Chapter 4 - Percaya

Romance Series 7839

Keesokan harinya…

Raqnid tiba di tempat kerja seperti biasa. Rakannya yang sudah bersedia melakukan kerja mereka meninggalkan Raqnid seorang diri. Raqnid berjalan menuju ke ruang rehat untuk membancuh air kepada pekerja lain.

Aria yang baru sahaja di tiba pejabatnya. Sewaktu hendak menaiki lif, dia teringatkan kisah kemarin apabila Raqnid mengenakannya. "Haishh, budak! siap kau harini!" kata Aria.

"Budak mana Boss!" tegur supervisor John. "Arghhh!" terkejut Aria dibuatnya. Supervisor John memandang Aria. Aria kemudiannya memandang Supervisor John balik dengan begis.

"Ahh, maafkan saya!" jawab supervisor John. Pintu lif pun terbuka, Aria kemudiannya masuk.

"Boss sekejap, saya ada tertinggal barang dekat situ!"

Aria pun menunggu. 5 minit kemudian. 'Kenapa lama sangat John ni?' kata Aria dalam hati. Aria kemudiannya terdengar suara Supervisor John sedang berbual dengan orang lain. 'Dia suruh aku tunggu pastu dia boleh bersembang lagi!' Angin Aria mula tidak baik.

Aria terus menekan butang tutup tanpa menghiraukan supervisor John. Pintu lif pun mula tertutup. Sebaik sahaja pintu lif hampir tertutup sepenuhnya, muncul supervisor John datang ke arah lif tersebut. Aria dalam hati berkata' Huh, siapa suruh kau lambat!'

Aria dalam hati ‘Selamat tinggal!’. Dia senang melihat supervisor John berlari ke arah lif seperti dirinya kemarin. Pintu lif pun tertutup sepenuhnya.

TINGG!

Pintu lif tersebut terbukak semula sebaik sahaja Aria hendak menekan butang ke tingkat pejabatnya berada. “Huhhh?” Aria terkejut melihat pintu lif itu terbuka kembali. Muncul supervisor John masuk ke dalam lif dengan bersenang lenang. “Maafkan saya boss! Boss mesti lama menunggu.” kata supervisor John kepada Aria.

“Ahh, takpe!” jawab Aria yang masih terkesima dengan hal tersebut. Dalam dirinya berkata ‘Hah, kenapa aku begap sangat! Pintu akan bukak semula kalau aku tekan butang lif diluar.. Herh, budak tu mesti seronok ketawakan aku selepas tengok kebodohan aku kemarin!’ Aria menggaru kepalanya apabila memikirkan hal yang memalukan itu.

“Arghhh!”. “Uhmm, boss?” supervisor John hairan melihat Aria yang tiba-tiba menjerit tak tentu pasal.

Sementara di ruang rehat, Raqnid sedang membancuh air. Dia juga memikirkan perkara yang berlaku di lif kemarin. “Pffttt.. Tak sangka makcik tu selembap tu!” Raqnid rasakan dirinya mula rasa seronok apabila mengusik Aria.

####

Raqnid duduk melihat suasana orang bekerja. Datang Kiel memanggil Raqnid. “Raqnid, jom! Kita di jemput ke mesyuarat.” kata Kiel dengan tergesa-gesa. “Huh? Biar betul? Aku sekali ke?” soal Raqnid yang tidak percaya dirinya dijemput. “Ya, semua budak intern dijemput.” jawab Kiel. Raqnid pun pergi bersama Kiel. Mereka bertemu dengan rakan seintern mereka.

“Tak sabarnya aku nak jumpa dengan pengasas syarikat ni!” kata Kiel dengan teruja. “Ya aku dengar dia cantik orangnya!” ujar Alice. Lina hanya mengangguk kepalanya teruja. ‘Cantik laa sangat!’ kata Raqnid dalam hati.

“Bukan itu sahaja, dia berjaya bukak syarikat ini pada usia yang muda! Hebat bukan!” sambung Doug.

‘Cehh’ kata Raqnid dalam hati. “Ya, kebanyakan pekerja disini kata dia seorang yang baik!” sambung Kiel.

‘Baik apanya!’ kata Raqnid dalam hati. “Dan juga seorang yang matang dan berintrigiti dalam membuat keputusan.” tambah Alice.

‘Iyalatu!’ kata Raqnid dalam hati. Bernanah telinga Raqnid mendengar pujian-pujian itu.

“Raqnid kenapa kau senyap je ni?” soal Kiel. “Dia pasti sedang mengutuk boss dalam hati ni. Hihi!” jawab Alice dengan nada bergurau.

Raqnid terkejut mendengar kata-kata Alice seperti dia tahu apa yang sedang Raqnid fikirkan. Raqnid dalam hati ‘Menakutkan betul Alice ni! Dia ada keturunan bomoh ke?’.

“Haha, apa korang ni! Raqnid sedang berpikir macam mana dia nak ambil hati boss laa.. Takkan dia nak buat air sampai habis intern!” jawab Doug. “Yelah, kau kena beritahu boss nanti, Raqnid!” kata Kiel.

Supervisor John tiba. “Baiklah, semua kamu dah ada kat sini! Mari!” Supervisor John membawa mereka ke bilik mesyuarat. Tiba sahaja di bilik tersebut. Masih tiada sesiapa disitu melainkan mereka. “Ok, ini bilik mesyuarat.” kata supervisor John.

Mereka ditempatkan di belakang sekali supaya tidak mengganggu mesyuarat.

Setelah itu, Aria pun tiba ke bilik tersebut lebih awal daripada pekerja lain. Aria datang ke arah Raqnid dan rakannya untuk bertegur siapa. “Cantiknya dia!” bisik Alice. “Yelah!” setuju Kiel. “Hmmph!” meluat Raqnid mendengarnya.

“Hello, semua! Selamat berkenalan! Nama saya Aria! Saya CEO syarikat. Maaf ya, baru sekarang saya pekenalkan diri.” kata Aria dengan lemah lembut.

“Selamat berkenalan, puan! Saya Kiel. Jangan risau, kami faham kesibukan puan. Kami sangat bebesar hati kerana puan menjemput kami kesini.” jawab Kiel dengan lancar dan teratur.

“Haha, terima kasih Kiel. Tak perlu panggil saya puan, saya single lagi.. Haha!” ujar Aria.

“Ehh, dengan kecantikan macam ni, mustahilah boss single!” sambung Doug.

‘Puii!’ Raqnid dalam hati.

“Haha, pandailah kamu! Uhmm, boleh saya tahu nama kamu semua!” soal Aria.

“Nama saya Alice! Selamat berkenalan boss, Aria.” Alice bersuara. “Ahh, selamat berkenalan!” jawab Aria sambil tersenyum. “Saya Doug.” kata Doug. “Umm, sssaya Lina!” jawab Lina denga suara yang perlahan.

Tiba giliran Raqnid, dia berpura-pura tidak mempedulikan kehadiran Aria. Raqnid berpura-pura bermain dengan telefonnya. Aria yang melihat perangai Raqnid itu mula berkata dalam hati 'Budak ni, geramnya aku!'.

Doug memanggil Raqnid dengan suara yang perlahan namun diendahkannya. Tidak tahan lagi, Alice yang berada di depan Raqnid terus memijak kaki Raqnid dengan menggunakan kasut tumit tingginya.

"Arghhh, makcik kau!" melatah Raqnid kesakitan. Aria hampir mencarut selepas mendengar perkataan makcik keluar daripada mulut Raqnid.

'Budak ni, memang saja naikkan darah aku!' kata Aria dalam hati. Raqnid terus memandang ke arah Alice. Alice hanya tersenyum dengan senyuman yang menakutkan sambil memberi syarat supaya memperkenalkan diri.

Raqnid yang takut melihat Alice terus bersuara. "Ahh, boss! Boss dah kenal saya kan, saya Raqnid!" kata Raqnid dengan nada kurang formal seakan-akan bercakap dengan rakannya.

"Ahh, ya kamu, saya ingat!" walaupun Aria geram melihat Raqnid, dia tetap bersabar kerana dia tidak mahu imejnya rosak di hadapan yang lain.

Pekerja lain pun tiba. Aria pun beransur pergi daripada pekerja intern.

"Oi Raqnid, kau dah gila ke hah! Buat peragai macam tu depan boss." bisik Doug. "Entah, kau sepatutnya berkelakuan baik di depan boss tadi, baru boleh kau minta dia untuk berikan kau kerja lain." tambah Kiel. "Maaf laa, aku tak perasan tadi!" jawab Raqnid seperti menyesal akan perbuatannya tetapi dirinya langsung tidak peduli. "Memang patut pun kau dapat kerja macam tu." Alice bersuara.

Mesyuarat pun bermula. Pada mesyuarat itu, mereka memperkenalkan produk baru yang akan dipasarkan. Minyak wangi untuk wanita. Datang dengan 5 jenis wangian berbeza. Produk itu diterangkan dengan terperinci oleh pekerja disitu. Kelebihan dan kekurangan produk. Jenis bahan dan bentuk botol minyak wangi. Kos sebotol minyak wangi dan harga yang dipasarkan. Kesemua aspek dibincangkan dan diterangkan di dalam mesyuarat itu yang berlangsung selama 3 jam.

"Baiklah, terima kasih semua! Saya harap produk baru kita ni dapat melonjakkan lagi nama Aria Beauty di negara ni!" ucapan penutup diberikan oleh Aria sebelum mesyuarat itu menutup tirai. Berakhirlah mesyuarat hari itu dengan tepukan.

"Byebye Raqnid! Jumpa esok!" rakan sekerjanya pergi meninggalkan Raqnid yang masih belum habis waktu bekerjanya. Raqnid hanya tercangak di tempat duduknya menunggu waktu pulangnya.

Jam di dinding menunjukkan jarum pendek pada nombor 7 yang berarti waktu bekerja Raqnid sudah habis. Tanpa berlengah lagi, Raqnid menggalas begnya lalu terus ke lif. Tiba sahaja dia di dalam lif, terlihat kelibat Aria datang ke arah lif.

Tidak seperti kemarin, Aria terus berlari ke arah lif tanpa melihat siapa individu yang berada di dalam lif tersebut. Aria sudah tahu, hanya seorang individu yang akan pulang pada waktu begini di pejabat itu. Raqnid juga berpikiran sama, dia sudah siap menekan butang tutup di lif supaya pintu lif tertutup. Wajah Raqnid hanya kelihatan biasa jika dilihat dari pandangan Aria tetapi tangan kanan Raqnid yang menekan butang lif bertubi-tubi itu yang membuktikan niat dia yang sebaliknya.

Pintu lif pun tertutup lebih awal daripada kemarin. Aria tiba sahaja di depan lif, pintu lif sudah pun tertutup. Raqnid di dalam lif tersebut tersengih seorang diri "Hehe!".

Tidak seperti kemarin, harini Aria sudah lebih berpengetahuan dan berfikir dengan lebih rasional. Dia menekan butang lif di luar terlebih dahulu setelah tiba di hadapan lif.

TING!

Pintu lif terbuka kembali. "Heh, berani ye kau budak!" kata Aria dengan riak wajah yang bangga kerana harini dia tidak tewas.

Raqnid menjawab dengan riak wajah tidak bersalah "Ahh, boss! Boss pun baru balik!".

Aria masuk ke dalam lif tersebut "Jangan pura-pura tak tahu, kau sengaja kan tutup pintu lif ni!" soal Aria.

"Ya, tapi tak sangka pulak ada orang yang lembab tak tahu cara lif ni berfungsi walaupun setiap hari gunakannya." perli Raqnid.

Panas telinga Aria mendengarnya. "Nampaknya, harini dia dah tahu cara gunakannya! Bagus, belajar daripada kesilapan." Raqnid menambahkan lagi minyak ke dalam api. Aria hanya sabar mendengar perlian itu.

"Apa pendapat kau tentang mesyuarat tadi?" soal Aria dengan tenang. "Hmph, produk yang bagus, cara penyampain yang sangat menyakinkan tapi strategi pemasaran yang lemah."

"Apa maksud kau hah budak?" soal Aria. "Macam yang aku cakap, produk baru kau tu takkan pergi jauh dengan strategi pemasaran begitu. Budak intern pun tahu benda tu." jawab Raqnid.

"Jadi strategi pemasaran yang macam mana yang perlu aku lakukan?" soal Aria sekali lagi.

Raqnid hanya mendiamkan diri sehinggalah pintu lif terbuka. Raqnid terus keluar daripada lif tersebut tanpa menjawab pertanyaan Aria.

"Oi budak, kau belum jawab lagi soalan aku!" jerit Aria dari dalam lif. Raqnid pun menoleh sedikit kepalanya dan berkata "Maaf, saya hanyalah pembancuh air!" jawab Raqnid sambil tersenyum.

Aria terus mengamuk selepas mendengar jawapan Raqnid itu. "BUDAK TAK GUNAA!" jerit Aria. "Hehe!" Raqnid meninggalkan bagunan itu.

Keesokan harinya..

Aria memanggil semula semua pekerjanya yang terlibat dengan mesyuarat kemarin untuk berbincang kembali mengenai strategi pemasaran produk baharunya. Pekerja intern juga di suruh hadir dalam mesyuarat itu. Aria dan rakan sekerjanya bermesyuarat mengenai strategi pemasaran dengan lebih terperinci. Walaupun perbincangan dilakukan sekali lagi, Aria tetap tidak dapat mencari masalah yang dikatakan Raqnid mengenai strategi pemasaran mereka. Aria kemudiannya menyoal pendapat pekerja intern seperti yang diberitahu Raqnid kemarin.

Kiel orang pertama bagun memberikan pendapatnya. "Bagi saya, kaedah dan strategi pemasaran ini tersangatlah bagus. Saya pasti minyak wangi ini akan laris di pasaran." kata Kiel dengan lancar namun pendapat Kiel itu bukanlah apa Aria mahukan.

Seterusnya, Alice, Doug dan Lina memberikan pendapat mereka namun kesemua mereka hanya memberikan konklusi yang sama dengan jawapan yang berbeza.

Semua mereka langsung tidak membantah atau tidak bersetuju dengan strategi pemasaran itu. Tibalah giliran Raqnid untuk memberikan pendapat.

'Baiklah budak apa pendapat kau?' kata Aria dalam hati.

"Pada pendapat saya, saya bersependapat dengan rakan-rakan saya yang lain." kata Raqnid.

PANNG!

Meja ditampar. 'Budak ni, berani dia mempermainkan aku!' jerit Aria dalam hati. "Baiklah, terima kasih semua. Mesyuarat kita tamat disini!" kata Aria sambil tersenyum, mengawal kemarahannya. Semua orang pun mula meninggalkan bilik mesyuarat tersebut.

"Wei, boss marah ke?"

"Tiba-tiba dia tampar meja!"

"Terkejut aku!"

Pekerja lain keluar dari bilik tersebut dengan kehairanan.

'Hehe!' tersengih Raqnid apabila melihat Aria marah.

"Terkejut aku tadi, ingatkan dia marah kita." kata Doug. "Aku rasa dia teruja mendengar pendapat kita kut!" ujar Kiel. "Tak, aku dapat rasakan yang dia marah tadi! Raqnid apa yang kau buat hah?" soal Alice sambil memandang ke arah Raqnid dengan serius.

Raqnid mulai takut dengan kebolehan Alice merasakan sesuatu. "Mmmana ada!" jawab Raqnid tergagap-gagap.

Di dalam lif..

"Heh.. Budak intern pun tahu!" ajuk Aria kepada Raqnid.

"Kalau kau berada di tempat mereka, kau rasa kau berani bantah rancangan pekerja yang lebih berpengalaman daripada kau. Tambahan pula, kau hanya budak intern." jawab Raqnid.

Aria terkesima mendengar kata-kata Raqnid itu. "Lepas tu, kau nak aku panggil seorang demi seorang budak intern ke bilik aku, tanya pendapat mereka! Macam tu!" soal Aria.

"Oi, oi, jangan cakap kau betul-betul percayakan apa yang aku katakan kemarin! Kau lebih percayakan budak intern berbanding pekerja kau sendiri. Hahaha!" jawab Raqnid sambil ketawa.

Pintu lif pun terbuka. Raqnid pun pergi. Sementara, Aria masih tercegat di dalam lif memikirkan dirinya dipermalukan sebegitu.

'Harhh, aku dipermainkan lagi oleh budak tu.. Kenapa aku bodoh sangat percayakan kata-kata dia.. Dia tu hanyalah budak yang gilakan duit 50 sen.. Huh?" Aria mula memikirkan kejadian yang berlaku di atas kapal cruise saat Raqnid menyelamatkannya daripada orang kaya disitu dengan mempermalukan mereka.

Aria tersenyum 'Heh, sebab tu lah aku percayakan kata-kata dia.. Sekarang aku tahu aku tak bodoh!' kata Aria dalam hati, dia masih percaya dengan kata-kata Raqnid itu bahawa ada masalah dengan strategi pemasaran mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience