Pada suatu hari yang hujan lebat, Aria memutuskan untuk menghubungi sebuah restoran untuk menempah makan malam istimewa. Dia berencana untuk mengundang Kiel, Doug, Alice, Lina, dan Raqnid, kelima-lima orang budak intern yang telah membantunya menyelesaikan masalah besar dalam syarikatnya.
"Malam jumaat nanti, kita akan berkumpul untuk meraikan kejayaan kita bersama." mesej Aria dalam grup Wassap yang mereka buat sewaktu mereka bekerjasama dulu.
Kiel, Doug, Alice, dan Lina sangat teruja mendengar berita ini. Mereka sudah bersiap-siap untuk malam yang penuh keceriaan dan kenangan indah. Namun, nasib malang menimpa Raqnid.
Pada malam yang ditetapkan, bas yang membawa Raqnid rosak akibat hujan lebat. Meskipun Raqnid sudah bersiap untuk pergi, keadaan tidak mengizinkannya untuk sampai ke tempat makan malam.
"Hurghh!" tersandar Raqnid pada kerusi bas sambil mengeluh. Dengan keadaan hujan yang lebat, tidak mungkin dia dapat keluar daripada bas mencari bas lain.
"Mana Raqnid ni?" terhentak-hentak kaki Doug menunggu sambil melihat jam tangannya.
Aria dan yang lainnya menunggu dengan sabar sehinggalah mereka menerima mesej daripada Raqnid. "Maaf, saya tidak dapat hadir malam ini. Ada urusan yang tidak dapat dielakkan." tulis Raqnid tanpa memberikan penjelasan yang jelas.
"Dah kenapa tiba-tiba dia tak jadi pulak datang? Tengah hari tadi, dia kata ok je!" Alice merengek.
"Entah, tak faham aku!" tambah Doug.
"Mungkin, dia ada masalah kut!" Kiel cuba meredakan kepanasan yang lain kerana penat menunggu Raqnid.
"Takpe lah, mari kita makan!" ujar Aria mengajak yang lain.
Aria sangat kecewa mendengar berita ini. Raqnid adalah seorang yang amat ditunggu-tunggu kehadirannya, dan Aria telah merancang semuanya untuk memastikan semua intern merasa dihargai.
Tatkala, mereka merasa marah dan geram. Raqnid juga merasakan kekecewaan. Dia sebenarnya sangat ingin berada di sana bersama-sama mereka dan bertemu dengan individu yang sudah lama tidak ditemuinya.
Makan malam itu berjalan dengan penuh keceriaan, walaupun kehadiran Raqnid kurang dirasai. Kiel, Doug, Alice, dan Lina berusaha sedaya upaya untuk menjadikan malam itu istimewa. Mereka berkongsi cerita-cerita lucu dan kenangan semasa bekerja bersama, sambil menikmati hidangan lazat yang disajikan di hadapan mereka.
Namun, dalam diam, Aria tetap terfikir tentang Raqnid. Meskipun dia tersenyum dan bersuka ria bersama yang lain, fikirannya sentiasa melayang kepada Raqnid yang tidak dapat bersama mereka pada malam itu. Dia merindukan kehadiran Raqnid yang sering menyakatnya.
Di sebalik senyuman yang dipamerkannya, Aria terus memainkan kenangan-kenangan indah bersama Raqnid dalam mindanya. Malam itu akan menjadi lebih sempurna jika Raqnid juga ada di sana bersama mereka.
Setelah makan malam selesai, mereka mengambil gambar kenangan bersama-sama. Meskipun kekurangan satu anggota, senyum di wajah mereka tetap bersinar. Setiap orang berpisah dengan perasaan puas dan bersyukur kerana dapat berkumpul bersama dalam kegembiraan.
Malam itu, ketika semua sudah berpisah, Aria duduk sendirian di dalam keretanya. Meskipun senyum dan tawa masih terpatri di wajahnya, namun di dalam hatinya ada kekosongan yang sulit dijelaskan. Gambar kenangan itu menggema di benaknya, menambah rasa kerinduan pada Raqnid. Dalam keheningan yang melingkupi kereta, Aria merenungi arti sebenarnya dari kebersamaan dan bagaimana satu kehadiran dapat memberikan warna yang tak tergantikan dalam setiap momen.
# # ## #
Pada hari-hari terakhir pekerja intern di syarikat Aria Beauty, gelisah menghantui hati Aria. Minggu terakhir telah tiba, dan Raqnid dan Aria tahu bahawa perpisahan mereka semakin hampir. Bagi Aria, ini adalah perpisahan yang dia cuba elakkan.
Setiap hari, dia datang ke pejabat dengan perasaan yang bercampur baur. Dia tahu, selepas minggu ini, dia tidak akan bertemu dengan Raqnid lagi. Mereka akan berpisah, masing-masing melanjutkan kehidupan mereka sendiri.
Dalam tengah-tengah kesibukan bekerja, Aria tidak pernah berhenti memikirkan Raqnid. Terkadang, hatinya terasa kosong, dan dia merasa sangat rindu padanya saat mereka bekerja bersama. Dulu, mereka pernah bertemu di dalam lif, tetapi sekarang Raqnid sudah dibenarkan pulang awal dan semenjak itu, Aria tidak pernah melihatnya lagi.
Pada hari terakhir minggu tersebut, pekerja-pekerja di jabatan Raqnid, ramai-ramai meraikan kejayaan pekerja intern menamatkan intern mereka. Mereka memesan makanan dari kedai luar untuk menjamu pekerja intern yang telah banyak membantu mereka.
"Terima kasih semua!" ucap mereka kepada pekerja jabatan yang menjamu mereka.
"Tahniah, kamu semua berjaya tamatkan intern kamu dengan cemerlang!" puji supervisor John.
Daniel dari jabatan reka dan design juga turut hadir pada jamuan tersebut. Maklumlah, mereka pernah bekerjasama sebelum ini di acara pelancaran produk.
"Bos Aria tak datang ke?" soal Kiel kepada supervisor John.
"Minggu ni, bos sibuk sikit, dia banyak kerja.. Saya dah jemput dia datang, dia kata kalau sempat dia datang!" jawab supervisor John.
Raqnid berharap bisa merayakan keberhasilannya bersama Aria, tetapi Aria terlalu sibuk dengan pekerjaannya.
Raqnid yang menunggu Aria datang untuk mengucapkan selamat tinggal, kecewa apabila Aria tidak hadir. Hari tersebut pun berakhir, mereka mengucapkan selamat tinggal kepada supervisor John dan pekerja-pekerja disitu kerana memberi tunjuk ajar dan menjaga mereka selama 6 bulan disini.
Mereka pun berjalan ke lif untuk pulang.
Raqnid meraba-raba poket seluarnya seolah-olah mencari sesuatu. "Alamak, phone aku!"
"Kenapa, Raqnid?" soal Kiel yang hairan melihat gelagat rakannya yang gelabah.
"Aku tertinggal phone aku dekat meja. Korang baliklah dulu!" Raqnid berlari anak pergi mencari telefonnya.
"Baiklah, bye!" rakan-rakannya pun pergi meninggalkan Raqnid sendiri.
Raqnid kembali ke mejanya dengan cepat untuk mencari telefon yang dia tinggalkan.
# # # # #
Sementara itu, Aria tenggelam dalam pekerjaannya, pena di tangannya menari di atas kertas, tetapi matanya kosong. Pikirannya terus melayang pada Raqnid, sosok yang menghidupkan warna baru dalam hidupnya akan meninggalkan syarikat ini.
"Apakah aku akan melihatnya lagi?" desis Aria dalam keheningan ruang kerjanya. Keraguan dan kekhawatiran mulai menghantui.
"Apakah seharusnya aku mengungkapkan perasaanku padanya?" gugupnya bertanya pada diri sendiri. Pikirannya dipenuhi oleh gambaran-gambaran tentang kemungkinan keberhasilan dan kegagalan.
"Bagaimana jika dia menolak?" suara ketakutan itu semakin nyaring di benaknya. Kekhawatiran tentang penolakan dan rasa takut menghiasi benak Aria.
Kemudian, seperti kilat yang menyambar, pikirannya tiba-tiba jernih. "Lebih baik menyesal kerana mencuba daripada menyesal kerana tidak pernah mencuba!" Aria berdiri dengan tiba-tiba, meletakkan pena dengan tegas di atas mejanya, dan bergegas ke arah jabatan Raqnid. Dia merasakan dorongan kuat untuk mengungkapkan perasaannya.
Dia mengenang kata-kata Alya kepadanya, "Kadang-kadang, kita perlu berani mengambil risiko untuk menemukan kebahagiaan sejati."
Dengan hati yang berdebar-debar, Aria memutuskan untuk mengikuti kata-kata itu. Langkahnya mantap menuju ke arah yang belum pernah ia jelajahi sebelumnya, di dalam hatinya, api keberanian mulai berkobar.
Ketika Aria sampai di sana, tatapannya terpaku pada ruangan yang sepi. Jabatan itu sudah kosong, dan suasana sepi memberikan echo pada penyesalan yang melingkupinya. Matanya melirik jam tangannya, menyadari bahwa jarum pendek telah menunjukkan pukul 6. Kesibukannya telah membuatnya kehilangan jejak waktu, dan kini dia merasakan penyesalan karena terlalu lama berpikir.
"Hurghh!" desah Aria, langkahnya berat saat dia berjalan pulang ke biliknya. Tiba-tiba, di tengah keheningan, terdengar bunyi lif.
**TINGG!**
Aria menoleh ke arah lif, dan dia melihat bayangan seseorang di balik pintu yang terbuka sedikit. Pintu lif terbuka dengan lebar, mengungkapkan Raqnid yang berdiri di dalamnya, seolah-olah menunggu seseorang.
Detik itu, wajah Aria terangkat, diisi dengan campuran kejutan dan kebahagiaan. "Raqnid!" serunya dengan suara yang terbata-bata.
Aria terus berlari ke arah lif tanpa ragu, impulsif ingin mengejar peluang yang mungkin tidak akan datang dua kali.
**SHOOOSH!**
Dengan cepat, Aria melompat masuk ke dalam lif, dan pintu lif pun tertutup dengan mantap. Dia berdiri di sana, termengah-mengah akibat lari yang tergesa-gesa.
"Woah, rileks, aku tak tutup pun pintu!" terkejut Raqnid melihat tindakan spontan Aria.
Aria menarik nafas dalam, mencuba mengatasi kepenatannya. Dia masih enggan mengangkat kepalanya, terhanyut dalam gemuruh emosi yang mendominasi dirinya saat berada di depan Raqnid. Dalam keheningan lif, ada getaran kebahagiaan dan ketegangan yang menari di udara.
"Lama tak jumpa!" Raqnid seterusnya melihat, "Huh? Kau tak bawa beg ke harini?" soal Raqnid hairan melihat Aria pulang dengan tangan kosong. Selalunya, dia mesti membawa beg tangannya ke mana-mana.
Aria melihat Raqnid dengan mata penuh kasih, dan tanpa menunggu lagi, dia mengungkapkan perasaannya.
"Suka!" seru Aria, hatinya berdebar sehingga tersasur.
"Huh?" Raqnid tidak jelas apa yang dikatakan Aria.
Dalam keberanian, Aria menyatakan dengan lembut, "Aku sukakan kau, Raqnid!" Sinaran kehangatan mewarnai wajahnya, dan kata-kata itu seperti lagu cinta yang terpendam lama.
Raqnid terkesima, matanya menangkap keindahan ungkapan perasaan Aria. Suasana sekeliling terhenti sejenak, memberi ruang pada rasa yang berkembang di antara dua jiwa.
Hening yang merangkul udara seolah-olah menuntut respon. Di dalam kesunyian itu, Raqnid menatap Aria dengan lembut, tatapan mata yang berbicara lebih dari seribu kata.
Jantung Aria berdegup kencang, setiap detik seperti melodi cinta yang mengiringi pengakuan itu. Rasa tidak sabar dan kerinduan menciptakan aura romantis di sekeliling mereka, seolah-olah waktu sendiri menahan nafas untuk mengetahui jawapan yang akan tercipta.
Raqnid akhirnya menghela nafas, senyuman yang penuh makna melintas di bibirnya. "Aria, aku pun merasakan hal yang sama," ucapnya dengan penuh kelembutan, mengukuhkan ikatan yang baru saja tumbuh di antara hati mereka.
Bertemankan senyuman yang saling bertautan, Aria merasa dunia di sekelilingnya berubah menjadi taman bunga yang mekar.
Dengan pengakuan yang menggembirakan, Aria dan Raqnid terdiam sejenak, masing-masing merenungi perasaan yang baru diungkapkan. Malu-malu, mereka tidak tahu langkah selanjutnya dalam tarian cinta yang baru dimulai.
"Selamat... Selamat berkenalan, Aria," bisik Raqnid dengan senyuman malu di wajahnya.
Aria tersenyum, merasa hangat di dalam. "Pfft, selamat berkenalan!"
Kedua-dua mereka tertawa kecil, memecah keheningan yang menggantung di udara. Tetapi kemudian, canggung kembali menyelinap masuk, membuat keduanya merasa seperti remaja yang baru mengenal cinta.
Share this novel