Seminggu berlalu semenjak pelancaran produk baru syarikat Aria Beauty. Seperti yang Aria jangkakan produk barunya akan laku keras dengan strategi pemasaran baru yang diberikan Raqnid. Produk itu telah berjaya memecahkan rekod jualan syarikatnya yang sebelum ini. Kini, Aria perlu mengambil langkah seterusnya.
“Hurghhh!” Raqnid kebosanan di rumahnya pada hari ahad. Dia kerap kali membelik telefonnya menanti jika ada orang yang akan menelefonnya untuk diajak keluar. Malangnya, sampai sekarang jam menunjuk pada 3 petang, dia tidak menerima panggilan daripada sesiapa pun.
“Ahh, mereka mesti ada kawan masing-masing.” Raqnid merenung ke siling rumahnya memikirkan nasibnya yang tidak mempunyai kawan yang ramai. Sebelumnya, hidup dia agak sibuk sehingga tiada masa untuk memikirkan tentang hal itu.
Kring.. Kring.. Kring..
Raqnid terus bagun daripada sofa lalu mengapai telefonnya.
“Hello!” terus menjawab tanpa mengetahui siapa yang menelefonnya.
“...!”
“Hello!” Raqnid pun memandang pada paparan telefonnya.
“Nombor tak dikenali! Scammer apa!” kata Raqnid.
Sebaik sahaja Raqnid hendak meletakkan panggilan itu. Suara individu yang menelefon Raqnid pun bersuara.
“Tunggu, jangan letak dulu!”
“Ni siapa?”
“Ni aku!” suara terdengar sedikit marah.
“Huh?”
“Aku ni, boss kau!” Aria dengan nada tinggi.
“Ciss!”
“Ahh, berani kau ‘Ciss’ dekat bos kau!”
“Ehh, mana ada!” Raqnid cuba menidakkannya.
“Berani kau tak save nombor aku!” Aria kedengaran geram.
“Ehh, Aku mana tahu nombor kau.”
“Lepastu, macam mana kau mesej aku haritu?”
"Bila?"
"Malam hari acara pelancaran produk syarikat tu!"
“Ahh, aku ingatkan salah nombor sebab takde respon.”
“Geeezz!”
“Ni, kau nak apa telefon aku cuti-cuti ni?”
“Boleh tak kau tolong aku sikit?”
“Tolong apa?”
“Pasal kerja!”
BEEEPP!
“Hello? Raqnid?”
“...”
“GAARGHHH, BERANI DIA LETAK TELEFON!” Aria menghempap telefonnya ke katil.
"Hurghh, macam mana aku nak buat ni?" Aria menggaru kepalanya memikirkan kerjanya yang banyak itu.
Selepas seketika, datang satu idea yang bagus di dalam benak kepalanya. "Aku tahu macam mana nak umpan budak tu. Hehe!" Aria mengambil telefon lalu menghantar mesej kepada Raqnid.
TING!
Kedengaran bunyi mesej masuk dari telefon Raqnid. Dia mula syak sesuatu yang buruk datang daripada mesej itu tetapi keinginan untuk membaca mesej itu lebih tinggi daripada syakwa sangka buruknya. Dia pun melihat kandungan mesej tersebut.
'Raqnid, kalau kau tolong aku selesaikan kerja ni, aku akan benarkan kau pulang dari kerja macam pekerja lain.'
"5.. 4.. 3.. 2.. 1.. 0" Aria mengira dengan jarinya.
KRING.. KRING..
"Hehe, umpan sudah kena!" Aria melihat pada paparan telefonnya yang terpapar nama Raqnid sedang menelefonnya.
"Hellooo!" Aria menjawab dengan senang hati.
"Beri alamat kau!" kata Raqnid.
Aria pun menghantar alamat rumahnya kepada Raqnid. Selepas 30 minit, Raqnid pun tiba di hadapan kondo Aria.
"Hello, aku dah sampai depan kondo kau!"
"Ahh, kau pergi dekat pintu masuk nanti di dalam lif masukkan pin nombor yang aku mesej kepada kau tadi."
Raqnid pun memasuki bagunan yang setinggi 200 meter itu. Di dalam bangunan itu langsung tiada pengawal yang menjaga pintu masuk, bangunan itu hanya bergantung kepada teknologi canggih untuk menjadi securiti tempat tersebut. Di dalam lif, Raqnid pun memasukkan nombor pin seperti yang Aria berikan.
"Hurghh! Kenapa laa nasib aku macam ni?" mengeluh Raqnid seorang diri dalam lif tersebut.
Tiba sahaja di tingkat 47, Raqnid keluar daripada lif lalu mencari rumah Aria. Tidak begitu susah untuk Raqnid menjumpainya kerana di setiap tingkat hanya terdapat 2 biji rumah. Menekan loceng di luar pintu rumah Aria.
Ting.. Tong!
Krik.. Krik..
Ting.. Tong!
Krik.. Krik..
"Huh? Kenapa dia ni tak buka-buka pintu? Haish!"
Tingtong.. Tingtong.. Tingtong.. Tingtong..
Raqnid menekan loceng berkali-kali melepaskan geramnya kepada Aria yang masih tidak membuka pintu rumahnya.
Sewaktu Raqnid menekan loceng, pintu pun terbuka. Orang yang membuka pintu tersebut bukanlah Aria tetapi seorang lelaki yang tingginya hampir 2 meter dan berbadan sasa dengan riak wajah yang menakutkan.
"Ada apa!" kata lelaki tersebut dengan suara yang keras.
'Tak guna, siapa ni? Jangan cakap ni ayah dia? Arghh, Kenapa aku tak tanya dulu siapa yang ada dekat rumah dia!' Raqnid terkesima.
"Hey, budak! Apa tujuan kau datang ke rumah aku ni?"
"Huh? Ahh, uhmm, Aaa—ria!"
"Apa?"
"Mama—af! Nini—ni ruru—rumah Aria ke? (Gulp!)" Raqnid tergagap-gagap.
"Tak!"
"Ahh, yeke! Saya salah rumah laa ni! Saya pergi dulu!"
Sebaik sahaja Raqnid menoleh badannya dan hendak berjalan pergi. Lelaki tersebut memegang bahu Raqnid, menghalangnya daripada pergi.
"Tunggu!"
"(Gulp!) Haha, ada apa ya?" Raqnid menoleh kepalanya dengan ketakutan.
Lelaki tersebut pun mendakap Raqnid dengan lengan kanannya lalu menundukkan badannya yang tinggi sehingga ke aras kepala Raqnid.
"Kau ni siapa? Macam mana kau boleh naik sampai ke atas ni?" bisik lelaki tersebut.
"Eh, saya?"
Lelaki tersebut mengangguk kepalanya.
"Ahhh Ermmm!"
"Ermm, apa!"
"Huh? Raqnid?" Aria datang keluar daripada rumah lagi satu.
"Boss!" Raqnid lega melihat Aria.
'Pfffttt! Tengoklah dia sekarang, dekat pejabat bukan main berlagak dengan aku. Sekarang merayu-rayu suruh aku selamatkan dia.' ketawa Aria di dalam hati.
"Aria, kamu kenal budak ni?" soal lelaki tersebut.
"Ya, saya kenal! Dia ni pekerja intern di pejabat saya, pakcik Mike."
Raqnid tergangguk-angguk mengiyakan kata-kata Aria. Pakcik Mike melihat ke arah Raqnid. Raqnid menundukkan kepalanya kerana tidak mahu bertentang mata dengan lelaki sasa itu.
"Saya yang panggil dia datang ke sini, ada kerja pejabat yang perlu diselesaikan!"
Sekali lagi Raqnid tergangguk-angguk mengiyakannya.
"Ahh, iya ka!" pakcik Mike sudah faham akan situasi sekarang.
"Baiklah, jumpa nanti pakcik Mike. Kami ada banyak kerja perlu disiapkan." Aria berjalan pergi menuju ke rumahnya.
"Haha, baik baik!"
Raqnid cuba melepaskan diri daripada dakapan pakcik Mike tetapi tetap jugak tidak berjaya. Pakcik Mike menahan Raqnid daripada pergi.
'Oi, jangan tinggalkan aku!' jerit Raqnid dalam hati melihat Aria berjalan pergi tanpa menoleh ke belakang.
"Ingat pesanan aku ni, budak! Aku dah anggap Aria macam anak aku sendiri. Jangan sesekali kau apa-apakan dia. Kalau tidak, nahas kau aku kerjakan. Faham!" bisik pakcik Mike kepada Raqnid.
"Fafa—faham!"
"Bagus! Sekarang pergi!" pakcik Mike pun melepaskan Raqnid pergi.
Raqnid pun berjalan menuju ke rumah Aria dengan lajunya. Aria sudah menunggu di hadapan pintu rumahnya.
"Apa yang pakcik Mike beritahu pada kau?"
"Takde apa ahh!" Raqnid terus berjalan masuk ke dalam rumah.
Aria pun menutup pintu rumahnya.
"Wow, korang dah jadi kawan ya!"
"Gerghh! Kau memang sengaja kan, nak perkenakan aku."
"Huh? Apa maksud kau?"
"Jangan buat-buat tak tahulah! Ni apa! Kau sengaja bagi nombor rumah yang salah dekat aku kan." Raqnid menunjuk mesej yang dihantar oleh Aria.
"Huh! Alamak, maaf! Aku tersilap tulis nombor rumah."
"Hehh, jangan buat muka tak bersalah.. Aku tahu kau sengaja!" Raqnid dengan marah.
Tukk.. Tuk..
Pintu rumah Aria deketuk. Aria pun membuka sedikit pintu rumahnya menjeguk ke luar.
"Aria maaf mengganggu!"
"Pakcik Mike! Ada apa ya?"
"Ni, ada sikit masakan daripada makcik kamu!"
"Woahhh, makcik Hina masak kan! Mesti sedap ni! Terima kasih!"
"Sama-sama! Budak tadi takde buat hal kan?"
"(Gulp!)" Raqnid terus mendiamkan diri selepas mendengar suara pakcik Mike.
"Haha, dia okey je!"
"Baiklah, pakcik pergi dulu.. Jangan lupa makan."
"Baik, terima kasih!"
"Hurghh!" Raqnid mehembuskan nafas lega selepas pintu ditutup.
"Makanan!" tampak wajah gembira pada muka Aria setelah mendapat makanan daripada pakcik Mike.
Perasaan marah Raqnid telahlah pun hilang selepas melihat pakcik Mike datang. Raqnid berjalan ke ruang tamu tanpa memikirkan hal itu lagi.
'Hehe, aku memang sengaja bubuh nombor rumah yang salah pun!' ujar Aria dalam hati.
"Ni kerja apa yang kau nak aku bu—at" Raqnid terkesima bila tiba di ruang tamu.
Manakala Aria sedang sibuk menyimpan makanan tadi di dapur dan dia samar-samar mendengar pertanyaan Raqnid itu.
"Apa kau cakap?" soal Aria dari dapur rumahnya.
Tiada sebarang respon daripada Raqnid menyebabkan Aria hairan lalu dia bergerak menuju ke ruang tamu.
"Budak, apa yang kau cakap tadi?" Aria melihat Raqnid tercegat berdiri di tengah-tengah ruang tamu itu.
"Jangan cakap, kau nak suruh budak intern buat semua kerja ni?" Raqnid menunjuk ke arah timbunan dokumen yang banyak.
"Ehh, mana ada! Separuh belah sana aku punya. Yang separuh sebelah sini kau punya."
"Garggghh, itu pun masih banyak laa gila!" jerit Raqnid.
"Ye ke? Takpe, kalau kau taknak buat takpe! Aku tak paksa. Melainkan kau suka nak balik lambat setiap hari." Aria mengomel.
"Haishh!" Raqnid pun duduk di atas sofa tanpa merungut lagi. Di hadapan timbunan dokumen yang perlu dia semak.
"Lejar! Kau biar betul, nak suruh aku semak lejar."
"Ouhh, kau tak tahu yer, takpe laa!"
"Haish, apa masalahnya? Kau kan ada unit akauntan. Kenapa kau nak aku semak semua benda ni?"
"Ermm, ada sesuatu yang tak kena!"
"Apa yang tak kena?"
"Ermmm!" Aria memikir panjang.
"Oi, jangan cakap kau pun tak tahu kenapa!"
Aria memandang ke tempat lain saat Raqnid menanyakan soalan.
Raqnid terkejut melihat reaksi Aria, "Kau betul-betul tak tahu!"
"YA! AKU TAK TAHU! Sebab tulah aku panggil kau untuk semak lejar tu!"
"Ha—ha, kau nak aku semak lejar ni tanpa tujuan yang jelsa!"
"Semak laa, kut-kut ada kesalahan dekat mana-mana!"
"Wahh, kau ingat semak benda ni macam baca novel ke hah!" Raqnid bengang.
"Dah jangan banyak bunyi, cepat kita siapkan, cepat kau balik!"
Raqnid dan Aria memulakan kerja mereka menyemak lejar syarikat untuk mencari punca yang membelenggu di pikiran Aria.
Setelah 1 jam berlalu..
"Tak sangka kau juga pandai dalam bab ni.. Aku tertanya-tanya, kau ni siapa hah? "
"Huh?"
"Ye laa, kau hebat dalam berkata-kata, pemasaran, menguruskan acara, dan sekarang menyemak lejar. Langsung tak serupa dengan budak intern lain.. Dekat mana eh kau belajar semua ni? Mustahil dekat Universiti ajar kau semua ni?"
"Boleh serius tak!" Raqnid dengan riak wajah yang serius.
"Ba—iklah! Aku tanya je pun!" Aria bekecil hati lalu fokus dengan kerjanya semula.
Aria mencuri memandang Raqnid dengan mata ekor, 'Seriusnya dia buat kerja!'. Wajah Aria mula kemerahan memikirkan sesuat. ‘Haish, apa yang kau pikirkan ni, Aria! Fokus!’ Aria menampar kedua-dua pipinya.
Setelah pukul 8 malam, mereka pun berhenti seketika untuk makan malam. Mereka menjamu makanan yang diberikan oleh pakcik Mike kepada Aria petang tadi. Selesai makan, mereka sambung kembali kerja mereka.
Masa berlalu, jarum jam menunjukkan pada pukul 12 tengah malam.
"Ahhh, akhirnya! Habis!" Raqnid menggeliat meluruskan belakangnya.
"Huh? Ciss, dia boleh tidur!"
Aria sudah pun tertidur di atas sofa di hadapan Raqnid tanpa Raqnid sedar kerana dia terlalu fokus dengan kerjanya.
Raqnid kemudian menyemak sisa-sisa lejar yang belum disentuh Aria sehinggalah pukul 1.30 pagi. Barulah habis kesemua lejar disemak.
"Sekarang dekat mana aku nak tidur." Raqnid mencari bilik untuk di tidur. Dia memasuki setiap bilik yang ada di rumah Aria sehinggalah dia terjumpa bilik yang kosong seperti tidak berpenghuni.
Sebelum Raqnid tidur, dia mengambil selimut lalu menyelimutkan Aria yang tidur di atas sofa di ruang tamu. Sewaktu, dia menyelimutkan Aria, fikiran Raqnid terbehenti seketika apabila melihat wajah Aria sewaktunya tidur. Selepas beberapa saat, fikirannya kembali waras. ‘Huh? Kenapa dengan aku ni? Tengok dia tak tentu pasal! Errr, menakutkan! Kenapa sejak kebelakangan ni, diri aku pelik sangat! Patutkan aku jumpa doktor?’
Raqnid pun masuk ke bilik lalu kemudian tidur.
Share this novel