Chapter 29 - Dendam Mulai Terbentuk

Romance Series 7839

"Ibu! Ayah!"

Sedar-sedar sahaja, Raqnid melihat kereta itu sudah remuk di bahagian hadapan,cermin depan dan sisi pecah berderai. Kedua-dua ibu dan ayahnya bermandikan darah dan tidak menyedarkan diri.

Cuba untuk memanggil kedua-duanya namun tidak berhasil kerana mulutnya sahaja yang terbuka tetapi suaranya tiada. Pandangannya kabur, sebelum warasnya hilang, Raqnid sempat melihat ke arah cermin pintu belakang belah kanan. Terlihat dua susuk tubuh, susuk besar itu sedang memeluk yang kecil seperti melindunginya. Wajah yang susuk besar itu dilihat jelas oleh Raqnid, tersimpan kekal di dalam memorinya.

Kereta ambulan akhirnya tiba ke tempat kejadian, bertindak secepat mungkin menyelamatkan mangsa kemalangan. Ketiga-tiga anak beranak itu dibawa ke hospital berdekatan untuk menjalani rawatan.

Raqnid terjaga daripada pengsan, matanya melihat ruang syiling yang asing baginya. Deria pendengarannya perlahan pulih selepas sesaat terasa pekak, pada saat itu dia tersedar akan keadaan sekeliling yang penuh dengan bunyi hiruk pikuk.

Raqnid mengesan sekelilingnya, otaknya mula bertanyakan soalan, mengapa dia berada di hospital? Dengan sekelip mata, otaknya memberikan jawapan, memorinya kembali mengingati apa yang berlaku kepada dirinya dan keluarga. Tanpa berlengah lagi, dia bangun dari katilnya dan turun dengan langkah kecilnya untuk mencari ibu dan ayahnya. Walaupun kepalanya berbalut tebal dengan kain putih, dia langsung tidak memperdulikannya kerana yang penting sekarang ialah keadaan orang tersayang.

Raqnid berjalan mencari ibu ayahnya dengan tubuh yang kecil itu. Sehinggalah dia terlihat dua biji katil yang ditutupi dengan kain putih. Mungkinkah itu ibu dan ayahnya? Dia berjalan tanpa berpikir kemungkinan dan sebab kain itu menutup sosok tubuh manusia di atas katil itu. Tanpa sebarang ragu-ragu, dia menyelak kain putih tersebut.

DOOCH!

"Huh?" Raqnid terkejut dan terjatuh menghempap punggungnya ke lantai selepas melihat individu disebalik kain putih itu. Air matanya tiba-tiba mengalir deras tanpa dia sedari. Riak wajahnya tidak mempercayai apa yang dilihatnya.

Raqnid bangun semula, kali ini dia cuba menyelak kain di katil lagi satu dan hatinya hancur apabila melihat kedua-dua orang yang terbaring di atas katil tersebut merupakan ibu dan ayahnya. Disebabkan terlalu terkejut, dia langsung tergamam dan buntu pada situasi tersebut. Dia memandang ke arah jururawat, wajahnya berkata apa semua ni?

Jururawat yang berada di situ berpaling muka, tidak mampu melihat wajah anak itu kerana tidak berdaya menahan air mata.

Raqnid memandang semula ke arah kedua-dua orang tuanya. Dengan suara yang serak memanggil, "Ibu! Ayah! Kenapa tinggalkan Raqnid seorang diri?", dia mengerti bahwa ibu dan ayahnya sudah tiada.

Berlinang air mata jururawat disitu mendengar suara anak kecil itu memanggil ibu dan ayahnya.

"Bukan ke, ibu dan ayah dah janji nak tengok Raqnid masuk ke Universiti?" mengenang janji-janji ibu dan ayahnya.

"Nak tengok Raqnid kerja! Kahwin!"

Kemudian Raqnid diam, matanya menunjukkan dia sudah berputus asa dengan dunia ini.

Jururawat yang menyaksikan perkara itu, terkejut kerana dia tidak menangis dalam keadaan sebegini seperti kebanyakan kanak-kanak lain malah orang dewasa sendiri tak akan dapat menahan air mata apabila berada di situasi sebegitu.

Jururawat tersebut menghampiri, risau akan anak itu yang tiba-tiba mendiamkan diri. "Huh!" jururawat itu memandang ke arah mata anak tersebut, apakah dia hanya seorang kanak-kanak? Mengapa matanya menunjukkan seperti seolah-olah dia sudah muak dengan dunia ini. Bagaimana seorang kanak-kanak boleh berfikir sedemikian, bukankah sepatutnya kanak-kanak hanya mengikut perasaan mereka, apabila gembira tersenyum dan apabila sedih menangis. Bagaimana kanak-kanak berumur 7 tahun boleh menampakkan reaksi sebegitu?

Jururawat itu merendahkan badannya lalu memeluk anak kecil itu memberinya tempat untuk bergantung buat seketika. Jururawat itu menepuk-nepuk belakang anak itu, memberitahunya, "Tak perlu kamu menahan, lepaskan kesemuanya!".

Mula terdengar esakan kecil di bahu jururawat itu. "Bersabarlah, ini semua ujian untuk kamu sebab kamu seorang yang kuat!"

Mendengar kata-kata jururawat itu, membuatkan tangisan anak itu semakin kuat. "Huarrgh! Ibu! Ayah!" Anak itu mula menangis seperti kanak-kanak lain. Menangis sepenuhnya hatinya mengeluarkan apa yang tersimpan di dalam dirinya.

# # # #

Keesokan harinya, ibu dan ayah Raqnid dibawa ke kubur untuk dikebumikan. Raqnid dan beberapa jururawat hospital menaiki ambulan ke sana. Tiba sahaja di sana, dua liang kubur sudah tergali oleh kariah masjid di kawasan itu. Geng-geng tersebut mengangkat kedua-dua jenazah untuk dimasukkan ke dalam liang kubur, bersebelahan antara satu sama lain.

Saat kubur itu dikambus semula dengan tanah sedikit demi sedikit, Raqnid hanya mendiamkan diri. Dia tahu air matanya tidak lagi berguna pada saat itu walaupun sekuat mana sekalipun dia menangis kerana yang mati takkan bersama yang hidup. Itulah lumrah kehidupan ini. Yang pergi dibiarkan pergi, yang hidup manfaatkanlah.

Selepas selesai menyimpan jenazah, jururawat dan penduduk setempat mula pulang. Hanya tinggal Raqnid bersama seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan ayahnya. Lelaki ini berada di sini daripada mula jenazah sampai ke kubur sehinggalah selesai disimpan. Siapakah lelaki ini menjadi tanda persoalan buat Raqnid. Setahunya, dia tidak mempunyai keluarga terdekat yang lain.

Lelaki tersebut merupakan bos kepada ayah Raqnid. Namanya Albert, seorang bos yang baik dan prihatin kepada pekerjanya. Ramai pekerja suka bekerja dengannya termasuklah ayah Raqnid sendiri. Mereka sudah berkawan hampir 12 tahun, hubungan antara mereka bukan lagi dianggap sebagai bos dan pekerja tetapi sahabat.

Albert memandang ke arah anak kawan karibnya. Dia mula sebak melihat anak itu, alangkah malangnya nasib dia. Sudah la hidupnya susah sebelum ni, sekarang ibu dan ayahnya pula tiada. Apakah yang akan berlaku kepada anak ini? Siapakah yang akan menjaganya?

Terlintas di pikiran Albert, memori bersama rakan karibnya. Dalam memori tersebut, ayah Raqnid pernah meminta pertolongan Albert supaya menjaga keluarganya jika berlaku sesuatu kepadanya. Albert pun berjanji dengan ayah Raqnid pada waktu itu.

Jadi inilah waktunya, dia perlu menunaikan janjinya itu. Sebagai seorang yang jujur dan amanah, Albert sanggup menerima Raqnid tapi dia tidak tahu bagaimana hendak mendekati anak itu kerana dia tidak pernah mempunyai anak malah kahwin tak pernah.

Albert menundukkan badannya sehingga ke paras Raqnid. "Raqnid, mulai sekarang, Raqnid tinggal dengan pakcik ya!" kata Albert memegang bahu Raqnid.

Raqnid hanya mengangguk setuju kerana dia sudah tiada pilihan lain. Sudah tiada siapa yang dia kenali di dunia melainkan pakcik di hadapannya ini. Itupun hanya sekali dalam hidupnya sewaktu dia dibawa ke pejabat ayahnya.

Albert memegang tangan anak itu memujuknya untuk pulang. Dengan hanya sekali pujukan, anak itu terus mengikutinya tanpa banyak alasan. Anak itu sedar dia sedang menumpang belasan kasihan orang lain, jadi tidak layak baginya untuk memilih.

Albert membawa Raqnid ke rumahnya yang sederhana tetapi cukup sifatnya berbanding rumah yang ditinggal Raqnid sebelum ini. Dia tak seberapa kaya, keuntungan bisnisnya banyak dihabiskan kepada pekerjanya dengan memberikan mereka bonus. Dia tidak kisah tentang wang asalkan hidupnya bahagia dan juga orang sekelilingnya.

Raqnid memasuki rumah tersebut, buat pertama kali dalam hidupnya memasuki rumah yang sempurna. Tiada atap yang bocor, tingkap yang pecah dan lantai yang berlubang.

"Ini rumah kamu sekarang, Raqnid!" ujar Albert menunjuk ke arah ruang rumah.

Raqnid membisu, walaupun rumah itu sempurna tetapi hidupnya takkan sempurna tanpa kehadiran ibu dan ayahnya. Dia mendongak melihat Albert di sebelahnya lalu menyoal, "Kenapa pakcik terima saya?"

Albert melabuhkan badannya di sofa yang empuk, lalu dengan lembut menarik tangan Raqnid untuk duduk bersamanya. Sambil menghela nafas panjang, Albert mulai menerangkan segala sesuatu kepada anak itu.

Wajah anak itu kelihatan gembira bila mendengarkan pujian Albert tentang kehebatan ayahnya.

Albert membelai rambut anak itu dengan lembut, "Sudahlah, kamu pergi mandi! Lepas tu kita makan.. Perut kamu mesti tengah lapar, tak makan daripada tadi!" Albert menunjuk ke arah bilik mandi dengan senyuman.

Albert ke dapur mencari makanan untuk dimasak. Selepas beberapa minit, bunyi air sudah tidak didengari membuktikan anak itu sudah habis mandi.

Sementara Raqnid pergi mandi, Albert menuju ke dapur untuk mencari bahan makanan yang akan dimasak. Tak lama kemudian, bunyi air yang berdentum tidak terdengar lagi, menandakan bahwa Raqnid telah selesai mandi.

"Raqnid, kamu tengok laa dulu tv! Pakcik tak habis masak lagi." jerit Albert dari dapur memberitahu.

"Baiklah, pakcik!" jawab Raqnid dari ruang tamu sambil membilas rambutnya.

Raqnid pun membuka tv di ruang tamu. Terpapar siaran berita pada waktu itu, mempamerkan insiden yang berlaku kemarin. Apa yang membuatkan Raqnid terkejut sehingga melepaskan tuala di tangannya ialah tajuk berita itu.

Sambil menunggu masakan selesai, Raqnid menyalakan televisyen di ruang tamu. Kaca televisyen menampilkan siaran berita pada waktu itu, memaparkan insiden yang terjadi kemarin. Namun, apa yang membuat Raqnid terkejut hingga melepaskan tuala di tangannya adalah tajuk berita yang ditampilkan.

'Pemandu mabuk hampir melanggar seorang anak kecil.'

Apa yang sedang berlaku? Mabuk? Pembohongan apakah ini? Bagaimana ayahnya boleh dipersalahkan sedangkan ayahnya cuba mengelak anak kecil itu?

Segala macam persoalan yang timbul di dalam pikiran Raqnid sehingga membuatkannya buntu. Di manakah silapnya?

Kemudian muncul sosok tubuh seseorang yang Raqnid sangat kenal dalam berita itu. Jadi dia nilah puncanya! Memandang dengan pandangan begis.

"Pemandu mabuk memang tak patut dimaafkan. Macam mana dia boleh mabuk sedangkan dia bersama keluarganya! Dasar lelaki tak guna!" ujar sosok tubuh itu.

Berdarah telinga Raqnid mendengar celaan yang tak sepatutnya diterima ayahnya. Dia seorang ayah baik, kuat berusaha dan jujur. Berani sungguh orang itu mencaci ayahnya!

"Dato David!" Raqnid bersuara menyebut nama orang yang sedang mencaci ayahnya. Pasti akan dia ingat nama tersebut sampai ke akhir hayatnya. Kemarahan di dalam dirinya mulai bergelora, perasaan marah, benci, dan dendam tumbuh subur dalam hatinya. Nama dan wajah orang tersebut akan terpahat kuat di benaknya, dan dia bersumpah untuk tidak pernah melupakan kejadian ini.

Wajah Raqnid kini dipenuhi ekspresi kemarahan yang mendalam. Dia merasakan api kemarahan membara di dalam dadanya, seolah-olah hatinya dihantam badai amarah. Celaan terhadap ayahnya menjadi semacam cambuk yang merobek-robek hatinya.

Albert, yang baru saja selesai menyediakan hidangan, melangkah menuju ke ruang tamu dengan niat untuk mengajak Raqnid makan. Begitu tiba di ruang tamu, pandangan Albert tertuju pada Raqnid yang hanya berdiri diam di depan televisyen. Mungkinkah anak ini tidak pernah menonton televisyen? Albert mendekati Raqnid dengan langkah hati-hati dan menyapanya dengan penuh kelembutan dari belakang.

"Raqnid, makanan sudah siap. Mari makan!" Albert merasa heran ketika Raqnid tidak memberikan respons atau berganjak dari tempatnya. Albert memandang kaca televisyen, cuba melihat apa yang membuat anak itu begitu terpaku.

Albert terkejut dengan isi berita yang disiarkan. Bagaimana mungkin sahabatnya mabuk saat memandu? Albert tidak percaya pada berita tersebut..

Albert kemudian menatap wajah Raqnid. Jika dirinya saja tidak percaya pada berita itu, apalagi seseorang yang terlibat langsung dan mempunyai pertalian darah dengan orang yang disebut dalam berita itu. Pasti Raqnid merasa sangat marah dan terluka melihat berita yang tidak benar tersebut.

Seperti yang dikatakan, ekspresi wajah anak itu sungguh menakutkan. Albert mengambil alat kawalan jauh daripada tangan Raqnid dan mematikan televisyen. Tanpa diduga, Raqnid segera bersuara.

"Pakcik, apa yang patut kita buat pada orang yang menipu? …
Dan bagaimana kita nak balas dendam kepada orang seperti ini!" tanya Raqnid dengan suara yang begis.

Adakah ini persoalan yang sepatutnya terlontar dari bibir seorang kanak-kanak berusia enam tahun? Sepatutnya kanak-kanak tidak patut mempunyai pikiran yang sedemikian. Apa yang dia alami sehingga berpikir sedemikian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience