Saat Aria sedang melakukan kerja di bilik pejabatnya, tiba-tiba telefonnya berdering, menghentikan sejenak konsentrasinya. Tanpa ragu, dia mengambil telefon dan melihat pada paparan skrin yang menunjukkan nama individu yang menghubunginya.
"Mama?"
Tanpa berlengah lagi, Aria terus menjawab panggilan sambil menyandar pada kerusinya, menunjukkan keinginannya untuk berbual panjang dengan ibunya. Maklumlah sudah lama, dia tidak mendengar khabar ibunya kerana sering sibuk dengan kerja.
"Hello! Mama!" jawab Aria dengan nada yang riang.
Namun, ia tidak langsung dibalas ibunya. Setelah beberapa ketika menunggu jawapan dari ibunya, Aria mulai merasa gelisah. "Mama?" serunya dengan nada kebimbangan. Namun, hanya keheningan yang menyambut panggilannya.
Tanpa disedari, jantung Aria berdegup lebih cepat. "Mama, apa yang terjadi?" desaknya sambil cuba untuk tetap tenang.
"Aria!"
Akhirnya, kedengaran suara di seberang talian.
Aria terkejut, "Papa?", ketika mendengar suara ayahnya sendiri di seberang talian. Perkara ini tidak pernah terjadi, ayahnya yang garang dan degil itu tidak pernah sama sekali bercakap dengannya melalui panggilan telefon.
"Ya, ini papa!" kata Dato David menjawab persoalan Aria.
"Ada apa, papa call Aria guna phone mama ni?" Aria mula musykil dengan kelakuan ayahnya.
"Kamu menang!"
"Huh?" Aria bingung dengan kenyataan ayahnya yang tiba-tiba itu.
"Papa akui yang kamu berkebolehan dalam bidang perniagaan!" kata Dato David dengan jelas.
Aria terdiam seketika apabila mendengar pengakuan ayahnya. Siapa sangka, selama hampir 10 tahun, ayahnya tidak pernah merestui pilihannya, segala apa yang dilakukannya pasti ada sahaja tentangan namun harini merupakan hari yang penuh bahagia buat Aria apabila sekian lama menantikan ucapan sebegini daripada ayahnya. Anak mana yang tidak bahagia mendapat restu bapanya sendiri.
Tanpa sedar, air mata sudah berlinang daripada kelopak matanya membuktikan kebahagiaan atas apa yang dia telah lalui selama ini. Bukanlah sesuatu perkara mudah apabila ditentang oleh ayah sendiri. Dia berjaya mengharungi detik-detik cemas itu dengan berjayanya. Harini menjadi saksi kepada kejayaannya itu.
"Aria?" Dato David menyaut apabila anaknya dengan tiba-tiba mendiamkan diri
Aria kembali sedar setelah disahut ayahnya. "Ya, papa!" menyahut dengan sendirinya.
"Kamu okey tak ni?" soal Dato David.
Kata-kata Dato David itu membuatkan Aria sekali lagi terkesima kerana sebelum ini ayahnya tidak pernah menyoal walaupun sekali tentang kondisinya. Kekalahan ayahnya betul-betul merubah persepsi ayahnya.
"Aria okey, papa!" jawab Aria dengan hati yang senang. Mungkinkah ini permulaan kepada hubungan baik dengan ayahnya.
"Aria… Papa minta maaf!" Dato David dengan hati yang penuh telus memohon maaf.
Aria dapat merasai keikhlasan ayahnya walaupun mereka tidak bersemuka. Suara yang diucapkan ayahnya cukup memberi ketenangan di hati Aria. "Papa, terima kasih kerana akhirnya papa mengakui usaha Aria. Aria pun minta maaf jika Aria banyak buat papa risau sebelum ini," kata Aria dengan lembut.
Dato David bersuara dengan suara yang penuh penyesalan, "Papa minta maaf kerana terlalu keras pada kamu. Terima kasih kerana sabar dengan papa."
Aria menjawab, "Tiada apa yang perlu dipohon maaf, papa. Aria harap kita boleh memulakan lembaran baru dari sini."
"Ya, kita akan cuba memperbaiki hubungan kita. Papa bangga dengan anak papa," kata Dato David dengan bangga.
Telefon terus berakhir dengan kata-kata yang membawa ketenangan dan keharmonian di hati Aria. Bagi pertama kalinya, mereka bercakap dengan jujur dan terbuka, membina asas baharu untuk hubungan yang lebih baik di masa depan.
# # # #
Seminggu berlalu, ayah Aria memberitahu Aria supaya pulang ke rumah untuk makan malam bersama. Apa yang mengejutkan ialah apabila Dato David menyuruh Aria membawa teman lelakinya turut serta pada malam berkenaan.
Sebelum ini, ayahnya yang melarangnya menjalinkan hubungan dengan Raqnid kerana status sosial yang berbeza. Sekarang semuanya sudah berubah, mungkin sahaja ayahnya mahu berkenalan dengan bakal menantunya fikir Aria sambil ketawa kecil.
Aria tanpa berlengah lagi, terus memesej Raqnid memberitahu perkara tersebut. Dengan sekelip mata, Aria menerima jawapan daripada Raqnid yang bersetuju untuk hadir. Dia menyangkakan lelaki ini berfikir lebih lama sebelum menjawab pertanyaannya, iyalah siapa sahaja yang tidak gementar bertemu dengan keluarga pasangan. Nampaknya, perasaan gementar tidak wujud bagi Raqnid fikir Aria.
Pada malam berkenaan…
Raqnid pergi ke rumah Aria dengan menaiki bas untuk memenuhi jemputan Aria. Setelah tiba di stesen sepatutnya, nasibnya tidak begitu baik apabila dia terpaksa berjalan lagi 1 kilometer untuk tiba ke rumah ibu bapa Aria.
Dalam kegelapan malam berjalan seorang diri, memikirkan apa hendak dia bicarakan kepada ibu bapa Aria. Setelah 20 minit berjalan, akhirnya sistem navigasi menunjukkan dia sudah tiba di destinasi.
Raqnid memandang dari hujung ke hujung rumah tersebut langsung tidak terlihat, menandakan betapa besarnya rumah tersebut.
"Gulp! Tak sangka mak bapak dia pun orang kaya!" menggaru kepala seorang diri memikirkan bagaimana dia hendak masuk ke rumah tersebut.
Tiba-tiba muncul pengawal rumah tersebut menegur Raqnid daripada belakang sehingga membuatkan Raqnid terkejut.
"Garggghh!"
"Maaf! Encik ni, Raqnid ke?" soal pengawal tersebut dengan sopan sambil mengangkat tangannya melambai.
"Ya, saya!" jawab Raqnid.
"Ikut saya! Cik Aria dah tunggu di dalam!" ujar pengawal tersebut lalu membawa Raqnid masuk ke dalam kawasan rumah tersebut.
Pengawal tersebut membawa Raqnid sehingga ke pintu rumah. Saat mereka tiba, pintu rumah itu pun terbuka. Seorang wanita yang kelihatan seperti berumur 40-an terpacak keluar daripada pintu tersebut, menyambut Raqnid dengan senyuman.
Mungkinkah ini ibu Aria fikir Raqnid. Tak lama selepas itu, Aria muncul dari belakang wanita itu.
"Raqnid, awak dah sampai! Masuklah!" ujar Aria menjemput Raqnid masuk.
Namun, Raqnid tidak berganjak, dia memberi isyarat mata kepada Aria memberitahu siapakah wanita di sebelahnya itu.
Aria yang hampir terlupa untuk memperkenalkan ibunya kepada Raqnid kerana terlalu sibuk di dapur.
"Ahh, memperkenalkan, ini ibu saya! Datin Emily!" Aria memberitahu Raqnid.
"Ibu, ini Raqnid! Teman lelaki, Aria!" Aria kemudian memperkenalkan Raqnid kepada ibunya.
"Jadi inilah, Raqnid!... Jemput masuk!" datin Emily bersuara.
Raqnid akhirnya masuk ke dalam rumah tersebut dan terus dibawa ke ruang makan.
"Duduk lah, dulu!" kata Datin Emily menjemput Raqnid.
"Terima kasih, makcik!" ucap Raqnid kemudiannya menarik kerusi untuk duduk.
"Haishh!" Aria yang sedang mengambil lauk terus menoleh dan membalas kepada kata-kata Raqnid dengan marah.
Raqnid dan Datin Emily terkejut dengan reaksi Aria yang marah tak tentu pasal.
"Kenapa dengan kamu ni, Aria? Marah tak tentu pasal!" tanya Datin Emily hairan dengan kelakuannya anaknya itu.
"Haha, mana ada marah mama? Aria teringatkan kerja tadi! Haha!" jawab Aria memberi alasan.
'Ingatkan, dia panggil aku makcik tadi!' ujar Aria dalam hati salah faham.
"Pfft!" Raqnid ketawa kecil.
Sebaik sahaja mereka selesai menghidangkan lauk pauk di atas meja. Aria pergi memanggil ayahnya yang berada di dalam bilik.
Ayah Aria pun keluar daripada biliknya menuju ke meja makan. Raqnid pun bangun dari tempat duduknya untuk menyambut kedatangan ayah Aria.
"Raqnid, kenalkan! Ini ayah saya! Dato David!" ujar Aria.
"Huh?" Raqnid terkesima apabila melihat ayah Aria di depan matanya.
Share this novel