Chapter 10 - Buli

Romance Series 7839

Penghujung hari pada minggu tersebut sudah pun tiba. Perkembangan dewan itu yang sudah hampir separuh siap menunjukkan kebolehan pekerja intern menguruskan tempat tersebut dengan baik tanpa bantuan pekerja berpengalaman.

Raqnid ialah faktor utama yang memberi impak besar kepada kelangsungan projek itu. Tanpanya, projek itu takkan sampai ke tahap ini.

"Mana Alice?" soal Raqnid kepada rakannya. "Entah, tak pernah dia datang lambat. Selalunya aku juara lambat." ujar Doug seperti memuji dirinya. "Haah! Lina kau tak tahu apa-apa ke?" soal Kiel kepada rakan sekolej Alice. Lina hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak apa lahh, mungkin dia ada hal tu!" ujar Raqnid lalu dia memanggil semua orang untuk berkumpul. Semua orang mula berkumpul di hadapan Raqnid menantikan apa yang hendak dikatakannya.

"Baiklah, semua orang dah berkumpul.. Seperti apa yang semua sedia maklum, saya dan rakan-rakan saya hanyalah pekerja intern di syarikat Aria Beauty. Walaupun begitu, kamu semua sanggup bekerja sama dengan kami selama tempoh seminggu ini. Saya dan rakan-rakan saya sangat berterima kasih kepada kamu semua. Kami pun tidak menyangka yang kami diberikan tugas yang sebegini walaupun kami hanyalah pekerja intern. Kami sangat berterima kasih kepada pekerja-pekerja dari Desire Design. Saya juga sangat berterima kasih kepada tuan Gank yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mengendalikan kerja ini.

'Beri tunjuk ajar, hehhh(tersengih)! Masa bilanya aku ajar kau.. Sebaliknya, kau yang ajar aku..' kata Gank dalam hati.

"Saya harap kita dapat kekalkan rentak kita sampai ke penghujungnya.. Mungkin, kerja kita pada minggu hadapan akan lebih baik daripada minggu ini kerana diurus oleh pekerja professional.. Sekali lagi, terima kasih!" kata Raqnid.

Mereka semua pun meneruskan kerja mereka seperti biasa.

####

Supervisor John bersama kumpulan design mula bergerak keluar dari pejabat untuk ke dewan melihat situasi di sana. Saat mereka hendak bergerak keluar, mereka bertemu dengan Aria dan Alya yang turut sama ke arah lif.

"Selamat pagi, boss!" masing-masing mereka berkata. "Selamat pagi! John kamu semua nak pergi ke dewan ke?" soal Aria semasa di dalam lif. "Ya, kami nak pergi ke dewan melihat keadaan di sana." jawab supervisor John. "Bagus, saya pun hendak ke sana!" tambah Aria.

Pekerja-pekerja Aria mula tidak senang hati apabila majikan mereka ada bersama meninjau keadaan. "Aku harap budak-budak intern tu tak rosakkan apa-apa dan laksanakan seperti apa yang ada dalam pelan." bisik Roi salah seorang daripada kumpulan design.

'Heh, tunggulah! Korang akan terkejut nanti.' ujar supervisor John dalam hati.

Mereka pun bergerak pergi menggunakan kenderaan yang telah disediakan oleh syarikat kepada pekerjanya yang bekerja di luar pejabat. Setelah 30 minit, mereka tiba di dewan tersebut.

Supervisor John tidak memaklumkan kehadirannya ke situ. Mereka masuk ke dalam dewan dan pekerja-pekerja lain sibuk membuat kerja sehingga tidak sedar akan ketibaan mereka.

Tanggapan pertama mereka sewaktu memasuki dewan tersebut sangat positif. Mereka melihat sekeliling dewan itu, perhiasan yang dibuat.

"Huh?" terpapar pada wajah Roi yang tidak berpuas hati dengan keadaan dewan itu. "Kenapa macam ada yang tak sama dengan pelan?" Roi bersuara. Salah seorang daripada kumpulan design yang memegang pelan terus membuka pelan. "Ya, memang lari daripada pelan! Sepatutnya, dekat sini(menunjuk pada dewan), macam ni(menunjuk pada pelan)."

"Sini pun sama!" kumpulan design mula menemui banyak hiasan-hiasan yang tidak menyerupai pelan.

'Biar betul, banyak betul yang tak sama. Apa yang kau buat Raqnid?' kata supervisor John dalam hati.

Gank yang baru sedar tentang kehadiran kumpulan design setelah diberitahu oleh pekerjanya terus datang menyapa mereka.

"Boleh saya bantu!" tegur Gank.

"Awak ni siapa?" soal Roi.
"Saya Gank daripada Desire Design."

"Jadi kamulah ketua?"

"Ya, saya!"

"Kenapa, ini! Ini! Ini! Ini dan ini! Tak sama seperti dalam pelan asal." Roi menunjuk satu per satu benda yang bercanggah daripada pelan asal.

"Maaf, Raqnid tidak maklumkan kepada tuan ke, perubahan yang saya hendak buat?"

"Perubahan? Takde pun!"

'Raqnid, langsung tak beritahu kepada mereka ni.' kata Gank dalam hati.

"Sepatutnya kamu lebih arif tentang hal ni. Kamu dah lama dalam bidang ni. Kamu patut tahu yang mereka ni hanya budak intern. Mereka takde hak buat keputusan. Mereka hanya budak mentah. Awak sepatutnya maklumkan kepada kami bukannya budak intern. Perubahan yang awak buat ni, telah merugikan masa dan duit kami." kata Roi dengan lantangnya.

'Hurghh, takde gunanya aku beritahu korang kalau korang langsung tak nak ambil tahu. Aku benci keadaan macam ni. Aku ingatkan kau berbeza Raqnid.' ujar Gank dalam hati yang kecewa dengan tindakan Raqnid kerana tidak memaklumkan kepada orang atasan.

####

"Oi, Raqnid! Gank kena marah! Cepat keluar!" Doug datang memberitahu Raqnid yang berada di dalam bilik.

"Apa! Kena marah! Dengan siapa?" Raqnid keluar lalu mengikuti Doug.

"Aku rasa mereka daripada kumpulan design." ujar Doug.

"Kumpulan design! Haish, kenapa mereka datang tiba-tiba. Supervisor Jones tak maklum apa-apa pun dekat aku tentang ni."

####

"Sekarang, siapa nak bertanggungjawab?" soal Roi dengan begisnya.

Gank hanya menundukkan kepalanya. Dia tidak dapat membuat apa-apa. Jika, dia salahkan Raqnid, itu dianggap perkara yang bodoh kerana dia sebagai pekerja veteran sepatutnya lebih tahu dan matang dalam membuat keputusan bukannya lepaskan kepada pekerja intern yang baru sahaja mula bekerja.

Raqnid tiba lalu membalas pertanyaan Roi itu.

"Saya yang akan bertanggungjawab.“ jawab Raqnid.

"Jadi kamulah yang uruskan semua ni?" soal Roi.

"Ya, saya! Saya yang mengarahkan mereka semua. Apa yang mereka buat berdasarkan arahan dan keputusan saya. Gank tidak bersalah. Gank hanya memberi idea. Saya yang memberi arahan. Saya yang benarkan Gank lakukan semua perubahan ni. Jadi, jika ada apa-apa salah, itu salah saya." ujar Raqnid.

"Heh, berani kamu cakap pasal tanggungjawab. Sekarang macam mana kamu nak bertanggungjawab? Beritahu saya!" soal Roi.

"Saya rasa takde apa masalah dengan hiasan yang ada pada dewan ni sekarang." jawab Raqnid.

Mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Raqnid itu membuat hati Roi membuak-buak kemarahan.

"Takde masalah kau kata! Hei, budak! Kau siapa hah? Sesuka hati nak ubah pelan ikut sesedap hati kau!" tenking Roi.

Raqnid langsung tidak goyah dengan tenkingan itu. Wajahnya kekal tenang. "Saya hanya membuat penambah baikkan!" ujar Raqnid.

"Penambah baikkan! Hahh! Korang dengar tu! Budak intern perbetulkan pelan aku! Lebih baik suruh budak intern buat pelan rekaan ni daripada suruh pereka landskap yang buat. Jimat kos! Tak payah bayar mahal-mahal. Kan senang!" bengang Roi dibuatnya.

“Saya rasa cadangan yang dikemukakan oleh Gank itu sangat bagus. Lihat hasilnya sekarang, saya rasa ia lebih baik daripada apa yang ada di dalam pelan.” Raqnid terus membuakkan kemarahan Roi.

Roi tidak dapat lagi menahan kemarahannya. “WOI, BUDAK!”

Sebaik sahaja Roi hendak melepaskan geramnya. Aria bersama Alya memasuki dewan tersebut.

“Boss!” supervisor John menyambut Aria.

“Gergghh!” Roi hanya bermain gigi selepas melihat bosnya datang.

“Hehh!” Raqnid tersengih.

Aria memerhati sekeliling dewan itu lalu tiba di hadapan Roi, Raqnid dan lain-lain.

“Boss, lambat sampai.” soal Roi.

“Maaf, saya ada hal lain tadi.” jawab Aria sambil melihat sekeliling.

“Boss, pasal dewan ni…”

“Cantik!” jawab Aria, tidak sempat Roi menghabiskan kata-katanya.

“Eh!” Roi tidak menyangka mendapat reaksi yang positif daripada bosnya. Dia baru sahaja hendak mengungkitkan hal itu kepada Aria.

“Nampaknya, boss suka dengan perubahan yang Gank lakukan. Jadi, ini tak menjadi masalah lagi laa kan.” Raqnid menjeling ke arah Roi.

'Grrr, Budak ni!' lagi panas Roi dibuatnya.

"Perubahan?" soal Aria.

"Ya, boss! Mereka tidak lakukan seperti apa yang ada di dalam pelan. Sepatutnya, dewan ini kelihatan lebih mewah dan cantik." jawab Roi selepas melihat peluang untuk membalas Raqnid.

"Jadi, semua ini bukan dalam pelan asal?" soal Aria sekali lagi.

"Ya, bos! Mereka pandai-pandai lakukan perubahan tanpa berbincang dengan saya dahulu!" jawab Roi.

"Betul ke, Raqnid?"

"Ya!" jawab Raqnid.

"Kenapa?"

"Sebab apa yang pada pelan itu hanya menggambarkan kecantikannya di atas kertas bukannya pada realiti."

"APAAA!" Roi melepaskan kemarahannya kerana tidak tahan lagi.

"Berani kau mempertikaikan kerja aku!" Roi tidak dapat lagi mengawal kemarahannya dan cuba untuk menyerang Raqnid namun sempat dihalang oleh orang lain.

"Macam lahh, itu kerja kau!" balas Raqnid dengan selamber sambil tersengih.

Roi menjadi semakin agresif setiap kali Raqnid buka mulut.

'Raqnid apa yang kau cuba lakukan ni? Takkan ini cara kau bertanggungjawab? Dengan memprovokasi orang atasan? ' Gank ialah salah seorang yang menghalang Roi, kecewa dengan tindakan Raqnid.

Pertelingkahan itu berlangsung selama 5 minit sehinggalah Aria bersuara. "BERHENTI!", semua mereka terus memandang kearah Aria. Riak wajah Aria begitu serius.

Aria lalu berjalan pergi, "Raqnid ikut saya, saya nak bercakap dengan kamu!", dengan nada yang serius.

"Habislah, kau budak!" Roi membalas.

Mereka berdua masuk ke dalam salah satu yang terdapat di dewan tersebut.

Aria pun di atas kerusi diikuti oleh Raqnid. Namun belum sempat Raqnid duduk, "Berdiri!", suara Aria tegas menghalang Raqnid daripada duduk.

"Harghh!" Aria menghembus nafas panjang. "Aku tahu, kau cuba buat yang terbaik untuk dewan ni! Tetapi ini bukan caranya! Melawan pihak atasan! Mengutuk kerjanya! Aku sangka kau arif tentang hal ini, Raqnid! Tindakan kau tu macam budak-budak kau tahu tak! Kau tak boleh sewenang-wenangnya mengubah kerja orang lain tanpa pengetahuan dia.. Kalau apa-apa yang berlaku, dia yang dipertanggungjawabkan bukannya engkau.." terukir pada wajah Aria, kekecewaan terhadap tindakan Raqnid.

"Aku tahu! Aku dah minta persetujuan tuan pelan sebelum melakukan perubahan." jawab Raqnid.

"Hah?" Aria tidak faham apa yang dimaksudkan Raqnid.

Krek.. Krek..

Pembesar suara tiba-tiba memainkan rakaman.

####

"Daniel kau dah siap belum, pelan untuk dewan tu?"

"Ya, tuan! Saya dah siap!"

"Bagus! Huhh? Ada satu kesilapan ni!"

"Kesilapan?"

"Haish, kau ni! Macam tak biasa, tukar nama dekat 'Design By' kepada nama aku."

"Tapi tuan!"

"Daniel! Kau kena tahu kedudukan kau dekat syarikat ni. Kau budak baru, masih banyak yang kau perlu belajar.. Aku buat semua ni untuk kebaikan kau, kau tahu pelan yang kau buat ni, aku yang tanggung akibatnya kalau apa-apa berlaku.. Jadi kau ikut je arahan aku buat masa sekarang. Sampai masa nanti, kau dah berpengalaman.. Barulah kau boleh letak nama kau dekat sini. Faham!"

"..."

"Faham tak, Daniel?"

"Fafa—ham, tuan!"

"Bagus!"

####

"Daniel yang lukis pelan dewan ni!" semua mula memandang ke arah Daniel.

"Suara lagi satu tu! Macam suara Roi!" mereka memandang ke arah Roi.

Roi mula pucat dan gelabah. Dia mula menidakkan nya.

"Jadi, bukan dia yang buat pelan tu!"

"Bukankah, ini jenayah? Mengambil nama atas kerja orang lain!"

"Aku tak sangka, Roi macam tu!"

Orang mula bergosip tentang Roi di hadapannya.

Manakala, Aria dan Raqnid masih di dalam bilik. Kesemua perbualan yang direkod, didengari jelas oleh Aria. Dia terkesima kerana dia tidak menyangka perkara sedemikian berlaku dalam syarikatnya. Dia memandang ke arah Raqnid.

"Sekarang giliran kau untuk bertindak sebagai seorang boss, Aria!" ujar Raqnid.

Aria kemudian bagun lalu berjalan ke pintu keluar bilik dengan riak wajah yang marah.

"Aria! Kawal kemarahan kau! Ingat, bertindak menggunakan akal bukannya emosi!"

Aria pun keluar daripada bilik tersebut, mengawal kemarahannya dan mula berfikir secara rasional.

Dia menuju ke arah Roi, belum sempat Aria berkata-kata. Roi sudah pun melutut merayu-rayu agar dia dimaafkan.

"Boss, maafkan saya! Saya tahu perbuatan saya itu salah. Tolonglah, jangan pecat saya!"

"Bukan daripada saya yang awak perlu minta maaf!" ujar Aria.

"Huh?" Roi beralih ke arah Daniel lalu memohon maaf kepadanya.

"Maafkan aku, Daniel!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience