Fairuz juga jadi tempat mengadu. Sebab itu dia Sayang sangat dengan Fairuz. Fairuz bagaikan ubat penenang untuk hidupnya.
“Safuan boleh tolong saya tak?” suara Shila kedengaran.
Safuan terus menolak telefonnya dekati Fairuz. Biar perempuan perempuan yang uruskan. Dia lagi awal sudah luahkan pada Fairuz dia tidak mahu menolong. Tidak mahu Fairuz merasa cemburu.
“Tolong apa?” Fairuz bersuara. Riak wajahnya turut berubah serious.
“Fairuz tolong Shila. Shila lari dari rumah. Shila dekat bandar. Shila tak tahu dekat nak ke mana. Duit pun Shila tak ada.” Shila memohon simpati. Hanya Fairuz yang boleh di harap dapat menolongnya.
“Sekarang dekat mana?”
Safuan berhenti makan dan melihat Fairuz. Isterinya mahu tolong Shila ke. Dengan apa yang Shila telah buat padanya dulu. Kalau di ikutkan hatinya memang tidak akan di tolong langsung.
“Dekat station bus bandar.”
“Okay. Nanti Safuan datang ambik.” Fairuz terus mematikan panggilan sebelum sempat Shila mengucapkan terima kasih.
Shila bersyukur sangat Fairuz mahu membantunya. Buat masa ini dia ada juga tempat berteduh walaupun untuk seketika.
“Sayang serious nak tolong dia.” Safuan memandang Fairuz dengan wajah penuh tanda tanya.
“Dia dekat sini dah. Siapa lagi dia nak minta tolong kalau bukan Abang dengan sayang. Kami bukan ada saudara lain di sini.”
“Yela kalau tu yang Sayang nak. Lepas siap makan baru kita ambik dia.”
Fairuz mengangguk kepala.
Safuan merasa meremang bulu roma dengan tiba-tiba. Sama seperti dia rasa semasa kawan Fairuz itu muncul. Dia melihat Fairuz seperti biasa tapi kenapa dia rasa begini dengan tiba-tiba.
“Sayang apakabar denganmu, Di sini kumerindukan kamu, Kuharap cintamu takkan berubah, Karna di sini ‘ku tetap untukmu.
Sayang apakabar denganmu, Cobalah kamu telpon diriku, Kurindu dengar suara indahmu, Karna dirimulah semangat hidupku.”
Terhibur Fairuz dengar nyanyian Safuan. Orang nak dengar lagu dekat radio tapi mulut dia yang bernyanyi. Radio di tutup.
“Tapi sayang tak perlu telefon Abang, Sebab sayang hari-hari ada depan Abang. Hari-hari Abang dapat dengar suara sayang.” tangan Fairuz yang di gengam erat di kucup lembut.
“Baru tadi nak merajuk sebab tak bagi telefon. Tak jadi dah nak merajuk.”
“Sayang ni tak sesuai merajuk okay. Tak sayang Abang ke sampai nak merajuk.” Safuan buat suara mengadanya.
“Sayang sebab tu nak merajuk. Nak rasa orang tu pujuk kita.” Di tarik hidung Safuan. Geram bila Safuan buat suara mengadanya tu. Macam suara sengau pun ada.
“Tarik tarik hidung orang. Abang gigit pipi ni baru tahu.” Pipi Fairuz menjadi sasaran Safuan. Saja di tarik kuat hingga merah.
“Abang ni! Sakit lah.” berair sudah mata Fairuz.
“Ala ciannya dia. Meh Abang bagi ubat.” sepantas kilat pipi Fairuz di cium.
“Abang ni bahaya lah.” terkejut Fairuz dalam kereta bergerak Safuan dengan selamber ciumnya.
“Tak apa-apa kan.”
“Sebelum jadi apa-apa tu kena mengelak.”
“Okay okay. Abang tak buat lagi. Dah jangan marah. Abang sambung nyanyi ye. Untuk hiburkan kesayangan Abang ni.”
“Okay!”
Setahun hidup di alam perkahwinan bagi Safuan dan Fairuz, penuh dengan kebahagian untuk mereka berdua. Langsung mereka tidak hiraukan orang lain yang bercakap belakang tentang mereka. Yang penting bagi mereka berdua. Mereka saling mempercayai. Mereka tahu sikap masing-masing. Baik buruk mereka. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
“Sayang call tanya dia tunggu dekat mana.” Safuan hulurkan telefonnya pada Fairuz.
“Okay!” Fairuz terus mencari number Shila di sejarah pemanggil. “Shila tunggu dekat mana ye?! Kami nak sampai dah”
“Dekat lobby. Shila pakai baju warna hijau.” Shila Ingatkan Fairuz tidak mahu mengambilmya kerana lama dia menunggu. Lega hatinya apabila Fairuz mahu menolong.
“Dekat lobby Abang. Pakai. baju. warna. hijau.” sepatah Sepatah ayat di sebut oleh Fairuz. Sesiapa yang mendengar ketika itu sangat menyeramkan.
Safuan mengusap belakang lehernya kerana meremang bulu roma. Dengar setiap bait kata Fairuz. Dia memandang Fairuz dan tersenyum. Begitu juga Fairuz memandang Safuan tersenyum. Pandangan mata mereka hanya mereka yang tahu makna di sebalik pandangan mata mereka.
“I love you sayang.” tangan Fairuz lagi sekali di kucup lembut.
“Fairuz pun. Sayangkan Abang.” Fairuz pula cium belakang tangan suaminya.
Share this novel