Chapter 38 - Rumah

Romance Series 7839

Aria bertekad untuk melawat Raqnid untuk melihat keadaannya, tetapi dia tidak tahu di mana Raqnid tinggal. Aria memutuskan untuk menggunakan maklumat peribadi yang Raqnid isi semasa bekerja di syarikatnya untuk mencari alamat rumah Raqnid.

Aria memasukkan alamat Raqnid ke dalam aplikasi GPS pada telefonnya, dan aplikasi tersebut membawanya ke satu tempat yang tidak dikenali di mana terdapat sedikit rumah. Dia berhenti di hadapan sebuah rumah besar apabila aplikasi menunjukkan bahawa dia telah sampai ke destinasi.

“Takkan Raqnid tinggal dekat sini kut?” Aria bertanya pada dirinya sendiri.

Dia tidak percaya bahawa rumah sebesar itu adalah milik Raqnid. "Jangan cakap dia masukkan alamat palsu?" Aria berpikir sejenak.

"Boleh jadi!" Dia mempertimbangkan sifat peragai Raqnid, yang membuat situasi seperti itu menjadi mungkin.

Aria membuat keputusan untuk menelefon Raqnid. Namun, seperti biasa panggilannya tidak dijawab. Bertambah kecurigaan di dalam hati Aria.

Aria keluar daripada keretanya, lalu berjalan ke arah rumah besar tersebut.

Dalam hati Aria, kegelisahan yang merayap semakin menguat seiring langkahnya mendekati rumah megah itu. Sebuah desiran berdebar-debar menerpa dadanya, mencipta rentak yang berlainan dengan langkahnya yang mantap. Ketika dia tiba, pandangannya disambut oleh pintu gerbang yang tinggi dan megah, dijaga oleh seorang pengawal yang berada di rumah pengawal. Dengan berani, dia mendekati pengawal itu dan memulakan perbualan, berharap dapat menemui jawapan yang lama diidamkan.

"Maaf, tumpang tanya. " bisik Aria, merasa suara lembutnya hampir terbenam oleh keheningan malam.

Pengawal itu menoleh ke arahnya, wajahnya yang serius menandakan kedahagaan yang kuat. "Ada yang saya boleh bantu?"

Aria menelan liur, berusaha menguatkan diri sebelum berkata, "Adakah di sini tinggal seorang lelaki bernama Raqnid?"

Seketika, mata pengawal itu menyipit seolah-olah mencuba mengingati sesuatu. "Raqnid? Ya, dia tinggal di sini. Tetapi, dia tidak suka diganggu. Ada urusan yang ingin kamu sampaikan padanya?"

'Huh, jadi betul laa ni rumah Raqnid!' desis Aria dalam hati.

Dengan hati yang berdegup kencang, Aria menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab dengan tekad yang mantap, "Saya ni kenalannya. Bolehkah saya bertemu dengannya?"

"Maaf, cik ni siapa? Tuan Raqnid tidak memberitahu apa-apa pun tentang kedatangan cik hari ini," tegas pengawal itu, mula sedikit curiga dengan alasan yang diberikan oleh Aria.

‘Tuan? Tapi, nama sama!’ Aria terkejut dan mula ragu-ragu.

Aria mengernyitkan dahinya, tidak menyangka situasinya menjadi semakin rumit. "Err, saya memang tidak dimaklumkan, tetapi saya memang ada janji dengan Tuan Raqnid. Mungkin dia terlupa memberitahu awak. Boleh tolong beritahu dia yang Aria ada datang melawatnya?" memberi alasan.

Pengawal itu merenung seketika, masih ragu dengan situasi yang terjadi. "Baiklah, saya akan beritahu Tuan Raqnid. Tunggu sebentar di sini."

Aria mengangguk, lega bahawa dia sekurang-kurangnya akan mendapatkan jawapan dari Raqnid. Tetapi dalam hatinya, dia tidak dapat menghilangkan rasa tidak pasti yang mula muncul.

Pintu pagar rumah besar itu pun terbuka, pengawal itu memberi isyarat kepada Aria supaya masuk. Aria mula merasa risau dan tidak pasti dengan situasi yang sedang berlaku. Tanpa berfikir panjang, Aria memandu keretanya masuk ke dalam kawasan rumah itu. Dia keluar dari keretanya, melihat dari arah dalam pagar Aria terpegun kerana rekaan dan bentuk rumah itu yang moden dan unik.

Aria terpaku sejenak di hadapan rumah yang megah itu, matanya melayang merenung struktur moden dan mewahnya. Dia terkesima dengan setiap butiran seni bina yang menghiasi bangunan itu, memikirkannya dengan penuh kagum.

“Ini betul ke rumah Raqnid? Takkan dia kaya sampai begini?” desis Aria dalam hati, rasa terpesona dengan kemegahan yang terpapar di hadapannya, tetapi pada masa yang sama, dia juga merasakan keraguan yang semakin membuak di dalam dirinya.

Langkah Aria semakin mendekati pintu utama, detik-detik kekagumannya perlahan dilebur dengan kegelisahan. Dia menekan loceng dengan perasaan cemas yang semakin memuncak, sementara pandangannya sesekali melayang kepada kamera sekuriti yang menyorot arahnya.

Pintu rumah terbuka perlahan, dan jantung Aria mula berdegup kencang. Seulas harapan dan kerisauan bercampur baur di benaknya. Adakah di sebalik pintu itu akan terdapat sosok Raqnid yang dikenalinya, ataukah yang menanti hanyalah misteri yang lebih besar?

Raqnid menjenguk ke luar dari balik pintu yang terbuka setengah, senyumannya yang khas terpancar di wajahnya. "Yo!" sapanya sambil mengangkat sebelah tangan.

"ARGH!" Aria terkejut, lalu tersentak sedikit ke belakang. Matanya membesar, menunjukkan betapa terkejutnya dia dengan kedatangan mendadak Raqnid.

"Kenapa dengan awak ni, jangan terkejut sangat!" tegur Raqnid dengan nada santai, suaranya yang tenang sedikit sebanyak meredakan ketegangan di udara.

"Aduh, awak ni, boleh tak jangan buat macam tu! Saya takut tau," desis Aria sambil menghela nafas lega, merasakan detak jantungnya yang masih berdegup laju. "Ingatkan rumah siapa la yang saya masuk ni?" lanjutnya sambil mencuba memperbaiki sikapnya yang terlihat kekok.

Raqnid tersenyum gembira melihat gelagat Aria lalu menjemput Aria masuk ke dalam. Aria masuk ke dalam rumah dan terkesima melihat bahagian dalam rumah yang terlihat begitu hebat sehingga terngaga mulutnya. Dalam hatinya mula berkata, siapa lelaki ni sebenarnya?

Tiba di ruang tamu, Raqnid menjemput Aria untuk duduk. Namun, Aria langsung tidak mengendahkan kata-kata Raqnid. Dia memerhati sekeliling rumah tersebut seperti seorang detektif. Mencari bukti-bukti yang mencurigakan termasuk bau wangian-wangian seorang wanita.

Raqnid memandang hairan, 'Dah kenapa ni? Rasanya rumah ibu bapa dia dua kali ganda lagi besar daripada rumah ni?'.

Aria menoleh tajam ke arah Raqnid dan menyoal, "Mana bilik awak?".

"Huh? Bilik saya? Kenapa?" Raqnid bingung.

Aria terus menggeledah setiap bilik dan ruang yang berada di dalam rumah itu.

"Apa awak buat ni?"

Raqnid tidak sempat menghalang wanita itu daripada menceroboh setiap ruang rumahnya.

Bawah katil, dalam almari, dalam bilik air, semuanya ditinjau oleh Aria tanpa meninggalkan satu pun ruang yang mempunyai potensi untuk orang menyorok.

Akhirnya, Aria tiba di bilik utama rumah tersebut. Sebaik sahaja, Aria mahu memasuki bilik tersebut, Raqnid langsung menghalangnya di depan pintu.

"Aria! Dah kenapa dengan awak ni? Tiba-tiba nak geledah rumah saya ni?" Raqnid berdiri tegak di hadapan biliknya.

"Saya nak tengok rumah awak! Kenapa? Tak boleh ke?" jawab Aria terus walaupun itu bukanlah niat sebenarnya.

"Ahhh, kalau macam tu biar saya bawa awak ke balkoni rumah ni! Cantik!" Raqnid menunjuk ke arah lain selain biliknya.

"Baiklah! Itu sekejap lagi! Sekarang saya nak masuk bilik ni dulu!" Aria tetap berkeras.

"Ehhh, kita ke sana dulu laa! Bilik ni takde apa."

"Takpa, saya nak tengok je!" Aria cuba untuk memulas tombol pintu namun dihalang Raqnid.

"Takde apa-apa dalam ni!"

Aria mula mencurigai sesuatu, "Hurmm, pelik! Kalau takde apa-apa, biarlah saya tengok. Apa yang awak nak takutkan."

Kedua-dua mereka berkeras mempertahankan keinginan masing-masing.

"Baiklah! Kalau awak tak nak tunjuk takpe. Bawa saya ke balkoni!"

"Hah, baiklah! Ke arah sana!" Raqnid menunjuk arah.

Sebaik saja, Raqnid melepaskan kawalannya daripada bilik tersebut. Aria dengan pantas mencilok masuk ke dalam bilik tersebut.

PUSH!

"Huh?" Aria hairan. Tiada apa yang pelik di dalam bilik tersebut. Apa yang membuatkan Raqnid begitu takut untuk menunjukkan bilik ini? Kecurigaannya Aria bertambah berlipat kali ganda.

"Aria!" Raqnid terkejut dengan tindakan Aria.

Aria menyelongkar almari di dalam bilik tersebut, mencari sesuatu yang mencurigakan.

"Apa awak buat ni? Selongkar almari saya!" marah Raqnid dengan suara yang lantang.

Aria terkejut lalu memandang ke arah Raqnid. Matanya berair seakan-akan mahu menangis. Dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan.

Raqnid sedar akan perihal itu. Dia pun menurunkan suara dan menyoal dengan baik.

"Kenapa dengan awak ni, Aria? Awak berkelakuan pelik harini?" tanya Raqnid dengan lembut.

"Sob.. Awak tu yang berkelakuan pelik!"

"Huh? Saya?" Raqnid keliru.

"Sejak kebelakangan ni, kenapa awak susah sangat nak balas mesej saya? Saya call pun awak tak angkat! Seolah-olah awak ada sembunyikan sesuatu! Baik, awak berterus terang, awak ada perempuan lain kan?" Aria menuding jari ke arah Raqnid.

"APAA! PEPE—PEREMPUAN LAIN! Saya tak sihat lah! Kenapa sampai macam tu sekali, awak boleh terfikir?"

Raqnid kemudiannya mengambil tangan Aria lalu diletakkan di dahinya. "Sekarang awak rasa sendiri!".

"Apa yang awak lakukan ni?" tanya Aria, mula-mula terkejut tetapi kemudian menyedari tujuan Raqnid.

"Tapi, kenapa awak tak benarkan saya masuk ke bilik ni tadi! Seolah-olah awak ada sembunyikan sesuatu daripada saya." Aria menyuarakan lagi tidak kepuasaan hatinya.

"Pftt!" Raqnid tertawa kecil apabila melihat reaksi Aria yang begitu comel ketika dia cemburu.

"Apa yang kelakar hah! Saya serius la!" ujar Aria.

"Awak ni! Tentulah saya risau, awak nak masuk bilik saya.. Bilik saya bersepah!" jawab Raqnid sambil tersipu malu.

"Huh? Saya tengok okey je!"

"Hurmm, kalau saya nak masuk bilik awak tiba-tiba.. Awak bagi tak?" Raqnid mula bertanyakan soalan supaya Aria sedar akan situasi sebenar.

"Tentulah…" Aria terdiam sejenak. Dia membayangkan keadaan biliknya pada waktu itu. Wajahnya mula tertunduk ke bawah, menyembunyikan perasaan malunya dan dengan perlahan kakinya melangkah keluar daripada bilik itu.

Raqnid tersengih gembira melihat reaksi Aria dan sebaik sahaja Aria melangkah keluar, dia pun menutup pintu biliknya.

'Apa kau buat ni, Aria? Kau baru sahaja masuk bilik orang lelaki! Arghh!' Aria menjerit di dalam hati dengan wajah yang kemerahan.

Akibat terlalu ikutkan perasaan, dia terlupa bahawa dia berada di bilik seseorang tambahan pula berlawan jantina. Sudah tentu, ada perkara yang tidak senang untuk ditunjukkan kepada orang lain.

"Maafkan saya, Raqnid. Saya terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa memahami situasi awak," ucap Aria dengan suara lembut, raut wajahnya dipenuhi penyesalan.

Raqnid hanya tersenyum, “Takpe saya tak marah pun!”

“Selepas apa yang Alya katakan, kepala saya dipenuhi dengan perkara-perkara yang bukan-bukan.” ujar Aria.

“Patut laa awak boleh terfikir sampai macam tu sekali! Rupanya kerja dia.. Dia tu bukan betul sangat pun, janganlah dengar cakap dia!” Raqnid membalas.

“Buat macam mana, awak dah jarang-jarang balas mesej saya.. Alya sajalah tempat saya luahkan perasaan!” ucap Aria sambil memuncungkan mulutnya.

Raqnid menggaru kepala dengan perasaan bersalah, “Ya, salah saya! Maaf!”

Aria menghela nafas, kemudian tersenyum kecil. "Baiklah, saya maafkan awak. Tapi, jangan buat lagi ya?"

Raqnid mengangguk tegas. "Saya janji, Aria. Terima kasih kerana memahami saya."

“Ahh, ni saya bawakan sup ayam! Bagus untuk orang demam.” Aria menunjuk bekas.

“(tersenyum) terima kasih! Baru sekarang awak nak pelawa saya.”

Mereka berdua kemudian pergi ke dapur untuk menikmati hidangan sup ayam yang dibawa oleh Aria.

“Ni rumah awak ke?” soal Aria.

“Ya!” jawab Raqnid singkat sambil mencuba mengelak dari menceritakan lebih lanjut.

“Apa, tapi macam mana?” tanya Aria dengan rasa ingin tahu yang semakin membuak.

“Nanti laah saya cerita, saya lapar ni!” potong Raqnid, mencuba untuk mengalih perhatian dari soalan Aria.

“Demam awak nak reda ke?” soal Aria risau.

“Mmm, dah reda selepas tengok awak datang melawat saya!”

“Elehh, tak payah nak romantik sangat! Sebelum ni mesej dan call saya pun jarang, reda konon tengok saya!”

“Masa tu, saya betul-betul tak sihat!”

“Awak tak pergi hospital ke?”

“Tak, saya malas!”

“Geez, awak jangan main-main tau! Sekarang macam-macam boleh berlaku. Kalau sakit pergi laa hospital , jangan laa malas sangat. Kalau malas awak boleh je call saya , saya tolong hantarkan. Tolong jangan buat saya risaukan awak!”

“Ermm, maaf! Saya takkan buat awak risau lagi!”

“Janji!”

“Hah, janji!”

Aria tersenyum, merasakan lega setelah mendengar janji dari Raqnid.

Namun, suasana menjadi tegang semula apabila Aria terus menyuarakan kerisauannya. "Awak ni siapa?" soalnya dengan nada tajam.

“Huh? Saya Raqnid la!” jawab Raqnid dengan muka yang sedikit terkejut dengan soalan tiba-tiba Aria.

“Bukan, macam mana awak boleh ada rumah sebesar ni? Mana awak dapat duit? Awak tak pernah beritahu kerja awak kepada saya! Jangan cakap awak ni… ketua geng! Awak jual dada—” bebel Aria, memotong kalimatnya tiba-tiba seolah-olah ada sesuatu yang terlintas di fikirannya.

“Haish, bukanlah!” Raqnid cepat-cepat menidakkannya, cuba mengelak dari dugaan yang tidak sepatutnya.

Aria memuncungkan mulut, “Jadi awak buat apa?” desaknya dengan nada yang semakin keras, ingin mendapatkan jawapan yang memuaskan.

“Ermm, saya melabur!”

“Melabur! Wah, tak sangka boleh kaya sampai macam ni? Awak melabur dekat mana? Jangan cakap—” soal Aria ingin mengetahui lebih terperinci.

“Hah! Hah! Apa! Awak ni, boleh tak jangan pikir yang negatif tentang saya! Saya bukannya orang jahat!” Raqnid memotong, cuba menolak dugaan negatif yang mungkin terlintas di minda Aria.

“Ya laa, awak tak bagi tahu dengan jelas seolah-olah awak buat benda jahat.” balas Aria, dengan nada yang agak tajam.

“Baiklah! Saya kerja dekat R.Investment!”

“R.Investment?” Aria mengangkat keningnya, mempertanyakan lagi.

Raqnid mengangguk sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya, seolah-olah cuba mengalihkan topik.

“Apa pangkat awak?” soal Aria dengan rasa penasaran yang semakin membuak, merasa ragu dengan keterangan yang diberikan Raqnid. Bagaimana mungkin seseorang yang baru sahaja bekerja dapat membeli rumah sebesar ini?

“Banyak betul ya soalan awak, makcik!” Raqnid menyindir Aria.

“Ya, sebab saya kena tahu siapa teman lelaki saya, pakcik!” balas Aria.

“Founder!” kata Raqnid dengan perlahan.

“Apa foun?”

“Founder!” kata Raqnid dengan lebih jelas.

“FF–FOUNDER! Maksudnya awak owner syarikat tu?” Aria memastikan.

“Ya! Makcik!”

Aria terkejut dengan kenyataan itu, matanya terbeliak sejenak sebelum dia mengembangkan senyuman yang tulus.

“Awak nak tambah nasi lagi!” pelawa Aria dengan lembut.

“Wahh, mata duitan sungguh!”

“Mana ada, saya suka awak dulu sebelum saya tahu awak kaya lagi kan! Saya ikhlas sukakan awak!”

“Ya, saya tahu!”

“Sekarang saya dah tahu, saya lagi kena jaga awak baik-baik!”

“Heh, ye lah tu!”

Mereka ketawa sambil menjamu makanan. Selesai makan, mereka pun menonton TV.

“R.Investment!”

“Dah kenapa pulak?” tanya Raqnid.

“Tak, saya macam pernah dengar je nama tu?”

“Ya, syarikat saya besar!”

Aria mula berpikir sehingga dia menemui jawapannya.

“Saya dah ingat! Syarikat bahan mentah dan kilang yang baru saya jalinkan kontrak, mereka semua anak syarikat R.investment!”

“Ahh, ye ke?” Raqnid berpaling muka.

Aria mula mengesyak dan sekarang dia sudah tahu kebenerannya, “Ini semua kerja awak kan?” soal Aria.

“Hah? Kerja apa?”

“Masa syarikat saya alami masalah pembekal bahan mentah dan kilang pembuatan disebabkan ayah saya.. Lepastu tiba-tiba ada syarikat yang entah daripada mana berminat untuk jadi pembekal syarikat.. Ini semua kerja awak kan?”

“Mana ada?”

Aria memandang dengan tajam, Raqnid dapat merasakan pandangan tajam tersebut.

“Ya, ya, saya yang buat!” akhirnya Raqnid mengaku.

“Wahh, tak sangka! Besar betul syarikat awak! Berapa net worth awak?” tanya Aria dengan teruja.

“Huh? Itu yang awak pikirkan! Ingatkan marah saya, sebab saya bantu awak selesaikan pertarungan dengan ayah awak!” kata Raqnid dengan kehairanan.

“Kenapa pulak saya nak marah, awak tolong saya!”

“Bukan ke, awak kata nak guna kebolehan awak sendiri?”

“Bukan ke tu dikira kebolehan? Ada connection, salah satu daripada kebolehan jugak kan!”

“Hah! Saya tak sangka awak berpikir begitu! Saya silap nilai awak!” Raqnid tersengih.

“PFFT! Tak salah kan cara saya?”

“Hurmm, ya tak salah! Puas hati awak, cik Aria.”

Suasana yang riang tiba-tiba berubah menjadi senyap sunyi tanpa sebarang perbualan. Raqnid dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada Aria. Wajahnya menjadi tegang.

Lalu, Aria memandang Raqnid dengan perlahan seakan-akan tidak puas hati. Mata ekor menjeling ke arah Raqnid.

Raqnid mula tidak selesa, dia mengumpulkan keberanian untuk bertanya. "Dah kenapa ni? Pandang saya macam tu?" Raqnid menelan air liur dengan keadaan gugup.

"Masa awal-awal jumpa saya dulu, mesti awak kelakar kan tengok saya?" soal Aria dengan serius.

"Huh? Kelakar?" Raqnid kebingungan.

"Mesti seronok kan, ketawakan makcik ni! Acah-acah pandai berbisnis." kata Aria dengan nada tajam.

'Gulp!' Raqnid dapat merasakan satu taufan yang besar bakal melanda. Dia perlu jawapan yang sesuai sebelum dibadai oleh taufan tersebut.

"S-Saya tak pernah pun anggap awak macam tu!" Raqnid memilih untuk menipu demi keselamatannya.

"Heh!" Aria tersenyum sinis mendengar jawapan yang tidak begitu meyakinkan itu.

'Habislah aku!' desis Raqnid dalam hati.

"Hurghh, baiklah! Ya! Saya mengaku, saya pernah ketawakan awak!" Raqnid berputus asa untuk mengelak lebih banyak perkara buruk berlaku.

Aria tersenyum sinis, wajahnya masih menampakkan ketidakpuasan.

"Kenapa pulak ni, saya dah beritahu perkara yang sebenar bukan?"

"Ya, tapi kenapa perlu menipu dulu sebelum memberitahu perkara yang sebenar! Heh, mesti ada lagi perkara lain yang awak tipu. Baik awak cakap!” desis Aria dengan nada tajam.

‘Ahh, macam mana boleh pergi kesitu pulak? Kenapa laa perempuan cerewet sangat?’ desis Raqnid dalam hati.

"YA! SELAMA NI ADA BENDA YANG SAYA TIPU AWAK!"

Aria terkejut.

"Pada hari pertama kita berjumpa, saya panggil awak ‘makcik’. Saya tipu, awak langsung tak kelihatan seperti makcik saat tu. Awak cantik! Saya malu dan tak tahu macam mana nak mendekati awak, sebab tu saya panggil awak makcik!"

Aria terdiam sebentar, matanya memandang Raqnid dengan penuh keterujaan campur tanda tanya. Raqnid merasakan detik-detik itu terasa seperti berabad lamanya.

"Betul ke?" Aria bertanya dengan suara yang agak rendah, hampir seperti bisikan angin malam.

Raqnid mengangguk, "Betul, Aria. Saya serius."

Aria terkejut, namun, segera wajahnya mencerah, menyinari seperti matahari pagi.

‘Fuhh, selamat!’ Raqnid menghembuskan nafas lega.

Selepas itu, suasana kembali seperti biasa, mereka meneruskan perbualan mereka dan Aria pulang ke rumahnya.

Saat bersama Aria, Raqnid terlupa akan siapa ayah Aria. Momen kebahagiaan itu membawa kedamaian yang luar biasa dalam dirinya, sehingga beliau tidak terganggu oleh bayang-bayang masa lalunya. Aria hadir di sisinya dengan penuh kasih sayang dan kehangatan, membantu Raqnid melupakan segala beban yang pernah membelenggu pikirannya. Baginya, kehadiran Aria adalah keajaiban yang membawa sinar baru dalam hidupnya, mengembalikan keceriaan dan harapan yang sudah lama terpendam.

Raqnid kembali ke bilik utamanya. Dia menutup pintu biliknya dengan perlahan, dan di belakang pintu itulah sebenarnya tersimpan segala perkara yang dia tidak mahu Aria lihat. Semua maklumat berkaitan Dato David dilekat di situ, termasuk rancangan dan pelannya untuk membalas dendam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience