Chapter 21 - Penyelewengan 5

Romance Series 7839

Pada hari minggu…

Kiel, Doug, Alice, Lina dan Aria mula bertindak menyiasat suspek. Mereka dapat menjejaki di mana suspek berada melalui maklumat yang mereka peroleh sewaktu bekerja di bahagian kewangan.

Kiel mengekori seorang pakar kewangan syarikat yang terkenal dengan keinginannya untuk melabur saham. Rakan sekerjanya selalu menceritakan bagaimana dia telah mendapat sejumlah wang besar untuk melabur. Dia juga sering mengajak rakan sekerjanya untuk melabur.

Doug mengekori seorang lelaki yang baru sahaja telah membeli kereta pada ahad lepas. Doug mengekori suspek ke kedai kereta kerana suspek baru sahaja hendak mendapatkan kereta barunya.

Alice dan Lina mengekori seorang wanita yang terkenal di syarikat kerana sering memakai barangan berjenama.

Aria mengekori seorang lelaki. Sewaktu Aria sedang mengekori suspek, dia tanpa sengaja terlihat Raqnid sedang menikmati makanan yang dimasuki oleh suspek.

“Wah! Kau kata sibuk.. Jadi ini kerja kau!” Aria kemudian masuk ke dalam kedai tersebut dengan memakai topi dan pelitup muka.

“Huh?” Raqnid pelik apabila seorang wanita tiba-tiba duduk berhadapannya. Adakah orang ini peminat rahsia aku? Pikir Raqnid.

Aria pun membuka sedikit pelitup mukanya, “Jadi ini kerja kau!”

Raqnid terkejut “Makcik! Apa yang kau buat kat sini? Bukan sepatutnya kau sedang menyiasat ke? Jangan cakap kau siasat aku?”

Aria tersengih, “Heh! Ya, memang aku sedang menyiasat dan dengan secara kebetulannya kau juga boleh berada dekat sini! Bukan ke kau kata kau sibuk?,”

“Aku sibuk laa ni.. Tunggu! Kau sedang menyiasat! Jangan cakap suspek ada dalam kedai ni?” Raqnid memerhatikan sekeliling.

Aria mengangguk kepalanya lalu menghulurkan penutup muka.

Raqnid kehairanan apabila dihulurkan penutup muka, “Untuk apa? Aku bukannya kerja sekarang ni!” Raqnid menolak.

“Masalahnya, suspek kenal kau!” Aria menggesa Raqnid untuk memakai penutup muka.

“Haishh, kenapa cuti aku boleh jadi macam ni!” Raqnid tidak dapat menolak apabila mendengar kata-kata Aria itu, dia pun mengambil penutup muka lalu memakainya.

Selepas selesai suspek mendapat makanan yang dipesan, suspek pun keluar daripada kedai tersebut.

Aria mula bangun dengan berhati-hati lalu mengekori suspek, “Suspek dah keluar! Mari!”

“Baiklah!” Raqnid yang pada mulanya tidak mempunyai niat untuk bekerja pada hari minggu tanpa sedar telah terjebak dengan aktiviti ini secara tiba-tiba. Akibat terlalu kerap menerima arahan daripada Aria semenjak dua menjak ini menyebabkannya terbiasa mengikut arahan.

Suspek pun memasuki hospital berdekatan. Mereka pun mengekori tanpa putus dan Raqnid mula sedar tindakannya.

“Tunggu! Kenapa aku ikut kau?” Raqnid berhenti di hadapan pintu masuk hospital termenung.

“Huh? Ya tak ya juga, kenapa kau ikut aku?”

“Haish, kau laa ni!” Raqnid mengetap gigi menyalahkan Aria.

“Pfft!” Aria hanya tertawa kecil melihat pekerja internnya itu.

Selepas itu, Raqnid pun tiada apa hendak dilakukannya, semua perancangannya hari itu sudah pun terganggu , dia pun merelakan diri menyertai Aria menyiasat.

Suspek masuk ke dalam bilik wad hospital. Bilik tersebut merupakan bilik VIP. Raqnid dan Aria hanya menunggu di luar kerana tidak mahu terserempak dengan suspek.

Menunggu punya menunggu, sudah 2 jam suspek tidak keluar daripada bilik tersebut.

“Oi, apa yang lama sangat di buat dalam bilik tu?” soal Raqnid menyandar di atas seakan-akan mahu baring kerana terlalu menunggu.

“Entah, kenapa lama sangat? Apa yang di buat?” Aria pun mendekati bilik tersebut dan dia terbaca nama yang terpapar di luar bilik tersebut.

“Aminah?” nama tersebut seolah-olah

“Kenapa? Kau tahu ke siapa ni?” Raqnid berdiri di sebelah Aria sambil memandang ke arah nama di bilik tersebut.

“Tak silap aku, ini isteri suspek!”

“Apa! Jadi dia melawat isteri dia.”

Tiba-tiba jururawat lalu di laluan bilik tersebut. Aria terus menahan jururawat tersebut, menyoal tentang isteri suspek.

"Tumpang tanya! Boleh saya tahu pesakit ni, sakit apa?" tanya Aria sambil menunjuk ke arah bilik tersebut.

“Ahh, pesakit baru sahaja melakukan pembedahan pembuangan kanser usus!” ujar jururawat itu.

“Kanser usus!” Aria menekup mulut terkejut dengan perkara itu.

"Cik?" jururawat risau melihat keadaan Aria.

“Terima kasih!” Raqnid menjawab bagi pihak Aria kepada jururawat itu kerana Aria masih terkesima dengan berita itu.

Aria mula rasa bersalah dengan tindakannya, dia tidak berfikir perkara sebegini boleh terjadi. Dia

“Hurghhh, kau tak perlu rasa bersalah! Apa yang kau lakukan ni hanya satu daripada kerja kau." Raqnid cuba menenangkan Aria.

Setelah Aria menenangkan diri, dia pun membuat keputusan untuk pulang. Raqnid turut sama mengikut bosnya.

# # # #

Hari minggu berakhir…

Masing-masing diantara mereka berkumpul di dalam bilik perbincangan 2 untuk membentangkan hasil siasatan mereka selama 2 hari pada hari minggu. Seperti biasa, Kiel memulakan pembentangan mengenai suspek yang dia siasat.

“Hasil siasatan saya pada kedua-dua hari, saya mendapati suspek saya memang benar melakukan pelaburan yang bernilai tinggi di sebuah syarikat. Daripada pemerhatian saya, jumlah pelaburan yang dilaburkan hampir 50,000 ringgit.”

Doug pula membentangkan hasil siasatannya.

“Suspek yang saya jejaki baru sahaja membeli sebuah kereta model baru. Harga kereta tersebut dianggarkan berjumlah kira-kira RM280,000 dan dia telah membayar wang pendahuluan sebanyak Rm80, 000. Ini merupakan satu perubahan yang mencolok dalam gaya hidupnya.”

Giliran Alice dan Lina untuk membentang dan ini mengejutkan Kiel, Doug dan Raqnid apabila pembentangnya ialah Lina. Jarang-jarang sekali hendak melihat perempuan itu bersuara dan sekarang dia mahu membentangkan hasil penyiasatan. Siapa saja yang tak terkejut.

“Semenjak dua hari ini, kami banyak menghabiskan masa di pusat membeli belah kerana suspek kami kerap sekali membeli belah. Daripada tinjauan kami, suspek telah membeli beberapa barang mewah dengan jumlah yang agak besar. Ini termasuklah pembelian jam tangan berjenama dan perhiasan yang mahal. Nilai perbelanjaan ini adalah cukup signifikan, dan ini menimbulkan persoalan mengenai sumber dana yang digunakan untuk pembelian-pembelian ini.”

"Wow!" Ketiga-tiga lelaki di dalam bilik tersebut tergamam melihat gaya dan cara penyampaian Lina yang langsung tidak kaku dan lancar.

Sekarang giliran Aria pula untuk menerangkan hasil siasatannya. Aria pun menerangkan bagaimana hasil siasatannya yang mana suspek hanya menjaga isterinya di hospital. Setelah membuat perbincangan semula bersama, mereka bersepakat untuk membuang suspek ini daripada senarai. Sekarang hanya tinggal 3 orang suspek yang berpotensi menjadi penjenayah sebenar.

Walaupun petunjuk-petunjuk ini mencurigakan, ia masih belum mencukupi untuk membuat kesimpulan yang kukuh. Mereka tahu mereka perlu mencari lebih banyak bukti yang nyata sebelum mereka dapat menuduh sesiapa. Setiap petunjuk perlu dikaji dengan teliti dan setiap detail perlu diambil kira.

Seterusnya, mereka perlu mencari dimana datangnya sumber pendapatan yang dimiliki suspek sehingga mampu berbelanja dengan jumlah yang sangat besar dengan sekelip mata. Seperti minggu lepas, minggu ini mereka menghabiskan masa di bahagian kewangan mengumpul maklumat namun maklumat yang diperolehi tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan maklumat yang mereka peroleh pada hari minggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience