“Hah?? Makcik!!!”
“Kau!! Kau kan budak haritu tu ke!!”
Kedua-dua mereka terperanjat melihat satu sama lain. “Apa kau buat kat sini hah?” soal Aria. “Makcik pulak buat apa dekat sini?” Raqnid juga mengajukan soalan. Raqnid bangun daripada jatuh kerana terperanjat tadi.
“Aku kerja dekat sini laa!” Aria membalas.
“Saya pun kerja dekat sini!” Raqnid menjawab.
“Tak pernah pun nampak kau kat sini sebelum ni?” Aria balas.
“Ahh! Saya baru start intern kemarin.” jawab Raqnid.
Aria tersengih. Dia tidak menyangka dapat bertemu lagi dengan Raqnid. “Kenapa banyak-banyak tempat intern kau intern dekat sini.” soal Aria. “Makcik pun kenapa banyak-banyak kerja, kerja dekat sini.” Raqnid membalas. “Kau berani yee buat lawak kat sini!” Aria dengan nada marah. “Hehehe! Sorry la makcik.” Raqnid ketawa.
Raqnid masih tidak melupakan tujuannya berada di situ, sekali lagi memohon bantuan Aria “Makcik saya nak mintak tolong sikit boleh tak! Tolong sekejap ambik duit saya, termasuk dalam tandas tu.” Raqnid meminta tolong dengan nada memujuk.
“Duit syiling 50 sen ke?”
“Ye! Ye! Ye! Betul 50 sen.”
“Aku dah buang dalam mangkuk tandas.”
“Apa! Kenapa makcik buang dalam mangkuk tandas.. Tu duit saya.”
Suhu badan Aria semakin mendadak naik selepas mendengar perkataan ‘makcik’ dari tadi keluar daripada mulut Raqnid. “Saje! Aku tak suka duit tu semakkan lantai tandas.”. Aria saja cari pasal dengan Raqnid kerana geram kepadanya.
“Hah! Semak apanye! tuu duit kut. Takde makcik dah buang, makcik kene ganti duit saya.” Raqnid menghulurkan tangannya meminta Aria membayar semula duit 50 sennya.
'Budak ni! Aku tengok kecik besar kecik besar je kau tau.' Aria berkata di dalam hati.
“Jangan harap!” Aria membalas.
“Wahh! Makcik ni memang dah melampau.” Raqnid mula berasa bengang. Raqnid menuding jari telunjuknya ke arah Aria. “Mak—”. Tiba-tiba muncul seseorang dari arah belakang lalu menyapa Aria. “Selamat pagi Boss!”. Ia merupakan supervisor John. Raqnid terkejut mendengar apa yang disebut oleh supervisornya itu. Lalu Raqnid memandang ke arah Aria. Aria dengan gembiranya tersenyum lebar selepas melihat reaksi wajah Raqnid yang sebentar tadi begitu berani berkata-kata. Sekarang, tiba-tiba terkesima. “Ade apa ye budak intern?” Aria menyoal Raqnid dengan nada lembut. “Takde ape bo..boobos—Boss.” Raqnid tergagap-gagap apabila hendak menyebut perkataan ‘Boss’.
“Boss! Ada yang tak kena ke?” soal supervisor John. “Ahh! Takde apa pun, ni saja je berkenalan dengan budak intern baru nii.”
“Ahh! Boss kita ada 5 orang budak intern yang baru masuk.” supervisor John memberitahu Aria. “Ouh! Ye kee. Saya harap dapat bertemu dengan mereka nanti.” Aria sambil tersengih ke arah Raqnid. “Boleh! Boleh! Nanti kalau boss free beritahu saya.” jawab supervisor John.
“Baiklah saya pergi dulu.” Aria sambil menjeling matanya ke arah Raqnid. “Ouh! Ok ok” jawab supervisor John. Sebelum Aria pergi, “Nampaknya! Budak intern ni bisu kut?” Aria cuba mencari pasal dengan Raqnid. Supervisor John tepuk belakang Raqnid dan berbisik. “ Oi budak! Boss tanya kau tu, cakap la sesuatu.”
“Ah.. ahh! Jumpa lagi bo..bos.. Boss.” Raqnid masih gagap menyebut perkataan ‘boss’. “Mulai sekarang! Biasakan sebut perkataan boss ye budak bila bertemu dengan saya.” tersengih Aria keseronokan.
“Baik! Boo..boss” Raqnid menjawab. 'Geramnya aku! Kau tunggu nanti makcik. Aku akan membalas dendam terhadap apa yang berlaku harini.' hati Raqnid berbicara. Raqnid buat pertama kalinya dipandang rendah. Manakala, Aria dengan senang hati berjalan menuju ke biliknya.
Setelah duduk di atas kerusinya. Aria mula menyedari sesuatu tentang Raqnid. “Tunggu! Budak tu pernah pergi ke majlis tu! Maksudnya?” Aria menjerit “Ahhh!”. Kemudian, dengan pantasnya PA Aria iaitu Alya memasuki bilik Aria. “Boss! Ada masalah ke?” tanya Alya. “Haha! Takde takde.” jawab Aria sambil mengelengkan kepalanya tersengih. “Ouh! Kalau ada masalah beritahu saya Boss.”
“Okey! Okey! Terima kasih Alya.”
Aria mula menyedari yang berkemungkinan Raqnid ialah anak orang kaya yang berpengaruh. “Matilah aku! Kalau dia report dekat bapak dia.” Aria menggaru kepalanya. “Tunggu! Belum tentu lagi!” Aria pun menelefon supervisor John untuk membawa maklumat peribadi mengenai budak-budak intern. Selepas 5 minit, pintu bilik Aria diketuk.”Boss! Ni saya John.”
“Ahem! Masuk!!” kata Aria. “Awak ada bawak ke apa yang saya mintak!’ soal Aria. “Yee! Boss! Ada!” jawab supervisor John lalu memberikan dokumen-dokumen mengenai budak-budak intern. “Boss! Nak buat apa dengan dokumen ni.” tanya supervisor John. Aria menjeling ke arah supervisor John dengan mata yang tajam bermakna kau tak perlu tahu. Supervisor yang memahami mesej itu, “Sorry! Sorry! Saya keluar dulu ye boss.”
Saat bilik Aria tidak ada lagi orang lain disitu, “Huh! Akhirnya! Mari tengok.” Aria melihat kesemua dokumen-dokumen itu satu per satu. Dia mencari dokumen Raqnid. “Ha! Jumpa pun! Ouh nama dia Raqnid ye. Bapak dia kerja apa?” selepas Aria membeleknya, dia terkejut dengan apa yang dia lihat, ayah dan ibu Raqnid sudah pun meninggal.
“Apa yang aku dah buat ni! Aku bersangka buruk terhadap dia.” Aria mula rasa bersalah. Aria pun kemudiannya bagun dan pergi mencari Raqnid. Dia pergi ke tempat di mana budak intern berada akan tetapi Raqnid tidak kelihatan. Aria mencari lagi, sehinggalah dia melihat Raqnid berada di bilik istirahat pekerja sedang membancuh air. Aria masuk ke dalam bilik tersebut lalu menyapa Raqnid. “Hei! Budak.” tegur Aria dari belakang. “Arghh!” Raqnid terperanjat. “Makcik! Boleh tak jangan tegur saya dari belakang macam tu!”. Suhu badan Aria meningkat. 'Sabar! Sabar! Sabar Aria.' hati berbisik. “Yang kau nak terkejut sangat ni apasal, bukan kau ada buat salah pun.” jawab Aria.
"Ouh! Betul jugak." Yang sebenarnya, Raqnid takut jika orang tahu bahawa dia telah 7 kali minum air di bilik istirahat kerana terlalu bosan. Tambahan pula, dia langsung tidak membuat apa-apa kerja.
Aria cuba untuk berbaik dengan Raqnid. "Uhmm! Budak, macam mana pengalaman kau kerja kat sini? Best tak?"
"Saya baru 2 hari dekat sini, pengalaman apa sangat yang saya dapat." jawab Raqnid sambil sedang membancuh airnya langsung tidak memandang ke arah Aria ketika bercakap. 'Aduh! Silap soalan, dia baru kerja 2 hari. Takpe, takpe cuba lagi Aria.' jerit Aria dalam hati. "Ouhhhh! Betul jugak, Hahaha! Jadi suasana kerja kat sini best tak?", Aria mencuba sekali lagi hendak berbaik dengan Raqnid.
"Tak! Bosan! Buang Masa! Pekerja dekat sini takde life! Macam robot! Tak friendly! Kami intern macam tunggul kayu takde kerja! Siapa CEO syarikat nii memang fail lah!" Raqnid memperli Aria. "Hahaha! Yee Kee, nanti saya suruh John berikan tugas." Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Raqnid seperti pisau tajam yang menusuk hati Aria bertubi-tubi. "Uhm! Budak, kau macam mana ahh boleh pergi ke majlis malam tu?".
Raqnid menoleh ke arah Aria. "Kenapa nak tahu? Bukan hal makcik pun." Raqnid masih bengang dengan hal di tandas tadi. Aria selepas mendengar jawapan Raqnid dia langsung mengubah pikirannya itu untuk berbaik. 'Garhhh! Aku tak kisah dah apa yang nak berlaku selepas ni.' jerit Aria dalam hati. "Kau curi masuk dalam kapal tuu kan? Sebab tu kau tak boleh jawab." Aria terus menuduh sambil menuding jari ke arah Raqnid.
Raqnid tersengih "Kalau saya curi masuk sekalipun, apa masalahnya! Cakap jee laa, yang makcik nii nak tahu siapa sebenarnya saya nii kan! Anak orang kaya kee tak? Itu sebab makcik datang ke sini, betul tak saya cakap!" Aria terkesima mendengar kata-kata Raqnid itu. Aria tidak mempunyai alasan lain untuk membalas kata-kata tersebut. "Hahh! Tak kuase aku.. Kau ingat aku takut sangat kalau kau tu anak orang kaya.. Elehh!" Aria sedikit demi sedikit berganjak ke pintu keluar untuk meloloskan diri. "Ohhh! Dah pukul 11.45, aku ada meeting. Baiklah budak jumpa nanti." Aria pun berjalan keluar daripada bilik istirahat pekerja itu.
Sewaktu Aria membuka pintu, Raqnid bersuara "Makcik tak perlu risau, saya nii bukan anak orang kaya pun. Kalau saya anak orang kaya sekalipun, saya takkan gunakan kekayaan tuu untuk kepentingan saya sendiri. Kalau saya nak tewaskan makcik, saya akan guna kekuatan saya sendiri. Saya takkan harapkan bantuan orang lain." beritahu Raqnid kepada Aria.
Aria hanya keluar daripada bilik istirahat itu tanpa berkata apa-apa. Namun, dalam hatinya menjerit keriangan selepas mendapat tahu yang Raqnid bukanlah seperti anak-anak orang kaya lain yang suka gunakan kekayaan dan pengaruh ibu bapa mereka untuk tindas orang yang di bawah. Aria berjalan ke biliknya dengan gembiranya.
Keesokan harinya…..
Kami seperti biasa pergi ke kerja. Menunggu di tempat kami seperti biasa. Melihat seorang demi seorang pekerja datang seperti biasa.
Tiba-tiba sesuatu yang luar biasa berlaku. Supervisor John tiba-tiba bagun dari tempat duduknya kemudian memandang ke arah kami. "Wei, kita ada buat salah kee? Apasal supervisor John tiba-tiba pandang kita duh?" bisik Goug kepada kami. "Entah?" jawab kami.
Supervisor John berdiri di hadapan kami. "Baiklah, harini saya akan beri kamu semua tugas. Tugas ini akan berterusan sampailah habis intern kamu." Kemudian supervisor John memberikan tugas kepada setiap seorang daripada kami. Kiel dan Goug akan membantu supervisor John. Manakala Alice dan Lina melakukan tugas memasukkan data ke dalam komputer.
"Supervisor John! Kenapa saya kena bancuh air pulak?" Raqnid mempertikai. "Entah? Boss kata kau pandai buat air." jawab supervisor John dengan mudahnya. "Ehh!" perkataan yang keluar daripada mulut Raqnid. 'Nii semua mesti makcik tu punya kerja laa nii, ARGHHH! Tunggu kau makcik!' jerit Raqnid dalam hati.
"Baiklah korang boleh mula sekarang." supervisor John pun pergi. "Ahh! Satu lagi saya lupa! Boss ucap selamat datang dekat kamu semua. Kalau dia ada masa terluang nanti di nak berkenalan dengan kamu semua." kata supervisor John.
"Yeeke! Macam baik jee boss kita." mereka yang lain teruja mendengar kata-kata itu kecuali Raqnid. 'Cehh!' Raqnid dalam hati. Supervisor John tidak habis disitu. "Raqnid mulai sekarang kamu balik pukul 6 ye."
"Ehhhh! Kenapa pulak?" muka Raqnid mula berkerut. "Boss kata kerja bancuh air senang sangat jadi dia suruh kamu kerja lebih masa sikit. Kamu okey kan! Okey selamat bekerja!" belum sempat Raqnid hendak membalas supervisor John sudah pun pergi.
"Hahaha! Okey laa tuu Raqnid, kerja kau mudah jee." tegur Kiel sambil menepuk belakang Raqnid. Kata Kiel itu menaikkan darah Raqnid.
"Kau mesti bergaduh dengan Boss kan, Raqnid? Sampai macam tu dia benci kau!" kata Alice.
ZHOP! Seperti tikaman pisau menusuk Raqnid bila mendengar kata-kata Alice itu. "Ahh, mana ada!" jawab Raqnid sambil hatinya berkata 'Alice ni bomoh ke apa! Macam mana dia boleh tahu?'.
Mereka pun pergi melakukan kerja yang ditugaskan kepada mereka. Raqnid ditinggalkan rakannya yang lain sibuk pergi melakukan kerja mereka yang pertama. Raqnid pun bergerak menuju ke bilik istirahat pekerja untuk membancuh air. Dia membancuh air di dalam bekas air yang terdapat disitu.
Sewaktu Raqnid sedang membancuh air, Aria datang untuk menyakat Raqnid. "Tengah buat air kee tuu!", kedengaran suara Aria. Raqnid mengabaikan suara-suara sumbang itu. Dia terus membancuh air. "Oi budak! Aku cakap dengan kau ni."
Raqnid berhenti membancuh air lalu menjawab pertanyaan Aria. "Laa ada orang kee! Saya ingatkan monyet tadi! Suara sumbang sangat." balas Raqnid. Aria mula naik darah mendengar kata-kata Raqnid itu. Aria ingatkan selepas dia memberi kerja seperti ini dan tambah masa Raqnid bekerja akan menyebabkan Raqnid mengaku kalah dan bersikap lebih baik kepada Aria. Malah Raqnid langsung tidak menunjukkan reaksi marah ataupun perasaan tak puas hati dengan kerjanya itu.
Sebaliknya, dia terus berterima kasih dan senyum kepada Aria kerana memberikan kerja ini kepadanya. Riak wajah Raqnid langsung tidak menggambarkan perasaannya. Perasaannya sekarang yang menggelegak-gelegak kemarahan.
Selepas mendengar perkataan terima kasih daripada mulut Raqnid, lagi bertambah bengang Aria jadinya. Aria juga membalas senyuman Raqnid itu kerana siapa yang gagal mengawal kemarahannya dulu akan dianggap tewas. Kedua-dua mereka tidak mahu mengaku kalah antara satu sama lain. Menunjukkan sikap keras kepala mereka seperti kekanak-kanakan.
Raqnid selesai sahaja membancuh air. "Boss nak air tak?" Raqnid soal dengan lemah lembutnya. "Ahh! Boleh jugak! Saya nak kurang manis." Aria tidak sedar yang dia telah menunjukkan kelemahannya. Raqnid menghulurkan segelas air kepada Aria. Lalu, Aria pun ingin mengambil gelas tersebut lalu dengan pantas dielak Raqnid dan diminumnya. "Ummm! Nak air kee boss! Buat laa sendiri. HAHAHA!" Raqnid berjaya mempermainkan Aria.
Selepas itu, Raqnid terus membawa kesemua bekas berisi air pergi. Aria terkesima kerana tidak sangka dia tertipu dengan helah Raqnid. Tangannya menggenggam penumbuk kemarahan.
"ARGGH! GERAMM NYA AKU DEKAT BUDAK TUU!" Aria menjerit melepas geramnya.
"Hehe padan muka, siapa suruh cari pasal dengan aku!" Raqnid ketawa kecil sambil membawa air ke ruang bekerja. Dia berjalan ruang tersebut meletakkan bekas yang berisi air tea serta gelas di atas meja yang berada di penjuru ruang tersebut. Selepas itu, Raqnid duduk semula di tempatnya seorang diri melihat suasana orang bekerja.
"Hahh, takkan aku nak duduk macam sampai pukul 7! Tak guna punya makcik! Geram aku!" Raqnid berkata seorang diri.
"Raqnid! Raqnid! Bagunnn!"
"Hurghh?" Raqnid terlelap kerana terlalu bosan. Sedar-sedar terlihat Kiel di hadapan mengejutkannya.
"Bagun, Raqnid! Dah pukul 6 ni!" kata Kiel kepada Raqnid. Doug muncul di belakang Kiel berkata "Apa kau ni, Kiel! Raqnid balik pukul 7 kan!"
"Ouh, aku lupa! Ok takpa sambung tidur kau hee!" ujar Kiel. Raqnid yang sudah terjaga tidak lagi menyambung tidurnya. Sebaliknya, dia geram melihat rakan sekerjanya pulang.
"Byebye! Raqnid!" mereka sambil melambai kepada Raqnid. "Yaya, byebye!" Raqnid bengang. Berbaki-baki 1 jam lagi sebelum dia dapat pulang. Raqnid bagun kemudian pergi mengambil bekas air dan gelas lalu membawanya ke ruang rehat untuk dibasuh. Dalam perjalanannya ke ruang rehat, dia melihat pejabat itu kosong tiada kehidupan. "Garggghh, kenapa aku kena kerja lebih masa sedangkan aku hanya bancuh air!"
Selesai sahaja Raqnid membasuh kesemua bekas dan gelas yang ada di ruang rehat itu. Tibalah masanya untuk pulang. Dia mengambil beg di ruang kerjanya tadi lalu menuju ke lif. Masuk sahaja dia ke dalam lif tersebut, matanya tertumpu ke arah Aria yang menuju ke lif yang sama.
"Tunggu!" jerit Aria kepada orang di dalam lif supaya menunggunya. Aria masih tidak menyedari siapa individu yang berada di dalam tersebut.
Raqnid sebaik sahaja mendengar suara Aria. Tangannya terus menekan butang tutup pada lif tersebut. Dia menekan butang lif itu bertalu-talu supaya lif tersebut cepat menutup pintu.
'Huh? Kenapa dia tutup pintu lif?' kata Aria dalam hati.
"Heyyy tunggu!" Aria selepas melihat perbuatan Raqnid itu, dia terus berlari ke arah lif.
Pintu pun lif mula tertutup. Aria masih tidak berputus asa, tetap berlari menuju ke lif itu.
CLINGG!
Aria tiba di hadapan pintu lif malangnya pintu tersebut terlalu kecil untuk Aria melepasinya. "Hey, bukak pintu ni! Huh?" tiba di hadapan pintu lif, Aria baru menyedari orang di dalam itu ialah Raqnid. Raqnid hanya tersengih keseronokan melihat Aria.
"BUDAK TAK GUNAA!" jerit Aria di kesempatan terakhir sebelum pintu tertutup sepenuhnya. "Hehe!" ketawa Raqnid di dalam lif.
Aria terduduk di hadapan pintu lif tersebut dengan perasaan geram apabila dirinya dipermainkan oleh Raqnid sekali lagi. "ARGHHHHH!"
Share this novel