Chapter 15 - Ketakutan

Romance Series 7839

Hari ini merupakan hari yang penting bagi syarikat aku kerana kami akan mengeluarkan satu lagi produk baru iaitu minyak wangi wanita. Untuk pelancaran kali ini, aku menjadi lebih teruja daripada yang sebelumnya kerana aku menjangkakan yang produk ini akan membawa nama syarikat Aria Beauty ke satu tahap yang baharu. Aku pasti produk akan laku keras.

Semuanya disebabkan budak intern baru yang bernama Raqnid. Walaupun budak ini masih misteri bagi aku, tapi aku percaya dengan idea yang dia berikan. Strategi pemasaran yang dia berikan kepada aku pada 2 minggu lepas sungguh menakjubkan dan sukar aku untuk percaya yang itu datang daripada pekerja intern. Strategi pemasaran itu telah membuka peluang sasaran pasaran baru bagi syarikat aku yang mungkin dapat meningkatkan lagi penjualan produk.

Bukan itu sahaja, dia juga telah menyelesaikan masalah lain di dalam syarikat aku yang sebelum ini aku tidak pernah fikir ia akan berlaku. Masalah buli di kalangan pekerja senior dan junior. Raqnid telah memberi kesedaran kepada aku bahawa syarikat yang bagus bukan sahaja datang daripada produk yang bagus tetapi daripada pekerja yang bagus. Aku perlu lebih peka terhadap keadaan pekerja aku, memastikan mereka dapat bekerja dalam keadaan yang selesa dan masalah ini takkan berulang lagi di dalam syarikat aku.

Walaupun aku benci dengan personaliti budak tu tapi aku tidak dapat nafikan kemahiran dan idea dia yang menewaskan pekerja yang sudah berpengalaman. Aku yang sudah bekerja hampir 7 tahun dalam bidang ini pun masih banyak perkara yang aku perlu belajar dan perbaiki.

Sebelum acara pelancaran berlangsung pada malam ini, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibu bapa aku. Semenjak, aku memulakan bisnes, aku teringin untuk mempunyai rumah sendiri dan hidup berdikari tanpa bantuan ibu bapa aku. Bukan itu sahaja sebab aku mengambil keputusan hidup sendiri, tetapi ada sebab lain iaitu ketakutan aku yang telah menjadi kelemahan aku.

Aku tiba di rumah ibu bapa ku, langkah ku berat untuk masuk ke rumah itu setelah melihat kereta ayahku berada di rumah. Kalau boleh, aku nak elak daripada bertemu dengan ayah aku kerana dia..

"Aria!"

Terdengar suara seseorang memanggil aku dari dalam rumah. Ternyata itu ialah ibuku, iaitu datin Emily. Merupakan seorang ibu yang penyayang dan baik hati. Aku datang daripada keluarga yang kaya dimana aku boleh mendapatkan apa sahaja yang aku hajatkan. Aku mengikut jejak langkah ayah aku menjadi seorang ahli perniagaan. Ayah aku merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya yang mempunyai syarikat berbilion ringgit.

Walaupun aku berasal daripada keluarga yang kaya, syarikat yang aku bina semuanya datang daripada titik peluh aku sendiri. Modal aku datang daripada bisnes kecil-kecilan yang aku lakukan semasa aku belajar di universiti. Aku langsung tidak meminta bantuan ayah aku malah ramai yang tidak tahu aku merupakan anak kepada seorang jutawan.

Ibu aku datang berlari anak menjemput aku sehingga ke pintu pagar.

"Aria kenapa tercegat sahaja di luar? Masuk laa!"

"A-ah! Baiklah!"

Ibu memeluk aku, satu-satunya anaknya dengan erat. Aku membalas pelukan dengan perasaan rindu setelah hampir 2 bulan aku tidak pulang ke rumah ini.

"Mama sihat?" tanyaku sambil mencuba menyembunyikan kekhawatiran yang ada dalam hatiku.

"Mama sihat! Aria sihat?"

Aku hanya mengangguk kepala di dalam pelukan itu. Mataku sedikit berair apabila melihat wajah ibuku. Namun, ada yang mengganjal di hatiku. Ayahku... Apa yang sedang terjadi dengannya? Kenapa Mama terlihat begitu sedih?

"Mama, apa yang terjadi? Kenapa mama sedih?" tanyaku dengan rasa cemas yang semakin mendalam.

Mama melepaskan pegangannya pada lenganku dan duduk di sofa. Dia menghela nafas panjang sebelum menjawab, "Aria, sejak bisnis ayah kamu semakin berkembang, dia telah menjadi sangat sibuk dan terikat dengan pekerjaannya. Dia tidak lagi mempunyai waktu untuk keluarga, termasuk untuk mama."

Aku merasa terpukul dengan pengakuan Mama. Ayahku yang dulu penyayang dan hangat, kini berubah menjadi sosok yang dingin dan jauh. Aku teringat bagaimana ayah dulu sering menghadiri acara-acara sekolahku, memberiku nasihat, dan memberikan semangat dalam setiap langkah hidupku. Tetapi, semenjak insiden 16 tahun lepas, ia telah mengubah ayah aku sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang.

"Ayah kamu terlalu fokus pada bisnisnya, Aria. Kadang-kadang, mama merasa seperti hidup sendiri di dalam rumah ini," sambung Mama dengan suara lemah.

Aku menggenggam tangan Mama dengan erat, mencuba memberikan dukungan dan mengungkapkan betapa aku merasakan kekecewaan yang sama. Hati kami terluka kerana kehilangan perhatian dan kasih sayang ayah.

"Mama, kita mungkin rindu ayah seperti dulu, tapi mama tidak perlu merasa sendirian. Kita adalah keluarga dan kita akan saling mendukung," kataku dengan tekad di dalam hati.

Mama tersenyum lemah dan mengusap pipiku dengan lembut. "Terima kasih, Aria. Kamu selalu menjadi kekuatan dan cahaya dalam hidupku. Mama sangat beruntung mempunyai anak seperti kamu."

Kami duduk bersama di sofa, saling berpegangan tangan, dan berbagi cerita tentang apa yang telah terjadi selama dua bulan terakhir. Meskipun ada duka dan kekecewaan, kami tahu bahwa kekuatan keluarga dan cinta kami akan membantu kami melepasi masa sulit ini.

Sementara itu, dalam benakku masih ada Raqnid, si budak intern yang telah mengubah segalanya di syarikatku. Entah kenapa, kehadiran Raqnid memberikan harapan baru dalam hidupku.

Pelancaran produk baru malam ini mungkin menjadi tonggak awal perubahan yang lebih besar dalam hidupku dan syarikatku. Aku harus berpikir positif dan menghadapinya dengan semangat yang baru.

Sementara aku sibuk dalam pikiran-pikiran tersebut, tiba-tiba pintu bilik ayahku terbuka. Ayahku keluar dengan langkah tergesa-gesa, matanya tampak lelah dan khawatir. Dia melihat ke arahku, tapi tidak ada senyuman hangat seperti dulu.

"Buat apa kamu datang sini, Aria?" tanya ayah dengan suara serius.

"Aria, ada acara pelancaran produk baru berdekatan sini!" jawabku dengan berani.

Ayah mengangkat kening, tampak sedikit marah. "Aria, kenapa kamu degil sangat! Ayah dah kata yang bisnis ni urusan ayah. Ayah tak suka kamu terjebak dalam dunia yang keras ni. Lebih baik kamu fokus pada benda yang lain ataupun fokus pada hubungan kamu dengan David!"

Aku merasa kecewa dengan reaksi ayahku. Aku ingin mendapatkan pengakuan dan dukungan darinya, tapi sepertinya dia tidak dapat melihat potensi yang ada dalam diriku.

"Ayah, Aria menghormati pendapat ayah, tapi Aria juga percaya pada kemampuan Aria sendiri. Aria ingin buktikan bahawa Aria juga boleh berjaya dalam bisnis, seperti ayah!" ujarku dengan tekad yang kuat.

“Hmphh, Emily tengok anak awak ni! Saya bekerja keras siang malam nak berikan kehidupan selesa kepada dia. Tapi, dia berdegil nak bersusah payah hidup sendiri. Lebih baik saya tak payah kerja, duduk rumah lenggang kaki.”

"Khalid, sudah la tu! Aria baru saja balik!" ujar mama menyokongku.

"Hah, elok sangatlah tu! Manjakan sangat anak, sampai apa-apa kata saya langsung dia tak pedulikan. Masalah betul keluarga ni!"

Mendengar kata-kata itu daripada mulut ayah, telah menguris hati kami berdua dengan begitu dalam. Siapa yang tak terkecil hati mendengar perkara sebegitu daripada mulut suami dan ayah sendiri. Aku dan mama hanya mendiamkan diri menerima cacian ayahku.

"Aria, ayah akan aturkan perkahwinan kamu dengan David secepat mungkin. Ayah dah tak larat jaga kamu, lebih baik kamu bersuami lebih bagus, biar suami yang ajar kamu. Lepas kahwin, kamu nak buat apa terpulanglah, ayah dah taknak fikir. Tanggungjawab ayah dah lepas."

"Aria tak nak kahwin dengan David. Aria tak cintakan dia, ayah! Aria pandai jaga diri, Aria!"

"Kamu tu, perempuan! Banyak benda dalam dunia ni yang kamu perlukan bantuan lelaki untuk membimbing kamu, kamu faham!"

"Ya, saya tahu! Tapi, lelaki tersebut bukanlah, David!"

Setelah itu, berlaku pertengkaran hebat dengan ayahku, hubungan antara kami semakin merenggang. Ayahku masih sangat tidak setuju dengan keputusanku untuk memulai bisnis sendiri. Setiap kali topik tersebut dibahas, ayahku mengutuk bisnisku dan merendahkan kemampuanku. Kata-kata negatifnya terus berulang di telingaku, membuatku merasa lemah dan tidak berdaya.

Ayah aku yang seharusnya menjadi sosok kuat dan teladan dalam hidupku, sekarang hanya menjadi sumber ketakutan dan kelemahan. Aku selalu berusaha keras mendapatkan pengakuan darinya, tetapi tampaknya dia tidak akan pernah mengakui kemampuanku.

Setiap kali aku melangkah ke hadapan, ayah pasti menghancurkanku dengan kata-kata penuh penghinaan. Terasa seperti ada tembok yang tidak kelihatan di antara kami, memisahkan kami lebih jauh. Aku merasa sendirian dan terbebani oleh keraguan dan penolakan ayah aku.

“Mama, Aria pulang dulu ye!”

“Eh, Aria baru saja sampai!”

“Maaf ya mama! Aria kena hadir ke acara produk baru syarikat. Nanti, bila ada masa Aria datang lagi.”

“Baiklah, Aria! Semoga berjaya!”

Aria mengelap titisan air matanya, lalu melangkah keluar daripada rumah tersebut. Setiap langkah, pikirannya diselubungi oleh kata-kata ayahnya yang menjatuhkan semangat Aria. Ibu Aria membimbing Aria sehingga ke pintu kereta. Sekali lagi mereka berpelukkan sebelum berpisah. Aria terasa berat ingin meninggalkan ibunya yang kesunyian di rumah. Buat kali terakhir, Aria memandang wajah ibunya di cermin sisi kereta.

Aria tanpa arah tuju memandu ke tempat di sunyi. Sebaiknya kereta berhenti, dia menarik gear ke gear P iaitu ‘Parking’. Hati yang tersakiti dan dipijak-pijak oleh ayah sendiri membuatkan dirinya sedih teramat.

Satu jam sebelum acara pelancaran bermula, Aria berkurung diri di dalam kereta menangisi apa yang berlaku tadi.

Memegang dadanya, “Ke–Kenapa sakit sangat rasanya! —Aria! Kau dah menjangkakan perkara sebegitu akan berlaku jika kau pulang ke rumah tu, tapi kenapa, kenapa ia masih sakit!” , Aria yang menjangkakan dia dapat berdepan dengan ayahnya walaupun dia tahu ayah dia takkan pernah bersetuju dengan keputusannya. Perasaan takut menyelubungi pemikirannya, takut kehilangan apa di usahanya sebelum ini. Jika itu berlaku, hidupnya pasti akan ditentukan oleh ayahnya. Dia pasti akan dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan keinginannya.

Kring.. Kring.. Kring..

Telefon Aria berbunyi, Alya iaitu kawan dan PA Aria menelefonnya. Alya pasti ingin mengingatkan Aria tentang acara tersebut namun Aria yang masih takut dan tertekan, langsung mengabaikan panggilan tersebut.

“Ini semua disebabkan insiden tu, kalau bukan kerana insiden tu, ini semua takkan berlaku!”

Aria terus menangis, sementara telefonnya berdering tak henti-henti daripada Alya.

“Patutkah, aku berhenti dan ikut sahaja telunjuk ayah aku?”

Sehinggalah 10 minit terakhir sebelum acara pelancaran bermula, terdapat mesej yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali. Aria tanpa sengaja terlihat isi yang dihantar oleh nombor tersebut melalui paparan skrin di keretanya yang disambung ke telefonnya melalui ‘bluetooth’.

‘Oi, ni aku Raqnid! Aku tak tahu apa masalah yang kau hadapi sekarang ni? Tapi, tolong jangan susahkan aku lagi!’

Membaca mesej itu, Aria merasa ada semacam kekuatan dan semangat baru yang membara di dalam dirinya. Raqnid yang selalu mengusik dan mencari pasal dengan Aria telah menjadi sumber inspirasi bagi Aria.

Aria menghapus air mata dan mengangkat kepalanya dengan penuh keyakinan. Dia tahu bahawa dia harus menghadapi cabaran dengan kepala tegak dan berjuang untuk mencapai impiannya, meskipun ia harus melawan pendapat ayahnya.

“Smirk (tersenyum), budak ni, dia ingat dia siapa! Susahkan kau LAGI! Heh! Sejak bila! Aku ni Aria lah, CEO Aria Beauty!”

“Orang lain mungkin boleh pandang rendah pada aku! Tapi, aku takkan benarkan kau,Raqnid! Kau satu-satunya orang di dalam dunia ni yang aku tak benarkan untuk pandang rendah pada aku!”

Dalam kereta yang sunyi, Aria mengambil nafas dalam-dalam dan mempersiapkan diri untuk acara pelancaran. Dia tidak akan membiarkan keraguan dan kekecewaan ayahnya menghalangi langkahnya menuju kejayaan. Dia bergerak ke acara tersebut dan selepas 30 minit, dia pun tiba di hadapan dewan.

Dengan semangat baru yang ditemukan oleh Aria dan kekuatan daripada Raqnid, Aria keluar daripada kereta dan melangkah menuju acara pelancaran dengan keyakinan yang tinggi. Dia akan membuktikan bahawa dia mampu mencapai kejayaan di dunia bisnis, tidak hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk membuktikan ayahnya salah.

Perjalanan Aria mungkin akan penuh dengan rintangan dan tantangan, tetapi dia siap menghadapinya dengan keberanian dan tekad yang kuat.

“Boss dah sampai!” pekerja-pekerja Aria datang menjemputnya.

“Maaf, saya lambat!”

Terdengar suara Raqnid sedang berucap dari dalam dewan. Aria tersenyum dan terpegun dengan kehebatan yang ada pada Raqnid. Siapa sangka Raqnid juga pandai berucap di khalayak ramai.

‘Aku mungkin dah susahkan kau sedikit!’ ujar Aria dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience