Chapter 18 - Penyelewengan 2

Romance Series 7839

Raqnid mengenakan pakaian tersebut.

"Wow, ini bukan pakaian murah! Terasa macam dah jadi boss pulak!" Raqnid melihat dirinya pada cermin.

Kedua-dua mereka bertembung di ruang tamu bersiap untuk pergi ke kerja.

'Dang, kenapa dia nampak berbeza sangat! Pakaian memang mainkan peranan.' ujar Aria dalam hati melihat penampilan Raqnid.

Aria dan Raqnid pun bergerak pergi. Saat di dalam lif, kedua-dua mereka berbincang cara hendak menangkap orang yang melakukan penyelewengan itu.

Tiba aras bawah sekali, Raqnid pun keluar daripada lif.

"Tunggu!" Aria memanggil.

Raqnid menoleh. "Huh?"

"Naik kereta aku!" Aria mempelawa Raqnid walaupun dirinya terasa janggal apabila melakukan perkara tersebut.

"Hehh, takpe! Aku naik bas je."

"Baiklah!" Aria terus bergerak ke aras bawah tanah dimana kereta terletak.

Aria masuk di dalam keretanya dengan perasaan tidak puas hati apabila Raqnid menolak pelawaannya. Dia merasakan dirinya sudah dekat dengan Raqnid namun hakikatnya tidak. Dia memandu menuju keluar daripada tempat letak kereta, kemudian terlihat Raqnid menunggu di pondok bas berhadapan kondo rumahnya.

Aria memberhentikan kereta di hadapan Raqnid lalu mempelawa Raqnid sekali lagi dengan cara yang lebih agresif.

"Oi, budak! Cepat masuk!"

"Huh? Takpe! Aku rela naik bas daripada tumpang kereta kau!" jawab Raqnid terus menusuk hati Aria.

"Geez, budak ni! Sekarang dah 8.10. Kau rasa waktu bila bas nak sampai? Aku takkan beri muka dekat pekerja yang datang lewat."

"Ciss, kejam betul kau ni! Tak pernah aku jumpa boss sekejam ni."

"Cepat masuk! Jangan banyak songeh!"

Raqnid tanpa berfikir panjang, terus masuk ke dalam kereta Aria. Mereka pun meneruskan perjalanan ke pejabat.

Dalam perjalanan mereka ke tempat kerja, Raqnid hanya mendiamkan diri. Apa sahaja soalan yang ditanya oleh Aria hanya dijawab pendek iaitu "Hah!". Selepas 10 minit, mereka pun tiba di pejabat.

"Turunkan aku dekat sini!"

Aria pun memberhentikan keretanya tanpa banyak soal. Raqnid keluar daripada kereta tersebut dengan tergesa-gesa seperti orang yang baru lepas lemas.

"Raqnid kau ok tak?" soal Aria risau melihat Raqnid.

"Aku ok! Terima kasih!" Raqnid berjalan pergi langsung tidak menoleh ke arah Aria.

Aria bingung melihat tingkah laku Raqnid, tetapi dia memilih untuk tidak menyelidik lebih lanjut. Dia memandu ke tempat letak kereta syarikat dengan hati yang berat.

Di sisi lain, Raqnid masih bernafas berat dan melekap pada tiang lampu jalan di luar pejabat. Dia merasa kelemahan dan ketakutan setiap kali dia menaiki kereta, akibat daripada satu kemalangan yang dialaminya 18 tahun yang lalu. Trauma itu telah menjadi sebahagian daripada dirinya, dan dia belum dapat mengatasinya sepenuhnya.

"Huff.. Huff.. Huff.." Raqnid bernafas berat sambil berpaut pada tiang lampu jalan.

'Aku masih tak boleh lawan kelemahan aku!' Raqnid merasa kelemahan dan ketakutan setiap kali dia menaiki kereta, akibat daripada satu kemalangan yang dialaminya 18 tahun yang lalu. Trauma itu telah menjadi sebahagian daripada dirinya, dan dia belum dapat mengatasinya sepenuhnya.

####

Pada waktu yang sama, saat Raqnid turun daripada kereta Aria. Rakan seinternnya iaitu Kiel, Doug, Alice dan Lina tanpa sengaja terlihat perkara itu.

"Bukan ke itu, Raqnid?" Kiel menunjuk ke arah Raqnid.

"Ye laah!" Doug menangguk.

"Kereta siapa tu? Bukankah, Raqnid selalu datang dengan bas?" Alice kehairanan.

Lena menangguk.

"Tu bukan kereta murah!" Doug menambah.

"Raqnid datang daripada keluarga kaya kut?" kata Kiel.

Mereka memperhatikan kereta itu sehingga kereta itu bergerak masuk ke dalam tempat letak kereta syarikat bawah tanah. Hal itu membuatkan mereka lagi terkejut. Mereka mula membuat andaian masing-masing mengenai pemilik kereta tersebut.

"Aku tahu, Raqnid memainkan peranan besar dalam menjayakan acara pelancaran produk minggu lepas. Tapi, takkan disebabkan perkara tu.. Boss Aria jadi begitu rapat dengan Raqnid?" ujar Doug.

Mereka yang lain mengangguk mengiyakan pendapat Doug itu.

"Iya betul tu!”

Mereka pun menyerebu Raqnid yang sedang berpaut pada tiang elektrik itu. Raqnid yang sedang berada dalam keadaan sesak nafas, terkejut bila rakan seinternya datang.

“Raqnid, selamat pagi!” mereka menegur Raqnid seperti biasa sebelum mengajukan soalan.

“Ahh, selamat pagi!” jawab Raqnid.

Mereka masing-masing memikirkan bagaimana hendak mengajukan soalan kepada Raqnid. Keinginan tahuan mereka tersangatlah tinggi. Doug dalam pada itu, mendapat idea, dia menyiku perlahan Kiel untuk mula mengajukan soalan kerana mereka tahu Kiel dikenali sebagai seorang yang lurus dalam membuat satu-satu perkara. Selagi perkara yang dia lakukan tidak bertentangan dengan pendiriannya.

“Raqnid, kenapa kau datang kerja dengan bos?” soalan yang terus tanpa ada sebarang kiasan atau selok belok kepada Raqnid.

“Gough—Gough—Gough!” tersedak Raqnid dibuatnya.

“Ya, kami ternampak kau turun daripada kereta Nercedes hitam!” tambah Doug.

“Jangan cakap, kau ada apa-apa hubungan dengan bos!” Alice membuat andaian.

Lina mengangguk.

Raqnid mengambil nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan yang bertalu-talu kepadanya. “Hahahah, mana ada apa-apa.. Aku terlepas bas tadi, lepastu kebetulan bos lalu dekat situ, dia pun pelawa aku naik kereta dia pergi ke kerja laa.. Seorang bos yang menumpangkan pekerjanya, perkara biasalah di tempat-tempat kerja.. Korang ni, haih!”

“Ahh, patut laa! Baik sungguh bos kita!” Kiel dengan lurus mempercayai bulat-bulat kata-kata Raqnid itu tanpa ada sebarang kecurigaan langsung.

Doug pula menilai alasan Raqnid itu dan nampak seperti alasan yang bernas. Lina juga begitu namun Alice seorang yang masih merasa ragu. Alice berada di tengah-tengah, samaada dia hendak percaya ataupun tidak. Kalau mengikut kepada akalnya, alasan yang Raqnid berikan cukup kukuh namun yang menghalangnya daripada percaya Raqnid seratus peratus ialah nalurinya.

‘Gulp, apa pulak yang tak kena dengan pompuan ni?’ Raqnid takut dengan naluri Alice yang selalu betul namun Alice tidak menyedarinya.

Untuk mengelakkan perbualan itu daripada berpanjangan dan rakannya mula berpikir dua kali, Raqnid terus masuk ke dalam pejabat.

# # # #

“Hurgh, macam mana boleh jadi macam ni?”

Seperti biasa, Raqnid menjalankan tugasnya dengan membancuh kopi untuk pekerja. Sambil sedang sibuk membancuh kopi, telefonnya berbunyi memberi tanda ada mesej baru.

“Huh?” Raqnid mengambil masa sejenak untuk membaca mesej tersebut, yang datang daripada Aria yang meminta Raqnid untuk segera ke biliknya.

“Apa lagi yang dia nak? Haih!” , Raqnid menghampiri mesin kopi selepas menyelesaikan bancuhan dan menghidangkan kopi kepada setiap jabatan sebelum bergerak menuju ke bilik Aria.

Sesampainya di depan pintu bilik Aria, Raqnid dihalang oleh Alya, iaitu pembantu peribadi Aria.

“Hei, Raqnid! Ke mana kamu nak pergi?” soal Alya.

“Jumpa bos!” jawab Raqnid.

“Heh, kan saya dah bagitahu sebelum ni! Kalau kamu nak berjumpa dengan bos, kamu perlu membuat temujanji terlebih dulu! Kamu tak boleh sesuka hati terjah bilik bos.” ujar Alya dengan nada sinis.

“Tapi, bos panggil saya.”

“Mana bukti?”

“Ermm..” Raqnid teragak-agak untuk menunjukkan bukti iaitu mesejnya bersama Aria, kerana dia tidak mahu orang lain tahu mengenai hubungannya dengan Aria.

“Raqnid saya tahu kamu banyak membantu sewaktu acara pelancaran prod—”

“Tak boleh ke, cik Alya tanya bos sendiri?”

“Maaf, saya tak boleh menganggu bos!” Alya tersenyum sinis.

‘Orang tua ni memang sengaja cari pasal dengan aku, padahal dia boleh je tanya Aria sendiri!’ Raqnid berbisik dalam hati sambil tersenyum sinis.

‘Jangan harap la, budak! Ego kau tu tinggi sangat, meluat aku tengok!’ ujar Alya dalam hati.

Kring.. Kring..

Telefon pejabat di atas meja Alya berdering, dan dia menjawab panggilan tersebut.

“Ya, bos?” Alya menjawab dengan nada sopan. Selepas beberapa ketika, dia meletakkan telefon itu dengan ekspresi wajah yang muram.

Raqnid tersenyum sinis kerana dia telah menjangkakan kandungan panggilan tersebut. Raqnid dengan penuh rasa bangga menyoal Alya, “Boleh saya masuk sekarang, cik Alya?”.

Dengan nada yang tidak senang, Alya menjawab, “Baiklah, kamu boleh masuk bilik bos!”.

Dengan izin yang diberikan, Raqnid mengetuk pintu bilik Aria. Setelah mendengar suara "masuk", Raqnid membuka pintu dan memasuki bilik tersebut. Dia menghela nafas lega setelah menghadapi kesulitan untuk memasuki bilik Aria..

“Kau boleh tak beritahu PA kau dulu sebelum panggil aku datang sini! Kau tahu, betapa susahnya dia nak percayakan aku, sampai nak kena buat temujanji bagai, semata-mata nak jumpa kau!”

“Huh? Ye ke? Tak pernah pulak aku dengar, pekerja perlu buat temujanji kalau nak jumpa aku! Kau ada buat masalah dengan dia ke?”

“Ermm, mana ada!” Raqnid mengelat.

“Hurgh, kau ada buat masalah dengan Alya laa tu!” Aria dapat membaca perlakuan Raqnid.

“Argh, sudah! Ada apa kau panggil aku datang sini?” tanya Raqnid.

"Tentang isu penyelewengan wang syarikat laa! Apa yang kita patut buat dulu?" tanya Aria sambil membuka komputer di meja kerjanya.

Tanpa berlengah, Raqnid mendekati meja Aria. "Kita perlu menyemak semua transaksi kewangan yang berkaitan dengan jumlah yang telah hilang. Kita mungkin boleh mengesan pola atau perkembangan yang mencurigakan."

Aria mengangguk sambil mengetik di papan kekunci. Mereka berdua mula menyusuri rekod-rekod perniagaan dan transaksi dalam sistem komputer.

Sementara mereka berdua meneruskan penyiasatan, suasana di pejabat itu menjadi semakin tegang. Tapi di antara friksi dan tegangan itu, mungkin saja ada peluang bagi Aria dan Raqnid untuk memahami satu sama lain lebih baik, sekali gus memecahkan teka-teki penyelewangan yang sedang mereka hadapi.

Kemudian telefon Aria berbunyi menandakan mesej masuk, Aria membuka dan membaca mesej tersebut. “Haish!”.

“Huh? Kenapa?” soal Raqnid.

“Takde apa! Kau buat laa dulu apa yang patut, aku nak keluar jap.. Ada orang nak jumpa!” jawab Aria lalu bergegas pergi.

“Baiklah!” Raqnid hairan melihat Aria kerana riak wajah yang kusam setelah membaca mesej tersebut.

####

“Apa yang lama sangat mereka berdua buat dalam tu? Mencurigakan!” Alya memasang telinga untuk mencuri dengar dari luar pintu bilik Aria.

Krekk..

Pintu bilik Aria terbuka, dan Aria memandang heran kepada pembantunya yang berdiri dengan gaya aneh di hadapan pintu biliknya.

“Alya?”

“Huh? ARGHH! Bo–Bos!” teperanjat Alya.

“Apa yang awak buat depan pintu bilik saya ni?” soal Aria.

“Bos tak apa-apa ke?” Alya memeriksa Aria dengan cemas jika sesuatu terjadinya padanya.

“Kenapa ni?”

“Mana budak tu?”

“Dekat dalam!”

“Bos biarkan dia sorang-sorang dekat dalam! Biar saya halau dia sekarang!”

“Tunggu-tunggu! Kenapa dengan awak ni? Bertindak macam ni? Dia dekat dalam buat kerja lah!”

“Huh? Budak intern? Buat kerja? Kerja apa? Sampai masuk dalam bilik bos tak keluar-keluar daripada tadi? Apa yang istimewa sangat budak ni? Sampai bos layan dia macam tu? Takkan sebab acara haritu? Ataupun dia ugut bos? Ataupun bos—ermm!” Alya mula merapu tanpa dia sedar lalu memandang Aria dengan kecurigaan.

“Apa?” pipi Aria kemerahan kerana dia mula sedar kesilapannya memanggil Raqnid ke biliknya tanpa sebarang alasan kukuh untuk diberikan kepada Alya. Dia tahu Alya seorang yang suka memikirkan yang bukan-bukan dan Aria tidak mahu Alya mengesyak sesuatu mengenai hubungannya dengan Raqnid.

“Alya, tenang! Takde apa-apa yang berlaku pun.. Raqnid hanya tolong saya lakukan projek khas.” ujar Aria.

“Projek khas? Projek apa?”

Aria berfikir sejenak sebelum menjawab. “Projek ini adalah rahsia untuk masa kini. Tetapi jangan risau, ia tidak melibatkan apa-apa yang buruk.”

“Apa-apa pun, saya tak suka dia begitu rapat dengan bos. Dia sepatutnya tahu batasannya!”

“Alya, tak perlu risau. Kami hanya bekerja bersama dalam projek ni. Takde apa-apa yang berlebihan di antara kami.”

“Apa-apa pun, saya akan terus memerhatikan dia. Saya tahu betapa liciknya budak-budak zaman sekarang.”

Aria tersenyum lembut. “Terima kasih kerana mengambil berat. Tetapi percayalah, Raqnid adalah seorang yang baik.”

“Apa pun, saya akan sentiasa di sini untuk memastikan semuanya berjalan lancar.” kata Alya dengan tegas.

“Terima kasih, Alya! Saya kena pergi sekarang, ada orang nak jumpa.”

“Baiklah, bos! Hati-hati!”

Aria berjalan pergi sambil melambai tangan kepada Alya.

‘Hurghh, nasib baik dia tak pikir yang bukan-bukan!’ Aria berbisik dalam hati.

‘Ermm, mencurigakan! Kenapa aku rasa bos dengan Raqnid ni macam ada apa-apa diantara mereka? Cara bos beritahu Raqnid tu baik, macam dia kenal sangat dengan budak Raqnid tu!’ Alya berbisik dalam hati.

####

Aria berjalan keluar daripada pejabatnya, dia menuju ke kedai yang berada di hadapan syarikatnya.

Sebaik sahaja dia di dalam kedai tersebut, matanya mencari-cari seseorang sehinggalah dia terjumpa orang tersebut.

Dia berjalan ke arah orang tersebut. "Leo!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience