Chapter 27 - Pendirian

Romance Series 7839

Sudah 2 minggu berlalu semenjak Raqnid menamatkan internnya di syarikat Aria Beauty.

Aria tiba di syarikat dengan penuh senyuman yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

Alya yang melihat reaksi bosnya itu, menyoal..

"Bos nampak gembira je, sejak kebelakangan ni? Ada berita baik ke yang berlaku?"

Aria berhenti menjawab pertanyaan PA nya, "Huh? Ye ke? Saya memang selalu gembira pun!" balas Aria langsung tidak menjawab soalan terakhir Alya. Dia kemudian melangkah masuk ke dalam biliknya.

Alya di luar hanya tergamam, bila melihat bosnya ceria terlebih. 'Dah kenapa tu? Ceria terlebih!'. Kemudian Alya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi untuk meneruskan kerjanya dan, saat itulah satu pikiran tercetus di dalam benak otaknya.

'Kenapa baru sekarang aku dapat tangkap!' Alya memetik jarinya.

Dia menutup mulutnya dengan tangan, kemudian tersengih memikirkan idea baharunya. 'Aria dah ada teman lelaki!', dengan tepat Alya meneka kenapa kawannya begitu gembira baru-baru ini.

Ideanya tidak sampai disitu, 'Siapa agaknya ya?'. Niat dan langkah seterusnya adalah untuk mengetahui jejaka yang berjaya menambat hati Aria.

Sementara di dalam bilik, Aria tersenyum-senyum membelik telefonnya daripada mula dia masuk sehinggalah dia duduk menghadap laptop.

Mesejnya daripada Raqnid tidak putus-putus semenjak dua minggu ini yang membuatkan Aria gembira.

Namun, disebalik kebahagiaan itu terselit keperitan yang mendatang. Samaada sebelum ataupun selepas bahagia. Oleh kerana, Aria sudah melalui kebahagian kini masanya untuk dia menempuhi keperitan kerana bahagia hanya sementara.

Wajahnya yang dari tadi hanya menampakkan senyuman manis sudah layu setelah Aria menerima mesej daripada ibunya yang menyuruhnya pulang ke rumah dengan kadar segera. Mesej tersebut membawa aura yang tidak disenangi Aria kerana tindakan ibunya yang terburu-buru menyuruhnya pulang langsung tidak menggambarkan perangai ibunya.

Ibunya selalu tenang dan sabar orangnya. Dilihat daripada mesej ini, Aria pasti ianya bukan daripada ibunya tetapi ayahnya. Samaada ayahnya mengambil telefon ibunya dan memesejnya ataupun ibunya dipaksa oleh ayahnya untuk memesejnya. Selama ini, ibunya yang menjadi perantaraan antara Aria dan ayahnya. Ayah Aria tidak akan sekali-kali menelefon Aria, ayahnya pasti menggunakan isterinya untuk memanggil Aria pulang.

Tidak sempat dia hendak memasukkan kata laluan untuk memasuki laptop, kini dia terpaksa tutup kembali. Aria melangkah keluar daripada biliknya dengan wajah yang sinis.

Alya tidak sempat bertanya, Aria sudah menjawab. "Saya balik rumah ibu saya sekejap!" ujar Aria langsung tidak menoleh apabila berkata kepada Alya.

'Dah kenapa pulak tu? Tadi bukan main ceria, sekarang dah moody? Gaduh ke?' Alya menggaru kepalanya, pening melihat telatah kawannya itu.

Aria masuk ke dalam kereta, dia menghidupkan enjin dan terus keluar daripada parkir syarikat. Dia mula berpikir apa yang ayahnya hendakkan sehingga menyuruhnya pulang dengan segera.

Setelah 30 minit memandu, Aria tiba di hadapan pagar rumahnya. Pintu pagar itu dibuka oleh pengawal tanpa mengenal individu yang berada di dalam kereta kerana pengawal itu sudah kenal kereta yang digunakani oleh penghuni rumah tersebut.

Aria membuka tingkap sisinya, menegur pengawal rumahnya yang sudah lama berkhidmat untuk keluarganya.

Seperti yang Aria jangkakan, kereta dengan no. plate P439 berada di rumah bererti ayahnya juga berada di rumah. Aria memarkir keretanya di sebelah kereta ayahnya.

Aria tidak langsung keluar daripada kereta, dia mengambil nafas panjang kerana perasaan takut sudah menguasai dirinya semenjak dia melepasi pintu pagar rumah itu.

"Yakin pada diri kau, Aria!" kata-kata semangat kepada dirinya melawan perasaan takut.

Aria keluar daripada kereta, dengan langkah yang berat berjalan menuju ke pintu masuk rumah ibu dan ayahnya. Walaupun kata-kata semangat diucapkan di bibirnya namun ia tidak selari dengan hatinya.

Pintu rumah dibuka, muncul datin Emily daripada pintu tersebut datang menyambut kedatangan anaknya yang tersayang.

"Aria, mama rindukan kamu!" datin Emily mendepa tangannya lalu memeluk sang anak dengan erat.

Aria membalas pelukan itu dengan senyuman dan perasaan rindu kepada ibunya.

Pelukan itu bukan sekadar pelukan biasa, terdapat mesej yang disampaikan ibunya kepadanya."Maafkan mama, Aria! Paksa Aria pulang ke rumah dengan segera.. Ia bukannya permintaan mama tapi permintaan—!" bisik datin Emily kepada anaknya.

"Aria tahu! Ini semua kehendak ayah!" jawab Aria dengan suara yang lemah.

Datin Emily memegang wajah anaknya , ditatap dengan penuh kasih dan kasihan akan nasib anaknya itu. Dia sebagai seorang ibu rasa sangat bersalah kerana tidak dapat membuat apa-apa untuk anaknya melainkan sokongan dalam diam.

"Aria, mood ayah kamu sangat tak baik semenjak semalam! Mama tak tahu sebab apa? Jadi kamu bersabar ya!" pesan ibunya dengan nada serius.

Aria tersenyum kerana masih mempunyai ibu yang menyokongnya walaupun apa pun pilihannya. "Jangan risau mama, Aria dah biasa!" jawab Aria lalu berjalan dengan langkah yang berani masuk ke dalam rumah itu.

Datin Emily tergamam melihat anak daranya itu kelihatan sungguh berbeza. "Anak mama dah besar!" menitis air mata gembira melihat perubahan Aria.

Sesudah melangkah masuk ke dalam rumah itu, Aria menoleh sekeliling mencari kelibat ayahnya namun tidak terlihat. Jika dia tidak berada di sini bermakna dia berada di dalam bilik kerjanya fikir Aria. Tanpa berlengah lagi, Aria terus ke bilik kerja ayahnya mengetuk pintu meminta kebenaran untuk masuk seakan-akan pekerja hendak bertemu dengan majikannya walaupun hubungan mereka lebih daripada itu iaitu anak dan ayah.

“Masuk!”

Aria menguatkan mental dan fizikalnya sebelum memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam.Dia memulas tombol pintu lalu menolak pintu ke dalam, dia mengangkat pandangannya, kemudian matanya terpaku ke arah ayahnya yang sedang membaca buku dan wajahnya kelihatan begis.

Aria menelan air liur sebelum melangkah masuk ke dalam bilik itu, risau apa yang ayahnya tak puas hati sehingga menunjukkan wajah sedemikian.

“Ayah, selamat pagi!” ucap Aria dengan gangjal sekali kerana sudah lama dia tidak berbual dengan ayahnya sehingga dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan.

Dato David mengangkat keningnya, melihat anaknya dengan mata ekor seperti seolah-olah tidak peduli dengan kepulangan Aria. Dia menutup buku yang dibacanya lalu diletakkan di atas meja kerjanya. Mula berdiri dan berpindah daripada kerusi kerja ke sofa.

Aria dapat membaca maksud tersirat perbuatan ayahnya itu yang meminta untuk berbual. Aria pun duduk di atas sofa berhadapan ayahnya dengan sopan. Senyap menguasai suasana buat seketika. Tiada bunyi yang terdengar kecuali bunyi pernafasan mereka. Aria sebagai orang muda perlu menunggu orang tuanya yang memulakan ucapan untuk menunjukkan tanda hormat.

Dato David membetulkan posisi duduknya ke arah yang lebih agresif. Kemudian mengajukan soalan dengan nada sinis, “Apa yang kamu buat?”.

Aria bingung mendengar pertanyaan ayahnya itu, seolah-olah dia membuat satu kesalahan yang besar. Ya, dia memang anak yang tidak dengar cakap ayahnya dan ayahnya sudah tahu tentang itu. Ayahnya tidak bernarkan dia berbisnis tapi dia tetap berdegil namun soalan ayahnya kali ini sedikit berbeza seperti dia membuat sesuatu perkara baharu yang tidak disukai ayahnya yang dia sendiri tidak ketahui.

“Apa yang saya buat, ayah?” soal Aria dengan lembut bak kata orang, kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang keras.

Ayahnya menjawab, “Kenapa kamu menolak pinangan Leo!”. Dato David sudah tahu cerita yang sebenar namun dia ingin mendengar jawapan daripada mulutnya anaknya sendiri.

Aria tergamam, fikirannya mula jelas mengapa ayahnya panggilnya kemari. Ini semua disebabkan hubungan bisnis yang dimana Aria dijadikan taruhan. Aria tidak akan berdalih lagi, dia juga mempunyai ketetapan dan pendirian sendiri bagaimana dia hendak menguruskan hidupnya.

“Aria tak cintakan Leo, Aria cintakan orang lain!” jawab Aria dengan berani.

Suasana kembali sunyi, Aria menantikan kata-kata ayahnya seterusnya. Dia sedia untuk mempertahankan pendiriannya.

Dato David dengan tenang bertanya, "Dia kerja apa?". Cuba untuk berunding dengan anaknya.

"Dia baru habis belajar!"

Satu hentakan yang kuat pada meja.

PANNG!

Dato David tidak dapat lagi menahan kemarahannya apabila mendengar anaknya bercinta dengan budak yang baru menamatkan belajar.

"APAAA!"

Dia fikir seseorang yang lebih bekerjaya seiring ataupun setaraf dengan Aria sebagai usahawan wanita. Dia tidak dapat lagi bertolak ansur dengan anaknya.

Aria memejam mata kerana terkejut dengan tindakan ayahnya yang sungguh agresif. Hatinya ketakutan, tidak menyangka ayahnya menjadi sebegitu menakutkan.

'Aria kuatkan semangat, kau!' memotivasikan dirinya supaya dapat melawan perasaan takutnya. Sedikit demi sedikit dia membuka kelopak mata kerana takut melihat riak wajah ayahnya.

“Kamu fikir lelaki yang kamu pilih tu, mampu membuatkan kamu bahagia!

Kamu rasa pilihan kamu tepat!

Kamu ingat lelaki itu, betul-betul cintakan kamu!

Lelaki yang tidak mempunyai apa-apa dalam hidupnya.

Lelaki tu hanya mempermainkan kamu, Aria!

Dia hanya inginkan harta kamu!

Sedarlah! Lelaki macam tu tak boleh dipercayai!" marah dato David dengan nada yang tinggi.

Aria berfikir sejenak, mula terbayangkan kata-kata ayahnya pada Raqnid. Betulkah, apa yang dikatakan ayahnya itu. Adakah dia dilamun oleh cinta sehingga buta untuk melihat kebenaran. Adakah Raqnid hanya mempermainkannya? Inginkan hartanya? Tak, itu tak betul! Hati Aria yakin yang Raqnid bukanlah lelaki seperti yang disebut oleh ayahnya.

"Dia bukan lelaki macam tu!" Aria beranikan diri menjawab walaupun keadaan sekarang sudah tegang oleh kepanasan ayahnya.

Dato David yang mendengar ucapan anaknya yang masih mempertahankan lelaki itu membuatkannya lebih marah.

Kata-katanya langsung tidak dapat menembusi hati anaknya.

"Baiklah, kalau itu yang kamu nak! Ayah akan berikan! Ayah akan tunjukkan kepada kamu betapa kejamnya dunia ni!" dato David mengancam anaknya.

Aria sedar yang kata-kata ayahnya itu bukannya kata-kata kosong namun ada maksud disebaliknya.

"Aria akan terima semuanya!" jawab Aria berani menyahut cabaran ayahnya.

Dato David hanya mampu mengetak gigi apabila anaknya mencabarnya. Hatinya berat untuk melakukan hal yang buruk kepada anaknya tetapi demi mengajar dan memahamkan anaknya, dia rela.

Datin Emily yang berada di sebalik pintu bilik tersebut, berduyun-duyun mengalirkan air mata mendengar pergaduhan diantara suami dan anaknya. Dia sedih kerana keluarganya menjadi sedemikian rupa. Apa yang mampu dia lakukan untuk anaknya sebagai seorang ibu hanyalah melihat dan apa yang mampu dia lakukan untuk suaminya hanya menurut perintah. Dia perlu bersabar kerana dia tidak mahu keluarganya berpecah jika dia berpihak kepada sesiapa.

"Kamu boleh pergi!" kata Dato David langsung tidak memandang anaknya.

Aria memandang ayahnya yang sudah kelihatan kecewa dengannya lebih daripada sebelum ini. Dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka namun dia juga tidak mahu hidupnya hancur disebabkan ketetapan ayahnya.

Tanpa berpikir panjang, Aria berjalan pergi. Keluar daripada bilik tersebut. "Jumpa lagi, ayah!" ucapan selamat tinggal menunjukkan dia masih sayangkan ayahnya dan tidak membenci dia sepenuhnya.

Keluar daripada bilik tersebut, Aria terlihat ibunya yang dibasahi dengan air mata. Hatinya mula koyak kerana ibunya mendengar perbualan mereka, dia mungkin telah mengecewakan ibunya. Itulah perkara yang dia nak elak daripada berlaku kerana ibunya satu-satunya yang memahaminya. Aria berpikir mungkin ibunya kecewa selepas mendengar dia melawan ayahnya.

Aria memeluk ibunya, satu ciuman ke arah pipi kanan dan kiri diberikan sebelum Aria meninggalkan rumah itu.

"Aria pulang dulu ye, mama!"

Dato Emily hanya dapat mengangguk, dia tidak mahu halang anaknya kerana dia tahu anaknya juga tersakiti.

"Baiklah, sayang!"

Aria kembali ke keretanya, langsung pergi. Di dalam kereta barulah dia mengalirkan air mata yang dia tahan selama berada di rumah tersebut. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihapan ibu dan ayahnya, dia mahukan tunjukkan yang dia seorang yang kuat. Aria terus pulang ke rumah untuk merehatkan diri dan menenangkan fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience