Chapter 23 - Pulang Awal

Romance Series 7839

Aria tiba di hadapan syarikatnya, mata memandang dengan tajam kepada kereta yang terselit di sebelah syarikatnya. Wajahnya mula menunjukkan ekspresi yang campur aduk antara kebingungan dan kegeraman.

"Huh? Kereta ni? Bukan ke, ni kereta Leo!" gerutu Aria sendirian sambil menepukan dahi.

Dengan penuh kerisauan, Aria segera memberhentikan keretanya di kaki jalan dan mencari-cari tanda-tanda Leo. Dia tidak ingin Leo berada di kawasan syarikatnya, kerana itu boleh membongkar rahsianya yang dia simpan daripada pekerja-pekerja syarikatnya.

Langkah kakinya melangkah pantas, matanya mencari-cari jejak Leo di sekitar kawasan tersebut, tetapi Leo kelihatan hilang dari pandangan.

"Mana dia ni? Kafe!" Aria bergegas ke arah kafe tempat dia sebelumnya berjumpa dengan Leo.

Dalam sekelip mata, Aria tiba di hadapan kafe yang bersinar terang. Melalui cermin kafe yang lutsinar itu, dia terkejut melihat Leo sedang berbual mesra dengan seorang lelaki bernama Raqnid.

"Apa yang Raqnid buat dekat situ dengan Leo?" desis Aria dalam hati, mula merasa risau tentang kehadiran Raqnid.

Dengan langkah berhati-hati, Aria menuju ke kafe tersebut, berharap untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau perkongsian maklumat yang tidak sepatutnya. .

Tiba-tiba, satu kejutan besar berlaku. Aria terhenti di tempatnya, menatap dengan kehairanan apabila melihat Raqnid menarik leher baju Leo, seperti bersedia untuk bertindak ganas.

"Huh? Apa yang berlaku ni?" Aria semakin hairan dan panik melihat adegan yang tidak diduga ini bermain di hadapannya.

Di dalam kafe...

"Jadi kau dah jumpa lelaki yang Aria suka? Betul ke apa yang dia katakan kepada aku?" soal Leo dengan nada yang berubah menjadi curiga.

"Hurghh, saya tak tahu! Tiada apa yang mencurigakan. Aria hanya bekerja di bilik pejabatnya sepanjang hari. Langsung tiada panggilan yang pelik berlaku. Saya rasa dia ada penyakit gila kerja!" Raqnid menjelaskan sambil mencuba meyakinkan Leo.

"Hah! Jadi tak betulah kata-kata dia hari tu. Aku dah agak!" Leo merasakan dirinya semakin pasti dengan tindakan Aria yang memendamkan rasa sukanya terhadapnya.

"Bagus, nanti mesej nombor akaun kau dekat aku. Aku masukkan duit. Aku pergi dulu!" Leo bangun dan segera meninggalkan tempat itu, meninggalkan Raqnid dengan rasa bingung.

"Oi, tunggu!" Raqnid cuba memanggil Leo semula, tetapi Leo seolah-olah tidak mendengarnya.

"Huh? Apa kau panggil aku?" Leo yang sudah berjauhan berpaling ke arah Raqnid dengan muka terkejut.

Raqnid bangun dan berkata dengan nada tegas, "Aku kata, tunggu, penyagak!"

"Heh! Apa! Penyagak! Siapa kau nak—!" Leo mula membangkang, tetapi dia terputus apabila Raqnid mendekatinya dan menjerut leher baju Leo dengan kuat.

"Jangan ganggu Aria lagi! Kalau tak, aku report perbuatan kau, skodeng Aria dekat polis! Heh, bakal suami Aria konon! Kalau kau bakal suami Aria, aku ni suami dia! Mudah sangat orang nak menipu sekarang ni! Kau ingat aku percaya kata-kata kau! Kau cuma nak dapatkan minuman percuma, kan!" Raqnid menekankan setiap perkataan dengan penuh kemarahan.

Raqnid melepaskan cengkaman lehernya dan dengan kasar melempar Leo ke arah pintu keluar. Leo, yang melihat betapa marah dan gila Raqnid, terus lari keluar dari kafe itu tanpa memandang belakang.

"Huh? Dia tu gila ke?" Leo berlari secepat yang mungkin menuju ke keretanya, merasakan bahaya yang besar.

Aria, yang menyaksikan kejadian dari jauh, merasa lega tetapi masih terkejut dengan apa yang baru berlaku. Dia menutup wajahnya dengan sebelah tangan, tidak mahu Leo ternampaknya.

"Hurghh, geramnya aku! Huh? Gargghh! Aku lupa nak minta duit dekat dia... Aku tertipu lagi!" Raqnid mengeluh sambil menepuk dahi dengan jari telunjuknya.

Aria yang menyaksikan Raqnid dari jauh, akhirnya memasuki kafe itu setelah Leo benar-benar keluar dari kafe tersebut.

"Apa yang terjadi ni, Raqnid?" Aria bertanya dengan rasa ingin tahu yang mendalam.

"Huh? Aria!" Raqnid terkejut melihat Aria muncul secara tiba-tiba.

"Kenapa kau bergaduh?" Aria bertanya lagi, mahu tahu perkara sebenar.

"Bukan bergaduh! Tu, orang tu scam aku! Dia berpura-pura menyamar jadi bakal suami kau... Lepastu suruh aku menyiasat dan mengintip kau sama ada ada lelaki lain ke tak... Kalau aku buat semua tu dia janji nak bayar aku!" Raqnid menerangkan dengan nada marah.

“Gulp! Jadi kau buat semua tu?" tanya Aria dengan perasaan curiga.

"Heh, memang tak ahh! Minum pun tak bayar, ada hati nak suruh aku kerja untuk dia! Haish, dah dua kali dia scam aku untuk minum air percuma... Tak guna betul!" Raqnid mengeluh dengan perasaan kesal.

"Pfft! Hahaha!" Aria tidak tahan lagi dan meletus ketawa.

"Oi, apa yang kelakar hah?" Raqnid memandang Aria dengan rasa kurang senang.

'Nasib baik, dia tak percaya...' hati Aria penuh dengan keriangan.

# # # #

"Raqnid lepas intern habis, kau nak kerja mana?" soal Doug dengan penuh keingintahuan.

Raqnid merenung sejenak sebelum memberikan jawapan.

"Huh? Aku tak pikirkan lagi pulak," katanya dengan ragu.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum latihan praktikal mereka tamat. Mereka telah melalui pelbagai pengalaman selama tempoh ini, dan masa depan mereka yang sebenar semakin hampir.

Supervisor John tiba-tiba muncul di dekat mereka, menyambut mereka dengan senyuman.

"Selamat pagi, supervisor John!" ucap Raqnid dan rakan-rakannya dengan hormat.

"Selamat pagi!" balas supervisor John dengan perasaan gembira.

Namun, apa yang supervisor John katakan seterusnya menjadikan Raqnid terperanjat.

"Raqnid, mulai sekarang kamu dibenarkan untuk pulang seperti biasa," ucap supervisor John dengan nada tegas.

"Huh? Betul ke ni, supervisor John?" Raqnid tergamam, seolah-olah tidak percaya dengan perkembangan ini.

"Ya!" supervisor John tersenyum.

"Yeah!" jerit Raqnid dengan penuh kegembiraan.

"Tahniah!" ucap supervisor John sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

"Terima kasih, supervisor John!" Raqnid mengucapkan rasa syukurnya.

Namun, supervisor John dengan tiba-tiba menegaskan fakta yang sebenar.

"Haha, bukan saya yang memberi kebenaran itu... Bos yang memberi!" ujar supervisor John sambil tersenyum lebar.

Seketika itu juga, Raqnid sedar bahawa kebebasan pulang seperti biasa tidak datang secara percuma. Ia adalah hasil daripada usaha dan pengorbanan yang telah dia lakukan sepanjang tempoh latihan praktikal ini. Dia kembali kepada kenyataan yang sebenarnya, bahawa tiada yang percuma dalam dunia ini.

Supervisor John pun beredar dengan tersenyum, meninggalkan Raqnid dalam perasaan campur aduk.

"Tahniah, Raqnid!" ucap Kiel dengan sorot mata ceria.

"Kita dah boleh balik sama-sama!" kata Doug dengan penuh semangat.

Namun, Raqnid tidak bersemangat mereka. Dia merenung ke dalam dirinya sendiri, merenung tentang hakikat bahawa kebebasan ini bukanlah suatu anugerah tetapi satu ganjaran.

"Kenapa ni, Raqnid?" soal Kiel dengan kehairanan.

Raqnid menjawab dengan suara yang merenung.

"Dia baru sedar, kenapa dia perlu gembira dengan perkara ini. Kenapa dia perlu berterima kasih kepada boss sedangkan dia tak bersalah!" ujar Alice membaca isi hati Raqnid daripada riak wajahnya.

'Ouchh!' hati Raqnid tersakiti.

"Alahh, ok laa tu! Siapa suruh kau cari pasal dengan bos. Terima la padahnya," kata Doug dengan nada selamba.

'Ouchh!' hati Raqnid tersakiti sekali lagi.

"Nampaknya, sekarang bos tak lagi berdendam dengan kau!" ujar Kiel dengan penuh pengertian.

Lina mengangguk setuju.

"Tunggu! Macam mana korang boleh tahu yang bos tak sukakan aku?" soal Raqnid dengan nada yang penuh kerisauan.

"Elehh, kami dah tahu dari mula lagi... Kau je, tak tahu!" jawab Alice sambil tersengih..

"Gulp!" Raqnid mula merasa risau tentang perkara yang diketahui rakannya. Sejauh mana mereka tahu tentang hubungannya dengan Aria?

# # # #

Harini Raqnid dengan penuh kegembiraan pulang bersama rakan-rakannya. Dia berhenti di depan lif sambil menyuruh Kiel mengambil gambarnya.

“Kiel, tolong ambilkan gambar aku!”

Raqnid pun berposing di hadapan lif dengan aksi yang menyakat hati. Rakan-rakannya malu melihat telatah Raqnid itu, namun mereka faham perasaannya.

“Haih, senorok betul dia!” kata Alice berdiri di belakang Kiel yang sedang mengambil gambar Raqnid.

“Mesti laa, selama ni dia selalu pulang lewat je.. Sekarang dah boleh pulang awal, mestilah dia seronok.” Doug bersebelahan Alice.

Selesai sahaja mangambil gambar, Raqnid terus melihat gambar tersebut lalu menghantarnya kepada Aria dengan tujuan untuk menyakatnya.

‘Hehehe, pulang dulu ye! Selamat bekerja!’ mesej bersama gambar pun di hantar.

Ting.. ting..

Aria yang sibuk menjalankan tugasnya di meja kerja tiba-tiba berhenti sejenak ketika terdengar bunyi notifikasi dari telefonnya. Dengan cepat, dia membuka mesej dan tersenyum lebar. Niat Raqnid untuk menyakat tidak kesampaian, sebaliknya Aria gembira melihat pesan darinya.

“PFFT, macam budak-budak!” gumam Aria sambil tersenyum sendirian.

Setelah menghantar mesej itu, tiba-tiba kedengaran suara langkah kaki yang datang dengan tergesa-gesa menuju lif. Raqnid terkejut melihat sekumpulan pekerja yang berlari menuju lif.

“Raqnid, cepat!” jerit Kiel dengan panik.

“Huh?” Raqnid terkejut dan segera berlari menuju lif yang hampir ditutup.

"Selamat!" ujar Raqnid dengan lega sebaik sahaja berjaya masuk.

Shoosh!

Pintu lif ditutup dengan serta-merta, dan orang-orang terus memadati ruang lif sehingga penuh sesak. Raqnid tidak pernah membayangkan sesuatu seperti ini akan berlaku.Mereka terpaksa berhimpit-himpitan di dalam lif yang sempit, dan suasana itu membuatnya merasa tertekan dan sukar untuk bernafas.

'Geez, kenapa boleh jadi macam ni!' Raqnid merungut dalam hati, merasa kesal dengan situasi yang tidak dijangka ini.

Pada ke-esokan harinya, Raqnid menghadapi situasi yang sama, malah lebih teruk daripada sebelumnya. Dia terpaksa beratur lama menunggu lif yang mengangkut pekerja dari pelbagai aras. Mereka yang berada di aras atas harus menunggu lebih lama kerana lif penuh dengan pekerja yang berada di aras bawah.

Keterujaannya pulang awal semakin pudar akibat masalah ini. Raqnid mula merindui hari-hari ketika dia pulang lewat, di mana hanya dia dan Aria yang menaiki lif tersebut tanpa perlu berdepan dengan berhimpitan.

Sementara itu, Aria juga mengalami keadaan yang serupa tapi situasinya berbeza. Pejabat terasa sunyi kerana tiada lagi orang yang bekerja pada waktu itu. Sebelum ini, dia tidak pernah berasa sebegini kerana selalu ada Raqnid yang bekerja bersama. Namun, sekarang semuanya sudah berubah.

'Hurghh, sunyinya!' Aria merasa kesunyian yang menghantui dirinya ketika berada dalam lif yang sepi.

Kedua-dua mereka, walaupun berpisah, memikirkan perkara yang sama. Mereka merindui saat-saat pulang bersama, meskipun pelbagai karenah dan cabaran pernah mereka alami. Semuanya adalah kenangan yang tidak dapat mereka lupakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience