Walaupun sudah 2 minggu berlalu, masalah syarikat Aria masih tetap tidak selesai. Mereka mengadakan mesyuarat hampir setiap hari untuk melaporkan perkembangan terkini tentang isu yang dialami.
Pekerja daripada jabatan logistik yang ditugaskan Aria untuk bertemu dengan pembekal, kini mahu memberikan laporan mereka.
"Bagaimana dengan pembekal? Ada perkembangan?" soal Aria.
"Kami dah bertemu dengan setiap pembekal, mereka langsung tidak mahu bekerja sama malah ada yang langsung melarang kami masuk ke dalam premis mereka."
"Geez, dah kenapa dengan mereka ni?" Aria menggigit bibir.
"Kami ada berbual dengan pekerja mereka.. Mereka kata yang semua ini disebabkan tekanan oleh satu syarikat besar.. Syarikat besar menekan mereka supaya tidak lagi berurusan dengan kita!"
"Syarikat besar? Syarikat apa yang dengki dengan kita? Saya tak rasa kita pernah cari pasal dengan syarikat-syarikat lain?" Alya bersuara.
"Kami tak pasti berita ini betul ataupun tidak! Mereka mendengar ura-ura yang syarikat DavidElite Corporation yang melakukan semua ini.. Tapi bila difikirkan balik, syarikat DavidElite bukanlah persaing kita kerana mereka di industri yang berbeza!"
Aria tergamam bila nama syarikat DavidElite Corporation dipetik. Sudah tentu dia begitu tahu tentang syarikat ini kerana di situlah tempat dia bermain sewaktu dia kecil. Syarikat DavidElite Corporation merupakan syarikat ayahnya sendiri. Dia mula teringat peringatan ayahnya kepadanya sewaktu mereka bertengkar sebulan lepas.
'Baiklah, kalau itu yang kamu minta! Papa akan tunjukkan betapa kejamnya dunia perniagaan ini kepada kamu!'
Aria terduduk tersandar ke kerusi mendengar penjelasan pekerjanya itu. Semuanya sudah jelas, masalah ini berpunca daripada ayahnya sendiri bukanlah sesiapa. Dia mula sedar dan rasai kata-kata ayahnya itu sungguh perit dan mennyakitkan. Dia mula sedar yang kata-kata ayahnya itu bukanlah kata-kata kosong tetapi kata-kata yang disuluri dengan tindakan.
Alya yang melihat keadaan Aria sebegitu terus bertindak menamatkan mesyuarat tersebut dengan segera demi menjaga imej majikannya di hadapan pekerja-pekerjanya.
Alya tahu yang syarikat DavidElite Corporation merupakan syarikat kepunyaan ayah Aria. Dia faham situasi yang dialami Aria sekarang apabila mendapat tahu masalah ini berpunca daripada keluarga sendiri. Siapa saja yang tidak terkejut dan terkilan apabila mendapat tahu ayah sendiri yang khianat.
Aria bangun daripada kerusinya, langsung bergerak keluar daripada bilik mesyuarat tersebut. Alya cuba menghalang Aria daripada bertindak melulu namun tidak berhasil. Kemarahan Aria sudah membuak-buak, perasaan benci terhadap ayahnya kini semakin dalam.
Pedal minyak ditekan, kereta meluru laju keluar daripada parkir bawah tanah. Kesemua lampu isyarat dilanggar tanpa menghiraukan bahaya yang mendatang.
Meter kelajuan tidak lekang daripada 150 kilometers per jam.
Pengawal rumah Dato David ternampak dari cermin pondok pengawal, sebuah kereta yang sedang memandu lanju ke arahnya. Pengawal tersebut mengecam dari jauh kereta tersebut, terus dia bukakan pintu pagar rumah membiarkan kereta tersebut masuk.
Aria memasuki rumah ibu bapanya, kereta di parkir dengan sekali masuk. Dia keluar daripada keretanya, berjalan pantas menuju ke pintu rumah.
Pintu dibuka kasar, sengaja membiarkan penghuni rumah tersebut menyedari kedatangannya. Datin Emily yang berada di dapur mendengar bunyi hentakan pintu di ruang hadapan langsung bergerak ke ruang hadapan.
Melihat anak perempuannya sudah bergerak ke ruang atas. Dipanggilnya namun tidak disahut. Datin Emily mengekori jejak anaknya risau terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Aria terus membuka pintu bilik ayahnya tanpa meminta izin.
PANG!!!
Dato David hanya duduk bersandar di atas kerusi, sedikit pun tidak peduli dengan kehadiran anaknya.
"Sanggup papa, sabotaj syarikat Aria!"
Datin Emily yang kemudian hadir dan terkejut dengan perihal itu. "Sabotaj? Siapa yang sabotaj siapa ni?" soal Datin Emily keliru.
"Tanyalah papa! Dia lebih tahu tentang itu!" jawab Aria dingin.
"Huh? Abang! Betul ke apa yang Aria cakapkan tu?" tanya Datin Emily kepada suaminya.
Dato David mendongak kepalanya, memandang ke arah Aria. Dia bangun, "Kamu yang mencabar papa, Aria! Papa dah banyak kali ingatkan kamu tapi kamu yang degil!"
"Abang, takkan sampai macam tu sekali! Sanggup abang perlakukan anak abang macam tu!" ujar Datin Emily dengan nada kecewa.
Aria mengetap gigi, "Takpe mama! Kalau itu yang papa mahukan! Aria terima cabaran papa! Tapi ingat, kalau Aria berjaya lepasi cabaran ni.. Aria berhak tentukan hidup Aria!" tegas Aria memandang ke arah ayahnya.
Dato David tersengih, "Heh! Baiklah! Tapi kalau kamu gagal! Papa nak kamu tinggalkan bisnis kamu dan berkahwin dengan Leo!" ujar Dato David.
Aria mengangguk setuju, "Aria faham!", Kedua-dua mereka bersetuju dengan taruhan ini.
Aria kemudiannya mencium tangan dan pipi ibunya. "Aria pergi dulu ya, mama! Mama jaga diri!", dia meninggalkan rumah tersebut dengan nekad untuk menghalang hasratnya ayahnya daripada menjadi kenyataan.
Dato David hanya tersengih daripada tadi setelah membuat taruhan dengan anaknya. Dia seperti yakin akan menang pertaruhan ini.
'Tidak semudah itu, Aria! Kamu fikir dunia perniagaan ini kecil! Dunia ini penuh dengan kekotoran dimana yang berkuasa akan menindas yang lemah! Hanya yang kuat mampu berjaya!' desis Dato David dalam hati.
----------------------------------------
Pada hari minggu, Raqnid akan bertemu dengan rakan seinternnya setelah 2 bulan tidak berjumpa. Mereka bertemu di sebuah restoran yang menyajikan makanan segera.
Tiba di sana, hanya seorang sahaja yang tidak hadir pada perjumpaan tersebut iaitu Kiel. Mereka masing-masing tidak dapat menghubungi Kiel setelah tamat intern di syarikat Aria Beauty.
Kehairanan bermain di pikiran mereka tetapi hanya seorang sahaja yang tahu apa yang berlaku kepada Kiel. Orang itu hanya mendiamkan diri, berlakon seolah-olah di tidak mengetahui apa-apa sedangkan dia yang menyebabkan Kiel tidak dapat dihubungi.
"Oi, Raqnid!" tegur Doug apabila melihat Raqnid dibuai mimpi.
"Huh? Ya!" Raqnid terbangun daripada mimpinya.
"Apa yang kau berangankan tu? Kau takde hubungi Kiel ke?" tanya Alice.
"Ahh, tak!" jawab Raqnid sambil berbola matanya memandang ke arah lain kerana dia menipu.
"Pergi mana laa budak tu?" Doug kedengaran risau namun mulutnya tidak berhenti mengunyah makanan daripada tadi.
Setelah beberapa kali gagal menghubungi Kiel, mereka berputus asa dan teruskan tujuan pertemuan mereka tanpa Kiel. Mereka berbual mengenai kerja yang mereka lakukan sekarang.
Masing-masing bercerita dimana mereka bekerja sekarang. Alice dan Lina telah diserap masuk bekerja dengan syarikat Aria Beauty kerana kemahiran mereka menepati ciri-ciri yang diperlukan. Sementara, Doug pula bekerja dengan ayahnya menguruskan syarikat keluarganya. Raqnid pula menjawab dia masih tidak mendapat kerja.
Di pertengahan perbualan tersebut, Alice dan Lina menyatakan kerisauan mereka bekerja di syarikat Aria Beauty.
"Huuuurrrghh!" Alice mengeluh sambil mendagu di atas meja.
"Panjang betul kau mengeluh tu! Takkan baru kerja dah mengeluh?" tanya Doug.
Alice hanya mendiamkan diri, termenung memandang meja mengendahkan pertanyaan Doug. Lina mula bersuara, menyatakan kerisauan mereka.
"Apa? Aria Beauty alami masalah!" Raqnid orang pertama bertindak balas kepada kata-kata Lina itu.
"Ya, baru-baru ni.. Syarikat kami terpaksa berdepan dengan kekurangan bahan mentah." jawab Lina.
"Bahan mentah? Macam mana boleh terjadi?" Doug bertanya.
"Mereka kata yang kesemua pembekal tarik diri!" ujar Lina.
"Pembekal tarik diri?" Raqnid
"Ya, kami pun tak tahu sebab apa!" kata Lina.
"Masalah pembekal biasa laa.. Syarikat ayah aku pun kadang-kadang berlaku perkara sama." tambah Doug.
Alice mengangkat kepalanya, dia mendekatkan dirinya seperti mahu berbisik. "Bukan itu yang aku risaukan sekarang ni.. Aku dengar ura-ura mengatakan masalah ni berpunca daripada syarikat lain."
"Syarikat lain!" Doug dan Raqnid terkejut kemudian mereka juga bergeser punggung ke hadapan mendekatkan diri.
"Ya, syarikat besar lain! Mereka mesti dengki! Baru-baru ni, aku dengar yang syarikat kurier pula yang tarik diri.. Mereka taknak hantar produk-produk kami!"
"Oi, ini masalah besar ni! Campur tangan syarikat besar lain boleh menjatuhkan syarikat kecil macam Aria Beauty!" ujar Doug.
"Itu laa tu! Aku dah suka kerja dekat situ! Kalau syarikat Aria Beauty tiba-tiba bankrupt, mana aku nak cari kerja lepas ni! Sudah laa sekarang susah nak cari tempat kerja yang seronok. Tambah-tambah ada bos yang baik macam cik Aria tu!" Alice mengadu.
Lina juga mengangguk setuju.
Raqnid mula mendiamkan diri, kerisauan menyelubungi hatinya. ‘Jadi sebab itulah, awak terlalu sibuk sejak kebelakangan ni!’, desisnya di dalam hati.
Setelah itu, mereka makan-makan dan beransur pulang.
uaRaqnid melangkah ke stesen bas dengan langkah ringan, tanpa menyangka ada seseorang yang memanggilnya dengan tiba-tiba.
"Kau! Kau budak haritu kan?" soal orang itu kepada Raqnid.
"Huh?" Raqnid menggaru kepala, wajahnya penuh dengan kebingungan.
"Jangan cakap kau dah lupa aku!" lelaki itu bertanya sekali lagi.
"Siapa?" Raqnid benar-benar tidak dapat mengingatnya.
"Haishh, aku Leo! Bakal suami, Aria!"
"Ahhh, Leo!" Raqnid mengangguk seolah-olah teringat.
"Sekarang, kau dah kenal aku siapa! Aria mesti dah kenalkan aku!" Leo bersikap seakan-akan yakin.
"Haha, lebih kurang laa," Raqnid mula rasa meluat melihat sikap sombong Leo.
Leo terus berseloroh, "Aria tu kan, suka cakap pasal aku. Dia kata aku macam pahlawan dalam hidup dia, you know?"
Raqnid hanya tersenyum paksa sambil mengangguk mengiyakan kata-kata Leo. Kalau boleh dia mahu mengcekik Leo ni supaya diam.
Meskipun hatinya penuh dengan kekesalan, Raqnid berusaha menahan diri daripada menunjukkan perasaannya. Rasa bersalah kerana sebelum ini dia yang menyalah sangka kepada Leo, membuatkan Raqnid memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam perbualan yang semakin mendapat tona sombong.
Raqnid merenung ke hadapan, cuba mencari peluang untuk menamatkan pertemuan ini tanpa menimbulkan pertikaian. Dia tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengungkit kesilapannya terdahulu. Sebaliknya, Raqnid memilih untuk menjaga rahsia hubungannya dengan Aria dan menjauhkan diri dari keadaan yang mungkin merumitkan situasi.
Sementara itu, Leo terus berbual tanpa menyedari ketidakselesaan yang dirasai oleh Raqnid. Raqnid hanya berdoa agar pertemuan ini berakhir secepat mungkin tanpa menimbulkan masalah yang tidak perlu.
Tidak lama kemudian, bas pun datang. Raqnid dengan bersyukur melihat kedatangan bas tersebut, dan dia segera mencari peluang untuk mengakhiri pertemuan dengan Leo.
"Ahhh, bas dah sampai. Leo, saya kena naik bas ni. Jumpa lain kali lah ya," Raqnid mencuba menyudahkan perbualan dengan hormat.
Leo hanya tersenyum dan mengangguk, "Sure, Raqnid. Jumpa lagi. Ingat, jangan lupa beritahu Aria yang kita dah berjumpa ya!"
Raqnid hanya mengangguk sekadar memberikan jawapan yang bersopan, tanpa mahu terlibat lebih lama dalam perbualan yang semakin tidak selesa. Dia segera menuju ke bas, merasakan lega kerana dapat meninggalkan situasi yang tidak diingini. Bas mula bergerak, membawa Raqnid jauh dari perbualan yang menyakitkan hati bersama Leo.
"Haishh, dia ingat dia siapa? #Q%#%%#" Raqnid melepaskan segala apa yang pendam dari tadi di dalam bas itu.
Wajah Raqnid dipenuhi dengan ekspresi kesal yang sudah tidak mampu ditahan lagi. Dia membiarkan segala rasa frustrasi dan kekesalan yang berkumpul sejak tadi keluar dengan ungkapan yang tidak senonoh. Walau di dalam hatinya dia tahu betapa pentingnya untuk menjaga kesopanan, namun kini, ketidakselesaan yang dialaminya membuatkan Raqnid melepaskan kata-kata yang mungkin tidak sepatutnya.
Beberapa penumpang yang duduk berdekatan dengan Raqnid mungkin terkejut dengan reaksi tiba-tiba itu. Namun, Raqnid tidak lagi memikirkan apa yang orang lain fikir. Dia merasa lega kerana dapat melepaskan ketidakpuasan hati yang bertimbun sepanjang perbualan dengan Leo tadi.
Share this novel