Chapter 28 - Temu Janji Pertama

Romance Series 7839

Pada keesokan harinya, Aria tidak bersemangat untuk bekerja akibat peristiwa kemarin yang masih terngiang di benaknya. Baginya, hari ini adalah hari yang tepat untuk melupakan semua kerisauan itu, dan dia memutuskan untuk bertemu dengan Raqnid.

‘Selamat pagi!’ mesejnya kepada Raqnid. Dengan sekelip mata, mesej itu dibalas seolah-olah Raqnid sedang menunggu mesej daripadanya.

‘Selamat pagi!’

‘Nak tak makan malam dengan saya tak, harini?’ soal Aria.

‘Huh? Awak tak kerja ke?’

‘Tak! Saya ambil cuti harini!’ balas Aria.

Raqnid terkejut kerana seorang yang sangat suka bekerja seperti Aria mengambil cuti. Dia dapat merasakan sesuatu yang berlaku padanya. Tanpa berfikir panjang Raqnid bersetuju dengan pemintaan Aria kerana risaukannya.

‘Baiklah!’

Pukul 8 malam, Raqnid bergerak daripada rumahnya ke restoran di bandar yang dia sendiri tidak pernah pergi malah nama restoran sendiri tidak diketahuinya. Walaupun ini temujanji pertama mereka, pakaian yang dikenakan Raqnid hanyalah pakaian yang sederhana, hanya mengenakan baju jersey putih, seluar slack hitam dan selipar kerana dia tidak terlalu suka kelihatan menonjol.

Saat tiba di bandar, Raqnid menuruni bas awam dinaikinya. Dia berjalan-jalan di bandar tersebut mencari restoran yang diberitahu Aria. Setelah penat mencari, akhirnya Raqnid tiba ke destinasinya. Restoran yang diberitahu bukanlah restoran sembarangan. Ia merupakan restoran yang bertaraf 5 bintang yang menjadi tempat golongan elit menjamu selera.

Raqnid tanpa perasaan malu atau rendah diri berjalan masuk ke dalam restoran tersebut seperti memasuki restoran biasa. Namun perjalanan masuknya tak begitu lancar kerana dia dihalang oleh pekerja di restoran berkenaan di hadapan pintu masuk.

“Encik nak pergi mana?” soal pekerja itu dengan nada yang sombong.

“Saya nak masuk ke dalam la!” jawab Raqnid hairan mengapa dia ditahan sedangkan orang lain masuk begitu sahaja.

“Untuk apa?” soal pekerja itu lagi tidak mahu membenarkan Raqnid masuk.

“Ahh, saya ada temujanji disini dengan seseorang!”

“Temujanji?” pekerja itu memandang Raqnid dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Melihat pakaian yang dikenakan Ranqid membuatkan pekerja itu sukar mempercayainya.

“Maaf, meja dah penuh! Encik boleh datang lain kali!” pekerja itu menipu sedangkan masih banyak meja yang kosong.

“Hah? Kawan saya dah tempah meja katanya! Kalau awak tak percaya, boleh tengok dalam booking list, nama dia Aria!” kata Raqnid menyakinkan pekerja itu.

Pekerja itu kemudian berpura-pura mencari nama Aria di dalam ‘booking list’. “Maaf, nama tersebut tiada dalam booking list!”.

“Apa! Boleh tak check sekali lagi!” mohon Raqnid.

Tetapi diendahkan pekerja tersebut, dia memandang rendah kepada Raqnid kerana pakaiannya yang tidak memenuhi standard restoran tersebut. “Maaf, encik! Saya dah check memang takde nama tu.” pekerja itu menipu.

“Heh! Macam mana boleh takde, awak check sambil lewa je saya tengok!” Raqnid berkeras.

“Encik, jangan buat macam ni! Lebih baik encik pergi sebelum kami panggil pengawal!”

Raqnid berang apabila dia dilayan sedemikian. Pada mulanya, dia mahu sahaja berambus daripada restoran tersebut kerana berkemungkinan dia tersilap tetapi niatnya terbatal selepas matanya terlihat bentuk tubuh Aria di dalam restoran itu.

Raqnid terus menjerit, “ARIA!” memanggil Aria daripada jauh namun tidak dapat didengarinya.

Saat itu, pekerja tersebut mula bertindak agresif menahan Raqnid daripada menjerit. Dia menerkup mulut Raqnid daripada bersuara.

Raqnid terkejut, “Apa yang korang buat ni?” mulutnya cuba ditutup oleh pekerja tersebut.

“Apa yang kau buat ni hah, jangan buat kecoh disini lah, orang miskin!” pekerja tersebut mula bertindak biadab dengan Ranqid.

Raqnid yang mendengar kata-kata itu keluar daripada mulut pekerja tersebut, dia terus betindak dengan agresif bergerak masuk ke dalam restoran.”GEERGHH!” mulutnya dikunci rapat oleh pekerja itu.

Mulalah berlaku persekengtaan di hadapan pintu masuk restoran. Pengawal restoran mula bertindak untuk menendang Raqnid keluar daripada restoran namun tidak semudah yang mereka sangka kerana semenjak Raqnid bertemu dengan jiran Aria iaitu pakcik Mike, dia mula sedar bertapa lemahnya dirinya dan semenjak daripada hari tersebut dia telah pergi ke gym setiap minggu dan belajar seni mempertahankan diri.

Raqnid tidak mudah digesa keluar oleh tiga orang lelaki dewasa, dia melawan habis-habisan sehinggakan orang yang berada di dalam restoran yang sedang menikmati makanan menyedari petelingkahan itu. Pelanggan di restoran itu melihat di pintu masuk restoran, apa yang sedang berlaku. Ada diantara mereka risau jika penjenayah cuba memasuki restoran itu, Aria juga mula menyedari pertelingkahan itu.

Aria berdiri dan menjinjat-jinjat kakinya, mahu menyaksikan sendiri apa yang sedang berlaku. Keresahan tergambar di matanya, risau akan Raqnid yang masih belum tiba dan mungkin saja tersekat di hadapan pintu masuk akibat pertelingkahan tersebut.

Dengan hati yang berdegup cepat, Aria mendekat, berniat mencari Raqnid di hadapan pintu masuk. Namun, sesuatu yang mengejutkan menyapa dirinya.

Aria melihat dua orang pengawal menarik kedua-dua tangan Raqnid, sementara seorang pekerja restoran berusaha menutupi mulut Raqnid, memaksa dia keluar dari tempat itu. Dia terkejut melihat Raqnid sendiri yang terlibat secara langsung dalam pertelingkahan itu.

Aria pun berlari anak ke pintu masuk restoran, menghalangi mereka. "Tunggu! Apa yang korang buat ni?" tanya Aria kepada pekerja yang menghalang Raqnid.

“Maaf, puan! Lelaki ini mahu menceroboh masuk ke dalam restoran!” jawab pekerja itu dengan tegas.

“Apa, menceroboh! Lepaskan dia, dia ni kenalan saya lah!” Aria bertindak cepat, menarik pengawal itu agar tidak terus menghalangi Raqnid. Suara Aria penuh ketegasan, memperlihatkan sikap sayangnya terhadap Raqnid.

“Apa!” pekerja itu terkejut dan cepat-cepat melepaskan Raqnid.

Aria memeriksa keadaan Raqnid, memastikan tidak ada kecederaan padanya. “Apa yang korang buat ni hah?” marah Aria kepada pekerja di situ, sorot matanya mencerminkan ketidakpuasan dan kegeraman.

Raqnid, yang berdiri di sana, terkejut melihat betapa garangnya Aria. Dia menyaksikan Aria menengking pekerja di situ tanpa mempedulikan orang sekeliling. Raqnid juga terharu karena Aria sangat risaukan keadaannya. Sentuhan kasih dan kepedulian dari Aria memberikan kesejukan di tengah kepanikan yang terjadi.

“Panggil manager awak, saya nak bercakap dengan dia!” tegas Aria. Malam ini sepatutnya menjadi hari yang bermakna untuknya namun semuanya dirosakkan oleh kejadian ini.

“Maaf puan, kami tak tahu?”

“Apa yang kamu tak tahu! Kamu boleh check kan nama dia dalam senarai! Hah, mentang-mentang dia pakai pakaian macam ni, korang nak judge dia! Sekarang saya taknak cakap lagi dengan kamu, saya nak jumpa dengan manager kamu!” tengking Aria.

Raqnid yang melihat pekerja itu ditengking mula merasa kesian walaupun dia yang menjadi mangsa. Dia cuba untuk menenangkan Aria supaya tidak bertindak terburu-buru.

“Raqnid, awak jangan masuk campur!” ujar Aria kepada Raqnid yang cuba menghalangnya.

“Baik puan!” Raqnid terus menurut perintah selepas diarah oleh Aria.

Apakah nasib badan, mahu menolong orang tapi dia yang dimarah balik. Perkara itu berlanjut sehingga datangnya manager restoran memohon maaf atas kesalahan pekerjanya itu.

Sebagai tanda minta maaf, manager itu ingin memberikan diskaun yang hebat kepada mereka namun ditolak Aria kerana dia sudah hilang selera untuk makan disitu.

Aria dan Raqnid akhirnya berambus daripada kedai tersebut. Aria berjalan laju meninggalkan Raqnid di belakang, perasaannya berkecamuk disebabkan hal tadi ditambah pula hal yang kemarin bersama ayahnya. Dia berjalan tanpa memikirkan benda lain selain melayan perasaannya sehingga lupa akan kehadiran Raqnid.

Perut Raqnid sudah berbunyi menandakan kelaparan tetapi Aria seperti tidak menunjukkan tanda-tanda di hendak memasuki mana-mana kedai. Ini tidak boleh dibiarkan pikir Raqnid lalu bersuara.

"Aria!"

Panggilan itu membuat Aria terhenti, dia mula terbangun daripada melayan perasaannya. Dia mula sedar, orang yang sepatutnya marah dalam keadaan sekarang ialah Raqnid. Dia yang mengajak Raqnid makan malam di restoran tersebut dan sekarang perkara sebegitu terjadi kepadanya. Dengan penuh perasaan bersalah, Aria menoleh badannya ke arah Raqnid lalu menundukkan kepalanya sedikit.

"Saya minta—!"

Tidak sempat Aria menghabiskan permohonan maafnya, Raqnid mencelah, "Jangan awak cuba untuk minta maaf ataupun rasa bersalah disebabkan hal tadi.. Saya datang sini malam ni, bukannya nak tengok awak sedih.. Saya datang sini sebab nak bergembira. Jadi jangan cuba nak tunjuk muka masam depan saya malam ni!" walaupun sedikit malu untuk Raqnid mengucapkan kata-kata tersebut, tetapi dia usaha untuk tebalkan muka supaya Aria tidak pulang dalam keadaan tertekan.

"Raqnid!" Aria mendengar ucapan Raqnid membuatkan hatinya yang terbeban tadi sudah diangkat. Terukir senyuman lega pada wajah Aria sehingga menampakkan gigi.

"Dah, jom kita cari kedai makan. Saya dah lapar ni!" Raqnid mula melangkah menyeberangi jalan yang juga terdapat kedai-kedai makan di seberang sana.

Aria mengangguk, berlari anak mengejar Raqnid. Raqnid pun memperlahankan langkahnya supaya Aria dapat mengejar dan berjalan bersama.

Setelah beberapa minit berjalan, mereka terjumpa satu restoran yang menyajikan masakan Thai. Restoran itu tidak kelihatan begitu mewah ataupun miskin, berada di tengah-tengah. Selesa untuk orang yang tidak mempunyai terlalu banyak wang untuk makan disitu.

"Kita makan sini lah!" Raqnid menggenggam penumbuk lalu dengan ibu jarinya menunjuk ke arah restoran tersebut.

Aria mengangguk kepalanya bersetuju dengan pilihan Raqnid. Mereka masuk ke dalam restoran tersebut, melihat penuh dengan pelanggan. Mungkin saja, restoran itu menyediakan makanan enak sehingga begitu ramai orang datang ke situ.

Nasib mereka baik, mereka menemui meja kosong untuk mereka makan.

Raqnid merayau-rayau matanya mencari pelayan restoran untuk mereka memesan makanan. Raqnid mengangkat tangan sebaik sahaja melihat pelayan restoran itu selesai menghantar makanan di meja lain.

Pelayan yang menyedari perkara itu, datang mendekati meja mereka.

"Apa yang saya boleh bantu?" soal pelayan itu dengan sopan.

"Kami nak pesan makanan!" jawab Raqnid.

"Ouh, sebentar ya encik!" pelayan itu balik semula ke dapur untuk mengambil menu makanan.

Pelayan itu datang semula ke meja mereka lalu memberikan menu, "Ini menu yang kami sediakan!"

Raqnid dan Aria membelik menu-menu yang dijual di restoran ini lalu memilih untuk memesan masakan istimewa di restoran ini iaitu masakan tomyam bersama daging merah. Pelayan menghantar pesanan mereka ke dapur.

Senyap menguasai suasana. Raqnid dapat merasakan sesuatu yang terjadi pada Aria kerana wajahnya tidak begitu gembira seperti selalu.

"Awak ada masalah dengan family awak lagi ke?" soal Raqnid dengan lembut cuba memasuki ke dalam masalahnya.

Aria memandang Raqnid terkejut, "Takde Lah!" hairan bagaimana lelaki di depannya ini dapat mengetahui masalahnya. Adakah dia juga pandai membaca isi hati orang selain daripada pandai membuat kerja?

Raqnid tersenyum, "Tengok daripada wajah awak pun saya dah dapat agak! Jarang awak bermasam muka disebabkan kerja.. Dan wajah awak menunjukkan kerisauan yang lebih mendalam.."

"Mendalam?" Aria tertanya-tanya apakah di maksudkannya.

"Ya, perkara yang membuatkan seseorang menunjukkan wajah sedemikian, tak lain dan tak bukan, melibatkan orang mereka sayang, keluarga mereka!" ujar Raqnid dengan penuh makna dan tersirat isi di sebalik memori yang perit.

Aria yang mendengar kata-kata itu, tidak dapat menyembunyikan lagi perasaan dan masalahnya daripada lelaki tersebut. Seolah-olah dia dapat membaca isi hati Aria yang sedang berduka ini.

Aria pun tidak berdalih lagi, lalu menceritakan masalahnya kepada Raqnid. Selesai dia menceritakan peristiwa kemarin, hatinya mula merasa tenang walaupun masalahnya masih belum selesai. Hairan dibuatnya, bagaimana dengan hanya meluahkan masalahnya kepada orang dapat menjadikannya sebegini tenang. Alangkah baiknya, jika dia tahu daripada awal, tidaklah dia menanggung derita ini terlalu lama. Tapi, bila difikirkan balik,sebelum ini Aria tiada tempat mengadu dan bukan semua orang dapat mendengar permasalahannya dengan hati yang terbuka seperti lelaki di depannya ini. Aria bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki ini walaupun jarak umur diantara mereka agak jauh.

"Apa! Jadi memang betul laa yang ayah awak nak kahwinkan awak dengan Leo!" Raqnid terkejut mendengar penjelasan Aria yang sebelum ini tidak diketahuinya.

Aria mengangguk.

"Jadi apa yang Leo cakap tu, semuanya betul laa! Bukan rekaan semata-mata untuk dapatkan air percuma.." Raqnid menghantukkan kepalanya kepalanya ke meja, menyesal dan bersalah dengan tindakannya.

"PFFT!" Aria ketawa lembut sambil menutup mulut dengan tangannya selepas melihat gelagat lucu Raqnid.

Makanan yang mereka pesan akhirnya tiba, pelayan mula menjamu makanan yang dimasak di atas meja.

Wangi tomyam yang harum memenuhi meja mereka, dan hidangan itu tampak menggugah selera.

Mereka makan dengan lahap, berbicara tentang hal-hal yang lebih ringan, seperti rencana masa depan dan hobi mereka. Raqnid menceritakan kisah-kisah lucu, dan Aria tertawa riang mendengarnya. Semakin lama, mereka semakin dekat, merasa keselesaan satu sama lain.
Setelah makan malam, mereka memutuskan untuk berjalan-jalan sekitar bandar. Mereka berdua berjalan di bawah cahaya gemerlapan lampu jalan, berbagi cerita dan tertawa bersama.

Aria merasa bahwa meskipun banyak hal yang mungkin tidak berjalan seperti yang dirancang, tetapi malam itu adalah malam yang sempurna baginya.

"Jadi ayah awak tak benarkan, awak buka bisnis?" Raqnid mengajukan soalan itu secara tiba-tiba selepas gelak dan tawa.

Aria mengangguk, "Ya!" suasana mula bertukar menjadi mendung.

"Jadi, ayah awak pilih Leo sebagai calon suami awak!"

Aria mengangkat kepalanya, hairan dengan soalan Raqnid. Dia mula menyangka, "Raqnid! Jangan cakap awak cemburu? Sebab ayah saya nak jodohkan saya dengan Leo!" tanya Aria memandang tepat ke wajah Raqnid.

Raqnid juga memandang wajah Aria, tetapi tidak lama lalu dia berpaling, "Hah! Cemburu! Mana ada!" Raqnid kuat menidakkannya walaupun hatinya berkata lain.

Aria suka melihat reaksi Raqnid sedemikian, apabila dia cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya, dan apa yang lebih Aria suka apabila dia dapat melihat Raqnid cemburu. Itu menandakan tanda Raqnid cinta padanya.

"Jangan risaulah, saya takkan terima Leo! Sebab saya dah ada awak!" ujar Aria dengan lembut dan manja untuk menyenangkan hati Raqnid.

Berbunga-bunga Raqnid mendengar ayat itu, namun tidak ditunjukkannya, hanya simpan kegembiraan itu di dalam hati.

"Saya akan tunjukkan pada ayah awak yang anak dia dah pilih lelaki yang hebat!" puji Raqnid diri sendiri.

"Huh! Yakinnya awak!"

"Kenapa awak tak percaya? Tak cukup ke apa yang saya tunjukkan sebelum ni?"

"Haha, baiklah! Baiklah!" Aria hanya melayan karenah Raqnid.

Raqnid mula memandang Aria, "Walau apa pun, jangan terlalu membencikan ayah awak! Walaupun seburuk apa pun peragai dia.. Dia tetap ayah awak.. Dan awak patut bersyukur kerana dia masih ada.." ujar Raqnid dengan penuh perasaan ikhlas dari lubuk hatinya.

Aria memandang ke mata Raqnid, keikhlasan mesej tersebut terlihat pada matanya.Aria hanya mampu mengangguk kepalanya patuh dengan nasihat itu. Ianya bukan sekadar nasihat biasa, tetapi nasihat itu datang daripada pengalaman hidupnya sendiri.

Selepas seketika, Raqnid pun melepaskan tatapannya pada Aria dan terus berjalan ke hadapan menyembunyikan secebis air mata yang mula terhasil daripada pengetahuan wanita itu.

Aria dalam pada itu, faham dan mengerti nasib Raqnid. Dia ingin tahu apa yang dialami oleh lelaki ini pada waktu silamnya. Sepanjang perjalanan ini, hanya dia sahaja yang meluahkan keperitannya sementara Raqnid sentiasa memasang telinga mendengar keluhannya.

Aria ingin membalas jasa itu, dia mahu Raqnid merasa bagaimana dihargai dan disayangi seperti dia rasa. Dia mencubit baju Raqnid dengan hujung jari telunjuk dan ibu jarinya, menarik lelaki itu supaya berhenti.

Raqnid yang merasa sentapan dan tarikan terus berhenti dan menoleh ke arah wanita di belakangnya.

"Raqnid! Saya nak tahu semuanya tentang awak!" soal Aria dengan perlahan tetapi serius.

Kedua-dua mereka bertentangan mata, mencari ketelusan dan kepastian. Saat ketulusan Aria dapat dilihat Raqnid, dia pun memberi kepastian dingini Aria.

"Hurghh, baiklah!" tersenyum Raqnid, hatinya gembira bila Aria ingin tahu tentangnya.

"Terima kasih!" Aria gembira bila mendapat kepastian daripada Raqnid sehingga tersenyum menampakkan gigi.

Raqnid mengusap-ngusap dagunya, "Ummm, dari mana patut saya mula?" kemudian menoleh ke arah Aria, "Patut ke saya cerita, macam mana keadaan saya, masa saya duduk dalam perut ibu saya?" Raqnid bergurau.

"Ishh, awak ni! Saya serius laa!"

Raqnid pun menceritakan kehidupannya sewaktu ibu dan ayahnya masih hidup. Bagaimana, ibu dan ayahnya meninggal dan kehidupannya selepas kematian ibu bapanya.

Aria yang mendengar kisah itu mula menitiskan air mata. Sedih mendengar ujian yang menimpa lelaki muda itu. Walaupun begitu, dia masih kuat teruskan hidup. Membesar tanpa kasih sayang ibu bapa tidak membuktikan seseorang tidak mampu berjaya. Aria mulai sedar kehidupannya tidak seteruk yang dialami oleh Raqnid.

"Jadi sekarang awak tinggal dengan pakcik Albert laa?" tanya Aria.

"Ya, tapi pakcik Albert selalu outstation! Jadi, jarang-jarang sekali dia balik rumah."

Selepas panjang lebar cerita itu, pertemuan mereka sampai ke penghujungnya. Mereka tiba di tempat parkir kereta awam dimana Aria meletakkan keretanya.

Niat Aria pada mulanya hendak mempelawa Raqnid menaiki keretanya terbatal selepas mendapat tahu Raqnid fobia menaiki kereta. Aria hanya mampu mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki itu, kalau boleh dia nak bersama lelaki itu selama yang boleh. Nampaknya hasratnya terkubur apabila mengetahui kisah silamnya.

Aria menghidupkan keretanya lalu meninggalkan lelaki tersebut yang masih tetap berdiri melambai tangan ke arahnya.

Di sebalik penceritaan itu, terlalu banyak suka dan duka yang diceritakan namun tidak semuanya diberitahu Raqnid. Terdapat perasaan dendam yang tersimpan di dalam hati Raqnid yang menunggu masa untuk dilepaskan.

# # # #

"Ibu! Ayah!"

Sedar-sedar sahaja, Raqnid melihat kereta itu sudah remuk di bahagian hadapan,cermin depan dan sisi pecah berderai. Kedua-dua ibu dan ayahnya dibasahi darah, tidak menyedarkan diri.

Cuba untuk memanggil kedua-duanya namun tidak berhasil kerana mulutnya sahaja yang terbuka tetapi suaranya tiada. Pandangannya kabur, sebelum warasnya hilang, Raqnid sempat melihat ke arah cermin pintu belakang belah kanan. Terlihat dua susuk tubuh, besar sedang memeluk yang kecil. Wajah yang besar dilihat jelas oleh Raqnid, tersimpan kekal ke dalam memorinya.

"DAAVIDDD!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience