Aria melangkah mendekati orang tersebut. "Leo!"
Leo mengalih pandangannya, melihat ke arah wanita yang memanggil namanya. “Aria! Lama tak jumpa!”, menyambut Aria dengan senyuman manis.
“Kan saya dah beritahu, jangan datang ke tempat kerja saya!”
“Maaf laa.. Ini saja cara saya hendak berjumpa dengan awak. Kalau waktu lain, awak selalu cari alasan untuk mengelak daripada berjumpa dengan saya.”
“Gerggh!” Aria mengetak gigi.
“Ini semua juga untuk kebaikan masa depan kita.”
“Boleh tak beritahu cepat! Apa yang awak nak? Saya sibuk!” Aria dengan sinis melayan Leo. Dia mahu mengakhirkan pertemuan ini dengan segera. Namun, Leo tak begitu mudah melepaskan Aria.
“Duduk laa dulu! Saya baru je berjumpa dengan awak.” Leo menarik kerusi berhadapan dengannya menjemput Aria.
“Saya takde masa laa nak layan awak.” Aria berkeras.
Namun, di balik kedinamikan pertemuan mereka, tersembunyi sebuah kisah yang penuh dengan rahsia dan emosi terpendam.
Leo sebenarnya adalah bakal suami Aria walaupun mereka tidak pernah bertunang, ayah mereka berdua telah bersetuju untuk menjodohkan mereka sejak kecil. Namun, Aria tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan ini kerana dia tahu ini semua kerana bisnis. Leo juga berasal dari keluarga yang kaya dan itu ialah perkara biasa buat pemilik bisnis untuk mengukuhkan dan mengembangkan bisnis mereka dengan mengawinkan anak mereka dengan anak orang kaya yang lain.
Aria merasa terkekang dengan harapan keluarga dan merasa bahawa dia tidak memiliki kendali atas nasibnya sendiri.
Ketika Leo berjumpa dengan Aria, dia sebenarnya ingin membicarakan tentang perkahwinan mereka berdua. Dia percaya bahawa seiring berjalannya waktu, Aria mungkin sudah bersedia untuk menerima pernikahan itu. Namun, perbincangan itu memicu perasaan-perasaan yang rumit di dalam diri Aria.
Setelah perbincangan tersebut, Aria mula merasa tidak senang hati. Dia merasakan tekanan dari segala arah – tanggungjawab kepada keluarga, harapan masyarakat, dan konflik batinnya sendiri. Dia merasa seperti dia kehilangan dirinya sendiri dalam perjuangan untuk memenuhi harapan orang lain.
Ketika perasaannya hampir tak tertahankan, Aria naik ke atas pejabat bangunannya untuk menenangkan pikirannya. Di atas sana, dengan angin sepoi-sepoi dan panorama kota yang megah di bawahnya, dia merenungi kehidupannya dan menghadapi konflik yang meruncing dalam dirinya.
Raqnid yang berada di dalam bilik pejabat Aria, tertidur kerana terlalu lama menunggu Aria yang pergi berjumpa dengan Leo. Cahaya petang menerpa masuk melalui tingkap, menghiasi wajah Raqnid yang tenang dalam tidurnya.
Sehingga jam 6 petang, waktu Raqnid pulang. Raqnid terjaga dan hendak pulang tetapi dia terlihat beg tangan Aria masih di atas mejanya. 'Dia tak pulang lagi?' bisiknya dalam hati. Rasa prihatin melanda dirinya. Raqnid tahu Aria seorang yang berdedikasi, tetapi ini terlalu lama bahkan untuk kebiasaan Aria yang bekerja lembur.
Tanpa berfikir panjang, Raqnid memutuskan untuk mencari Aria. Dia merasa ada yang tidak kena. Dengan langkah tergesa, Raqnid bergerak melalui lorong-lorong pejabat, mencari jejak Aria. Raqnid meronda satu pejabat, akhirnya mendapat petunjuk bahwa Aria mungkin ada di atas, di atas pejabat bangunan syarikat.
Dengan hati yang semakin resah, Raqnid mengambil langkah menuju atap bangunan. Di atas sana, dengan pemandangan senja yang indah, dia melihat Aria duduk sendirian. Wajah Aria penuh dengan kesedihan, dan mata merah akibat air mata yang baru saja mengalir.
Raqnid mendekati Aria dengan lembut dan duduk di sampingnya. "Yo!"
Aria terkejut melihat Raqnid di sana. Namun, kehadirannya memberinya keselesaan.
Raqnid tidak tahu apa yang berlaku pada Aria. Namun, dia merasa perlu untuk menenangkan hati Aria. "Aria, aku tahu ujian hidup ni berat. Tetapi ingatlah, kebahagiaan kau adalah yang utama. Jangan biarkan tekanan dari luar menghalangi kau untuk mengikuti suara hati kau sendiri."
Aria melihat usaha Raqnid itu, merasakan kehangatan dan pengertian yang datang darinya. Dalam hatinya, cintanya terhadap Raqnid semakin dalam. Namun, dia juga menyedari betapa rumitnya keadaannya. Hati yang terbelah antara tanggungjawab keluarga dan cinta yang tumbuh di dalamnya.
Sambil menatap mata Raqnid, Aria bertanya pada dirinya sendiri, ‘Namun, apakah nasibku jika segala haluanku telah ditetapkan oleh ayahku?’ Dalam senyap yang mengiringi matahari terbenam, pertanyaan itu melayang begitu dalam di dalam pikirannya.
“Pfft, apa yang kau merepek ni? Macam seolah-olah kau tahu, apa yang aku lalui sekarang!” Aria merengangkan suasana tersebut selepasnya hatinya senang melihat Raqnid di sampingnya.
Raqnid kemerahan malu, dia sedar tindakannya itu tidak masuk akal. Namun, dalam situasi ini, Raqnid merasakan dia perlu mengatakan sesuatu meskipun dia tidak mengetahui apa yang Aria alami. Apapun, tindakannya berhasil mengembalikan senyuman di wajah Aria.
“Jangan terlalu memikirkan masalah kau, semuanya akan selesai seiring berjalannya waktu!”
“Macam mana kau tahu, masalah aku boleh selesai?”
“Aku hanya tahu! Kenapa, kau tak percayakan diri kau ke?”
Aria menghela nafas dalam-dalam, merenungi kata-kata Raqnid. ‘Kenapa, kau tak percayakan diri kau ke?’, kata-kata ini bermain di pikiran Aria. Walaupun kata-kata ini ringkas namun ia memberikan seribu satu makna buat Aria. Apa yang Aria perlukan adalah keyakinan terhadap kemampuan dirinya.
Selama ini, dia hanya ingin membuktikan kemampuannya kepada ayahnya. Dia ingin membuktikan bahwa dirinya dapat mengukir jejak sendiri, tidak hanya hidup di bawah bayang-bayang ayahnya. Namun, usaha dan pencapaiannya selama ini seakan hilang di mata ayahnya.
Kekecewaan semakin merasuki diri Aria, dan kepercayaan pada dirinya semakin luntur sehingga dia lupa percapaian yang dia berjaya kecapi. Setelah mendengar kata-kata Raqnid membuat dia merenung.
Mungkin saatnya dia berhenti meragukan dirinya sendiri. Mungkin saatnya dia berhenti mencari pengesahan dari orang lain, terutamanya dari ayahnya. Dia menyedari bahawa dia harus membangunkan keyakinan dalam dirinya sendiri, mengambil langkah berani untuk mengejar apa yang dia ingini. Ayahnya mungkin tidak mengakui, tetapi itu bukanlah tolak ukur sejati tentang nilai dirinya.
Hujung senja mulai melukis langit dengan warna-warna indah yang mengalun. Seperti dalam keheningan yang tenang itu, Aria merasakan kekuatan baru yang muncul dari dalam dirinya. Kekuatan untuk melawan norma, menghadapi ketakutan, dan mencari kebahagiaan yang sejati.
"Terima kasih, Raqnid," gumam Aria dengan suara yang lembut tetapi penuh makna.
Raqnid mengangguk kepalanya menerima ucapan kasih daripada Aria. Tersenyum melihat Aria tersenyum.
Setelah itu, mereka pun pulang bersama.
####
Keesokan harinya, Raqnid tiba di depan syarikat. Tiba-tiba muncul seseorang menerpa Raqnid daripada belakang, membuat dia terkejut.
"Huh?" Raqnid terkejut, agak keliru.
“Kau pekerja dekat sini ke?” orang asing itu mendesak.
“Ya, saya.” Raqnid menjawab sambil mengangguk, masih bingung.
“Aku, Leo. Boleh aku ambil masa kau sekejap?” Leo bertanya.
“Uhmm…”
Di dalam sebuah kafe berdekatan, dengan bangunan syarikat itu terlihat sepenuhnya, Raqnid dan Leo memesan minuman sebelum memulakan perbualan mereka.
"Encik ada apa nak beritahu saya?" Raqnid bertanya..
"Aku nak kau bekerja untuk aku!" Leo mengisytiharkan sambil menghirup secawan kopi panas.
"Bekerja?" Raqnid terkejut dengan tawaran yang tidak dijangka itu.
"Ya! Aku akan bayar gaji yang lumayan."
'Wahh, tak sangka aku popular sampai macam ni sekal!' Raqnid bangga diri mendengarkan perkara itu. Dia menyangka kejayaannya sebelum ini di acara pelancaran produk telah menyebabkan dia terkenal sehingga ada syarikat lain yang mahu mengambilnya bekerja.
"Heh, jadi skill apa yang encik nak daripada saya! Saya terlalu berkebolehan!" tanya Raqnid dengan bangga dan yakin diri.
"Aku nak kau perhatikan bos kau!" Leo berkata.
"Huh? Ehh?" wajah Raqnid menunjuk expresi bingung dengan permintaan tersebut dan dia mula fikir adakah itu sekadar gurauan.
Leo ketawa. “Jangan terkejut sangat, aku bukannya nak suruh kau skodeng dia. Cuma pantau hari-hari dia, apa yang dia buat, dengan siapa yang dia selalu keluar." Leo kelihatan seperti tidak bergurau.
'Itulah skodeng, bongok!' maki Raqnid dalam hati.
"Haih, macam ni lah! Aku terus terang.. Sebenarnya, Aria tu bakal menjadi isteri aku disebabkan faktor keluarga.. Keluarga aku dan keluarga dia dah bersetuju untuk satukan kami berdua.. Tapi, baru-baru ni, Aria tidak mahu berkahwin dengan aku.. Katanya, dia dah sukakan seseorang.. Aku ni, tak seteruk tu nak paksa orang kahwin dengan aku. Jadi, aku nak tahu betul ke, Aria tu dah sukakan seseorang ataupun itu hanya alasannya sahaja. "
"Ahh, saya faham!" Raqnid mengangguk. Otaknya memproses kata-kata Leo itu.
"Bagus, kau boleh mula menyiasat! Nanti, kita jumpa lain.." Leo terus berambus daripada situ tanpa memberi peluang kepada Raqnid memberikan jawapannya.
"Tunggu!" Leo sudah berjalan jauh baru Raqnid mendapatkan jawapan. Jadi, panggilannya sudah tidak dapat didengari oleh Leo.
'Hurghh, tak sangka dia dah berpunya!'. Hati Raqnid sakit, dan dia tidak dapat memahami mengapa. Dia tersandar ke belakang kerusinya, mengeluh.
Dengan tekad untuk melupakan perasaannya, Raqnid berdiri untuk meninggalkan kafe. Tepat ketika dia hendak keluar, seorang kakitangan kafe memanggilnya, "Encik!".
"Ya?" Raqnid berpaling kepada pekerja kafe itu.
"Encik belum bayar lagi" pekerja itu mengingatkannya.
"Ahh, ya ka!" Raqnid berjalan kembali ke kaunter, berfikir, 'Ingatkan, dia dah tolong bayarkan untuk aku!'.
"Semuanya, Rm14.50!" kata cashier disitu.
"Ehh,Saya hanya minum teh!" Raqnid terkejut dengan bil yang melampau itu.
"Ini termasuk harga minuman kawan encik tadi." cashier itu menjelaskan.
"Huh? Dia tak bayar ke, minuman dia?" Raqnid bertanya dengan tidak percaya.
"Tak!" cashier itu mengesahkan.
"Hah! Jeez, tak guna betul! Aku kena scam! Dah laa dia order minuman paling mahal sekali." Raqnid menggerutu.
####
Raqnid masuk ke dalam pejabat, namun hari ini ada perasaan yang berbeza, kerana dia tidak perlu lagi menyediakan air dan boleh pergi terus ke bilik Aria.
“Boleh saya masuk!” Raqnid tersenyum sinis di hadapan Alya.
“Ciss!” Alya hanya mengangkat kening.
Ketika Raqnid melangkah ke dalam bilik Aria, dia melihat Aria sedang sibuk bekerja. Dia tidak lagi bersedih tentang kejadian semalam. Raqnid tersenyum melihat Aria kembali seperti biasa.
“Kenapa kau duk tersengih-sengih depan pintu?” tanya Aria hairan.
“Ahemm.. Mana ada!” Raqnid berjalan ke sofa tempatnya bekerja. Di hadapannya, meja kecil dipenuhi dengan fail-fail syarikat yang bersepah.
Raqnid memutuskan untuk mula mencari senarai individu yang mungkin terlibat dengan penyelewengan wang dalam syarikat.
Raqnid membuka fail penyiasatan di hadapannya dan mengambil sekeping kertas kosong. Dia memulakan dengan mencipta senarai nama-nama mereka yang mungkin terlibat dengan penyelewengan tersebut. Dia berfikir sejenak sebelum mula menulis.
‘Tidak mungkin hanya satu orang yang terlibat,’ Raqnid berbisik dalam hati. Dia menulis nama-nama pekerja yang mempunyai akses kepada transaksi kewangan dan juga yang pernah terlibat dalam transaksi dengan syarikat lain.
Setelah beberapa ketika, senarai itu semakin panjang. Raqnid akhirnya menulis tujuh nama individu yang berpotensi terlibat dengan penyelewengan ini. Dia memberi tanda bintang pada nama-nama tersebut untuk menunjukkan kepentingan penyiasatan lebih lanjut.
Dengan senarai tersebut dalam genggamannya, Raqnid mendekati Aria. Dia menjelaskan bahawa dia telah mengenalpasti tujuh orang yang mungkin terlibat dalam penyelewengan wang tersebut. Aria mengangguk dan menyatakan bahawa mereka perlu menyiasat setiap individu tersebut dengan teliti.
Keduanya bermula dengan menganalisis transaksi-transaksi yang melibatkan setiap individu yang disenaraikan. Mereka memeriksa transaksi-transaksi yang dilakukan oleh mereka, mencari petunjuk atau pola yang mencurigakan.
Ketika mereka menganalisis transaksi-transaksi, mereka menyedari satu corak yang mencurigakan. Penyelewengan ini berlaku semasa mereka bekerja dalam satu projek kumpulan. Projek itu melibatkan pembayaran kepada syarikat lain sebanyak RM200,000, tetapi jumlah yang sebenarnya telah dikeluarkan daripada syarikat adalah RM270,000. Ini bermakna seseorang telah mengambil RM70,000 secara tunai tanpa sebarang penjelasan yang sah.
"Kita perlu mengesan di mana RM70,000 tersebut telah digunakan," kata Raqnid sambil menunjuk kepada perbezaan jumlah dalam transaksi.
Aria mengangguk setuju. Mereka meneruskan penyiasatan dengan mengumpul lebih banyak maklumat mengenai transaksi tersebut dan juga mengesan pergerakan wang dalam tempoh yang berkaitan.
Namun, semakin mereka menyelidiki, semakin kabur kesimpulannya. Mereka tidak dapat mengesan sebarang rekod yang menunjukkan di mana RM70,000 itu telah digunakan. Tiada sebarang transaksi yang mencurigakan atau dana yang berkaitan dengan jumlah tersebut.
"Kita perlukan lebih banyak bukti untuk menuduh mana-mana individu secara sah," kata Aria dengan nada kecewa.
Raqnid bersetuju. "Ya, kita perlu mencari petunjuk yang lebih kukuh dan melanjutkan penyiasatan kita. Mungkin ada dokumen atau maklumat yang kita terlepas pandang."
Dalam usaha mereka untuk mencari petunjuk yang lebih jelas, Raqnid dan Aria terus berusaha berunding dan bekerjasama. Kedua-dua mereka yakin bahawa jawapan kepada misteri penyelewengan wang ini akan terungkai jika mereka terus bekerja bersama dan memeriksa setiap butiran dengan lebih teliti.
Share this novel