“Raqnid! Bangun!”
“Hmmhmm!” Raqnid menarik selimutnya.
“Bagunnn!”
“Ermm, huh?” Raqnid terkejut.
“Haih, tidur apa lama-lama. Bagun!”
“Ayah? Ibu?”
Raqnid terus memeluk kedua-dua ibu bapanya lalu menitiskan air mata.
“Dah kenapa dengan kamu ni?”
“Sudah-sudah! Ayah ada suprise untuk kamu!”
“Suprise?” Raqnid keliru.
Ayah Raqnid membawa dia keluar daripada rumahnya. “Tadaaa!”, ayah Raqnid menunjukkan kereta baru yang dibeli ayahnya. Kereta lama buruk yang terpakai.
“Wahh, awak beli kereta!” ibu Raqnid teruja.
“Lepas ni, boleh laa hantar Raqnid pergi sekolah guna kereta ni!” ujar ayah Raqnid.
“Raqnid, kenapa kamu diam je? Tak teruja ke?” soal ibu Raqnid.
“Ah–ahh! Mestilah teruja!” Raqnid senyum terpaksa.
‘Kenapa? Kenapa aku rasa tak sedap hati?’ kerisauan bermain di pikiran Raqnid.
“Jom kita naik! Kita pergi ronda-ronda pekan!” ajak ayah Raqnid.
Raqnid melihat kedua-dua ibu bapa tersenyum riang, perasaan risaunya mula reda.Ternyata, di sebalik senyuman itu, Raqnid tahu kebenaran yang pahit. Rumah mereka sekeluarga adalah rumah yang sederhana dan miskin. Atapnya bocor dan dindingnya retak. Mereka hidup dengan keterbatasan, namun mereka selalu berusaha untuk bahagia.
“JOMM!” Raqnid menjerit keseronokkan.
Mereka sekeluarga pun menaiki kereta tersebut. Raqnid mencium bau kereta yang sudah lama. Ia berdebu dan lusuh, tetapi Raqnid tahu bahawa itulah yang mampu mereka beli. Ayah Raqnid berusaha memperbaiki kereta tersebut dengan segenap kemampuannya, demi melihat senyuman pada wajah Raqnid dan ibu.
“Kita ke sini dulu ya, Raqnid!” ujar ayah Raqnid.
Mereka berhenti di sebuah kedai makan kecil di tepi jalan. Ayah Raqnid membeli makanan kesukaan Raqnid dan ibu. Meskipun sederhana, mereka sangat bahagia makan bersama di kedai itu.
Setelah puas berkeliling pekan, Raqnid merasa bersyukur atas kejutan yang telah diberikan oleh ayahnya. Meskipun kereta itu terpakai dan buruk, ia adalah kereta yang penuh kasih dari ayahnya. Ia melihat kebahagiaan kedua orang tuanya, dan itu adalah hadiah terindah baginya.
“Terima kasih ayah, ibu!” ujar Raqnid.
Sewaktu Raqnid dan sekeluarga hendak pulang ke rumah mereka, tiba-tiba seorang budak melintas jalan tanpa menghiraukan bahaya yang mengancam. Ayah Raqnid terpaksa mengelak dengan pantas, dan menyebabkan berlaku pelanggaran pada tiang elektrik.
BANGG!
"IBU! AYAH!" Raqnid terjaga daripada tidurnya dengan wajah yang dibasahi air mata. Dia masih tidak dapat melupakan kisah silam yang menghantui dirinya walaupun sudah 18 tahun berlalu. “Aku takkan maafkan kau!”
#####
“Oaahhh!” Aria bangun dari tidurnya. Dia melihat sekeliling, lejar yang tersusun rapi seperti siap disemak.
“Tsjik-tsjik-tsjik”
‘Pencuri?’, Kedengaran bunyi di dapur, Aria dengan perasaan takut, memberanikan diri untuk menjenguk dengan bersenjatakan bantal.
“Huh?”
“Ahh, kau dah bangun!”
“APA YANG KAU BUAT DEKAT SINI HAH?” Aria terkejut.
“Apa maksud kau? Kau yang panggil aku datang sini semalam.”
“Ya, tapi kenapa kau tak balik?”
“Hah! Balik! Kalau tak disebabkan orang tu, tertidur waktu kerja, aku takkan tertinggal bas lah!”
“Uhm..erm.. mm.. “
“Sudah! Pergi mandi!”
Aria kemudian terkejut melihat dirinya di cermin. Rambutnya yang berantakan menyebabkan dia segera berlari masuk ke dalam biliknya, merasa malu dengan Raqnid.
Masuk ke dalam biliknya, Aria merasa terhuyung-hayang oleh perasaan malu. Dia tidak pernah ingin Raqnid melihatnya dalam keadaan seperti ini. Dengan cepat, dia mandi, merapikan rambutnya dan mencoba menenangkan diri sebelum keluar dari bilik.
Saat Aria kembali ke dapur, dia melihat Raqnid sedang duduk di atas kerusi dapur menyajikan makanan.
Aria dengan perasaan marah, menengking Raqnid. "Raqnid! Shampoo rambut ni, kau guna ye?"
Raqnid yang baru sahaja hendak menyuapkan makanan ke mulutnya terhenti apabila Aria datang menengkingnya.
“Ya, kenapa?” jawab Raqnid.
“Geez, kau tahu tak berapa mahal harga shampoo ni? Dan kau habiskan kan!” bengang Aria.
“Elehh, shampoo tu memang dah tinggal sikit je! Kedekut sangat laa kau ni! Kaya pun kedekut lagi.”
“Gerrghhh!” Aria terus masuk ke dalam biliknya kembali.
Selepas beberapa minit, Aria kembali ke dapur. Dia terkejut dengan makanan yang terhidang di atas meja walaupun hanya roti dan telur. Aria sudah lama tidak sarapan pagi di rumahnya dan dia jarang sekali masak kerana sibuk.
“Kau dah kenapa? Ahh, orang kaya tak makan benda-benda macam ni!” Raqnid mengambil pinggan Aria untuk dia habiskan.
Aria dengan laju mengambil semula pinggannya daripada tangan Raqnid. “Aku makan lah!”
Raqnid tersenyum melihat gelagat Aria.
Tetapi kali ini, Aria tidak dapat menahan senyumannya. Dia sedikit terkejut dengan usaha Raqnid menyediakan makanan baginya. Walaupun hanya roti dan telur, perkara itu sungguh menyentuh hatinya. Kedua-duanya makan bersama dengan senyap.
"Jadi kau jumpa apa puncanya?"
"Hurghh, penyelewangan wang!"
"Penye—PENYELEWANGAN WANG!" Aria terkejut.
"Ya!"
"Kau pasti ke?"
Raqnid memandang ke arah Aria, lalu mengangguk kepalanya.
"Hahh, tak sangka perkara kotor macam tu berlaku dalam syarikat aku."
Raqnid sambung menjamu hidangan paginya tanpa menghiraukan Aria.
"Jadi, kau jumpa siapa orang tu?"
"Ermm, tak! Aku perlu maklumat lebih. Apa aku boleh cakap, orang tersebut memang seorang pekerja yang hebat!" Raqnid memberikan ‘thumbs up’.
"Hah! Kau ingat benda yang orang tu buat boleh dipuji ke hah!" Aria marah.
"Ya, aku tahu! Aku puji dia sebab dia berjaya menyembunyikan perbuatan dia dengan sangat baik, contohnya, tiada langsung kecacatan pada lejar. Dua, aku langsung tak dapat kesan dimana duit 70 ribu tu dilarikan dan apa yang lebih menarik, dia berjaya menyembunyikan jejaknya. Jadi, sukar nak tahu siapa orang tersebut."
"Tutu—tujuh puluh ribu!" Aria sekali lagi terkejut.
Raqnid mengangguk kepalanya lalu menyuap roti ke mulutnya.
"Oi, boleh serius tak?"
"Aku serius apa! Alaa, 70 ribu apa laa sangat bagi syarikat kau."
"Hah! Apa kau kata! Kau ingat 70 ribu sikit ke, duit tu boleh bayar 10 orang gaji pekerja aku, kau tahu! Kalau benda ni berlarutan, silap-silap separuh duit syarikat orang tu kebas!"
"Ya, ya!"
"Kita kena cari pelaku tu!"
"Woah, woah! Kita! Heh, kerja aku dah selesai malam tadi! Benda ni, kau selesai sendiri!"
"Hehh, baiklah! Tapi, jangan harap aku benarkan kau pulang awal!"
"Ehh, apa pulak! Apa yang kau janji semalam! Kau ni memang scammer la!"
"Aku kata kalau kau tolong selesaikan kerja ni! Tetapi kerja ni masih tak selesai kalau penyeleweng tu masih tak ditangkap! Faham!"
"Wahh! Macam ni permainan kau ehh!" Raqnid bengang.
"Terima atau tak, itu keputusan kau!"
Aria kemudiannya melihat ke arah jam, sudah menandakan pada 7.45 pagi.
"Argghh, dah lambat!"
"Kecoh laa kau ni! Kau tu CEO kan!"
"Ya, aku memang CEO tapi kau tu!"
"Ehh, tak dapat cuti ke? Aku kerja penat semalam!"
"Maaf ya, encik Raqnid! Ia takde dalam penjanjian kita semalam! Sudah, Cepat!"
"Tapi, aku takde baju nak pakai! Aku kena balik ambil dekat rumah.. Paling kurang 30 minit naik bas lepastu bersiap 20 minit.. Tak boleh ke, kau bagi aku cuti!" merayu Raqnid.
"Tak!" Aria berjalan masuk ke dalam biliknya.
"Cehh!" Raqnid geram.
Sewaktu di dalam biliknya, Aria membuka pintu almari yang terdapat banyak baju kemeja lelaki bersama seluar. Baju-baju tersebut merupakan hadiah yang dia belikan untuk hari lahir ayahnya setiap tahun tanpa tertinggal. Namun dia tidak berani memberikan kepada ayahnya kerana hubungan mereka yang renggang.
Sebaik saja, Raqnid selesai mencuci pinggan. Aria keluar daripada biliknya membawa satu set baju kemeja beserta seluar.
"Nah, pakai baju ni!" Aria menghulur.
"Woah! Ni… " Raqnid terkejut melihat pakaian lelaki ada dalam rumah Aria.
"Ini baju yang aku belikan untuk ayah aku! Jangan kau pikir bukan-bukan!" jawab Aria terus mengelakkan kesalahpahaman.
"Aku tak kata apa-apa pun!" Raqnid mengambil baju tersebut.
Aria terus masuk ke dalam biliknya semula tanpa menghiraukan Raqnid.
"Heh!" Raqnid tersenyum.
Share this novel