Keesokan harinya...
Raqnid bangun dari tidurnya, dan segera mencapai telefonnya sebagai perkara pertama. Saat skrin terang, kegembiraan menyelinap ke wajahnya saat melihat notifikasi mesej baru.
'New Messages!'
Membaca kandungan mesej penuh kehangatan daripada Aria yang mengucapkan selamat pagi membuat senyum tak terelakkan terpancar hingga ke pipi Raqnid. Tangan Raqnid dengan cepat membalas mesej Aria dengan, 'Selamat pagi!' disertai dengan emoji senyum untuk menunjukkan rasa bahagianya.
Dalam sekejap, dunia Raqnid terasa lebih cerah dan bersemangat, seolah-olah setiap kata daripada Aria membawa sinar matahari ke dalam hari yang baru dimulainya.
'Awak buat apa harini?' mesej Aria.
'Entah, belum ada apa-apa perancangan lagi!’ balas Raqnid.
Setelah pertukaran mesej yang panjang, tiba-tiba panggilan masuk, dan melihat panggilan itu daripada Kiel yang ingin bertemu di sebuah kedai makan.
Raqnid memberitahu Aria yang Kiel ingin bertemu dengannya. Mereka akhiri perbualan mereka sampai disitu.Tanpa berlengah, Raqnid dengan sigap bangun dari tempat duduknya dan bersiap-siap untuk memenuhi undangan kawannya.
Ketika Raqnid masuk ke dalam kedai, aroma makanan sedap menyambutnya, menciptakan atmosfer yang penuh kenikmatan. Kiel sudah menantinya dengan senyuman ramah di wajahnya, melambai tangan memberi tahu kedudukannya. Raqnid berjalan dengan langkah mantap menuju meja tempat Kiel berada, dan dengan ramah, dia duduk berhadapan kawannya.
"Mana Doug?" tanya Raqnid, mencari tahu keberadaan kawannya yang biasanya selalu bersama.
"Doug di rumah!" jawab Kiel dengan ekspresi yang agak serius.
"Dia tak datang ke?" Raqnid terus mengejar informasi.
"Tak, aku panggil kau sorang je." Kiel memberikan jawapan yang agak singkat, dan melihat riak wajahnya, Raqnid dapat merasakan bahwa ada sesuatu yang ingin dikatakannya.
"Aah!" Melihat riak wajah Kiel yang agak tergopoh-gopoh, Raqnid mencium adanya sesuatu yang tak kena. Lalu, tanpa ragu, Raqnid terus menyoal, "Apa masalah kau?"
"Huh?" Kiel terkejut mendengar pertanyaan tegas Raqnid.
Raqnid menunggu rakannya itu membuka mulut memberikan jawapan. Setelah beberapa seketika, Kiel tiba-tiba memegang kedua-dua tangan Raqnid dengan wajah merayu.
Raqnid terkejut oleh tindakan tiba-tiba Kiel, bulu romanya naik secara refleks saat merasakan sentuhan itu. Secara refleks, Raqnid cuba melepaskan tangannya dari genggaman Kiel, namun kekuatan Kiel terlalu besar, membuatnya sulit untuk melepaskan diri.
Aksi mereka menarik perhatian khalayak di sekitar, dan beberapa mata menatap mereka, menyebabkan suasana terasa aneh. Siapa sahaja yang tidak hairan melihat sepasang lelaki memegang tangan seperti sepasang kekasih. Raqnid, yang peduli dengan pandangan orang sekitar, berbisik dengan sinis kepada Kiel, "Oi, boleh tak kau lepaskan tangan aku!"
Kiel mengendahkan kata-kata Raqnid itu, dia bangun dan merayu. “RAQNID TOLONG TERIMA AKU SEBAGAI ANAK MURID KAU!” suaranya bergema di seluruh kedai dengan nada yang penuh ketegasan.
Raqnid hanya menundukkan kepalanya, dia tidak tahu dimana hendak meletakkan mukanya yang malu dengan tindakkan kawannya itu.
“Okey! Okey! Lebih baik kau duduk sekarang. Jangan malukan aku boleh tak! Kalau tak, langsung aku tak terima permintaan kau.” bisik Raqnid marah.
Kiel terus duduk, kemudian menceritakan semua yang ingin dia ungkapkan. Dia menjelaskan bahawa tujuan memanggil Raqnid adalah untuk belajar dari kemahiran yang diperolehi Raqnid. Kiel memiliki tekad kuat untuk mengubah hidupnya, menjadi seseorang yang lebih dipercayai dan dihormati. Dia tidak ingin lagi dipandang rendah oleh orang lain.
“Kau nak belajar apa daripada aku? Aku bukannya tahu apa-apa!” kata Raqnid dengan nada menolak, cuba menunjukkan bahawa dirinya bukanlah seseorang yang berilmu atau berpengalaman.
“Aku terpegun dengan kemahiran kau bekerja. Daripada cara aku tengok kau uruskan acara pelancaran produk syarikat, aku dapat tahu yang kau berpengalaman,” jawab Kiel, mengungkapkan kekagumannya terhadap kemampuan kerja Raqnid.
“Hahaha, mana ada, tu semua dengan bantuan Encik Gank dan pasukan dia. Aku tak buat apa-apa pun!” Raqnid menidakkannya.
“Kalau macam tu, macam mana dengan kes penyelewengan tu?” tambah Kiel, mencetuskan pertanyaan yang menghantui Raqnid.
“Kes penyelewengan tu, aku buat apa?” Raqnid pura-pura tak tahu, mengelak daripada pertanyaan yang membahayakan itu.
“Yang lain mungkin tak tahu, tapi aku perhatikan kau sepanjang masa, Raqnid!”
“Hah? Kau perhatikan aku?” Raqnid merasa risau, mendengar pernyataan tajam dari Kiel.
“Ya, aku tahu! Kau yang jumpa penyeleweng tu kan? Senarai-senarai suspek juga ditulis oleh kau kan! Tulisan tangan kau sangat berbeza dengan bos Aria. Ketara sangat!” balas Kiel dengan tepat dan teliti.
“Gulp! Haha, kau ni pandai-pandai je buat andaian sendiri!” Raqnid cuba untuk bersikap santai, namun wajahnya mulai berpeluh. Dia tidak menyangka bahawa Kiel mengetahui begitu banyak.
“Aku pasti, bos Aria yang minta bantuan kau untuk uruskan kes penyelewengan tu kan! Lepas selesai kes tu, dia terus benarkan kau pulang seperti biasa.” Kiel menyatakan dengan serius, mengungkapkan dugaannya.
‘Kenapa tiba-tiba dia ni boleh jadi pandai pulak ni? Jangan cakap dia tahu, hubungan aku dengan Aria!’ ujar Raqnid dalam hati, kerisauannya makin mendalam.
“Walaupun bos Aria tak sukakan kau tapi dia tetap berikan kerja-kerja yang sukar kepada kau. Itu maksudnya, dia percayakan kemahiran kau.” Kiel menguatkan lagi hujahnya.
Sementara itu, Raqnid tergamam melihat rakannya yang selama ini dipikirkan lembap tiba-tiba menjadi seorang yang teliti dan berpikiran tajam.
“Hmmm, bila dipikirkan balik.. Kau dengan bos Aria—-!”
“Garghh! Baiklah, aku terima kau!” Raqnid memotong percakapan Kiel untuk mengelakkan perkara ini berpusing ke arah lain dan bertambah menjadi lebih teruk.
“Hah! Ya ka! Terima kasih!” Kiel bangun daripada tempat duduknya lalu terus memeluk Raqnid berterima kasih.
“Gergh, le–paskan a–ku! A—ku tak—leh ber—-na–fas!” Raqnid berbicara tersendat kerana dipeluk dengan kuat oleh Kiel.
Kiel akhirnya melepaskan Raqnid dari pelukannya.
“Haahhh!” Raqnid bernafas lega setelah dilepaskan.
“Jadi, apa yang aku perlu buat?” tanya Kiel bersemangat untuk belajar.
Raqnid memperbetulkan baju yang kusut akibat pelukan tadi, “Hmmm, kau pasti nak belajar daripada aku? Kau takkan menyesal? Sebab latihan aku ni, sangat keras!” ujar Raqnid dengan serius, memberikan peringatan mengenai kerumitan dari apa yang akan dipelajari oleh Kiel.
Kiel mengangguk dengan mata yang penuh sinar, menunjukkan semangatnya untuk belajar.
“Hurghh, baiklah! Jangan menyesal lepas ni, sudah!” Raqnid mengambil telefonnya lalu membuat panggilan.
“Hello, pakcik Albert! Saya nak pakcik latih seseorang untuk saya!” setelah berbual dengan pakcik Albert, Raqnid mengambil selembar tisu dari atas meja dan menulis nombor telefon orang yang dia hubungi tadi.
“Nah, telefon nombor ni! Dia akan ajar kau dari zero sampai kau professional!” Raqnid menghulurkan tisu tersebut.
Kiel mengambil dan melihat, “Nombor siapa ni? Aku minta kau yang ajarkan aku!” keluh Kiel.
“Ehh, banyak bunyi pulak dia! Jangan risau, lelaki ni lebih hebat mengajar daripada aku.. Kalau kau berjaya survive dengan lelaki ni. Aku jamin, berpuluh-puluh syarikat akan mencari kau!” jawab Raqnid menyakinkan Kiel.
Kiel merenung nombor telefon pada tisu tersebut, jari-jarinya menyentuh lembut angka-angka yang akan membawa perubahan besar dalam hidupnya. “Jadi, ini yang akan mengubah hidup aku!” Sentuhan kecil pada tisu tersebut mengandungi harapan dan keteguhan hati yang baru ditemui oleh Kiel.
‘Semoga berjaya! Heh(tersengih), tengok daripada peragai kau, aku pasti kau akan berjaya!’ Raqnid berbisik dalam hati yakin dengan kebolehan rakannya itu.
Share this novel