Kring! Kring!
Telefon berbunyi, Raqnid yang terlantar di katil pada hari minggu pun terjaga akibat bunyian itu.
"Uhh, siapa telefon aku pagi-pagi buta ni?" Raqnid merungut lalu manggapai telefonnya.
"Hello!" jawab Raqnid.
"Raqnid!" terdengar seperti suara yang merintih dalam kesedihan.
"Ni, siapa?"
"Raqnid, ni aku! Alice."
"Uhh, Alice! Ada apa?"
"Tolong aku!" merintih Alice.
Raqnid pun pergi bertemu dengan Alice di sebuah pasar raya. Alice yang menunggu Raqnid di sebuah kedai yang menyajikan manisan.
Tiba sahaja Raqnid di kedai tersebut, dia menyapa Alice yang tidak sedar akan ketibaannya dari belakang.
"Alice!"
"Raqnid kau datang—haishh!" Alice menoleh ke arah Raqnid dengan wajah gembira namun setelah itu wajahnya terus menjadi kusam.
"Kenapa kau bawak budak dua ekor ni!" marah Alice.
"Yo, Alice!" Kiel sambil melambai tangan.
"Hah! Kau ingat kami teringin sangat nak habiskan cuti kami, jumpa kau!" balas Doug.
"Kau diam loner! Aku bercakap dengan Raqnid." jawab Alice dengan serius.
"Lolo–loner!" terkedu Doug mendengar kenyataan itu.
"Haih, kau ni nak marah-marah kenapa? Bersyukur laa ni aku datang." ujar Raqnid.
"Masalahnya kau bawa dua ekor ni apasal. Aku suruh kau datang sorang je."
"Aku bawa dua orang untuk keselamatan aku."
"Keselamatan?"
"Hehh, kau ingat aku percaya sangat ke dengan suara menangis kau tu! Aku berpikir panjang tau sebelum datang sini. Apa yang dia/(Alice) nak buat kat aku? Dia nak culik aku? Dia nak jual aku? Dia nak bubu—nuh!"
"OI, kau ingat aku ni apa hah? Mafia! Boleh tak, kau percayakan aku sikit."
"Dah tu, kenapa Lina ada kat sini?" soal Raqnid.
"Ahh! Uhmmm!" Alice memandang ke tempat lain.
"CEHH! KAU PUN TAK PERCAYA DEKAT AKU!"
"Mana ada laa! Ayah aku tak bagi keluar sorang-sorang." ujar Alice.
"Sudah laa kau! Kau ingat aku percaya." jawab Raqnid lalu duduk di atas kerusi.
‘Urghh, apa yang budak-budak ni, buat kat sini?’ kata Aria dalam hati.
Aria juga berada di dalam kedai tersebut sedang menikmati kek kesukaannya. Ketenteramannya terganggu oleh pekerja-pekerja intern di syarikatnya. Dia berada di belakang Raqnid dan yang lain hanya dipisahkan oleh dinding yang nipis.
“Ok, sekarang cerita apa masalah kau? Call aku cuti-cuti ni.” soal Raqnid.
Alice kelihatan sukar hendak menceritakan masalahnya. Dia seperti teragak-agak. “Uhmm.. mmmm..”
“Oi! Cepat la!”
“Ya, ya! Sabar laa.. Kau tahu tak betapa susahnya, aku nak cakap dengan kehadiran mereka ni!” ujar Alice.
Aria pun mendekatkan dirinya pada dinding untuk mencuri dengar apa yang hendak diberitahu Alice. Raqnid dan yang lain pun menunggu apa yang hendak dikatakan Alice.
“Aku.. aku. Aku nak kau jadi teman lelaki aku!”
“Huh?” Raqnid mengeleng kepalanya keliruan begitu juga yang lain.
"Goug.. Goug.!" tersedak Aria dibuatnya mendengar kata-kata Alice itu.
Selepas beberapa seketika..
“EHHHH!” terkejut mereka mendengar kata-kata Alice itu.
“Tetete—man lelaki!” tergagap Raqnid dibuatnya.
“Alice sukakan Raqnid!” Kiel terhayal.
“Wahh, aku tak sangka benda ni boleh terjadi. Alice dan Raqnid! Bila? Takkan masa Raqnid uruskan dewan tu cinta berputik?” - Doug
‘Confession!’ - Lina
‘Apa yang aku baru dengar ni? Hebatnya, luahkan perasaan di tempat macam ni.. Tapi, kenapa hati aku rasa tak senang?’ - Aria
“Boleh tak korang jangan buat kesimpulan sendiri! Dengar dulu sampai habis.. Hurgh, ni sebab aku tak suka ramai-ramai.” ujar Alice.
“Ada lagi?” - semua orang.
“Aku nak kau jadi teman lelaki aku sementara je. Untuk harini je! Faham! Jangan teruja sangat. Aku tak buta lagi lah sampai nak jadikan Raqnid teman lelaki.” kata Alice.
‘Gerghh!’ Raqnid seperti ditikam-tikam apabila menerima kenyataan itu.
“Pfttttt, teman lelaki sementara! Raqnid! Pfttt!” Doug mempertawakan Raqnid.
“Hahh, masa bila aku teruja! Aku pun tak teringin laa nak jadi teman lelaki kau.” balas Raqnid menunjukkan dia tidak memperdulikan perkara tersebut walaupun realitinya dia sedikit tersakiti kerana terasa seperti diperlekehkan.
“Phew! Teman lelaki upahan rupanya. Ingatkan betul!” ujar Kiel.
“Kiel yang kau lega sangat ni apasal macam semua ni ada mengena dengan kau pulak!” kata Doug.
“Haha.. Betul jugak ehh!” jawab Kiel.
‘Pheww!’ hati Aria merasa lega selepas mendengar perkara itu.
“Kenapa aku? Kenapa bukan Kiel ataupun Doug?” soal Raqnid.
“Haish, kau perlu lagi ke, tanya soalan macam tu!” soal Alice.
“Mesti laa!” jawab Raqnid.
“Aku malas nak panjang-panjang cerita. Mereka dua ni lagi laa tak boleh harap.” jawab Alice.
“Jadi, aku lebih bagus laa daripada mereka berdua ni?” soal Raqnid sekali lagi untuk menyenangkan hatinya.
“Ya!” jawab Alice yang sudah meluat hendak menjawab pertanyaan mereka.
“Antara aku dengan Doug, kau pilih yang mana dulu?” Kiel pulak yang mengajukan soalan.
“Kau(Kiel)!” jawab Alice.
“Aku lagi bagus daripada Doug!” Kiel bangga diri.
“PFFTTT! Dengar tu! Kau pilihan terakhir Doug! HAHAHA!” Raqnid menepuk-nepuk belakang kawannya sambil ketawa.
Doug hanya mendiamkan diri menerima cacian rakannya itu.
‘Hebatnya, dia boleh pilih lelaki sesuka hati dia je!’ Aria kagum.
“Boleh tak korang jangan main-main! Aku serius ni!” ujar Alice.
“Hah, okey-okey! Apa yang kau nak suruh aku buat?” soal Raqnid.
Kemudian, Alice menceritakan hal sebenarnya. Kenapa, dia perlu ambil Raqnid sebagai teman lelaki sementara. 3 minggu yang lalu, Alice sudah berpisah dengan teman lelakinya tetapi teman lelakinya masih tidak boleh menerima kenyataan itu. Bekas teman lelaki Alice kerap kali menganggunya sehingga dia rimas dan tidak rasa selamat. Bekas teman lelaki Alice tahu saja dimana Alice berada menyebabkan Alice menjadi takut. Jadi, Alice mereeka cerita yang dia dah ada teman lelaki baru. Tetapi, bekas teman lelakinya tidak percaya dan memberitahu Alice untuk buktikannya.
“Taknak laa aku! Dengar macam lelaki psiko je! Tak pasal-pasal hinggap penumbuk di muka aku.” Raqnid menolak Alice bulat-bulat.
“Kau ni memang pengecut ya!” Alice melenting.
“Hah! Pengecut! Bila masa aku pengecut.. Aku cuma taknak cari masalah dengan orang gila macam tu.” jawab Raqnid dengan nada yang tinggi.
“Pengecut laa tu! Tak berani lawan balik ke?”
“Hah, elok sangat la tu.. Kau dengan bekas teman lelaki kau tu, dua-dua psiko.”
“APA KAU KATA!”
Alice terus bagun lalu menghayun penumbuknya ke arah Raqnid. Namun sempat ditahan oleh Lina yang berada di sebelah Alice. Doug dan Kiel pun cuba menenangkan keadaan itu.
“Mereka ni tak tahu malu ke?” Aria menundukkan kepalanya sambil menghirup teh kerana orang ramai sedang memandang ke arah mereka.
‘Huh, selamat Lina sempat tahan penumbuk Alice. Kalau tidak bersepai muka aku.’ kata Raqnid dalam hati yang terkejut dengan tindakan Alice itu.
“Sabar, Alice! Sabar!” - Doug, Lina dan Kiel.
“Dah la aku nak pergi tandas.” ujar Raqnid.
“Oi, kau nak lari mana hah!” Alice masih marah.
Raqnid masuk ke dalam tandas untuk menenangkan dirinya. Memandang ke arah cermin tandas, dia berfikir sama ada hendak menolong rakan seinternya itu ataupun tidak. Setelah 5 minit, dia keluar daripada tandas dan terserempak dengan Aria yang juga baru sahaja hendak masuk ke dalam tandas.
“Makcik!” terkejut Raqnid.
“Sshh! Sshh!” Aria menyuruh Raqnid diam. Dengan pantas, dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir, perlahan-lahan menekannya ke mulutnya.
Raqnid pun memperlahankan suaranya kerana tidak ingin rakannya dengar.
“Apa makcik buat kat sini hah?” bisik Raqnid.
“Aku yang patut tanya! Korang buat apa kat sini? Aku dengan aman nikmati kek kesukaan aku tiba-tiba korang datang buat kecoh.” jawab Aria.
“Bukan aku yang buat kecoh. Alice tu!”
“Hah, sudahlah! Aku tak nak dengar. Lebih baik kau pergi sekarang. Jangan libatkan aku dalam hal ni.”
“Mesti seronok kan makan sorang-sorang tanpa kawan! Tak nak ajak aku ke, tolong temankan.” Raqnid mengomel Aria.
“Takpa laa, lagipun aku tak nak makan dengan orang pengecut.” balas Aria lalu masuk ke dalam tandas.
Raqnid yang mendengar kata-kata Aria terus terkesima. Tiada kata-kata yang dapat dibalasnya kerana kata-kata Aria sungguh mendalam.
#####
“Jangan risau aku pun boleh jadi!” ujar Kiel.
Raqnid pun pulang ke tempat duduknya bersama rakan-rakannya. Dia dengan serius berkata “Baiklah, aku akan tolong kau!”.
“HUH?” semua orang bingung.
“Kau dah kenapa tiba-tiba ubah pikiran ni?” soal Doug.
“Kenapa? Tak boleh ke, aku nak tolong kawan aku! Aku tak pengecut laa!” jawab Raqnid walhal dia termakan dengan kata-kata Aria tadi. Raqnid tidak suka apabila dia dipandang rendah oleh Aria.
Alice masih tidak yakin melihat Raqnid dan dia masih marah akan hal tadi. Raqnid yang menyedari hal tersebut terus meminta maaf kepada Alice.
“Kau pasti nak tolong aku! Jangan kau nak ubah pikiran pulak lepas ni.” kata Alice.
“Ya, aku tak ubah pikiran!” jawab Raqnid.
Aria yang baru sahaja pulang dari tandas mendengar perbualan itu terus tersenyum lebar. Sekarang masalah Alice dapat diselesaikan disebabkan kata-katanya.
Mereka membuat latihan dahulu sebelum berjumpa dengan bekas teman lelaki Alice. Doug berlakon menjadi teman lelaki Alice.
Doug berjalan ke meja Raqnid dan Alice. “Alice!” Doug memanggil.
“Kenn!” sahut Alice.
“Jadi ini teman lelaki baru awak!” soal Doug sebagai Kenn iaitu bekas teman lelaki Alice.
“Ya, dia teman lelaki saya!”
Raqnid hanya terduduk di atas kerusi dengan wajah poker. Doug duduk berhadapan Raqnid.
“Siapa nama kau!” soal Doug sebagai Kenn.
“Raqnid!”
“Muka kau ni boleh tahan!”
“Terima kasih!” Raqnid menjawab seperti robot.
“Jadi, kau betul-betul cintakan dia!”
“Ya, aku betul-betul cincin.. cinn.. cinnnn” Raqnid tergagap-gagap kerana dia merasa begitu malu apabila hendak menyebut perkataan ‘cinta’.
Doug dan Alice terangguk-angguk hendak mendengar Raqnid menyebut perkataan cinta. Kiel datang membawa secawan teh.
“Cinnn.. cinnncin.. cintakan dia!”
‘YEAY!’ jerit Doug dan Alice dalam hati.
SPLASHH!
Secawan teh dibawa Kiel terus tumpah di atas pakaian Raqnid sebaik sahaja Raqnid berjaya menyebutkan perkataan ‘cinta’. Kesemua mereka terkesima melihat perkara itu.
“Ahh, maaf!” kata Kiel.
“ARGHHH!” jerit Alice lalu menarik kolar Kiel.
Raqnid hanya redo dengan perkarai tersebut kerana dia sudah penat selepas menggunakan tenaganya untuk menyebut perkataan ‘cinta’.
“KAU MEMANG SAJA KAN KIEL! KAU MEMANG SUKA TENGOK AKU MERANA!” jerit Alice sambil menarik kolar Kiel.
Kiel yang ditarik kolarnya hanya mampu berkata maaf.
“PFFTT! Ingatkan Raqnid hebat dalam semua perkara. Tak sangka pulak dia tak mahir dalam percintaan.. (tersenyum) Comel pulak bila difikirkan balik!” Aria ketawa.
Sekali lagi berlaku hura-hara dalam kalangan pekerja intern di syarikat Aria ini. Kini, hanya tinggal Doug dan Lina sahaja yang dapat memperbaikkan keadaan.
Alice terduduk, “Habislah, apa aku perlu buat sekarang?” mengenang nasibnya. Kiel yang melutut di depan Alice berkata, “Maafkan aku! Biar aku yang gantikan Raqnid”.
Mendengar ucapan Kiel membuatkan Alice marah kembali, “Kau ingat kau boleh diharapkan ke!”, Alice menarik kolar baju Kiel.
“Aku boleh lakukan!” jawab Kiel dengan wajah yang serius.
Alice yang melihat wajah Kiel itu mula teragak-agak. Datang Doug memberi cadangan, “Apa kata kita beri peluang kepada Kiel untuk buktikan dirinya. Lagipun, kita dah takde pilihan lain.” ujar Doug.
Alice berfikir, Lina datang menghampiri untuk menguatkan cadangan Doug. Lina mengangguk kepalanya memberitahu Alice untuk menerima cadangan tersebut.
“Kiel! Pastikan kau buat yang terbaik, buktikan diri kau tu berguna.” ujar Alice dengan serius menerima Kiel sebagai teman lelakinya sementara.
“Baiklah!” Kiel bersemangat.
Doug datang mendekati Raqnid yang masih terkesima. Doug membawa Raqnid ke tandas untuk mencuci pakaiannya daripada air teh.
Masanya telah tiba untuk bekas teman lelaki Alice tiba.
Raqnid keluar daripada tandas melihat Doug dan Lina berada di meja lain memerhatikan Kiel dan Alice. Raqnid berkeputusan untuk tidak bersama Doug dan Lina, dia berjalan menuju ke meja Aria.
“Huh?” Aria terkejut melihat Raqnid datang ke mejanya.
“Seronok kau, ketawakan aku!” kata Raqnid.
“PFFTT! Maaf, aku tak boleh tengok muka kau sekarang. Kejadian tadi masih terbayang dalam pikiran aku.” jawab Aria.
Raqnid hanya membiarkan Aria begitu sahaja, dia tidak larat lagi untuk mencari pasal dengan Aria.
“Aku bukan pengecut!” kata Raqnid dengan nada yang perlahan membuktikan dirinya kepada Aria.
Aria memandang Raqnid sambil tersenyum, “Ya, kau bukan pengecut!” jawab Aria.
Kenn iaitu bekas kekasih Alice tiba ke kedai tersebut. Matanya merayau-rayau mencari Alice di dalam kedai. Sebaik saja, dia menemui Alice, dia terus berjalan menuju ke meja Alice berada.
“Wow, boleh tahan kacak!” ujar Aria memandang ke arah bekas teman lelaki Alice.
“Uhhh, kacak macam mana sekali pun kalau peragai hodoh tak berguna jugak!” kata Raqnid seakan-akan cemburu.
Kenn terus duduk di sebelah Alice tanpa pengetahuan Alice. Kiel tidak ada bersama Alice kerana dia pergi mendapatkan air.
“Hi, Alice!” tegur Kenn.
“Kenn!” Alice terkejut kerana Kenn muncul tiba-tiba.
“Jadi, mana teman lelaki baru awak tu? Tak jadi datang ke! Ataupun tak wujud!” ujar Kenn sambil mendekati Alice.
“Boleh tak awak jangan dekat sangat!” Alice menolak Kenn namun Kenn tetap tidak enggan berganjak.
“Tak guna punya jantan, berani betul dia bertindak macam tu di tempat awam macam ni!” ujar Doug yang panas melihat perkara itu.
“Mana Kiel pergi?” kata Lina.
“Hei, boleh tak kau bagun!” datang Kiel dengan membawa air. Wajah Kiel kelihatan begitu serius dan menakutkan.
“Apa! Siapa kau—?” Kenn menoleh ke arah Kiel lalu terkejut melihat Kiel yang berbadan sasa itu.
“Itu tempat aku!” jawab Kiel dengan tegas.
Kenn yang takut melihat Kiel terus bagun. Kiel pun duduk di sebelah Alice.
“Cayalah, Kiel!” Doug bersorak kepada Kiel.
Alice yang terkejut dengan personaliti rakannya yang tiba-tiba berubah menjadi seorang yang berbeza. Kiel yang mempunyai perwatakan yang gembira dan lurus bendul itu menjadi seorang serius menyebabkan Alice tidak tahu bagaimana hendak bertindak.
“Ahh, Kenn! Inilah teman lelaki baru aku. Nama dia Kiel!” kata Alice.
Kenn yang masih terdiri disitu terkejut mendengar perkara itu. “Teman lelaki baru awak, dia ni?” kata Kenn masih dalam keadaan takut.
Kiel memandang Kenn dengan ekor mata, “Ada masalah ke?” kata Kiel.
“Ahh, takde! Takde!” jawab Kenn ketakutan.
Kenn pun perlahan-lahan duduk berhadapan Kiel.
“Kiel, ini bekas kekasih saya, Kenn!” ujar Alice dengan senyuman.
“Selamat be–berkenalan!” Kenn tergagap.
Kiel langsung tidak membalas kata-kata Kenn itu malah dia memandang Kenn dengan pandangan yang lebih tajam. Kenn mula tidak rasa senang.
“Jadi, kau laa yang selalu ganggu baby aku!” ujar Kiel.
“Bababa—baby!” - Kenn
Berkerut muka Alice bila mendengar Kiel memanggilnya ‘baby’.
“SPIT!” tersedak Raqnid dibuatnya.
Meremang bulu roma Doug dan Lina mendengar apa yang dikatakan Kiel itu.
“Baby, betul ke dia yang ganggu U setiap hari?” ujar Kiel.
Pedih telinga Alice mendengar kata-kata Kiel itu namun apa yang boleh dia lakukan, ini semua hanya lakonan. Dia terpaksa teruskan lakonan tersebut. “Ya! Dia yang kacau I!” jawab Alice.
“Haha, mana ada saya ganggu Alice! Alice awak jangan macam-macam.” jawab Kenn yang sudah berasa dirinya dalam bahaya.
Kiel memandang Kenn dengan ekor mata sekali lagi. “Jadi kau nak kata baby aku tipu la!”
“Ehh, bukan! bukan!”
Kiel terus menarik kolar Kenn ke atas, “Berani ya kau!”, Kiel terus mendesak Kenn.
“Maafkan, saya! Maafkan saya! Saya janji takkan ganggu Alice lagi.” Kenn merayu-rayu memohon maaf.
Kiel menyegetkan kepalanya, “Kau pasti!” soal Kiel cuba menakutkan Kenn.
“YA! SAYA TAKKAN GANGGU ALICE LAGI! SAYA TAKKAN DEKATI ALICE LAGI! SAYA AKAN LUPAKAN SEGALANYA TENTANG ALICE!” kata Kenn dengan terdesak.
Kiel pun melepaskan kolar Kenn.
“Maafkan, saya!” - Kenn
“Apa kau tunggu lagi!” - Kiel
“Ehhh!” - Kenn
“Berambus laa!” Kiel mengembar Kenn.
Kenn berlari seperti lipas kudung keluar daripada kedai itu.
“YESS!” Doug bersorak kegembiraan.
“PFFT!” Raqnid ketawa melupakan segala apa yang terjadi padanya tadi.
“Seronok kau ketawa!” soal Aria yang senang melihat Raqnid tidak lagi murung.
Raqnid tersenyum lebar, “Tak laa seberani mana mamat tu!”.
‘HUH!’, Aria terkejut kerana dia terpesona melihat senyuman Raqnid yang begitu memikat, yang memancarkan kelembutan yang tak terduga. ‘Apa yang kau pikirkan ni, Aria!’, menampar pipinya.
“Huh? Dah kenapa dengan kau ni?” Raqnid kebingungan melihat Aria yang tiba-tiba menampar pipinya.
“Haha, takde apa-apa laa!” jawab Aria.
Doug and Lina datang berlari ke arah Kiel dan Alice untuk menyambut kejayaan mereka. “Bagus duh lakonan kau tadi, Kiel!” Doug datang memeluk Kiel dari belakang. Watak yang begis tadi terus berubah saat rakannya tiba.
“Hehe, mana ada! Biasa-biasa je.” jawab Kiel yang malu dengan pujian Doug itu.
Lina juga menunjukkan pujian kepada Kiel dengan menunjukkan jari ‘best’.
Kiel memandang ke arah Alice, menunggu pujian daripadanya. Alice yang masih terasa geli dengan panggilan 'baby', membuang perasaan itu lalu memuji Kiel atas bantuannya.
"(tersenyum) Terima kasih, Kiel!" kata Alice.
"Sama-sama, baby!" jawab Kiel.
"Garggghh, boleh tak kau jangan sebut lagi perkataan tu! Geli aku dengar!" meremang bulu roma Alice.
"Ya! Betul tu!" Doug juga menyokong kata-kata Alice sementara Lina mengangguk.
"Ehh, jangan laa serius sangat! Berlakon je kut!" jawab Kiel.
"Berlakon ada had dia!" Doug serius begitu juga Alice dan Lina.
"Baiklah!" ujar Kiel.
"Hahaha, jangan laa bersedih! Mari kita raikan kejayaan kita!" kata Doug.
"Mari!" yang lain.
"Kau tak nak sertai mereka ke?" soal Aria kepada Raqnid.
"Kau rasa? Perlu ke aku sertai mereka ataupun.. aku temani kau disini?" ujar Raqnid dengan wajah serius.
"Ehh?" pipi Aria mula kemerahan kerana keliru mendengar kata-kata Raqnid itu.
'Dah kenapa dengan budak ni? Tiba-tiba tanya soalan macam ni? Buang tebiat ke ataupun dia nak perkenakan aku? Soalan macam ni sangat berbahaya untuk jantung aku!' ujar Aria dalam hati.
Raqnid hanya memandang ke arah Aria menunggu jawapan daripadanya. Aria yang tidak dapat lagi menahan pandangan Raqnid ke arahnya terus menjawab, "Pergi laa dekat kawan kau, nanti mereka cari kau pulak!".
"Baiklah!" Raqnid bangun dan terus pergi tanpa teragak-agak.
'Dia serius ke tadi?' Aria mula meragukan pilihannya.
Share this novel