Chapter 1 - 50 sen

Romance Series 7839

Aku merupakan seorang usahawan wanita. Aku berjaya membina sebuah syarikat kosmetik yang bernilai jutaan ringgit pada umur 27 tahun. Sekarang sudah 3 tahun berlalu, jenama ā€˜Aria Beauty’ telah dikenali ramai. Namun, ia masih terlalu awal untuk aku berpuas hati dengan pencapaian aku ini. Hari ini, aku dijemput ke majlis yang menjemput ramai usahawan terkenal di seluruh Malaysia. Majlis ini diadakan di dalam sebuah kapal cruise yang sangat besar.

Aku sangat ā€˜nervous’ bila berada di majlis seperti ini tambahan pula kesemua orang di sini merupakan orang-orang yang hebat. Aku keseorangan dan tiada siapa yang aku kenali di sini. Pada awalnya aku sepatutnya datang ke majlis ini dengan PA ā€˜personal assistant’ aku iaitu Alya. Tapi PA aku Alya tidak dapat menghadirkan diri kerana di mempunyai masalah kesihatan.

ā€œAhhhhh aku nak buat apa niiiā€ Aria meroyan seorang diri di dalam tandas. ā€œMacam mana aku nak berbual dengan orang-orang di sini? Siapa saja yang kenal aku nii? Mesti mereka akan ketawakan aku.ā€ Tangan Aria juga berpeluh kerana terlalu ā€˜nervous’. Aria pun kuatkan semangatnya dan sewaktu hendak menuju keluar dari tandas. Terlihat di atas lantai tandas tersebut sekeping duit syiling 50 sen lalu Aria pun mengabaikannya.

Aria pun kemudiannya keluar dari tandas. Terlihat seorang lelaki mengintai-ngintai matanya ke arah tandas wanita. Lelaki itu berjalan berulang-alik di hadapan tandas wanita. ā€œPervertā€ Aria menjerit di hatinya. ā€œLelaki ni nak apa mengintai-ngintai dekat tandas wanita? Jangan cakap dekat majlis macam ni pun ada lelaki gatalā€. Aria pun kemudiannya pergi dan tidak menghiraukan lelaki tersebut. ā€œLelaki tu nampak macam budak kolej je? . Anak usahawan yang ada dekat sini kut? Budak zaman sekarang memang bermasalah betul laaā€.

Kemudian Aria disapa dari belakang oleh seseorang. Aria dengan pantas menoleh ke belakang untuk melihat orang yang menyapanya tadi. 'Ahh! Budak yang tadi tuu! Apa dia nak? Jangan cakap dia nak try aku? Dasar budak gatal!' Aria berbisik di dalam hati.

ā€œUhmm. Macam mana ye saya nak cakap. Saya nak mintak tolong sikit boleh ke makcikā€ budak itu menyoal.

Selepas mendengar perkataan ā€˜makcik’ suhu badan Aria tiba-tiba meningkat. 'Makcik!! Budak ni memang tak ada adab langsung. Berani dia panggil aku makcik' Aria marah di dalam hati. ā€œYee apa boleh saya tolong?ā€ soal Aria kepada budak itu sambil menahan kemarahannya.

ā€œSebenarnya ada duit saya terjatuh masuk dalam tandas wanita tu. Jadi boleh tak makcik tolong ambilkan? Kalau saya masuk dalam tandas tu nanti apa pulak kata orang.ā€

ā€œOuhh! itu rupanya sebab awak dari tadi mengintai-ngintai ke arah tandas wanita. Okey baiklah! ā€ Aria membalas.

Aria pun kemudiannya memasuki semula tandas tersebut dan mencari-cari sekiranya ada wang di atas lantai. Tidak terlihat satu wang kertas pun berada di atas lantai. Kemudian sewaktu hendak keluar terlihat sekeping duit syiling 50 sen di atas lantai tandas. ā€œJangan cakap duit syiling ni yang budak tu tengah cari?ā€ Aria sambil memegang duit tersebut. Aria kemudiannya keluar sambil memegang duit syiling yang berada atas lantai tandas tadi.

ā€œSaya tak jumpa apa-apa duit dalam tandas tadi! Saya hanya jumpa duit syiling 50 sen ni jeeā€ Aria menunjukkan duit syiling 50 sen itu. Lelaki tersebut terus mengambil duit syiling itu. ā€œAhh ni laa duit yang saya cari tu!ā€ jawab lelaki itu.

Aria tercengang. 'Apa!!! Duit syiling 50 sen ni yang dia cari dari tadi macam lelaki gatal? Dah kenapa dengan budak ni? Bapak kau punyalah kaya, 50 sen ni jugak kau terhegeh-hegehkan!' kata Aria di dalam hati dengan bengang.

ā€œTerima kasih makcik! Saya tak tahu macam nak balas budi makcik?ā€ kata budak tersebut. Suhu badan Aria pun semakin meningkat selepas mendengar kata-kata budak itu. 'Budak ni kecik besar kecik besar jee aku tengok. Hurghh sabar je laa' kata Aria di dalam hati.

ā€œSaya kena balas jasa makcik. Saya tak suka terhutang budi dengan orang lain.ā€œ

ā€œTakpe-takpe jangan risau perkara kecil jeeā€ Aria pun pelan-pelan beransur pergi. 'Makin lama aku duduk dengan budak ni makin tinggi darah aku naik. Lebih baik aku berambus.' Aria kemudiannya pergi meninggalkan budak tersebut.

ā€œMakcik tunggu!!ā€

Aria kemudiannya lari memasuki kawasan ramai orang untuk meloloskan diri. Setelah itu, Aria pun berjaya meloloskan diri dari lelaki tersebut. ā€œHuhh! Berjaya jugak lari dari budak tu.ā€ Aria pun kemudiannya berjalan-jalan di dalam kapal tersebut untuk menghabiskan masa.

ā€œOuh awak ni Aria kan!ā€ tegur seorang wanita kepada Aria. Aria pun kemudiannya menoleh. ā€œYe saya! Awak kenal saya keā€ jawab Aria.

ā€œMesti laa kenal. Awak usahawan yang menjual produk Aria Beauty kanā€ kata wanita tersebut. ā€œYe saya la tuu! Tak sangka ada orang mengenali saya.ā€ Aria sambil tersenyum.

ā€œAwak datang sorang je kee?ā€ soal wanita itu.

ā€œYe saya datang sorang je sebab kawan saya ada masalah kesihatan jadi dia tak berapa sihatā€ jawab Aria.

ā€œKalau macam tu jom laa join saya dengan rakan-rakan saya. Boleh kita berkenal-kenalan.ā€ wanita itu memegang tangan Aria.

ā€œEhh! takpe ke, macam mengganggu pulak nanti.ā€

ā€œTak mengganggu pun. Mereka mesti gembira bertemu dengan awakā€ wanita itu menyakinkan Aria.

ā€œUmm! Baiklahā€ Aria pun terima tawaran tersebut dengan gembiranya. 'Huhuuhu! Ada jugak orang yang mengenali aku.' bisik Aria di dalam hati.

Wanita itu membawa Aria ke tempat rakan-rakannya berkumpul. Tempat itu mempunyai sofa dan terdapat lebih kurang 6 ke 7 orang berkumpul di situ. 'Ehh! Lelaki pun ada.' Aria berbisik di dalam hati.

ā€œHai semua! Teka siapa saya jumpa ni!ā€ soal wanita itu kepada rakannya. Rakan-rakannya itu terlihat seperti tidak mengenali Aria. ā€œNi founder Aria Beauty lahhā€ wanita itu memberitahu rakannya. ā€œOuhh! tahu-tahu!ā€œ salah seorang lelaki tua di situ. Mereka pun menjemput Aria duduk.

Aria pun melihat wajah-wajah mereka. Terdapat 3 lelaki tua disitu merupakan CEO syarikat-syarikat besar. Aria mula merasa segan kerana syarikatnya tidak setanding dengan syarikat-syarikat mereka. Wanita-wanita yang berada di situ bukanlah seorang usahawan tetapi hanyalah wanita-wanita yang melayan lelaki-lelaki tua disini.

ā€œAwak terlihat masih muda. Jarang saya jumpa usahawan wanita yang muda seperti awak." Aria dipuji oleh salah seorang orang tua disitu. Setelah itu, perbualan diantara kumpulan itu dengan Aria semakin panjang. Mereka berbual mengenai syarikat mereka masing-masing. Semakin lama mereka berbual, Aria merasa semakin tidak selesa mendengar perbualan tersebut.

Aria mula menyedari yang dia sedang dipermalukan oleh mereka. Mereka menghina segala apa mengenai syarikatnya. Aria sedar yang syarikatnya banyak kekurangan dan Aria tidak dapat melakukan apa-apa. Mereka menghina Aria habis-habisan. Tujuan asal mereka bukanlah untuk berkenalan dengan Aria tetapi untuk mempermalukannya.

Mendengar cacian-cacian mereka menyebabkan mata Aria mula berair. Aria seperti hendak menangis. Aria merasa keseorangan dan hatinya seperti dicucuk-cucuk apabila mendengar setiap kata-kata yang dilemparkan oleh mereka. Aria ingin meloloskan diri tetapi dia tidak mampu. Dia merasa sungguh malu sehingga dia tidak dapat bergerak sedikit pun. Dia hanya mampu menundukkan kepalanya kerana begitu malu. Ramai orang memperhatikan mereka. Maruah Aria seperti dipijak-pijak.

'Sesiapa tolong!!!' jerit Aria di dalam hati.

"Wahhh!!! Macam rancak je berbual! Boleh saya sertai!" soal seorang lelaki kepada mereka.

Lelaki itu tanpa segan silu duduk di sebelah Aria tanpa dijemput. "Hei Budak! siapa benarkan kau duduk hah." kata salah seorang dari kumpulan itu. "Jangan laa macam tuu. Saya pun nak join" jawab lelaki tersebut.

Lelaki tersebut melihat Aria. Aria masih menundukkan kepalanya. "Kau nii girlfriend dia ke hah?" tanya salah seorang daripada mereka. Selepas mendengar kata-kata itu Aria pun kemudiannya mengangkatkan kepalanya dan berkata "Ehh! Saya mana ada boyfriend! " lalu Aria pun menoleh kearah lelaki tersebut.

"Yoo!!" lelaki tersebut mengangkat tangan menegur Aria. "Awak yang tadi tu!!!" Aria berkata. Lelaki itu adalah budak lelaki 50 sen yang Aria tolong tadi.

"Aishh!! Pakcik saya pun ada taste tau." jawab budak itu kepada mereka. Aria pun mula menundukkan semula kepalanya tadi. Aria pun merasakan yang budak itu jugak mahu mempermalukannya.

"Hahaha!! Dengan budak-budak pun kau tak laku Aria." gelak wanita yang membawa Aria datang kesini tadi. "Yee!! Tapi kalau saya diberi pilihan untuk memilih wanita dalam kumpulan ni. Saya akan memilih makcik Aria daripada makcik-makcik lain sebab saya tak suka 'gold digger'." jawapan budak tersebut menimbulkan kemarahan wanita-wanita disitu. Aria pun mula menyedari bahawa budak tersebut bukan hendak memalukannya tetapi dia mahu menyelamatkan Aria.

Selepas itu, kata-kata yang keluar dari mulut budak tersebut begitu tajam dan pedas. Bukan sahaja budak tersebut mengutuk mereka malah budak tersebut juga tahu setiap keburukan syarikat orang tua disitu. Aria melihat kearah budak tersebut. Budak tersebut terlihat seperti seorang yang profesional. Dia tahu setiap keburukan dan kelemahan syarikat mereka.

"Hei!! Budak kau jangan lebih-lebih hah. Jangan sampai…" jerit salah seorang orang tua disitu. Tidak tahan lagi mendengar kata-kata budak itu. "Jangan sampai apa?? Hahaha!! Berani ke pakcik nak apa-apa kan saya? Saya belum habis lagi. Saya belum masuk lagi tajuk yang akan memalukan dan menjatuhkan nama syarikat pakcik." budak itu menjawab tanpa ada sedikit pun perasaan terancam. Orang di sekeliling mereka melihat kearah mereka selepas mendengar jeritan pakcik tua itu tadi. "Sayang dah laa tuu orang ramai mula melihat kita." salah seorang daripada wanita disitu cuba untuk mengawal emosi pakcik tersebut. Pakcik itu melihat sekelilingnya dan mula merasa malu. Orang-orang sekeliling mula berbisik-bisik mengenai mereka.

"Lebih baik kita berambus sebelum lebih ramai yang datang" kata salah seorang daripada orang tua disitu. "Janganlah macam tu saya baru saja bukak tajuk takkan dah nak lari kut. Tadi bukan main seronok mempermalukan orang." budak itu berkata dengan kuatnya agar orang sekeliling dengar. Selepas itu, mulalah mendengar bunyi-bunyi yang tidak sedap didengari oleh mereka.

Selepas itu, mereka pun mula meninggalkan tempat itu. "Kau siap nanti budak!! Jangan sampai aku nampak kau di luar nanti" ugut pakcik-pakcik itu. "Okey-okay! jumpa nanti." jawab dengan tenangnya budak itu.

Aria pun mula bersuara dengan perlahannya. "Terima kasih! ". Budak tersebut menjawab "Tak perlu berterima kasih pun! Sekarang hutang saya dah selesai." Aria keliru mendengar kata-kata budak itu. "Hutang??".

"Yee!! Hutang makcik tolong carikan duit syiling 50 sen saya tadi! Saya tak nak terhutang budi dengan sesiapa pun."

"Tapi perkara itu kecil je!"

"Kecil ke besar ke tetap saya tak nak terhutang budi." budak membalas dengan muka serius. Aria hairan melihat budak itu kerana wataknya amat berbeza sewaktu di depan tandas dan sekarang. Sewaktu di depan tandas dia terlihat seperti kanak-kanak yang hilang mainannya. Sekarang dia terlihat seperti orang matang yang berpengalaman. "Jumpa lagi makcik!" budak itupun bagun dan beransur pergi.

'Kenapa aku rasa perkataan 'makcik' lebih sakit didengari daripada apa yang dikatakan oleh orang-orang tua tadi.' Aria berbisik di dalam hati. Aria pun kemudiannya terus pulang selepas kapal itu berlabuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience