Pada hari minggu kedua penyiasatan..
Kiel berjalan mengekori suspek dan tanpa diduga suspek tiba-tiba berlari ke belakang menghala ke arahnya. Kiel terperanjat lalu berpaling mukanya supaya dia tidak terlihat oleh suspek.
Sebaik sahaja, suspek berlari melepasi Kiel, dia terus memandang ke arah suspek dan terlihat 2 orang lelaki lagi seperti sedang mengejar suspek.
Kiel tanpa membuang masa terus mengejar suspek supaya dia tidak terlepas apa yang berlaku. Setelah mengekori suspek dan 2 orang lelaki asing yang tidak dikenalinya, suspek tiba-tiba membelok ke satu simpang berhampiran.
Kiel memasuki simpang tersebut dan terlihat suspek sudah pun terjatuh di atas jalan tar. Kiel bertindak pantas menyorok disebalik tong sampah yang besar berhampiran rumah kedai di simpang itu.
"Mana kau nak lari hah!" kedua-dua lelaki itu mendatangi suspek dengan sinis.
"Ooo, pandai pinjam tak pandai bayar!" kata salah seorang daripada lelaki yang mengejar suspek.
"Mana ada! Bagi laa masa sikit lagi bos, pelaburan saya kali ni pasti menjadi." suspek merapatkan kedua-dua tangannya merayu supaya dilepaskan.
"Ahh takde, dah berapa bulan dah ni kau tak bayar!" lelaki itu menarik baju suspek dengan kasar.
"Ahlong?" mendengar perbualan dan tindakan agresif dua orang lelaki itu membuatkan Kiel berpikir yang mereka ini seperti menyerupai ahlong.
"Tolong laa, sikit je lagi masa, saya perlukan!" suspek merayu.
"Ahh, takde! Jom belasah mamat ni!" mereka mula mengempal tangan bersedia untuk melepaskan penumbuk.
"Argghh!" suspek menjerit ketakutan sambil melindungi wajahnya dengan tangannya.
Sebaik sahaja penumbuk mahu hinggap ke wajah suspek, Kiel pun masuk campur.
"OIIIIII!" jerit Kiel.
"Huh?" Ketiga-tiga mereka terkejut lalu mengalih ke arah jeritan itu.
"Jangan menyampu—k! Gulp!" dua orang itu terkejut apabila orang yang datang itu mempunyai susuk tubuh yang sasa dan kelihatan sungguh menggerunkan daripada persepsi mereka.
"APA KORANG BUAT TU HAH?" tenking Kiel sambil berjalan ke arah mereka dengan berani.
Dua orang asing mulai takut, "Belah-belah!". Mereka pun melarikan diri.
Kiel datang memapah suspek membantunya bangun, "Tuan okey?".
Suspek kehairanan apabila Kiel memanggilnya tuan, pada mulanya dia tidak sedar yang orang tersebut merupakan pekerja intern di tempat kerjanya sehinggalah Kiel mendekati dan menyapanya. "Huh? Kamu!" suspek menuding jari ke arah Kiel.
"Ya, saya! Kiel! Pekerja intern!" Kiel menggangguk.
"Hurghh!" suspek mendengus lega selepas mendapat tahu orang yang menakutkan itu merupakan orang yang dia kenal.
Selepas itu, mereka singgah di kedai berdekatan untuk minum dan di situlah Kiel menyoal suspek apa yang berlaku padanya sehingga dikejar sebegitu. Suspek tidak dapat berdalih kerana Kiel sudah menyaksikan segalanya, suspek pun menceritakan hal tersebut. Dia telah meminjam duit daripada ahlong untuk melabur dalam saham. Jumlah dinyatakan juga mendekati jumlah duit syarikat yang hilang namun sumber duit sudah diketahui dan suspek ini bukanlah orang yang bersalah menyeleweng duit syarikat.
# # # #
Sewaktu Doug sedang mengekori suspek, dia tersilap langkah apabila penyamarannya dapat ditangkap oleh suspek..
"Huh? Kamu ni, Doug kan?" soal suspek.
"Ahh—hh, ya saya Doug! Cik Fazli!"
"Tak sangka boleh berjumpa kamu dekat sini! Apa kamu buat kat sini?"
"Hah? Ermm.. Sa—saya jalan-jalan je dekat kawasan ni, cari kedai sarapan yang sedap!"
"Ouh! Yeke, kebetulan saya tahu kat mana kedai sarapan yang sedap. Marilah, sarapan sekali!"
"Ehh, tak payah susah-susah!"
"Takpe-takpe!"
Doug terpaksa mengikut pelawaan suspek. Dia menaiki kereta mewah baru suspek yang disyaki dibeli menggunakan duit syarikat.
Setelah berborak dengan suspek sewaktu sarapan, Doug mendapat maklumat bahawa duit yang digunakan oleh suspek bukanlah duit syarikat. Ia merupakan duit yang suspek sudah simpan selama 3 tahun bekerja. Oleh disebabkan harga kereta itu yang terlalu mahal dan kadar pinjaman yang dia minta tidak sepadan dengan gajinya, jadi bank tidak meluluskan sepenuhnya pinjamannya. Dia hanya mendapat 75 peratus pinjaman daripada harga kereta tersebut. Untuk membolehkannya membeli kereta tersebut, dia terpaksa membayar duit pendahuluan yang tinggi.
# # # #
Hari minggu berakhir, masing-masing diantara mereka tiba di pejabat dengan wajah yang kusam dan serabut.
Sebaik sahaja di bilik perbincangan, Kiel dan Doug menyingkirkan suspek mereka daripada senarai penyeleweng. Kini, hanya tinggal suspek yang disiasat oleh Lina dan Alice, hanya berbekalkan sedikit maklumat mereka tidak dapat membuktikan suspek tersebut bersalah sehinggalah Doug bersuara.
"Huh? Perempuan ni!" Doug terkejut sambil membelek maklumat suspek tersebut.
"Kenapa, Doug? Kau ada jumpa sesuatu ke?" soal Alice ingin tahu.
"Aku baru perasan, aku pernah berjumpa dengan perempuan ni!" jawab Doug sambil menunjuk gambar suspek kepada yang lain.
"Memang la pernah jumpa, dia bekerja dekat sini!" ujar Kiel.
"Bukan, maksud aku! Aku pernah jumpa dia dekat tempat lain.. Dan aku yakin yang dia ni bukan orang yang kita cari.." Doug dengan hati yang berat hendak menyatakannya kerana tiada lagi suspek lain jika suspek ini juga disingkirkan. Walaupun pahit untuk diterima, Doug terpaksa nyatakan apa yang betul.
"Apa!" mereka semua terkejut mendengar pernyataan Doug kerana tiada lagi petunjuk lain jika suspek ini juga disingkirkan.
"Dekat mana kau jumpa dia? Macam mana kau boleh tahu yang dia ni bukan pelakunya?" tanya Alice dengan terperinci kerana wanita ini suspeknya.
"Aann.. Hhh.. Aku jumpa dia dekat Hotel Hotus!" jawab Doug tergagap-gagap.
"Hotel Hotus?" menjadi tanda tanya, hotel apakah yang dimaksudkan Doug sehingga dia menyangka wanita ini bukan pelakunya dan bagaimana Doug boleh berjumpa dengan suspek di tempat sedemikian?
"Kau ni, biasa laa tu jumpa orang dekat hotel..!" tambah Kiel memangkas penyataan Doug.
"Bukan ke, tu hotel 5 bintang?" soal Aria yang agak arif tentang kewujudan hotel itu kerana biasa dinginapnya sebelum ini.
Doug mengangguk perlahan, "Masa tu ada majlis sambut birthday anak tokey hotel tu!"
'Jadi?' persoalan yang keluar daripada wajah masing-masing.
Doug mengangkat wajahnya dan melihat ke arah rakan sekerjanya, berkata "Anak tokey hotel tu, anak dia adalah suspek ni!" tunjuk jari telunjuk pada kertas yang terdapat wajah suspek tersebut.
"Huh?" kekeliruan terpapar pada wajah setiap daripada mereka.
Aria terkejut, dia tidak menyangka ada anak orang yang kaya yang bekerja di syarikatnya sekarang ni.
“Tunggu! Macam mana kau boleh berada dekat tempat macam tu?” tanya Alice mewakili kekeliruan yang dialami semua orang.
“Ahh, aku tahu! Kau mesti kerja dekat situ kan sebelum ni?” Kiel mencelah lalu memandang ke arah Doug mendapatkan kepastian.
Doug tidak mengiyakan ataupun menidakkan, dia hanya terdiam. Wajahnya seperti hendak menyatakan sesuatu tetapi berat untuk dia membuka mulut. Dia berusaha untuk menjawab kekeliruan mereka, dia tidak mahu menipu sesiapa. Dengan nafas yang berat, suara perlahan berkata, “Aaa—ku dijemput ke situ!”
“Dijemput?” rakan-rakannya masih tidak dapat menangkap petunjuk yang diberikan oleh Doug.
Doug mendengus, “Hurghh, bapak aku dijemput ke majlis tu! Jadi, aku ikut laa!” Doug berterus terang, letih melihat expresi bingung yang terbentuk pada riak wajah orang di dalam bilik itu.
"Siapa ayah kau sebenarnya?" Kiel mengajukan soalan ingin mengetahui dengan lebih mendalam.
"Haish, ayah aku tokey syarikat perabot!" jawab Doug seperti tidak selesa. Dia tidak suka rakan-rakannya mengetahui tentang ayahnya kerana kebanyakan rakannya sebelum ini tidak pernah ikhlas berkawan dengannya disebabkan kekayaan ayahnya.
"Wow!" ketiga-tiga mereka teruja kecuali Aria dan Raqnid.
Aria lebih ke arah terkejut, dia tidak menyangka seorang lagi pekerjanya anak orang kaya. Pemikirannya berkata, 'Habis laa aku!' menyedari tindakannya menyuruh anak tokey bekerja pada hari minggu merupakan tindakan yang silap. Bagaimana jika Doug melaporkannya kepada ayahnya!
Raqnid pula langsung tidak peduli sama sekali, dia hanya membelek senarai suspek.
Doug takut jika layanan terhadapnya berbeza selepas mereka mengetahui kebenaran ini. Namun, keterujaan mereka hanya seketika dan mereka terus langsung fokus kepada kerja seolah-olah tidak apa yang berlaku.
"Jadi, wanita ni bukan pelakunya?" Alice menyoal mendapat kepastian buat kali terakhir.
"Ya, semua duit yang dibelanja pasti datang daripada ayahnya!" balas Doug.
Apabila maklumat ini terungkai, mereka merasakan keputusan ini seperti satu pukulan yang mengecewakan, kerana mereka telah berusaha dengan gigih dalam usaha mereka untuk mencari jawapan.
Mereka mula buntu dan berputus asa, kerana setiap titik pandang baru yang mereka peroleh tidak membawa mereka lebih dekat kepada jawapan yang sebenar. Walaupun keinginan untuk mengungkapkan kebenaran tetap teguh, tetapi keadaan yang semakin kompleks dan kabur menjadikan mereka terpinggir dalam mencari jalan keluar yang tepat.
Ketika kumpulan itu sedang dalam keadaan putus asa, Raqnid merasakan satu kepercayaan yang tumbuh dalam dirinya. Pendapatnya berbeza daripada yang lain dan dia merasakan dia perlu mengambil langkah sendiri dalam penyiasatan ini.
Raqnid merasakan ada satu individu yang telah dikecualikan daripada senarai suspek - Wener. Mereka mengesyaki bahawa Wener tidak mungkin terlibat dalam penyelewengan itu kerana situasi hidupnya yang susah disebabkan isterinya Aminah sakit di hospital. Wener dikeluarkan dari senarai suspek mungkin kerana situasi dan empatinya diambil kira ketika membuat penilaian. Namun, Raqnid tahu bahawa hospital bukan sekadar tempat orang sakit, malah ia boleh menjadi tempat yang menelan duit dengan begitu pantas.
Dengan keyakinan dalam hatinya, Raqnid mengambil langkah untuk mengesahkan teori beliau. Menjelang waktu rehat, dia pergi ke hospital di mana isteri Wener dirawat. Raqnid bertanya kepada jururawat tentang penyakit yang dihadapi oleh isteri Wener, rawatan yang diberikan, dan anggaran kos rawatan tersebut.
Raqnid cuba untuk mendapatkan nilai kos yang lebih tepat kepada jururawat itu namun tidak dibenarkan kerana itu untuk menjaga privasi pelanggan mereka. Dengan hanya anggaran, dia tidak dapat membuktikan apa-apa! Dia perlukan sesuatu yang kukuh sebagai bahan bukti seperti resit transaksi.
Untuk mendapat maklumat yang lebih kukuh, Raqnid menghubungi Albert supaya menghubungi seorang rakannya yang mempunyai kaitan besar dalam hospital tersebut.
Setelah beberapa minit menunggu, Albert berjaya mendapatkan resit perbelanjaan rawatan isteri Wener sebagai bukti yang diperlukan.
Resit tersebut membuktikan bahawa wang sebanyak RM70,000 telah digunakan untuk kos rawatan isteri Wener di hospital ini. Dengan bukti ini di tangan, Raqnid merasakan dia telah menemui kebenaran yang mereka cari. Bukti ini sudah cukup untuk mempersoal Wener tentang duit syarikat yang hilang mengambil kira aspek lain yang dialami olehnya.
Raqnid menghubungi bosnya, Aria, dan menerangkan secara terperinci tentang penemuan ini. Raqnid menyatakan dengan tegas supaya dia datang sendiri agar perkara ini tidak dibesarkan-besar. Mereka belum pasti, samaada Wener benar-benar pelakunya ataupun tidak dan Raqnid juga tidak mahu rakan seinternnya mengetahui tindakannya.
Aria, sebagai bos syarikat, mengambil inisiatif untuk pergi ke hospital sendiri. Dia ingin mengesahkan penemuan Raqnid dan juga berjumpa dengan Wener. Sesampai Aria di sana, berdiri di hadapan bilik isteri Wener dan tidak lama selepas itu Wener tiba ke hospital untuk melawat isterinya seperti selalu.
Wener terkejut apabila melihat bosnya di hadapan bilik isterinya. Ketika Wener melihat wajah sinis Aria, dia terasa takut dan merasa berdosa. Tanpa banyak bicara, Wener terus melutut di hadapan Aria, memohon maaf dengan perasaan yang tercalar.
"Maafkan saya, puan!" Wener merayu.
Dalam satu perjumpaan yang emosional, Aria menenangkan Wener dan memahaminya sepenuhnya. Wener memberitahu Aria kesemuanya bahawa dia terdesak dalam keadaan kewangan dan terpaksa menyeleweng duit syarikat untuk menampung kos rawatan isterinya yang sakit. Dia berjanji untuk membayar semula duit yang diselewengkan selepas isterinya sembuh.
Aria mengambil pendekatan yang bijak, memberi sokongan moral kepada Wener dan menyatakan dia takkan memecat ataupun melaporkan tindakannya kepada polis. Dia faham dalam situasi tersebut, seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk orang tersayang tetapi ia tidak bermakna kita boleh menghalalkan apa jua cara. Aria juga memberikan galakan kepada Wener untuk terus memperbaiki keadaan dan berusaha untuk menghadapi cabaran dengan tegar.
Dengan penyelesaian yang telah dijumpai, Aria merasa lega bahawa mereka akhirnya dapat mengungkap kebenaran dan menyelesaikan kes ini dengan adil. Meskipun terdapat kesilapan dalam proses penyiasatan awal, semangat dan tekad Raqnid untuk mencari kebenaran telah membantu membimbing mereka ke arah penyelesaian yang betul.
"Hurghh, akhirnya selesai juga!" Aria mendengus lega sambil bersandar di kerusi hospital. Pikirannya yang serabut selama 2 3 minggu ini, semuanya sudah kembali tenang. Jika Wener tidak berterus terang tadi, pasti kes ini akan berlanjutan lebih lama. Sekarang Aria sudah boleh tidur lena di malam hari tanpa perlu memikirkan masalah itu lagi.
Aria kemudian mengalih kepalanya memandang ke arah Raqnid yang juga duduk di kerusi sebaris dengannya. Senyuman manis terukir sebelum mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang menyelesaikan masalah ini.
"Terima kasih, Raqnid!"
Raqnid yang mendengar ucapan itu, terus memandang ke arah wajah wanita yang mengucapkannya. Kedua-dua mereka bertentang mata buat waktu yang lama sebelum kedua-duanya bangun dan sedar mereka telah tergoda antara satu sama lain.
"Ehemm, rehat dah habis!" kata Raqnid sambil memandang ke arah jam tangannya.
"Haah!" jawab Aria menghilangkan kejanggalan antara mereka.
Kemudian, Aria dan Raqnid berbincang mengenai langkah seterusnya. Aria menyatakan bahawa meskipun keadaan penyelewengan telah diselesaikan dengan penemuan yang sebenar, mereka perlu mengambil tindakan untuk mencegah berulangnya insiden sedemikian. Mereka berdua merancang untuk menguatkuasakan langkah-langkah kawalan kewangan yang lebih ketat dalam syarikat untuk mengelakkan penyelewengan masa depan.
#FreePalestine
#IsraelCuak
Share this novel