Raqnid tiba di pejabat seperti biasa. Sebaik sahaja lif berhenti di aras dia bekerja, dia terus berjalan ke bilik bos iaitu bilik Aria. Tiba di hadapan pintu bilik Aria dengan memegang sampul yang berisi dokumen.
“Baiklah, Ehermmm! Selamat pagi boss, saya minta maaf pasal hal kemarin! Ini saya bawakan dokumen yang dapat membantu mempromosikan produk baru syarikat ni.” Raqnid berlatih ucapannya sebelum bertemu dengan Aria. “Kau boleh Raqnid!”.
“Apa yang boleh?” muncul Alya iaitu PA Aria di belakang Raqnid. “Arrghhh!” terkejut Raqnid dibuatnya. “Hah?” Raqnid termenung melihat Alya. “Apa yang bolehnya?” soal Alya sekali lagi kepada Raqnid. “Ahhh, boleh saya berjumpa dengan makci— Maksud saya boss!” jawab Raqnid sambil tergagap-gagap. “Kenapa budak intern macam kamu nak jumpa boss? Saya tak rasa kerja kamu cukup penting sehingga perlu bertemu dengan boss!” ujar Alya sambil mencurigai Raqnid. “Ahh, kalau macam tu saya pergi dulu laa yee!” Raqnid mula bergerak pergi.
“Tunggu!” Alya menahan Raqnid. Pergerakan Raqnid pun terhenti “Kenapa ye cik?”.
Alya menunjuk ke arah sampul yang dipegang oleh Raqnid. “Itu sampul apa?” soal Alya. Raqnid mendapat satu idea yang sangat baik.
“Ummm, sam-sam—sampul nii supervisor John suruh berikan pada bos!” kata Raqnid berpura-pura gementar.
“Ohhh, sebab itu kamu datang ke sini!” perasaan curiga Alya terhadap Raqnid telah hilang.
“Baiklah, berikan kepada saya!” Alya menghulurkan tangannya. Raqnid menyorokkan sampul itu di belakangnya “Tak boleh, samsam—sampul ni supervisor John amanahkan saya untuk serahkan kepada boss sendiri!” Raqnid cuba berjumpa dengan Aria sendiri. Alya mula bengang dengan Raqnid ‘Budak ni satgi kang!’. kata dalam hati.
“Hurhhh, macam ni ya. Biarkan saya terangkan. Setiap kerja akan melalui saya dahulu sebelum sampai ke bos. Itu cara syarikat ni berkerja. Faham!” jawab Alya sambil menahan kemarahannya.
“Kandungan sampul ini mustahak, hanya boleh dilihat oleh bos. Jadi saya tak boleh berikan kepada cik Alya!” kata Raqnid.
‘Hehh, tak pernah aku jumpa budak lurus bendul macam ni!’ kata Alya dalam hati.
"Bos tiada di biliknya sekarang ni. Jadi bagi dulu sampul tu dekat saya, nanti saya berikan pada bos. Ok!” ujar Alya.
“Kalau macam tu, saya datang lain kali laa.” jawab Raqnid lalu berjalan pergi.
“Gerrghh, nanti kau balik, aku harap kau dilanggar lori!” Alya menyumpah Raqnid dengan perlahan.
Raqnid terkejut mendengar perkara itu dan menoleh ke arah Alya “cik baru menyumpah saya ke sebentar tadi?”.
“Hahaha, mana ada!” Alya mengekalkan reaksi mukanya dengan tersenyum.
‘Aku pasti, aku dengar dia sumpah aku dilanggar lori.. Gulp!’ kata Raqnid dalam hati.
Raqnid mula berjalan pergi, namun selepas beberapa tapak, dia patah ke belakang kembali. “Ummm, saya rasa lebih baik saya tinggalkan sampul ni dekat cik. Kalau saya balik dengan sampul ni nanti mesti supervisor John marah.” Raqnid mengubah pikirannya kerana takut disumpah Alya lagi.
Dia menghulurkan sampul itu kepada Alya. Alya pun hendak mengambilnya tapi Raqnid tidak melepaskan sampul itu ke tangan Alya begitu sahaja. “Pastikan sampul ni sampai ke bos.. INGAT jangan benarkan sesiapa buka sampul ini kecuali bos.. Sampul ini rahsia sulit!” ujar Raqnid, tidak melepaskan tangannya lagi pada sampul itu.
Aria yang menarik sampul itu, “Baiklah!” tersenyum kebengangan.
Raqnid pun melepaskan sampul itu ke tangan Alya. “Ok, terima kasih cik Alya!” kata Raqnid. “Yeye, dah pergi buat kerja kamu!” jawab Alya.
Raqnid pun pergi. “Harhhh, macam sulit sangat sampul ni!” ujar Alya. Perasaan ingin tahu Alya sangat tinggi, dia pun cuba membuka sampul itu. “Mari kita tengok apa yang ada dalam sampul ini! Hehehe!”.
“Sampul apa?” muncul Aria di hadapan Alya tanpa dia sedar.
“Garghh!” terkejut Alya langsung dengan automatiknya menyerahkan sampul itu kepada Aria. “Ni–ni–ni sasasam—sampul untuk bos daripada John!” kata Alya sambil tergagap-gagap.
“Ouhh, terimak kasih!” Aria mengambil sampul itu daripada Alya lalu masuk ke dalam biliknya.
“Haishh, tak guna! Tak sempat aku tengok apa dalam sampul tu!” kata Alya.
Aria masuk di dalam biliknya dan duduk di atas kerusinya. Aria pun membuka sampul itu dan “HUH!” dia terkejut dengan kandungan yang terdapat dalam sampul itu. Dia terus memanggil Alya.
Alya pun masuk ke dalam bilik bosnya. “Ada apa ye bos panggil saya?” soal Alya.
“Sampul ni? Awak pasti ni daripada John!” soal Aria dengan serius.
"Ya, saya pasti! Budak intern yang tolong hantarkan sampul ni. Dia kata ini daripada John!" jawab Alya.
‘Jadi ini daripada Raqnid!’ kata Aria dalam hati.
“Kenapa, ada masalah ke dengan dokumen yang ada dalam sampul tu?” soal Alya.
“Takde masalah, baiklah awak boleh pergi!” ujar Aria.
Alya pun keluar daripada bilik bosnya dan berpikir ‘Apa kandungan yang ada dalam sampul tu sampai bos serius macam tu?’.
Aria membaca dengan teliti setiap helai dokumen itu. “Hebat, dokumen ni lengkap seperti dibuat oleh orang yang professional.. Dengan ni.. Aku pasti produk baru kami dapat dijual dengan keras.. 2 kali ganda jualan daripada apa kami sasarkan.. Tak 3 kali ganda, atau lebih daripada itu!” Aria begitu teruja.
“Heh, siapa budak tu sebenarnnya? Tapi, kenapa dia tiba-tiba ubah fikiran untuk tolong aku?” Aria mula mencurigai.
“Ahh, aku tak perlu risaukan benda tu sekarang!” Aria pun memanggil Alya supaya adakan mesyuarat syarikat dengan segera.
#####
Raqnid kembali ke mejanya dengan membawa bekas berisi air yang dibuatnya di bilik istirehat selepas memberikan sampulnya kepada PA Alya.
Melihat rakan seinternnya juga berada disitu. “HUH? Kenapa korang dekat sini? Korang takde kerja ke?” soal Raqnid.
“Ahhh, ye! Tiba-tiba ada mesyuarat tergempar. Jadi mereka tak sempat beri kerja kat kami.” kata Doug. ‘Heh, jadi sampul tuu dah sampai dekat tangan dia!’ kata Raqnid dalam hati.
Di dalam mesyuarat itu.. “Baiklah, saya ada strategi baru untuk mempromosikan produk baru kita!” kata Aria dalam mesyuarat.
Aria pun mula menerangkan dengan perinci strategi baru mereka. Pada mulanya, rancangannya tidak dipersetujui oleh pekerja veteran yang lain. Ia seperti mencabar idea dan kemahiran mereka bekerja. Namun, disebabkan dokumen yang diberikan Raqnid sangatlah terperinci. Lama kelamaan, pekerja veteran di dalam mesyuarat itu mula bersetuju dengan idea itu. Mesyuarat itu berakhir dengan lancar tanpa sebarang masalah.
“Baiklah, sampai itu sahaja mesyuarat kita hari ini!” kata Aria.
Pekerja lain mula meninggalkan bilik mesyuarat. Salah seorang daripada pekerja veteran disitu berhenti di hadapan Aria. “Heh, pelan yang menarik! Bos memang mewarisi kebolehan ayah bos!” kata pekerja veteran.
Aria tersenyum, “Saya masih perlu banyak belajar, encik Martin."
“Hurhh!” Aria terduduk di atas kerusi kepenatan. ‘Mewarisi! Heh(tersengih) , langsung tak!’ kata Aria dalam hati.
Aria pun pulang ke biliknya. Terlihat Alya sudah bersiap untuk pulang kerana sudah habis waktu bekerja.
“Saya balik dulu ye bos!” kata Alya. Aria hanya mengangguk kepalanya sambil tersenyum. Aria hendak berjalan masuk ke biliknya.
“Aria, jangan paksa sangat diri kau! Badan kau tu pun perlukan rehat!” Alya berbicara seperti rakan-rakan.
“Heh(tersenyum),baiklah sahabatku!” jawab Aria. Alya pun pulang. Aria masuk ke dalam biliknya, siapkan pelan baru untuk produk mereka.
Sedar-sedar sejam sudah berlalu.. Aria tutup komputernya, membimbit beg tangannya lalu berjalan keluar daripada biliknya. Dia berjalan keluar dari biliknya, pergi menuju ke lif. Dari jauh, kelihatan Raqnid sudah berada di dalam lif dan pintu pun sudah separuh tertutup. Aria seperti pemangsa yang melihat mangsanya. Badan dia bertindak balas sebaik sahaja melihat Raqnid. Dia berlari dengan laju menuju ke pintu lif. Setelah tiba sahaja di hadapan pintu lif, jarinya terus menekan butang lif. Namun, belum sempat dia menekan butang lif, pintu telah pun terbuka kembali. “Ehhh?” hairan Aria dibuatnya kerana Raqnid membuka pintu lif untuknya.
“Apa kau yang buat hah? Berlari macam orang gila!” kata Raqnid.
“Huh, mana ada!” jawab Aria yang malu kerana berkelakuan seperti kebudak-budakan. Aria masuk ke dalam lif tersebut tanpa berkata apa-apa. Suasana dalam lif tersebut terasa begitu janggal bagi Aria kerana Raqnid tidak berkelakuan seperti kebudak-budakkan. Selalunya pasti ada sahaja perkara yang Raqnid lakukan untuk menyakitkan hati Aria. Namun, harini Raqnid hanya membisu.
‘Peliknya, dia harini? Dia beri aku dokumen tu! Dia buka pintu lif untuk aku! Dia tak cari pasal dengan aku! Huh! Jangan cakap!’
‘Cepat Raqnid! Buka mulut kau!’ Raqnid dalam hati.
“Hei, budak kau dah nak mati ke!” soal Aria dalam keadaan risau.
“HAHH! APA KAU MEREPEK NI HAH?” balas Raqnid dengan nada yang tinggi.
“Jadi kau tak apa-apa laa.. Kau takde penyakit yang membunuh laa kan!” soal Aria.
“TAK!” jawab Raqnid.
“Orang menyumpah kau?” soal Aria lagi.
“JANGAN PERCAYA DENGAN BENDA KARUT BOLEH TAK!” jawab Raqnid yang sensetif dengan hal itu kerana disebabkan Alya menyumpahnya pagi tadi.
“Jadi, kau tak apa-apa la!” kata Aria.
“YA!” jawab Raqnid.
“Hurrhh! Syukurlah!” Aria menghembus nafas lega.
“Huh(terkejut), Bukan ke, kau sepatutnya gembira! Kau kan bencikan aku!” soal Raqnid.
“Aku tak seteruk tu lah! Walaupun aku benci kau, taklah sampai ke tahap mengharapkan kau mati!” jawab Aria.
Raqnid malu dengan jawapan Aria itu. “Macam manalah kau boleh berfikir sampai ke tahap tu?” soal Raqnid sambil memandang ke arah dinding lif.
“Ye laa, harini tiba-tiba kau berkelakuan pelik! Kau tak pernah sebaik ni dengan aku!” kata Aria.
“Jadi, kau tak suka le, aku buat baik dengan kau!” saol Raqnid.
Aria terus memandang ke arah wajah Raqnid. “Tentulah, aku suka bila kau buat baik dekat aku! Ia sangat senangkan hati aku!” ujar Aria dihadapan muka Raqnid sambil tersenyum ikhlas.
Selepas beberapa seketika, Aria baru sedar yang kata-katanya itu sangat memalukan. Dia terus berpaling daripada Raqnid kerana malu. Begitu juga Raqnid, berpaling wajahnya, malu mendengar kata-kata Aria itu.
“Hahh! Malangnya, aku buat semua tu bersebab!” ujar Raqnid.
“Bersebab?” Aria memandang ke arah Raqnid.
“Maaf!” sepatah perkataan yang keluar daripada mulut Raqnid namun tidak dapat ditafsirkan oleh Aria.
“Maaf sebab marah kau walaupun kau dah tolong temankan aku kemarin!” ujar Raqnid dengan iklhlasnya.
‘Ehh!’ tidak pernah terlintas di pikiran Aria tentang perkara itu, dia mengganggap itu hanya perkara yang biasa setelah apa yang Raqnid lakukan padanya selama ini. Dia langsung tidak berkecil hati.
“Dan terima kasih!” tambah Raqnid.
Aria terus menundukkan kepalanya.
“Terima kasih sebab naik roller-coaster dengan aku dan jaga aku semasa aku pengsan! Terima kasih Aria!” pintu lif pun terbuka selepas kata-kata Raqnid itu.
Raqnid pun berjalan keluar daripada lif tersebut dengan muka yang merah kerana malu dengan kata-katanya itu.
Aria masih menundukkan kepalanya dan masih tidak berganjak keluar daripada lif tersebut.
“Huh?” Raqnid hairan melihat Aria yang tercegat di dalam lif itu.
“Ahh, aku tertinggal barang!” ujar Aria sambil kepalanya tunduk lalu menekan butang pada lif supaya pintu lif tertutup.
“Baiklah!” jawab Raqnid.
Di dalam lif.. Aria hanya memberi alasan tersebut kerana ingin menyumbunyikan wajahnya yang kemerahan mendengar kata-kata Raqnid tadi. ‘Kenapa jangtung aku berdegup laju? Kenapa hati aku gembira bila dia berterima kasih dekat aku? Kenapa aku rasa macam ni? Kenapa?' pelbagai pikiran yang timbul di dalam kepala otak Aria pada waktu itu.
Share this novel