"Maafkan aku, Daniel!"
Daniel mengalih pandangannya kerana hatinya sukar untuk memaafkan Roi selepas apa yang dilaluinya.
"Daniel, saya nak bercakap kamu!" kata Aria.
"Baik,bos!"
Aria pun masuk ke bilik tadi bersama Daniel. Raqnid baru sahaja keluar daripada bilik tersebut, mengedip mata ke arah Daniel.
"Baiklah, Daniel! Ceritakan lebih terperinci kepada saya, apa yang berlaku?"
Daniel menceritakan apa yang berlaku pada dirinya. Dia dibuli oleh Roi semenjak hari pertama dia menjejakkan kakinya ke syarikat ini. Setiap kerja yang dilakukannya pasti Roi yang mendapat nama. Dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk menyiapkan kerjanya. Daniel cuba melaporkannya kepada pihak atasan tetapi dia tidak tahu kepada siapa yang patut dia laporkan. Dia takut jika terlapor kepada orang yang salah, dia yang menerima tempiasnya.
"Maafkan saya, Daniel! Sebagai majikan kamu, saya sepatutnya lebih berwaspada tentang perkara ini."
"Tak perlu, bos! Ini bukannya salah bos!"
"Ini juga salah saya. Saya tidak menyangka perkara sebegini boleh terjadi dalam syarikat saya. Masih banyak kekurangan yang saya perlu perbaiki dalam syarikat ini. Lepas ni saya akan lebih peka terhadap masalah-masalah sebegini dan masalah-masalah lain yang mungkin saya tidak ketahui.."
"Terima kasih, bos! Saya tak tahu kenapa bos cakap macam ni, tapi tindakan bos wujudkan perisik dalam syarikat adalah satu idea yang bagus!"
"Perisik?"
"Ya, perisik! Boskan yang hantar perisik untuk menyiasat masalah-masalah macam ni? Rakaman tadi tu, semua idea perisik tu!"
Aria keliru, "Boleh awak ceritakan dengan lebih lanjut?".
"Ouh, jadi perisik tu belum ceritakan lagi kepada bos?"
"Haha, lebih kurang la?"
####
Pada suatu hari, saya sedang minum kopi di bilik istirahat. Kemudian, muncul seseorang datang mendekati saya.
"Awak ni siapa?"
"Saya! Saya ni perisik!" bisik Raqnid.
"Perisik? Jangan main-main boleh tak."
"Daniel saya tahu awak dibuli oleh senior awak di tempat kerja, bukan!" ujar Raqnid.
"Huhh? Macam mana—erghh! Tolong rahsiakan semua ni."
"Awak tak mahu ubah ke semua ni?".
"Ubah! Apa pekerja macam saya boleh buat. Tak silap hari bulan saya yang dibuang kerja. Pekerja macam Roi ada banyak connection dalam syarikat ni. Saya tak sanggup ambil risiko sebab ini je satu-satu kerja yang saya ada. Kalau saya dibuang, saya mungkin menganggur dengan keadaan ekonomi sekarang."
"Hehh, connection dia kuat sangat ke sampai CEO syarikat ni pun kalah."
"Huh? CEO syarikat? Jangan cakap—"
"Ya, saya ada connection dengan CEO syarikat. Dia yang hantar saya sebagai perisik untuk setelkan hal-hal macam ni. Jadi, awak nak saya tolong ke tidak?"
Daniel memegang tangan Raqnid. "Tuan perisik! Tolong selesaikan masalah saya."
"Heh, baiklah! Sekarang, kamu hanya perlu ikut arahan saya."
####
Aria menepuk dahinya. 'Cerita merepek apa yang kau reka ni, Raqnid.’ kata Aria dalam hati.
“Kenapa bos?” Daniel keliru melihat kelakuan Aria.
“Haha, takde apa! Awak tahu tak yang penggunaan pita rakam tu salah.”
“Ahh, ya ke! Maafkan saya, saya tak tahu!”
“Takpe jangan risau, lagipun ini bukan rancangan awak tapi perisik tu! Saya tak suruh dia selesaikan masalah dengan cara macam ni.”
“Tapi, bos! Kalau tak disebabkan dia, masalah saya pasti takkan selesai. Jadi, tolongkan maafkan perbuatan perisik itu.”
“Hurghhh! Baiklah, saya akan pejam mata kali ni!”
“Terima kasih, bos!”
“Tentang Roi, apa yang kamu nak saya buat kepada dia?”
“Saya!”
“Ya, disebabkan kamu mangsa. Jadi, kamu tentukan nasib dia. Samaada kamu tidak mahu lagi lihat dia di syarikat ni ataupun kamu maafkan dia dan saya akan berikan hukuman yang setimpal atas perbuatannya dan saya akan pastikan dia tidak ganggu kamu lagi.”
“Uhmmm.. Mmm!” Daniel dalam dilemma apabila hendak membuat keputusan.
"Kalau ikutkan hati saya, saya nak pecat je Roi tu! Sebab tindakan dia sangat melampau! Tapi, saya taknak membuat keputusan melulu kerana bukan saya yang menjadi mangsa dalam kes ni. Sebab itulah saya tanya awak, Daniel."
"Saya tahu perbuatan dia tu melampau, tapi saya tak dapat nafikan kemahiran dan pengalamannya dalam bidang ni. Dia juga banyak memperbetulkan kesalahan saya walaupun saya dibuli. Jadi rugi untuk syarikat kita hilang orang sebegini. Saya akan beri dia peluang kedua, bos!"
"(tersenyum), awak seorang pekerja yang hebat, Daniel! Saya tak pernah terfikir sampai ke tahap itu. Saya hanya membuat keputusan berdasarkan nafsu saya, langsung tak professional. Sebagai majikan awak, saya sangat malu dengan awak, Daniel."
"Mana ada bos! Saya ermm—"
"Baiklah, saya takkan pecat Roi tapi saya akan tetap menghukum dia."
'Yang sebenarnya, Raqnid yang menyuruh saya berkata demikian.' ujar Daniel dalam hati.
"Terima kasih, bos!"
"Terima kasih juga, Daniel!"
"Uhmm—"
"Ada apa lagi ke?"
"Mmm— saya harap bos beri ganjaran kepada perisik tu. Disebabkan dia—"
"Baiklah, saya faham!"
"Terima kasih, bos!"
"Tolong panggil encik Gank!"
"Baik bos!"
####
"Cik Aria terima kasih kerana menerima cadangan saya ni!" ujar Gank sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tersebut.
"Tak, saya yang sepatutnya berterima kasih. Cadangan awak sangat membantu. Maaf, atas apa yang berlaku ni. Saya sebagai majikan mereka memohon maaf bagi pihak mereka."
"Takde apalah cik Aria, saya dah biasa. Lagipun ini memang salah satu daripada cabaran kerja saya, menghadap karenah pelanggan."
"Hahaha, beruntung kami dapat bekerja dengan pekerja yang berpengalaman seperti awak."
"Terima kasih cik Aria!"
"Lagi satu! Pasal Raqnid—"
"Ahh, saya dah tahu!"
"Huh? Apa yang awak tahu?"
"Cik Aria nak uji dia kan!"
"Huh?"
"Heh, saya pun tak sangka yang cik Aria merupakan makcik Raqnid!"
"MAKCIK!" Aria menepuk meja saat mendengar perkataan itu.
"Cik Aria?" Gank juga terkejut dengan tindakan Aria itu.
"Maaf, saya terkejut! Macam mana awak boleh tahu?"
"Ahh! Macam ni—"
####
"Tuan gank tunggu!"
"Ada apa budak?"
"Jangan macam ni, tuan Gank! Semua ni berlaku berpunca daripada saya!"
"Hahhh? Berpunca daripada kau?"
"Ya, saya! Sebenarnya, CEO syarikat ni ialah makcik saya! Dia buat semua ni sebab nak uji saya. Boleh tak saya uruskan semua ni."
"Makcik kau!"
"Ya! Tolong la jangan malukan saya depan makcik saya tuan Gank! Saya janji akan bertanggungjawab ke atas semua yang berlaku."
"Hmmm, baiklah!"
####
“Itulah ceritanya! Saya pun tak tahu kenapa saya boleh percaya kata-kata dia dengan begitu mudah pada waktu itu. Tanpa saya sedar, saya sudah terima tawaran dia.. Saya rasa macam dipukau. Tapi, sekarang saya faham kenapa! Sebab dia berkata benar, mungkin sebab itulah saya terima dia."
"Garggghh! Budak tu!" jerit Aria.
"Kenapa cik Aria? Ada masalah ke?"
"Maafkan saya! Saya cuma geram dengan budak tu."
"Jangan salahkan Raqnid cik Aria. Dia tu berbakat orangnya. Saya takkan bekerja dengan dia sampai harini kalau dia tak berbakat. Apa yang saya boleh cakap ialah saya seronok bekerja dengan dia. Sepanjang saya bekerja, saya tak pernah jumpa orang seperti Raqnid. Tingkah-laku dan kemahirannya mengendalikan semua ini langsung tidak seperti budak intern."
Aria hanya tersenyum mendengar kata-kata itu kerana dia juga dikejutkan dengan kemahiran Raqnid. Dia sangat faham akan perasaan Gank itu.
"Sekarang saya dah faham! Terima kasih, Gank! Awak boleh pergi."
"Sama-sama cik Aria!"
"Ahh, tolong panggil Raqnid masuk!"
"Baiklah!"
####
Raqnid pun masuk ke dalam bilik tersebut dengan wajah gembira. Dia menantikan apa yang hendak dikatakan Aria kepadanya.
"Ya, boss! Ada apa panggil saya?" tersenyum Raqnid.
"Hurghh, berani sungguh kau, gunakan nama aku sesuka hati kau! Kau tipu Gank kata aku makcik kau! Sejak bila aku jadi makcik kau?"
"Betul apa! Mana ada aku tipu! Aku beritahu dia yang kau makcik aku, tapi aku bukan maksudkan yang kau mak menakan aku. Kau boss aku! Aku panggil kau makcik! Jadi, kau makcik aku! Dan aku tak tipu Gank cuma dia yang salah faham! Aku berkata benar." tersenyum Raqnid.
"Pandai kau cari alasan ehh.. Pasal kau jadi perisik, alasan apa pulak kau nak bagi?"
"Ermm, pasal tu—!"
"Hah, apa alasan kau?"
"Bohong sunat takpe!"
"Bohong sunat?"
"Ya, aku tipu tu tak membawa mudarat kepada Daniel tapi memberi manfaat kepada dia. Jadi, takde masalah!"
"Hurghh, ada je alasan kau! Kau boleh pergi!"
"Huh?" Raqnid hairan.
"Kenapa?" soal Aria yang melihat Raqnid kebingungan.
"Kau! Tak marah aku?"
"Huh? Buat apa aku nak marah kau?"
"Iyaa laa! Kau sepatutnya marah, bengang sebab aku gunakan nama kau sesuka hati! A-aku…" Raqnid mencari sebab apa Aria perlu memarahinya.
"Aku tak kisah pun! Lagipun, aku yang sepatutnya memohon maaf kepada kau sebab arahkan kau buat semua benda ni sedangkan kau hanya budak intern. Disebabkan ketidak profesionalan aku, kau terpaksa lalui semua ini. Maafkan aku, Raqnid!"
"Hahh(terkesima), ya memang kau boss yang teruk langsung tak professional. Macam budak-budak!"
"Maafkan aku!"
Raqnid terkedu melihat reaksi Aria yang tidak terkesan dengan perli-annya. Dia heran melihat Aria yang tiba-tiba berkelakuan sedemikian, dia memikirkan dia akan dimarahi oleh Aria. Namun, sebaliknya terjadi. Raqnid pun berjalan keluar daripada bilik dengan perasaan bengang.
"Heh, dah kenapa dengan dia? Tiba-tiba jadi baik! Hurghhh, tak seronok langsung!"
Raqnid selama ini terhibur apabila berjaya mengusik Aria. Namun, bila kali ini dia tidak dapat membuat Aria marah, dia merasa dirinya tewas.
Share this novel