Chapter 2 - Intern

Romance Series 7839

Nama aku Raqnid. Aku berusia 24 tahun. Aku mengambil jurusan bisnis di universiti X. Ini bukanlah pilihanku tetapi pilihan ibu bapa aku. Mereka mahu melihat aku berjaya memperoleh segulung ijazah. Jadi aku sebagai anak yang taat terpaksa mengikutinya. Aku sudah berada di sem yang terakhir dalam pengajianku. Harini merupakan hari pertama aku menjalani latihan industri di suatu syarikat kosmetik.

"Arghhh!! Dah pagi ke? Aduhh intern dah start." Raqnid pun bangun dari tempat tidurnya dan bersiap-siap hendak pergi ke pejabat. Sarapannya hanyalah sekeping roti putih kerana dia sudah terlewat. Dia pun bertolak ke pejabat menaiki kenderaan awam iaitu bas.

Tiba sahaja di hadapan syarikat itu. Raqnid melihat bagunan syarikat ini tidak kurang hebatnya. Dia pun melangkah masuk ke dalam bagunan. Melihat gelagat pekerja - pekerja lain terburu-buru memasuki lif. Raqnid memasuki lif yang padat itu. Kesemua mereka berhimpit-himpit di dalam lif tersebut. Bagunan ini mempunyai 3 tingkat dan Raqnid perlu pergi ke tingkat paling atas iaitu 3. Disitu merupakan tempat dia diarahkan untuk berkumpul.

Keluar sahaja dari lif Raqnid pun pergi mencari tempat yang dia perlu berkumpul. Tempat dia perlu berkumpul adalah sebuah bilik. Raqnid pun memasuki bilik tersebut dan terdapat 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan sudah berada di dalam bilik tersebut. "Intern kumpul dekat sini ke?? " Raqnid bertanya.

"Yee!! Sini tempat intern berkumpul" jawab seorang lelaki yang memakai cermin mata disitu. "Awak intern jugak ke kat sini??" soal lelaki tersebut. "Yee!! Saya intern" jawab Raqnid.

"Ouh!! Selamat berkenalan saya Kiel. Saya juga intern disini." Kiel sambil menghulurkan tangan. Kami pun berjabat tangan. 3 orang lagi muncul seorang demi seorang berkenalan dengan Raqnid. Lalu, seseorang memasuki bilik tersebut dan memanggil nama kami seorang demi seorang.

"Baiklaah, saya adalah supervisor kamu semua untuk intern kali ini. Nama saya John. Sekarang saya akan memanggil nama kamu seorang demi seorang".

"Doug"
"Ye!! Saya"

Doug mempunyai saiz badan yang besar.

"Alice"
"Saya ada tuan!!" menjawab dengan jelasnya.

Alice gadis yang riang. Kelihatan seperti budak yang populer di kolejnya. Gayanya saja sudah cukup menggambarkan tentang dirinya.

"Lina"
"Ada tuan" suara yang perlahan.

Lina kelihatan seperti seorang yang pemalu. Gaya yang sederhana dan memakai baju yang besar menunjukkan dia seorang tidak sukakan perhatian. Menyembunyikan separuh dirinya di belakang Alice.

"Kiel"
"Saya tuan"

Kiel seperti seorang yang berdisiplin dan bersemangat. Suaranya lantang dan jelas apabila menyahut panggilan supervisor John. Baju yang dipakainya kelihatan rapi dan tiada sebarang kedutan. Sudut tali leher begitu perfect dan sukar untuk mencari kekusutan pada diri Kiel ini.

"Raqnid"
"Yee!!"

"Baiklaah, nampaknya semua dah berada disini. Saya akan membawa kamu semua ke tempat kamu akan bekerja. "

Supervisor John pun membawa kami ke tempat kami. Sewaktu, menuju ke tempat kami bekerja dia menerangkan tempat-tempat di dalam pejabat ini. Pejabat ini mempunyai 3 tingkat. Tingkat 1 merupakan tempat mereka mencuba produk-produk baru yang hendak dipasarkan. Tingkat 2 merupakan tempat servis khidmat pelanggan dimana segala masalah ataupun report daripada pelanggan sampai ke situ. Akhir sekali, adalah tingkat 3 merupakan tempat pemasaran ataupun ‘marketing’. Disini, mereka merancang cara-cara hendak memasarkan produk mereka kepada umum.

Maka tibalah di kawasan kami akan bekerja selama 6 bulan lamanya. Kawasan ini dipenuhi oleh ramai pekerja yang sibuk melakukan kerja sehingga mereka tidak menghiraukan kedatangan kami. “Selamat pagi semua! Kami intern baru disini! Selamat berkenalan!” Kiel dengan kuatnya berkata. Setelah itu, kesemua pekerja disitu berhenti melakukan kerja mereka dan melihat ke arah suara yang kuat tadi. Kami semua terkaku apabila mereka semua memandang ke arah kami. Kemudian, mereka kembali melakukan kerja. “Heee!! Aku rasa lebih baik kita jangan kacau mereka!” Raqnid bersuara. “Yee! Idea yang bijak” jawab Doug.

“Kamu semua tak perlu risau. Kamu semua hanya perlu melakukan apa yang mereka suruh sahaja. Tak perlu bersemangat sangat. Paham!!” supervisor John memberitahu kami. Dia pun kemudiannya menunjukkan meja kami. Meja kami berada di hujung kawasan ruang tersebut. Hanya terdapat sebuah meja panjang yang hanya mempunyai 5 biji kerusi. “ Okey, kamu semua boleh duduk kat situ” kata supervisor John.

Kami semua tersengeh melihat meja dan kerusi itu. Apabila duduk di atas kerusi tersebut kami dapat melihat suasana orang yang begitu sibuk bekerja. “Ahhh!! Pemandangan yang indah sekali untuk dilihat.” kata Doug. Kami pun duduk di situ menunggu jika ada orang yang inginkan bantuan kami.

2 jam pun berlalu kami masih tidak membuat apa-apa disini……..

“Oi… biar betul takkan 6 bulan kita di sini hanya untuk melihat mereka bekerja.” Alice merungut. Kemudian secara tiba-tibanya Kiel bangun “Aku dah tak boleh tahan lagi. Aku mesti buat sesuatu!.” Kiel pun pergi ke salah seorang pekerja disitu. “Oi Kiel kau nak buat apa tu hah” Raqnid soal kepada Kiel. Kiel tidak lagi mendengarkan kata-kata Raqnid. Lalu Kiel pun menyapa pekerja itu. “Tuan ada apa yang boleh saya bantu” soal Kiel dengan penuh semangatnya. Pekerja tersebut kemudiannya terkejut apabila Kiel menegurnya secara tiba-tiba. Pekerja tersebut lihat Kiel dengan peliknya lalu pergi. Kiel pun beku di situ akibat diabaikan oleh pekerja tersebut.

Doug pun menarik Kiel ke tempat duduknya. “Sabar sabar aku faham niat kau Kiel” Doug cuba untuk melegakan hati Kiel. “Aku rasa lebih baik kau tak payah buat apa-apa lagi membantu” Doug berkata dengan selambernya. Kami terjekut melihat kata-kata Doug. 'Dia ni nak tenangkan hati kawan tu ke nak sakitkan hati dia. Selamber je dia cakap dengan muka rilek macam tu.' kami berbicara di dalam hati. Waktu pun berlalu begitu sahaja sampailah waktu rehat. Semua orang disitu pun berhenti dan terus keluar pejabat. Mereka seperti robot yang bekerja.

“Jom kita pergi makan!” ajak Doug.

“Akhirnya…” Raqnid.

Kami pun keluar dari pejabat, mencari makanan untuk dimakan. “Wei korang nak makan apa hah” soal Alice. Kiel masih terkesan daripada apa yang berlaku di pejabat tadi. “Aku tak kisah'' jawab Raqnid. “Nasi laa” Doug bersuara. Kami pun masuk ke dalam salah satu kedai yang menjual nasi ayam.

“Korang semua nak nasi ayam ke! Hidangan lain pun ada.” soal Doug.

“Ahh.. aku nasi ayam” jawab Raqnid. Alice dan Lina pun turut memilih nasi ayam. Kiel hanya menganggukkan kepalanya. “Sudah sudah laa tu Kiel. Benda kecil je pun.” Doug cuba untuk menenangkan hati Kiel. Aku, Alice dan Lina mula merasakan sesuatu tidak kena apabila Doug cuba untuk menenangkan hati Kiel. Kata-kata yang keluar daripada mulutnya itu bukan sesuatu yang sedap untuk didengari. Kata-katanya itu mungkin menggunakan nada yang perlahan dan lembut tetapi isinya berbunyi seperti memperli Kiel. 'Entah dia perasan ke tak apa yang dia cakap.' Raqnid berbisik di dalam hati.

“Doug kau diam, kau bukan melegakan hati Kiel kau lagi sakitkan hatinya ada la.” Alice tanpa kisahnya berkata kepada Doug. “Ahh!! Mana ada!!” Doug menjawab. Kiel pun tiba-tiba bangun dari kerusinya dan berkata “Terima kasih Doug kerana menasihati aku.” dengan penuh semangatnya. Kami pun menjadi keliru macam mana kata-kata Doug itu dijadikan satu nasihat. Pelik melihat dua orang itu berpelukan.

“Sama-sama!” Doug menjawab. Kesemua orang di dalam kedai tersebut melihat ke arah kami. Kami bertiga tunduk kepala kerana berasa malu melihat gelagat 2 orang kawan seintern kami itu. “Aduhh!! Malunya!” bisik Alice. Setelah itu, makanan pun sampai. Kami pun berbual untuk mengenali antara satu sama lain.

Alice dan Lina merupakan kawan dan mereka asal daripada universiti yang sama. Manakala, aku, Doug dan Kiel berasal dari universiti yang berbeza. “Kenapa korang tak intern dengan kawan-kawan korang? Korang mesti loner kan kat kolej.” soal Alice sambil bergurau. Namun, gurauan itu menusuk terus ke hati aku dan Doug. Tekaan Alice itu memang tepat.

“Hahaha!! Mana ada! Aku ada ramai kawan. Aku adalah perwakilan pelajar tau.” Kiel bersuara. “Lepastu, kenapa takde member kau yang intern sekali dengan kau.” soal Alice. “Mereka kata, mereka tak mahu menyusahkan aku. Tapi aku tak anggap pun mereka pernah menyusahkan aku. Hahaha!!” Kiel ketawa. Kami berempat mulai memahami kenapa rakan Kiel tak mahu intern dengannya. Mereka bukan tak mahu menyusahkan Kiel malah sebaliknya yang berlaku. Walaupun, kami dengan Kiel hanya baru berkenalan. Tetapi kami amat mengenali perwatakan Kiel. Perwatakan Kiel yang selalu bersemangat dan rajin itulah menyebabkan lebih banyak kerja yang datang. Aku pun menepuk tangan aku di belakang Kiel 'Kesian betul anak ini!' Raqnid berbicara di dalam hati.

“Hahaha!!” kami berempat ketawa. “Jangan risau! Aku akan membantu korang dan berusaha agar intern kita ini tidak disia-siakan dengan hanya duduk di atas kerusi.” Kiel bercakap dengan semangatnya. “Haha! Takpe takpe tak perlu pun lebih baik kau duduk je diam-diam.” Alice bersuara. “Takpe! Tak perlu malu!” Kiel masih tidak memahami kata-kata Alice. “Hah! Kenapa laa aku team dengan orang lembap macam ni.” Alice merungut. Namun, Kiel tidak mendengarkan kata-kata Alice itu.

Selesai sahaja makan kami pun pulang ke pejabat meneruskan aktiviti kami iaitu menonton gelagat orang bekerja. Kiel pun tidak mampu berbuat apa-apa. Hari pertama intern berakhir begitu sahaja. Kesemua kami pun pulang setelah jam 5 petang.

Keesokan harinya….

Raqnid pergi ke pejabat seperti biasa. Bertemu dengan rakan senasib dengannya. Seperti biasa mereka melakukan rutin yang sama seperti kemarin. Raqnid pun tidak tahan lagi dengan suasana itu. Dia pun keluar dari kawasan tersebut dan berjalan-jalan di aras itu. Kemudian, Raqnid pun mengeluarkan telefon daripada poketnya. Sesuatu terjatuh dari poketnya. Ia adalah duit syiling 50 sen. Raqnid ingin mengambilnya namun duit syiling itu bergolek-golek sehinggalah memasuki tandas wanita. “Aduh! Lagi sekali, kenapa asyik masuk dalam tandas perempuan je hah.”

Di dalam tandas…

Aria selesai sahaja membasuh tangannya. Sewaktu dia hendak keluar terlihat sekeping duit syiling 50 sen. Hati Aria rasakan sesuatu tidak kena apabila dia melihat sekeping syiling 50 sen yang berada di atas lantai itu. “Kenapa hah! Bila aku tengok je duit syiling 50 sen ni, asyik terbayang muka budak tu hah? Sakit hati betul laa aku.” Aria pun mengambil duit syiling tersebut dan memasukkan ke dalam poketnya. Aria pun keluar dari tandas. Aria berdiri di hadapan pintu tandas. Matanya merayau-rayau mencari sesuatu. Terlihat seseorang mengintai ke arah tandas bersembunyi di sebalik dinding itu. Aria merasakan sesuatu yang tidak kena. “Takkan dalam pejabat nii pun ada ‘Pervert’ kut!”.

Raqnid masih mencari cara hendak mengambil semula wangnya itu. Aria pun terus berjalan menuju ke arah orang yang mengintai tersebut. Raqnid masih belum perasan. “Baiklah, aku akan bertindak dengan pantas sebelum orang lain nampak.” Raqnid pun mengalih badannya dan hendak menuju ke arah tandas wanita tersebut. Sebelum sempat dia bergerak, muncul Aria di hadapannya. Raqnid terkejut dan terjatuh ke atas lantai. Kedua-dua mereka bertentang mata.

“Hah?? Makcik!!!”

“Kau!! Kau kan budak haritu tu!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience