Chapter 31 - Krisis Baru

Romance Series 7839

2 minggu berlalu semenjak pertelingkahan Aria dan ayahnya. Tiba-tiba, bunyi ketukan pintu mengganggu konsentrasi Aria yang sibuk dengan kerjanya.

Tuk.. Tuk..

Aria mengangkat kepala dan memandang pintu. Tanpa menunggu, dia memberi keizinan untuk masuk. Orang yang memasuki biliknya adalah PA (Pembantu Eksekutif) sendiri, iaitu Alya.

Alya kelihatan seperti dalam keadaan kelam kabut, dia berlari anak ke meja Aria.

"Ada apa, Alya?" tanya Aria, masih sibuk menaip sesuatu di papan kekuncinya.

"Bos! Kita ada masalah!" jawab Alya dengan nada cemas sambil memegang kertas kerja.

Tumpuan Aria terus terarah kepada pekerjanya, "Masalah?" wajahnya memperlihatkan tanda tanya.

Alya berhenti sejenak, memilih kata-kata yang betul sebelum menyampaikan apa yang hendak disampaikannya kerana ia sesuatu perkara yang penting dan tidak boleh dibuat main.

"Pembekal! Semua pembekal kita dah taknak bekal barang dekat kita!" beritahu Alya dengan jelas.

"APA!" Aria menghentak meja sehingga terbangun daripada tempat duduknya. Dia bergerak mendekati Alya kemudian mengambil kertas kerja yang ada pada genggaman Alya. Membaca dan meneliti kerja kerja tersebut sehingga dua kali kerana tidak percaya perkara sebegini boleh berlaku.

Kalau hanya satu pembekal boleh diterima lagi, tapi masalahnya sekarang semua pembekal tarik diri daripada berniaga dengan mereka. Apa yang sudah terjadi? Aria mengurut dahinya, kepalanya pening memikir apa yang perlu dibuat.

Aria, setelah merasakan kebingungan yang mendalam, kembali ke mejanya dengan langkah yang agak tergesa-gesa. Dia segera mencapai telefon di mejanya dan mula menelefon setiap nombor pembekal yang terdapat dalam senarai. Namun, malangnya, tiada satu pun daripada nombor yang dihubungi memberikan respons. Aria meletakkan telefon ke tempatnya dengan kasar, memperlihatkan ketidakpuasan dan kekecewaan yang terpancar dari wajahnya.

Pelbagai perasaan yang bercampur aduk berlegar di dalam diri Aria pada ketika ini. Keliru dan kehairanan meresap dalam mindanya, mencari jawapan mengapa semua pembekal tiba-tiba menarik diri. Dia beralih pandang kepada Alya, yang setia menemani dalam keadaan genting ini.

"Alya awak dah cuba telefon semua pembekal ni?" tanya Aria, sambil menunjukkan senarai pembekal yang terdapat pada kertas kerja di tangannya.

"Ya, saya dah hubungi kesemuanya tapi mereka tak jawab!" jawab Alya dengan nada kecewa.

"Hurghh, apa yang berlaku ni? Kenapa tiba-tiba mereka semua tarik diri?" Aria mula bingung, mencerap akal untuk mencari penyelesaian dan mula menyedari bahawa situasi ini memerlukan penjelasan dan tindakan segera.

Selepas seketika, Aria menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri supaya otaknya dapat berfikir secara rasional dalam menghadapi cabaran yang mendadak ini.

"Alya, panggil semua jabatan yang terlibat.. Kita adakan mesyuarat dengan segera!" ujar Aria serius, kerana dalam waktu sekarang dia perlu mendapatkan pekerjanya yang lebih tahu tentang pembekal untuk berbincang dengan lebih terperinci.

Dalam masa 10 minit, wakil-wakil dari jabatan-jabatan yang terlibat dan berkaitan telah berkumpul di bilik mesyuarat.

Aria memulakan ucapannya dengan mendiskusikan isu yang sedang dihadapi oleh syarikat. Masalahnya bukan sekadar berada pada satu atau dua pembekal, tetapi melibatkan keseluruhan rantaian bekalan, dari pembekal bahan mentah untuk produk hingga ke pembekal perkhidmatan pembungkusan.

"Kita berdepan dengan satu keadaan yang kritikal. Semua pembekal kita menarik diri tanpa notis, dan kita perlu segera mencari punca masalah serta tindakan yang perlu diambil," ujar Aria, wajahnya mencerminkan kebimbangan dan tekad untuk menyelesaikan masalah ini.

Dia memberi peluang kepada wakil-wakil dari setiap jabatan untuk berkongsi maklumat dan pandangan mereka mengenai hubungan dengan pembekal masing-masing. Mesyuarat berlanjutan dengan atmosfer yang serius dan fokus pada mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi krisis ini.

"Bos, kami pun keliru! Takde angin, takde ribut.. Tiba-tiba semua pembekal menarik diri." ujar salah seorang staf jabatan.

"Awak dah hubungi mereka?" tanya Aria.

"Ya, kami dah banyak kali hubungi tapi tiada satu pun yang dijawab!"

Aria mengangguk lalu bertanya kepada jabatan produksi, "Berapa banyak unit yang kita boleh hasilkan dengan bahan yang kita ada sekarang?"

"Kalau diikutkan dalam jadual, kita hanya mampu menghasilkan lagi 10 ribu unit sahaja.. Dan jika keadaan ini terus berlarutan, kita mungkin tak mampu hasilkan produk untuk bulan hadapan!" jawab wakil dari jabatan produksi dengan kebimbangan.

Aria menggigit bibir, cuba untuk tetap tenang, "Jabatan penjualan, bagaimana dengan jumlah tempahan untuk bulan ni?"

"Jumlah tempahan 2 minggu terakhir melebihi 12 ribu unit!"

"Tutup semua tempahan buat masa sekarang, kita selesaikan tempahan yang ada dahulu!" arah Aria.

"Baik, bos!"

"Jabatan Logistik, saya nak kamu pergi bersemuka dengan pembekal untuk mendapatkan penjelasan.. Cuba sedaya upaya untuk menarik mereka bekerja sama dengan kita semula.. Saya nak juga kamu cari pembekal yang lain. " tambah Aria memberikan arahan yang khusus.

"Kami akan bertindak segera!" jawab Ketua Jabatan Logistik.

"Baiklah, kamu semua boleh bersurai!" Aria memberi isyarat untuk mesyuarat berakhir, walaupun suasana masih penuh dengan kebimbangan. Keseluruhan pasukan tahu bahawa reputasi syarikat terancam jika produk tidak dapat disampaikan kepada pelanggan.

Seminggu selepas itu, satu lagi krisis melanda syarikat Aria. Kesemua syarikat kurier menolak untuk menghantar sebarang produk daripada syarikat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience