Dahulu kala, di sebuah kampung kecil yang terletak di lereng bukit, terdapat sebuah kedai makan yang terkenal di seluruh desa. Kedai makan ini milik seorang wanita tua yang dikenali sebagai Nenek Siti. Nenek Siti adalah seorang tukang masak ulung yang telah menghidangkan hidangan lezat kepada penduduk desa selama bertahun-tahun.
Setiap hari, penduduk desa akan berkumpul di kedai makan Nenek Siti. Mereka akan duduk bersama di meja kayu panjang yang terletak di halaman belakang kedai makan. Di sinilah cerita-cerita lama dan baru akan berkembang.
Suatu hari, seperti biasa, Aria dan Alya, dua sahabat karib datang ke desa tersebut, datang ke kedai makan Nenek Siti. Mereka duduk di meja kayu panjang yang nyaman, menunggu hidangan enak Nenek Siti. Tetapi, mata Aria kelihatan sedikit lesu.
"Kenapa ni, Aria? Kau termenung je dari tadi!" tegur Alya, yang sedang sibuk menyelongkar begnya untuk mencari buku nota.
"Huh? Haha, maaf! Aku terpikirkan sesuatu." Aria tersadar dari lamunan, tetapi matanya masih terlihat lembut, merindui seseorang.
"Bila dipikirkan balik, budak intern dekat syarikat kita lagi seminggu je nak habis.. Tak sangka, cepat sungguh masa berlalu." Alya mencuba menghibur Aria sambil mengenangkan kenangan bersama budak-budak intern itu.
"APA! MAKSUDNYA! MINGGU DEPAN!" Aria terbeliak mata apabila mendengar tempoh budak intern bekerja sudah hampir tamat.
"Woah, kau ni! Terkejut aku! Kenapa? Macam sebelum ni, takde budak intern dekat syarikat kita." Alya tersenyum sambil mengejutkan Aria.
"Ummm, bukan! Aku masih tak sempat nak belanja mereka sebab mereka dah banyak tolong aku!" mulut Aria berkata lain, tetapi hatinya berkata lain. Dia merindui masa-masa bahagia bersama budak-budak intern itu.
"Yelah kan, budak intern kali ini berbeza daripada yang sebelumnya. Mereka sangat berkebolehan, tambah-tambah lagi Alice tu. Bakat dia macam ngam je dengan syarikat kita. Lina pun okey jugak! Boleh kita serap mereka bekerja terus dengan syarikat kita." Alya memujinya.
"Mereka dua je ke, kau rasa bagus.. Yang lain macam mana?" Aria ingin tahu pendapat Alya tentang budak intern yang lain.
"Maksud kau, lagi 3 orang lelaki tu.. Ermm, aku rasa mereka ada kebolehan tersendiri tetapi kebolehan mereka tak sesuai untuk syarikat kita.. Kiel terlihat seperti seorang yang terlalu jujur dan rajin bekerja manakala Doug pulak seorang yang pandai bergaul."
"Faham! Ermm, macam mana dengan Raqnid?" tanya Aria seakan-akan dia tidak sangat berminat agar Alya tidak menyangka sesuatu.
"Raqnid? Uhmm!" Alya termenung panjang ke udara mencari jawapan, akhirnya jawapannya hanyalah, "Entah!"
"Huh? Kau tak tahu?"
"Ya, aku tak tahu! Budak tu masih misteri bagi aku.. Tengok daripada cara dia, macam dia tak tahu apa-apa tapi sewaktu acara pelancaran produk tu, dia kejutkan semua orang! Tengok dia macam mahu tak mahu je nak bekerja.." jawab Alya melalui pengalamannya.
“Heh, memang pun! Budak tu kalau tak dipaksa, memang tak bekerja laa dia!” Aria teruja apabila bercakap pasal Raqnid.
“Ahh!” Alya terperanjat dengan perubahan karakter Aria apabila berbual tentang lelaki tersebut.
Di kedai makan yang hangat dan penuh canda tawa, cerita-cerita mengenai budak intern, bakat mereka, dan kisah-kisah misteri menjadi topik perbualan. Dan sementara mereka menikmati hidangan enak Nenek Siti, Aria dan Alya tahu bahawa cerita mereka sendiri juga sedang berkembang, di tengah-tengah cerita-cerita lain yang menghiasi kedai makan yang penuh dengan kenangan yang berharga.
Dalam menikmati hidangan, Aria mengajukan soalan yang mengejutkan Alya.
"Ummm, Alya!"
"Ya!"
"Kau pernah sukakan seseorang tak?"
Alya yang baru sahaja hendak menyuapkan nasi ke mulutnya, berhenti di pertengahan jalan apabila mendengar pertanyaan itu. Siapa sangka, rakannya yang selalu sibuk bekerja menanyakan tentang cinta kerana Aria tidak pernah berminat untuk bercinta sebelum ini. Perkara ini tidak pernah terjadi selama 10 tahun dia berkawan dengan Aria.
Alya hanya memandang rakannya, dia masih tersentak.
Aria mula merasa malu apabila Alya memandangnya sedemikian. Dia juga malu untuk mengajukan soalan demikian. "Haha, aku saja tanya jelah! Aku tak sukakan sesiapa pun!" balas Aria sambil tangannya melakukan isyarat tidak supaya Alya tidak mengesyak sesuatu yang bukan-bukan.
Alya kemudian menjawab, "Aku pernah!", singkat jawapannya untuk membuatkan rakannya ingin tahu lebih mendalam.
"Pernah! Siapa?" Aria bertanya lagi.
"Ramai!"
"Ha—ah?" bingung Aria dibuatnya mendengar kata-kata rakannya itu.
"Itulah kau, terlalu sibuk dengan kerja.. Langsung tak peduli pasal aku! Kau tahu tak dah berapa kali, aku jatuh cinta dan dah berapa kali aku putus cinta, pun kau tak tahu! Kawan macam apa kau ni hah!" Alya meluahkan perasaannya yang sekian lama terpendam.
"Maaf laa, sebelum ni aku tak pernah ambil peduli pasal kau.. Mesti kau banyak tersakiti!" Aria menyesal kemudian bangun dan duduk bersebelahan rakannya.
Alya memeluk lalu merintih pada bahu Aria. "Garggghh!".
Aria mengurut-ngurut belakang rakannya untuk menenangkannya. Namun, rintihan Alya tidak lama ataupun boleh dikatakan lakonan yang dibuatnya untuk mendapat simpati Aria.
Alya mengangkat kepalanya daripada bahu Aria menyoal, "Jadi apa yang kau nak tahu?"
"Ermm, sepatutnya lelaki ataupun perempuan yang luahkan perasaan dulu?" soal Aria tersipu malu.
"Lelaki!" tegas Alya sambil memegang kedua-dua belah bahu Aria.
Aria terkejut, hanya dapat mengangguk. Kemudian wajahnya bertukar, kelihatan bimbang.
Alya dapat membaca riak wajah ditunjukkan rakannya itu. Pasti ini 'one side love' dipikirkan nya. Mulutnya berat untuk mengatakan tetapi dia terpaksa demi melihat sinaran di wajah rakannya itu.
"Tapi tak salah pun kalau perempuan yang luahkan perasaannya terlebih dahulu!" ujar Alya.
Aria mengangkat kepalanya selepas mendengar kata-kata itu, sinar harapan mula menyinari wajahnya. "Iyaa ke?", tanya dengan penuh keraguan.
Perit untuk Alya katakan namun demi rakannya, dia rela menebalkan mukanya. "Aku pun dah banyak kali buat!" katanya.
"Apa! Maksud kau? Kau dah banyak luahkan perasaan dulu!" suara Aria terkuat.
Alya cepat-cepat menutup mulut Aria dengan tangannya, kemudian melihat sekeliling kerana malu. "Jangan cakap kuat-kuat!" bisiknya.
"Maaf! Aku sangka—" bisik Aria.
"Ya, ya! Aku tahu! Aku perempuan yang tak tahu malu!" Alya mencelah sambil menundukkan kepalanya.
"Tak! Tak betul! Kau hebat la, Alya! Kau hebat! Aku respect kau sebab kau berani meluahkan perasaan terlebih dahulu! Tak semua perempuan mampu lakukan apa yang kau lakukan! Kau patut bangga dengan diri kau!" kata Aria dengan serius sambil memegang bahu Alya.
Alya terharu mendengar pujian daripada rakannya itu. "Terima kasih, Aria!" balasnya tersenyum.
'Kalaulah aku ada keberanian macam kau tentu—!' Aria berbisik di dalam hati mencemburui keberanian rakannya itu.
"Kau pun boleh, Aria! Kau cantik, lelaki mana je yang tak terpikat dengan kau!" kata Alya memberi semangat setelah melihat muka monyok kawannya itu.
Aria termenung seketika memikir. "Kalau dia tolak macam mana?" tanya Aria risau.
"Kalau itu yang kau pikirkan, sampai bila-bila lelaki tu takkan sedar perasaan kau! Cinta ni macam bisnis, ada peluang kau ambil! Tak menjadi, cuba lagi! Biar menyesal mencuba daripada menyesal tak mencuba!" ujar Alya dengan penuh makna.
Aria merenung kata-kata itu sehingga menjadi pemetik semangat kepadanya." Terima kasih, Alya!" ujarnya.
Alya membalas dengan senyuman namun niat sebenarnya masih belum terkubur. Dengan nada suara yang bersesuaian, dia menyoal," Siapa lelaki tu?", ingin mengetahui jejaka yang disukai rakannya itu.
"Huh? Lelaki mana? Aku cerita pasal kawan aku punya masalah laa!" jawab Aria selamber menyembunyikan perasaannya.
Alya menepuk lengan Aria, "Elehh, kau ni macam aku tak tahu—-"
"Huh! Waktu rehat dah nak tamat! Sudah mari kita pergi bayar!" Aria melihat pada jam tangannya, lalu bangun bergerak ke kaunter untuk membayar makanan tanpa memperdulikannya pertanyaan rakannya.
"Ehh, tunggu! Aria! Jawab laa dulu! ARIAA!" bengang Alya dibuatnya kerana apa yang dia rancangkan tidak menjadi.
Share this novel