Chapter 32 - Pakcik Mike

Romance Series 7839

Raqnid mengeluarkan telefon daripada kocetnya lalu melihat pada mesejnya yang tidak dibalas oleh Aria. Dia hendak berjumpa dengan seseorang berdekatan pejabat Aria. Memandangkan masih terdapat waktu yang tersisa sebelum berjumpa dengan orang tersebut, dia bercadang untuk makan tengah hari bersama.

“Dia sibuk kut?”

Sementara itu, Aria masih sibuk dengan tugasan di bilik pejabatnya, tanpa menyedari bahawa waktu rehatnya hampir berakhir.

Raqnid pun bergerak terus ke restoran dimana tempat pertemuan dia dengan orang yang hendak dijumpai. Dia menunggu disitu sehinggalah orang tersebut tiba. Selepas 30 minit, seseorang menegur Raqnid daripada belakang sewaktu dia sedang duduk di kerusi sambil memandang ke luar tingkap.

“Encik Raqnid?” sapa orang tersebut.

Raqnid yang mendengar sapaan itu, terus berdiri lalu menoleh badannya untuk menyambut orang tersebut.

“HUH!” terbeliak mata Raqnid apabila melihat individu yang menyapanya, begitu juga dengan reaksi yang sama dari individu tersebut.

“Kau!”

“Pakcik!”

Individu yang menyapa Raqnid itu merupakan jiran kepada Aria iaitu pakcik Mike.

“Kau buat apa kat sini?” tanya pakcik Mike sambil menuding jari.

“Pakcik pulak buat apa kat sini?” Raqnid menanya balik.

Pakcik Mike terdiam seketika memikir, “Tunggu, nama kau Raqnid!”, soal pakcik Mike memastikan.

Raqnid mengangguk lalu dia pun menyedari, “Mike?”, menyebut nama orang yang sepatutnya dia bertemu di restoran ini.

Kedua-dua mereka memandang antara satu sama lain tidak mempercayai kebetulan yang berlaku ini.

-------------------------------------------

Pakcik Mike mencekak pinggang, “Hah! Tak sangka mereka hantar budak untuk berurusan dengan aku!” kata pakcik Mike bengang.

“Geez, macam mana boleh jadi pakcik ni pulak!” Raqnid mengomel perlahan supaya tidak didengari.

Raqnid meletakkan tangannya di atas meja, “Apa kata pakcik jual saja saham syarikat DavidElite Corporation kepada saya!”, Raqnid berterus terang.

“Bukan ke, kau kerja dengan Aria?” tanya pakcik Mike mengendahkan pertanyaan Raqnid.

Raqnid mengigit bibir, “Saya hanya intern dekat situ!”, jawab Raqnid sambil tersenyum paksa.

Pakcik Mike mengangguk, “Ahhh, mesti kau tak cukup bagus kan! Sebab tu, Aria tak ambil kau bekerja.”

Di dalam Raqnid mula membara, dia sedar yang pakcik Mike sudah tidak mahu berurusan dengannya dan hanya mahu menyindirnya.

“Boleh tak, kita serius!” ujar Raqnid menahan kemarahannya dan masih menjaga adab dan pertuturannya.

“Aria apa khabar sekarang?” tanya pakcik Mike, sekali lagi mengendahkan Raqnid.

“Mana saya tahu, bukan ke pakcik patut lebih tahu sebab pakcik kan berjiran dengan Aria?” jawab Raqnid suaranya sudah kedengaran sedikit dingin.

“Kalau aku tahu, aku tak tanya kau!”

Raqnid menegakkan posturnya dan expresinya mula berubah, terpapar kerisauan pada wajahnya, “Apa maksud pakcik?” menanya dengan penuh curiga.

“Susah sangat nak berbual dengan dia sejak kebelakangan ni! Selalunya, bila dia pulang dari kerja, dia pasti akan tegur dan berbual dengan aku.. Tapi sekarang langsung tak! Balik kerja pun selalu lambat.”

Raqnid menyandar semula pada kerusi, lega kerana tiada apa yang begitu merisaukan, “Dia sibuk laa tu! Banyak kerja dekat pejabat.”.

“Kau pasti yang dia sibuk sebab banyak kerja bukan disebabkan kau?” tanya pakcik Mike sambil bermain dengan jambangnya.

“Huh? Apa kaitannya dengan saya?”

Pakcik Mike menjeling tajam, “Kau takde apa-apakan dia kan?”

“SAYA! APA-APAKAN ARIA!" Raqnid menunjuk jari telunjuk ke arahnya,"HAH! Kenapa pakcik suka salahkan saya hah? Macam laa saya ni, orang jahat!"

"YA, sebab aku tak percayakan kau!"

Kehangatan mula menyerap ke udara sehingga dapat dirasai oleh orang sekeliling yang mereka mahu bergaduh.

"Maaf, lambat!" pelayan restoran tiba pada waktu yang tepat, menghantar minuman yang dipesan. Jika tidak pasti akan berlaku pertelingkahan yang hebat. Ketibaan pelayan restoran itu buat sementara waktu berjaya meredakan suasana yang hangat di antara mereka berdua.

Mereka berdua menghirup minuman yang berada di atas meja. Ternyata minuman itu berjaya menyejukkan dalaman mereka yang panas. Mereka akhirnya kembali kepada tujuan asal mereka berjumpa.

------------------------------------

Raqnid meninggalkan restoran, kemudian telefonnya berdering menandakan seseorang menghubunginya.

"Tahniah, Raqnid!" ucap individu yang menghubunginya.

"Apa yang tahniah?"

"Sekarang kita, dah ada—"

Pap! Dipintas Raqnid, "Saya gagal!"

"Gagal?... KAMU GAGAL!" jerit individu tersebut terkejut kerana jarang sekali Raqnid gagal dalam tugasannya.

Raqnid menjauhkan telefon daripada telinga mengelakkan telinganya daripada berdarah mendengar jeritan itu.

"Tapi macam mana?" soal individu tersebut curiga untuk tahu.

Raqnid tiba di pondok bas, "Hurghh, orang tu kenal saya la, pakcik Albert!" jawab Raqnid sambil mengeluh.

"Bagus laa macam tu! Tapi, kenapa masih tak dapat beli?" pakcik Albert tidak faham.

"Haish, sebab orang tua tu, tak suka saya! Berani betul dia tuduh saya macam-macam! Itu! Ini! Dia ingat saya ni teruk sangat ke!" Raqnid meluahkan perasaan yang terpendam dari tadi.

Albert yang mendengar bebelan itu, tidak lagi menanyakan soalan. Dia menjauhkan telefon daripada telinga kemudian menunggu sehingga leteran Raqnid selesai.

"Baiklah! Baiklah! Nanti pakcik yang uruskan hal ni!" ujar pakcik Albert sebelum meletakkan panggilan itu.

"Semua mood aku dah hilang untuk harini kalau tak disebabkan orang tua tu!" keluh Raqnid seorang diri sambil menunggu bas.

-----------------------------------

Aria yang sibuk di biliknya membuat kerja, baru sedar yang dia belum lagi makan tengah hari. Dia kemudiannya menyandar ke kerusi, mengurut kelopak matanya yang penat setelah menghadap komputer terlalu lama.

Aria memeriksa telefonnya dan terkejut apabila melihat mesej daripada Raqnid yang mengajaknya keluar makan tengah hari. Aria terus membalas mesej tersebut mengatakan yang dia sibuk bekerja sehingga terlupa melihat jam.

Raqnid menerima mesej dari Aria yang menyatakan bahawa Aria sibuk bekerja dan terlupa makan. Raqnid tersenyum sambil menghela nafas lega, memahami bahawa Aria sedang sibuk dengan tugasan pejabatnya. Dia kemudian membalas mesej dengan penuh pengertian.

"Tiada masalah, Aria. Kerja memang selalu memerlukan perhatian penuh. Kita boleh makan tengah hari lain kali. Jangan terlalu stress ya. Jika ada masa lapang, beritahu saya," balas Raqnid.

Aria mengangguk ringan, walaupun hanya membaca mesej. Sejenak dia merenung keluar tingkap, memikirkan betapa sibuknya rutin harian mereka. Namun, Aria merasakan sentuhan hangat melalui perkataan Raqnid, yang memberikan semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience