Chapter 5 - Taman Tema

Romance Series 7839

Hari minggu..

Aria bagun dari tempat tidurnya dengan penuh gembiranya. Hari minggu merupakan hari paling disukainya kerana dia bebas daripada kerjanya untuk sementara waktu. Masa untuk dirinya berehat selepas 5 hari bekerja.

Harini keterujaannya lain dari hari-hari minggu biasa kerana filem kesukaannya akan ditayangkan di pawagam pada harini. Jadi, dia telah menempah tiket online seminggu awal untuk menontonnya pada malam ini.

Pada malam harinya..

Aria tiba di pawagam untuk menyaksikan filem kesukaannya iaitu Evatar 2. 'Tak sabarnye aku!' teruja Aria seorang diri sambil beratur hendak membeli betih jagung dan air. Dia hanya datang seorang diri. Setelah selesai membeli makanan dia pun menunggu pintu pawagamnya dibuka.

Tanpa dijangka Aria terserempak dengan Raqnid yang turut sama menunggu pintu pawagam dibuka. 'Haishh, banyak-banyak orang kenapa laa aku boleh terserempak dengan budak ni!' kata Aria dalam hati meluat melihat Raqnid. 'Potong selera aku nak tengok movie macam ni!' Raqnid juga merasakan benda yang sama.

Kedua-dua mereka mengambil sedikit masa sebelum bertegur siapa. "Yo, makcik!" tegur Raqnid sambil mengangkat tangan kanannya. Terlihat jelas riak wajah Raqnid yang tidak gembira bertemu dengan Aria.'Budak ni! Lebih baik kau tak payah tegur kalau kau nak tunjuk muka macam tu!' kata Aria dalam hati lalu menjawab sapaan Raqnid itu dengan tidak mesra."Ahh, budak! Kau buat apa dekat sini?"

"Hah? Perlu ke tanya soalan tu? Tentulah saya nak tengok wayang!" jawab Raqnid. Aria bengang mendengar kata-kata Raqnid itu. "Ya, semua orang yang datang mall ni, semuanya datang nak tengok wayang, kan!" ajuk Aria. "Taklah, ada jaa orang nak beli belah dekat sini!" jawab Raqnid dengan selamber. "Dah tu! Salah ke aku tanya kau buat apa kat sini?" soal Aria. "Makcik lembap jugak ehh, apa guna saya pegang betih jagung dengan air ni, lepastu berdiri dekat sini?" balas Raqnid. Aria terkesima mendengar jawapan Raqnid itu. 'Aku benci budak ni!' kata Aria dalam hati.

Raqnid kemudiannya memandang sekeliling Aria. 'Dah kenapa budak ni, tengok-tengok aku? Jangan cakap dia nak try aku?' hairan Aria dibuatnya. "Makcik datang sorang je ke?" soal Raqnid. 'Gerghh, dia memang nak try aku! Dia ingat dia siapa! Heh, sedar diri sikit!'. Aria mula merasa kurang selesa selepas mendengar pertanyaan Raqnid itu.

"Ya, aku datang sorang!" Aria menjawab. "Pfffttt!" Raqnid terus ketawa kecil selepas mendengar jawapan Aria itu. Aria menjadi hairan apabila melihat perbuatan Raqnid itu, 'Dah kenapa budak ni! Tak betul ke?'.

'Dah kenapa muka dia macam tu?' Aria merasakan dirinya diperlekehkan oleh Raqnid. "Kesian boss, mesti kesunyian kan sorang-sorang tengok wayang! Huhuhu! Lain kali telefon saya kalau perlukan peneman, okey!" Raqnid pun pergi meninggalkan Aria.

"Huh?" Aria terkesima selepas mendapat tahu yang Raqnid bukan hendak mengoratnya tapi memperlinya. Dia merasa begitu malu dengan dirinya kerana berpikir Raqnid sedemikian. 'Grrrr, geramnya aku dengan budak tuu!' jerit Aria dalam hati.

Di dalam panggung. Aria duduk di tempat duduknya. Aria melihat kerusi di sebelahnya masih kosong. Dia berharap yang kerusi tersebut kosong supaya dia tidak perlu berkongsi tempat letak tangan. Selepas beberapa detik, muncul pemilik tempat tersebut memakai hoodie menutup wajahnya. 'Ciss, ada orang pulak!' terpaksalah Aria berkongsi tempat letak tangan itu.

"Huh?" Aria hairan melihat orang di sebelahnya itu, orang tersebut kelihatan sungguh mencurigakan. 'Gulp, kenapa laa dalam banyak-banyak tempat, mesti sebelah aku jugak dia duduk!' jerit Raqnid dalam hati sambil menutup sebelah wajahnya daripada dilihat Aria. 'Dah kenapa budak ni? Huh?' Aria mula perasan sesuatu. Jam pada tangan orang di sebelahnya itu sama seperti jam tangan Raqnid. Aria mula merenung Raqnid dengan lebih tajam. 'Makcik ni dah kenapa tenung aku macam tu?' Raqnid mula rasa penyamarannya hampir terbongkar. "Pfffttt!" Aria ketawa kecil. "Saya rasa, saya tak telefon awak pun Raqnid!" kata Aria selepas mengenal pasti orang di sebelahnya ialah Raqnid. Raqnid selepas mendengar kata-kata Aria itu, dia terus menjatuhkan tangannya dan membuka hoodienya. Aria kemudiannya bisik kepada Raqnid "Telefon saya ya, kalau takde kawan!". Raqnid hanya memekakkan telinganya dan fokus pada layar pawagam. Aria pun kemudiannya dengan senang hatinya menonton filem tersebut.

Keesokan harinya..

Raqnid pergi ke taman tema. Dia datang seorang diri. Dia tidak sabar untuk menaiki roller-coaster kerana hendak menguji keberanian dirinya. Dia datang ke taman tema tersebut semata-mata untuk itu. Dia masuk saja ke dalam taman tema tersebut, dia terus menuju ke tempat roller-coaster berada tanpa melihat ke tempat lain. 'Hehe, aku akan buktikan aku boleh buat!'. Walaupun tiba awal, telah ramai yang beratur untuk bermain permainan itu. Raqnid tunggu sehinggalah tiba giliran untuk mencuba permainan tersebut.

"Tunggu, encik datang sorang ke?" tanya pekerja disitu. Raqnid pun memberitahu dia datang seorang diri. Pekerja tersebut mengarahkan rakan sekerjanya untuk mencari seorang lagi kerana setiap gerabak roller-coaster itu boleh memuatkan dua orang. "Sekejap ye!" kata pekerja itu kepada Raqnid. Raqnid pun hanya mengganguk kerana dia teruja untuk mencuba permainan itu. Pekerja yang lain membawa seseorang yang berada belakang barisan ke hadapan. "Cik datang sorang ke?" soal pekerja itu kepada orang yang baru dibawa oleh rakan sekerjanya itu ke hadapan. "Ya, saya datang seorang!" jawab orang tersebut. 'Huh? Suara ni macam pernah dengar!' Raqnid pun menoleh ke arah orang tersebut. Kedua-dua mereka terkejut.

"Makcik!"

"Budak!"

Pekerja itu pun hairan melihat Raqnid memanggil Aria makcik kerana Aria tidak kelihatan tua. "Ahh, kamu berdua dah kenal antara satu sama lain, eloklah tu!" kata pekerja disitu. Kedua-dua mereka menjawab serentak "Tak saya tak kenal dia!". Terkejut pekerja itu dibuatnya "Hah, baiklah! Silakan naik." mereka berdua disuruh naik di atas gerabak roller-coaster. "Tunggu, saya kena naik dengan dia ke?" soal Raqnid. "Ya! Encik!" jawab pekerja disitu. "Takde orang lain ke?" soal Raqnid. Pekerja itu pun menyuruh Raqnid melihat di belakangnya. Selepas menoleh ke belakang, apa yang dilihat Raqnid adalah barisan yang sangat panjang. Setiap orang yang beratur disitu sudah mempunyai pasangan masing-masing. "Ahh!" Raqnid mengeliat. "Tak boleh ke saya naik sorang je?" soal Raqnid. "Maaf ye encik, kami tak dapat buat macam tu sebab terlalu ramai yang menunggu!" jawab pekerja disitu. "Takpe encik saya tak naik!" Aria beritahu pekerja disitu lalu berjalan pergi. Raqnid tersenyum lebar "Terpaksalah saya naik sorang!" kata Raqnid. "Ummm, maaf encik! Encik perlu tunggu lagi sorang untuk naik! Setiap gerabak perlu ada dua orang penumpang sebab bahaya jika seorang saja yang naik." kata pekerja disitu. "Pulak! Saya tak nampak apa yang bahaya pun kalau seorang saja naik!" soal Raqnid mencurigai kata-kata pekerja itu. "Jangan macam ini encik, ini prosedur yang telah ditetapkan. Kami hanya menurut arahan. Tolong jangan susahkan kami!" kata pekerja itu. Raqnid mula rasa bersalah, dia tiada pilihan lain. Orang di belakangnya ramai yang menunggu malah ada yang telah mempertikaikan kenapa begitu lama sekali. Dia mengetepikan egonya demi menaiki roller-coaster.

Raqnid memandang ke arah Aria yang sedang berjalan pergi. Dia pun memanggilnya, "Aria tunggu!". Aria yang terkejut namanya dipanggil menoleh ke arah Raqnid. Buat pertama kalinya, dia mendengar Raqnid memanggilnya menggunakan namanya. Dengan nada yang memujuk Raqnid meminta kepada Aria, "Tolong naik roller-coaster dengan aku!". Aria selepas melihat sisi lain Raqnid, menyebabkan dirinya merasa janggal dan sukar untuk menolak permintaannya. "Baiklah!" Aria pun menerima tawaran itu. Kedua-dua mereka pun menaiki roller-coaster.

"Sila pastikan semua barang diletakkan di dalam locker supaya tiada barang anda yang tercicir nanti." kata pekerja disitu. Selepas semua gerabak terisi penuh, roller-coaster pun bergerak. "Sejak bila permainan ni ada prosedur macam tu?" soal rakan sekerjanya. "Aku me-reka je tadi tu, nanti mereka berdua pasti akan berterima kasih dekat aku." jawab pekerja itu. "Kenapa pulak?" soal rakannya. "Sebab akulah yang menjadi pemangkin kepada hubungan mereka akan datang, haha!" dia menjawab dengan bangganya sambil tersengih. "Uhh, ye laa tuu!" rakannya langsung tidak menghiraukannya. "Wei Faris, aku serius ni, kau tahu tak berapa ramai pasangan aku telah satukan. Aku memang berbakat mencari pasangan yang serasi!" kata pekerja itu.

Di atas gerabak roller-coaster, Raqnid dan Aria berada di gerabak yang terakhir. Aria berasa begitu teruja apabila roller-coaster itu bergerak naik sehinggalah sampai ke puncak litar tersebut. Roller-coaster itu pun turun ke bawah dengan laju. SHOSSH!!! Perasaan Aria yang bercampur takut dan seronok membuatkan dirinya menjerit. Selepas beberapa seketika, dia mula menoleh ke arah Raqnid yang tidak langsung menunjukkan reaksi. 'Budak ni langsung tak bergerak, roller-coaster ni belum cukup hebat kut!' kata Aria dalam hati.

Setelah 3 minit, roller-coaster itu pun sampai ke penamatnya. Aria pun keluar dari gerabaknya, kemudian melihat Raqnid masih terduduk di atas gerabak itu. 'Dah kenapa budak ni? Tak nak keluar pulak!' kata Aria dalam hati. Aria pun mendekati Raqnid untuk menyuruhnya keluar daripada gerabak. "Raqnid! Kau buat apa lagi tu!" Aria sambil mengkuis Raqnid.

Selepas memanggil dan mengkuis Raqnid, dia tetap tidak berganjak.' Budak ni!' Aria mula hendak naik angin. Dia kemudiannya menarik Raqnid dan terasa aneh kerana badan Raqnid terasa begitu ringan. Aria melihat wajah Raqnid dan terkejut. "Dia pengsan!". Aria menjerit memanggil pekerja yang menjaga roller-coaster itu.

Selepas beberapa seketika, Raqnid baru sedarkan diri. Dia mula terasa mual dan pening. Pekerja disitu mendekati Raqnid lalu memberikan sebotol air kosong. "Encik, ok tak?" soal pekerja itu. 'Cehh, ingatkan dia ni berani sangat!' kata Aria dalam hati. Raqnid pun keluar daripada gerabak itu dengan bimbingan pekerja disitu. Raqnid dibawa ke kerusi berdekatan untuk berehat. "Cik, tolong tengok kan dia ye!" kata pekerja itu kepada Aria. "Ehh, kenapa pulak saya?" jawab Aria. "Bukankah, cik kenal dengan lelaki ni? Lagipun, kalau tinggalkan dia sorang-sorang takut ada orang jahat ambil kesempatan curi barang dia dalam keadaan dia macam ni!" ujar pekerja itu. "Tak boleh ke, awak saja yang tengok kan dia?" soal Aria. "Maaf, ye cik! Saya ada kerja!" jawab pekerja itu lalu pergi. Tinggal Aria dan Raqnid berdua.

Aria pun duduk di sebelah Raqnid. Selepas 5 minit, Aria bagun dan berjalan pergi meninggalkan Raqnid keseorangan. 'Kenapa, aku perlu risau pasal budak ni! Dia dah banyak sakitkan hati aku!' kata Aria di dalam hati. Tinggal Raqnid keseorangan di bangku itu.

Selepas 5 minit, Aria datang kembali dan duduk di sebelah Raqnid. Dia merasa bersalah meninggalkan Raqnid seorang diri dalam keadaan sedemikian.

30 minit berlalu..

1 jam berlalu..

2 jam berlalu..

Aria pun sudah penat menunggu, matanya juga mahu terlelap. Dengan keadaan cuaca yang redup. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyebabkan Aria tidak mampu membuka matanya lagi dan langsung terlelap di sebelah Raqnid sambil kepalanya membantalkan bahu kiri Raqnid. Tertidur mereka berdua di bangku itu.

"Umm, gambar apa yang aku nak ambil ni?" berpikir Topp merupakan juru gambar jalanan. Topp mencari objek yang hendak ditangkap oleh kameranya. "Huh?" sesuatu telah menarik minat Topp. 'Ini akan jadi masterpiece aku!' Topp terus mengambil gambar Raqnid dan Aria yang sedang tidur di atas bangku taman tema.

Jam 5 petang…

Raqnid pun terjaga daripada tidurnya. Dia kemudiannya melihat ke arah bahu sebelah kirinya yang terasa berat. 'Huh? Mimpi ngeri apakah ini? Kenapa makcik ni tidur sebelah aku?' Raqnid mula merasa hairan. Dia hanya menganggap itu sebagai mimpi sehinggalah Aria membuka matanya. Kedua-dua mereka memandang antara satu sama lain. Setelah beberapa seketika, barulah Raqnid sedar yang itu bukan mimpi. "Arghhh!" kedua-dua mereka menjerit.

"Makcik buat apa ni hah? Takde tempat lain ke nak duduk!" ujar Raqnid. "Buat apa kau tanya aku! Aku tolong temankan kau tahu tak! Kalau tak disebabkan kau pengsan masa naik roller-coaster, aku tak ingin laa nak duduk sini!" kata Aria dengan marahnya. Raqnid terkesima mendengar kata-kata Aria itu. Namun, disebabkan ego Raqnid yang tinggi dan tidak mahu kalah, dia tetap melawan. "Ada aku suruh kau temankan aku ke!" jawab Raqnid. Aria mendengar jawapan Raqnid itu menyebabkan dirinya bengang. "Huh, sudah laa kau budak! Dasar tak kenang budi!" Aria pun pergi dari situ meninggalkan Raqnid. "Heh, dia ingat aku teringin sangat bantuan dia!" ujar Raqnid.

Raqnid melihat ke arah jam tangannya untuk melihat waktu. "Apa dah petang! Aku dah kena balik, tapi baru satu permainan aku cuba. Huhu!" Raqnid pun terpaksa meninggalkan taman tema itu kerana ada hal lain.

Raqnid menaiki bas awam yang berada di perhentian bas berdekatan taman tema itu. "Huh? Encik yang pengsan masa naik roller-coaster pagi tadi kan." soal pekerja yang menjaga roller-coaster semasa Raqnid naik. "Ehh, mana ada, salah orang ni!" jawab Raqnid. "Saya yang tolong encik masa encik pengsan." beritahu pekerja itu. "Hurmm!" Raqnid mula perasan yang orang tersebut ialah pekerja yang menghalang dia daripada naik roller-coaster seorang diri. "Mana, girlfriend encik?" soal pekerja itu. "Haishh, dia bukan girlfriend aku lah!" marah Raqnid. "Ouhh, maaf-maaf! Kawan encik!" ujar pekerja itu. "Kawan!" Raqnid memandang tajam ke arah pekerja itu. Pekerja itu mula takut "Maksud saya, perempuan yang naik roller-coaster dengan encik." kata pekerja itu. "Entah! Saya tak tahu." jawab Raqnid. "Apa encik tak tahu! Sedangkan dia yang temankan encik sewaktu encik pengsan." kata pekerja itu. "Aku tak minta pun dia temankan aku!" jawab Raqnid dengan garang. "Hahhh, saya yang minta dia temankan encik!" beritahu pekerja itu. "Apa! Kau!" soal Raqnid. "Ya, saya! Sebab encik tak tahu apa perkara buruk yang boleh terjadi sewaktu encik pengsan. Lagipun, dia boleh je tinggalkan encik sorang-sorang dekat bangku tu. Tapi, perempuan tu memilih untuk menemani encik berjam-jam disitu. Waktu dia di taman tema tu habis macam tu je sebab menemani encik. Encik patut berterima kasih pada dia." ujar pekerja itu. Raqnid selepas mendengar apa yang pekerja itu katakan menyebabkan dirinya rasa bersalah kerana memperlakukan Aria sedemikian rupa selepas apa yang Aria lakukan. "Baiklah, aku akan minta maaf dekat dia!" ujar Raqnid. "Jadi, memang betul laa encik kenal perempuan tu!" soal pekerja itu. "Kau jangan masuk campur boleh tak!" tengking Raqnid.

Raqnid tiba di rumahnya. Memikirkan kelakuan buruknya pada Aria. Raqnid kemudian menelefon seseorang. "Hello, Albert! Tolong buat apa yang aku hendak katakan ni!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience