Chapter 7 - Ini Lebih Baik

Romance Series 7839

Keesokan harinya..

Raqnid tiba di pejabat seperti biasa. Dia terserempak dengan Aria yang sedang berada di dalam lif manakala Raqnid berada di pintu masuk bangunan. Raqnid kemudiannya melambai ke arah Aria. Aria sudah menyedari Raqnid sebelum Raqnid masuk ke dalam bangunan lagi. Aria terus menekan butang lif berkali-kali tanpa Raqnid sedar. Raqnid berjalan menuju ke lif, setelah itu pintu lif tertutup. Raqnid hairan dan mula berlari ke arah lif sambil melambai ke arah Aria. Sehinggalah dia tiba di hadapan pintu lif menekan butang lif, namun sudah terlambat kerana lif sudah bergerak ke atas. “Hahh? Aku pasti yang dia nampak aku tadi!” Raqnid terkesima. “Aku sorang je ke yang rasa, hubungan kami dah baik kemarin?” Raqnid meragui.

Sementara di dalam lif..

‘Hurrhhh.. Apa yang aku buat ni! Baru semalam jee dia berbaik dengan aku. Mesti dia ingat aku nak cari pasal dengan dia. Tapi, aku tak boleh berhadapan dengan dia selepas apa yang berlaku kemarin! Jantung aku berdegup kencang bila ternampak dia! Apa aku perlu buat ni?’ ujar Aria di dalam hati.

Raqnid pun naik lif yang seterusnya. ‘Mungkin dia nak cepat kut!’ Raqnid memandang ke arah yang positif. Tiba sahaja dia aras tempat kerjanya, Raqnid terus pergi membancuh air kopi dah teh untuk dihidangkan kepada pekerja lain. Dia membawa jag dan cawan ke ruang bekerja. Namun, seperti kemarin hanya tinggal beberapa pekerja sahaja di ruang tersebut.

“Yo, Raqnid!” sambut Doug. “Selamat pagi!” ucap Raqnid kepada rakan seinternnya. “Selamat pagi, Raqnid!” ucap rakannya. “Pekerja lain ada mesyuarat lagi ke?” soal Raqnid. “Ya, mereka ada lagi mesyuarat.” jawab Kiel. “Katanya ada pelan baru untuk produk baru mereka!” tambah Alice. “Ahhh, patut laa!” sambung Raqnid.

‘Heh, dia sibuk rupanya!’ Raqnid memikirkan kejadian di lif tadi. “Ahh, Lina kau tunjuk kat Raqnid gambar tu!” Doug menyuruh Lina. “Ya betul tu, Alice kata muka macam kau, Raqnid!” tambah Kiel.”Muka macam aku? Mana?” Raqnid melihat gambar yang ada pada telefon pintar Lina itu.

Terbeliak mata Raqnid dibuatnya selepas melihat gambar itu. “Macam mana Alice boleh nampak muka kau dekat situ sedangkan muka di gambar ni pun tak berapa jelas.” ujar Kiel. “Aku dapat rasakan je yang orang dalam gambar tu macam Raqnid!” jawab Alice. “Hah, kau dapat rasa! Kau ingat kau tuu bomoh ke! Dapat rasa.. Rasa..” perli Doug.

‘Gulp.. dia memang bomoh pun, Doug!’ kata Raqnid dalam hati. “Kalau tu Raqnid, siapa pulak perempuan yang tidur di bahu Raqnid tu? Kau rasa?” soal Kiel. Selepas Kiel menyoal soalan tu, Raqnid terus merasa resah. Badannya mula berkicap.

"Ummm, korang mungkin terkejut dengan jawapan aku ni! Tapi, aku dapat rasakan yang perempuan sebelah tu ialah bos kita!" jawab Alice.

"COUGGH!" terbatuk Raqnid dibuatnya.”Boss kita? Maksud kau puan Aria?” soal Kiel. “Ya, aku rasakan itu puan Aria!” jawab Alice. “Ehh, tak mungkin laa Raqnid keluar dengan boss! Boss pun benci dia!” ujar Doug. “Hmmm, betul jugak! Kalau betul pun takkan pergi tempat-tempat macam taman tema. Dah macam couple pulak.” beritahu Alice. “Hahaha, betul tu! Boss benci aku, kenapa pulak dia nak keluar dengan aku.” Raqnid cuba menyakinkan mereka.

“TUNGGU, gambar ni di taman tema!” soal Kiel. ‘Gulp! Budak ni apa lagi masalah dia!’ kata Raqnid dalam hati. “Raqnid, bukan ke ahad lepas, kau pergi ke taman tema untuk cuba roller-coaster! Kau nak buktikan kat aku yang kau ni tak gayat.” ujar Kiel.

“Gambar ni pun di post pada ahad malam!” buat pertama kali Lina bersuara. Kesemua mereka memandang ke arah Raqnid. “HAHAHA, ya betul tu! Aku pergi ke taman tema pada ahad lepas. Jadi kenapa? Korang jangan cakap yang korang percaya orang dalam gambar ni ialah aku. Tak mungkin aku ada awek sedangkan aku ni single. Tambahan pula perempuan dalam gambar tu, Alice kata puan Aria! Hah! Lagi tak masuk akal!” jawab Raqnid dengan panjangnya.

“Ummm, betul jugak!” kata Doug. “Entah, takkan puan Aria yang cantik suka kat Raqnid pulak. Banyak lagi lelaki lain!” kata Alice.

Walaupun sakit mendengar jawapan rakannya itu, tapi Raqnid merasa lega rahsianya tak terbongkar. “Wei, aku rasa—Uhmm!” sebaik sahaja Kiel bersuara, Raqnid terus cilikan mulut Kiel supaya dia tidak boleh berkata-kata lagi. ‘Dia ni kalau buka mulut mesti bagi masalah dekat aku!’ kata Raqnid dalam hati sambil mencilikan mulut Kiel.

####

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!" kata Aria kepada orang yang mengetuk pintu bilik pejabatnya. Alya pun masuk ke dalam bilik Aria. "Boss, tengok ni!" Alya menunjukkan telefonnya kepada Aria. "Huh? Apa?" Aria mengambil telefon Alya lalu melihat pada paparan skrin. Aria terkesima seketika melihat gambar dia bersama Raqnid tidur di atas bangku taman tema.

"Apa ni?" soal Aria berpura-pura tidak tahu. "Ehh, buat-buat tak tahu pulak! Tuu bukan gambar kau ke?" ajuk Alya. "Haha, gambar aku? Mana ada! Merepek laa kau ni." jawab Aria. "Siapa lelaki tu? Dia duduk mana? Kerja apa? Hensem tak?" soal Alya masih tidak percayakan Aria. "Ehh, kau ni! Tu bukan aku lah! Dekat mana yang kau nampak muka aku dalam gambar tuu hah? Aku tak nampak pun? Dah laah, aku nak buat kerja!" kata Aria menidakkan kepercayaan Alya. "Ummm, baiklah!" Alya keluar daripada bilik Aria dengan hampa.

Sebaik saja, Alya keluar daripada bilik Aria. Aria terus menggapai telefonnya lalu mencari gambar tersebut di laman sesawang taman tema yang dia kunjungi. "Hah, dah jumpa! Tempat pertama! Photo of the year!" terkejut Aria dibuatnya apabila melihat gambarnya dinobatkan sebagai juara gambar tahunan bagi taman tema itu. "Nasib baiklah, muka aku tak berapa nampak! Kalau tidak habis aku! Tapi macam mana Alya boleh tahu?" kata Aria. Aria sebelum menutup telefonnya, dia sempat menyimpan gambar tersebut di dalam storan telefonnya.

Di luar bilik Aria..

"Mencurigakan, aku pasti yang ini Aria! Scarf yang dia pakai tu, aku pasti yang itu ialah scarf yang aku bagi dekat dia masa birthday dia tahun lepas.. Ke aku silap.. Tak, tak! Aku pasti ini Aria, kau nak sembunyikan boyfriend kau ye, Aria! Aku akan cari siapa lelaki ni!"

Jam 7 malam..

Aria pun bergerak pulang. Namun setiap langkahnya berjalan ke lif diambil dengan berhati-hati. Dia berwaspada dengan sekelilingnya supaya tidak terserempak dengan Raqnid. "Ok selamat!" Aria berjalan menuju ke lif dan masuk ke dalam lif dengan selamat. "Hurghh! Dia dah balik kut!" Aria merasa sedikit kecewa.

Kekecewaannya tidak lama, dengan secara tiba-tiba pintu lif itu terbuka kembali. Terpapar wajah Raqnid dihadapannya menyebabkan Aria mula merasa gemuruh. Jantungnya mula berdegup kencang apabila melihat Raqnid.

"Yo!" Raqnid menyapa Aria lalu masuk ke dalam lif. Aria hanya terdiam keras seperti batu. "Apa yang kau buat tadi tu hah?" soal Raqnid. "Huh?" Aria keliru dengan soalan Raqnid itu. "Kau terintai-intai dekat lif tu, apasal?" soal Raqnid. 'Aduhh, malunya! Mesti dia ingat aku ni pelik!' Aria menundukkan kepalanya sambil tangannya menutup mukanya. "Heh, tak padan dengan tua!" Raqnid bergurau. Telinga Aria sensitif pada perkataan 'tua'. "Apa kau kata?" soal Aria dengan serius. "Apa?" Raqnid pun hairan melihat Aria. "Kau panggil aku apa?" soal Aria. "Ahh, tua!" jawab Raqnid dengan selambernya.

Suasana mula menjadi tegang. "Hahh! Aku tak tualah! Umur aku baru 30!" kata Aria dengan nada yang tinggi.

"Tua daripada aku!" jawab Raqnid. Mendengar jawapan Raqnid itu menyebabkan Aria mula merasa bengang. Kini jantungnya berdegup laju kerana marah. “Gerghhh, diam laa kau budak!” Aria pun keluar daripada lif setelah lif itu tiba di aras bawah. Aria langsung tidak menoleh ke belakang lagi. ‘Geramnya aku dengan budak ni! Macam mana laa aku boleh pandang dia sebagai seorang lelaki! Arghhh!’ jerit Aria di dalam hati. ‘Heh, dia dah kembali seperti biasa!’ tersengih Raqnid di dalam lif melihat Aria marah.

10 minit sebelum menaiki lif. Raqnid berjalan menuju ke lif dan terlihat Aria dalam perjalanannya. ‘Apa yang dia tengah buat tu?’ Raqnid melihat Aria berkelakuan pelik. Selepas beberapa seketika, Raqnid mula faham dengan tindakan Aria itu. Dia sedar yang Aria sedang mengelak daripada bertembung dengannya. Aria yang sebelum ini selalu mengejar lif, tetapi harini dia tidak, ini telah menjawab segala persoalan Raqnid. ‘Mungkinkah disebabkan kemarin?’ Raqnid berasa sedikit kecewa. Dia tak mahu hubungan dia dengan Aria terus begini, jadi dia perlu lakukan sesuatu.

‘Hmmm, ini lebih baik!’ kata Raqnid di dalam hati setelah menyakitkan hati Aria dengan sengaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience