Dalam perjalanan pulang dari rumah Raqnid, pikiran Aria melayang ke pertemuan Raqnid dengan keluarganya tempoh hari. Dia tidak pasti samaada ini kebetulan ataupun tidak, tetapi sejak pertemuan itu, Raqnid berkelakuan pelik dan seolah-olah ingin menjauhkan diri daripadanya. Adakah Raqnid tidak suka pada keluarganya?
“Huh?” sesuatu yang penting terlintas di pikiran Aria sehingga menyebabkannya menekan pedal brek dengan mengejut. Syukurlah, jalan itu kosong.
“Raqnid mula berkelakuan pelik selepas berbual di dalam bilik papa!” desis Aria seorang diri dalam kereta. Aria mula bersangka buruk kepada ayahnya. Apa yang dikatakan ayahnya kepada Raqnid sehingga Raqnid berkelakuan pelik?
Aria bukan ingin memburukkan ayahnya, tetapi selepas apa yang ayahnya lakukan kepadanya, tidak mudah untuk Aria lupakannya dalam waktu yang singkat. Kemungkinan sahaja, ayahnya tidak merestui Raqnid sebagai pasangan Aria.
Aria memutuskan untuk menuju ke rumah ayahnya untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara profesional. Dia perlu menyakinkan ayahnya yang Raqnid seorang lelaki yang baik kerana dia sendiri lebih mengenali Raqnid. Aria memahami bahawa ayahnya, yang baru mengenali Raqnid, mungkin masih penuh dengan keraguan dan kecurigaan.
Tiba sahaja di rumah ayahnya. Dia menyoal ibunya dimanakah ayahnya berada dan seperti biasa ibunya menjawab ayahnya mungkin berada di dalam bilik kerjanya. Aria mengangguk, segera melangkah menuju ke bilik kerja ayahnya dengan langkah yang bersemangat.
Dia mengetuk pintu dengan lembut sebelum membukanya perlahan-lahan. Namun, bilik itu kosong. Sudah pasti ayahnya tidak berada di sini.
Aria dengan perasaan ingin tahu, masuk ke dalam bilik tersebut. Sebelum ini dia tidak pernah tahu apa yang dilakukan ayahnya di dalam bilik ini sehari-harian. Oleh kerana sebelum ini hubungannya dengan ayahnya tidak begitu baik, Aria tidak berani untuk masuk tanpa kebenaran ayahnya.
Aria memerhatikan setiap sudut bilik itu hingga ke meja ayahnya. Dia mula memerhatikan apa yang dibaca oleh ayahnya kerana ingin tahu minat ayahnya. Kemudian, matanya tertarik pada sehelai akhbar lama yang terletak di antara tumpukan kertas.
Aria mengangkat akhbar itu dengan perlahan, tangan gemetar sedikit ketika jari-jarinya menyentuh permukaan kertas yang kering. Dengan mata yang terfokus, dia membaca tajuk besar di halaman depan akhbar itu: "Kemalangan Kereta Mengorbankan Dua Orang Dewasa dan Mencederakan Seorang Kanak-kanak." Sorot matanya terpaku pada baris-baris kata itu, dan dalam sekelip mata, kenangan yang telah lama terpendam di dalam ingatannya muncul kembali dengan jelas.
Semenjak kejadian tragis itu, Aria dapat melihat perubahan besar dalam sikap ayahnya. Sebelumnya, ayahnya dikenali sebagai sosok yang baik hati dan mudah didekati, tetapi kini beliau telah berubah menjadi tegas dan sukar untuk berkomunikasi. Setiap percakapan dengan ayahnya seakan-akan menjadi cabaran, dan Aria merasa jauh terasing dari sosok ayah yang dulu pernah dia kenal.
Apa yang lagi mengejutkan adalah apabila Aria membaca nama Raqnid dalam akhbar tersebut. Raqnid, nama yang muncul dalam kisah tragis itu, tiba-tiba menjadi pusat perhatiannya. Aria terduduk di situ dengan perasaan campur aduk yang sulit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Rasa ingin tahu dan kehairanan bergabung menjadi satu dalam hatinya. Apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa nama Raqnid terlibat dalam kejadian itu?
Terlintas di pikiran Aria saat Raqnid pernah menceritakan tentang malapetaka yang menimpa keluarganya sewaktu kecil. Dalam ingatannya, cerita itu seperti benang merah yang terus membentuk gambaran yang semakin jelas di benaknya. Setiap kata yang diucapkan Raqnid kini tampaknya memiliki makna yang lebih dalam, seperti kunci-kunci kecil yang membuka pintu rahasia dalam misteri yang sedang dipecahkannya. Aria merasakan detik-detik adrenalin melonjak ketika dia menghubungkan titik-titik tersebut, menuju kejawaban yang mungkin mencerahkan mengenai perilaku aneh Raqnid setelah bertemu dengan ayahnya.
Kemudian, dengan perasaan yang campur baur antara kesedihan dan kemarahan, Aria meletakkan akhbar itu kembali ke meja. Hatinya berdebar keras, dan dia tahu dia perlu mencari jawapan dari ayahnya sendiri.
Aria menitiskan air mata, kepedihannya tercermin jelas di wajahnya yang pucat. Dia meratapi kebingungan dan rasa sakit yang melanda hatinya. Tiba-tiba, pintu bilik terbuka dengan gerakan tegas. Dato David memasuki bilik. Tetapi kilat kecemasan melintas di matanya ketika dia melihat anaknya, Aria, duduk di situ dengan air mata berlinang di pipinya.
Dato David terkejut melihat Aria menangis dengan sedih. Sebelum sempat bertanya apa yang terjadi, matanya terpaku pada akhbar yang terletak di atas meja. Tajuk besar tentang kemalangan 17 tahun yang lalu menyedarkan dia akan sesuatu. Wajahnya berubah, mencerminkan kepanikan yang tersembunyi di dalam hatinya.
“Aria, kenapa ni—!” terputus kata-katanya apabila dia menyedari bahawa Aria juga sedang memandang ke arah akhbar yang sama. Dengan cepat, dia meraih akhbar tersebut, mencuba untuk menyembunyikannya.
Walaupun cuba menyembunyikannya, Dato David tahu bahawa perbuatan itu sudah terlambat. Matanya bertembung dengan mata Aria, dan dalam pandangan itu, terdapat ketakutan yang tidak terucapkan. Dia terdiam seketika, mencuba untuk mencari kata-kata yang sesuai.
“Jadi, ini semua kerja papa!” desak Aria dengan nada penuh keterkejutan.
“Huh?” Dato David terkesima, menerima serangan kata-kata anaknya dengan kehairanan yang terpampang jelas di wajahnya.
"PAPA YANG SEMBUNYIKAN KEBENARAN YANG SEBENAR! SELAMA INI, RAQNID HIDUP DALAM SENSARA DISEBABKAN PAPA! ARIA TAK SANGKA PAPA SEKEJAM NI!" jeritnya dengan suara yang penuh dengan rasa hampa.
"Papa lakukan semua ini demi kamu, Aria!" jawab Dato David dengan suara yang bergetar, cuba menjelaskan, tetapi tiada kata-kata yang mampu menghilangkan kesakitan yang dirasakan Aria.
"ARIA TAK MINTA SEMUA TU! ARIA TAK MINTA HIDUP ORANG LAIN SENGSARA DISEBABKAN ARIA!" teriak Aria, suara hatinya pecah dengan kesedihan yang mendalam. Air mata yang tak tertahankan terus mengalir, melukai hati yang sudah terluka lebih dalam lagi.
“Papa memang tak berhati perut! Sanggup papa lakukan perbuatan sedemikian.. Papa bukan lagi papa Aria!” desis Aria.
Dengan perasaan yang hancur, Aria meninggalkan bilik tersebut, meninggalkan ayahnya yang masih terdiam dalam keheningan. Langkahnya terasa berat, dipenuhi dengan kekecewaan dan penderitaan yang tidak terhingga. Baginya, ayahnya bukan lagi menjadi tempat untuk mencari perlindungan, tetapi menjadi sumber kesedihan dan kekecewaan yang melilit hatinya.
Dalam keheningan yang menyayat hati, Dato David duduk termangu di bilik yang sunyi. Wajahnya penuh dengan penyesalan dan kesedihan yang membuak-buak. Hatinya hancur melihat anaknya meninggalkannya dengan penuh kekecewaan.
Dia merenung jauh, memikirkan segala kesilapannya yang telah menghancurkan hubungan dengan anaknya. Kata-kata Aria terus menghantui fikirannya, menunjukkan bahawa dia telah kehilangan kepercayaan dan kasih sayang anaknya. Tetapi seberapa banyak maaf yang boleh dia minta? Dan bagaimana dia boleh memperbaiki segala kesilapan ini?
Dalam kesedihan yang melilit hatinya, Dato David merasakan dirinya sebagai ayah yang gagal. Dia merenung jauh, mencari jawapan yang mungkin tidak pernah dapat ditemui. Tetapi dia tahu, dia perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki hubungan dengan anaknya, walaupun perjalanan itu mungkin penuh dengan duri dan duka.
Semenjak hari itu, Aria hilang dari radar. Dato David terasa gelisah dan resah, hatinya terasa begitu kosong tanpa kehadiran anaknya. Setiap detik berlalu dengan kecemasan yang membelenggu, merenung kekosongan yang menghantui.
Datin Emily, ibu kepada Aria, juga turut merasa kecewa dengan perbuatan suaminya. Rasa kekecewaan itu terasa seperti semacam penyesalan yang memenuhi setiap sudut hatinya. Namun, pada masa ini, apa yang lebih penting adalah keadaan Aria.
Setiap detik berlalu tanpa khabar tentang anak mereka, mengukir kecemasan yang semakin dalam di dalam hati Datin Emily. Dia merasakan getaran yang sama seperti suaminya, tetapi dalam keheningan malam, dia hanya berdoa agar Aria selamat dan segera kembali ke pangkuan keluarga mereka. Bagi Datin Emily, kasih sayang sebagai seorang ibu tidak mengenal batas, dan kehilangan Aria membuatkan hatinya remuk, merindukan kehangatan kasih sayang anaknya.
Malam berganti siang, namun tidak ada khabar dari Aria.
Dato David juga mengubah berpuluh-puluh orang untuk mencari anaknya. Setiap sudut kota dilintasi, setiap orang yang dikenali diminta bantuan. Namun, setiap usaha itu terasa seperti mencari jarum dalam jerami, dengan harapan yang semakin luntur setiap hari berlalu tanpa khabar tentang keberadaan Aria.
Dato David sudah buntu, setiap langkah yang diambil tidak membawa kepada keberhasilan dalam mencari Aria. Hatinya bagai dilanda badai yang mengganas, tidak ada sinar harapan yang menerangi gelapnya malam.
Namun, dalam keheningan yang melilit hatinya, terlintas di pikiran Dato David satu solusi lain. Dengan ragu dan kebimbangan yang melanda, dia merasakan bahawa ini mungkin satu-satunya jalan keluar. Ia adalah dengan meminta bantuan Raqnid. Meskipun rasa dendam yang mungkin masih membara dalam hati Raqnid, tetapi pada masa ini, keadaan Aria menjadi yang paling penting. Bagi Dato David, segala risiko dan kemungkinan harus diambil demi keselamatan anaknya.
Share this novel