Chapter 8 - Ketua

Romance Series 7839

Raqnid tiba di pejabat seperti biasa. Aria juga tiba di pejabat pada waktu yang sama seperti Raqnid. Tidak seperti kemarin, Aria tidak lagi mengelak daripada bertembung dengan Raqnid. Kedua-dua mereka berada di dalam lif yang sama namun tiada sepatah perkataan pun dibualkan mereka. Tiba di aras mereka bekerja. Aria pun berjalan keluar daripada lif tersebut. “Elok-elok kerja!” Raqnid mengusik. Aria yang masih marah dengan Raqnid lalu mengjegil Raqnid dengan jegilan yang menakutkan kemudian langsung pergi. “Heh!” Raqnid tersengih.

Harini, Raqnid tidak pergi ke ruang rehat untuk membancuh air. Dia langsung ke ruang kerja kerana berkemungkinan pekerja lain sedang bermesyuarat lagi seperti kemarin. Sebaik sahaja, Raqnid tiba di ruang kerja, kelihatan Supervisor John bersama-sama rakan seinternnya yang lain. Raqnid berlari anak ke arah mereka, mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh supervisor John.

“Baiklah, kamu semua diberi tugas baru. Mulai harini kamu semua diarahkan untuk bekerja di dewan Milenia sehingga tarikh pelancaran produk baru kita. Kamu semua tidak perlu datang lagi ke pejabat untuk tempoh tersebut. Kamu semua diarahkan untuk memantau aktiviti perhiasan dewan untuk hari pelancaran nanti. Lantik seorang ketua diantara kamu. Pastikan ketua menghantar report ke meja saya di pejabat sebelum pulang. Itu sahaja! Ada apa-apa soalan?” ujar supervisor John.

“Saya sekali ke?” Raqnid mencelah.

“Hah, kamu sekali Raqnid! Untuk tempoh itu kamu dibenarkan untuk pulang seperti mana mereka yang lain.” kata supervisor John.

“Yess!” Raqnid kegembiraan. “Ada lagi soalan?” soal supervisor John. Kesemua mereka tiada lagi soalan. “Baiklah, kamu semua boleh bergerak sekarang! Ni dokumen tentang apa yang hendak dilakukan di sana. Nanti dah lantik ketua, beritahu saya. Semoga berjaya!” kata supervisor John. “Terima kasih! Supervisor John!” ujar mereka semua. Supervisor John pun pergi.

“Baiklah, biar aku yang jadi ketua—!” Kiel dengan sukarela melantik dirinya sendiri. “Tak boleh!” namun dihalang Alice. “Ehhh, kenapa?” soal Kiel. “Aku kata tak boleh! Tak boleh laa!” jawab Alice dengan garangnya. “Hmmm, baiklah!” jawab Kiel menurut perintah.

‘Cantiklah, Alice! Kalau Kiel jadi ketua, aku tak tahu masalah apa yang dia akan beri dekat kita nanti?’ kata Raqnid dalam hati sambil menggaguk kepalanya.

”Sabarlah Kiel, kau tu banyak sangat bawa masalah, nanti apa pulak yang terjadi kalau kau yang jadi ketua.” ujar Doug berterus terang.

‘Oi,oi! Tu bukan caranya menenangkan hati orang!’ kata Raqnid dalam hati.

“Baiklah, kalau macam tu Doug laa jadi ketua.” ujar Raqnid. “Ha, boleh! Boleh!” jawab Doug. “Tak bukan Doug!” ujar Alice. “Ohh, jadi kau ke, Alice!” soal Raqnid. “Tak!” jawab Alice. “Huh? Jadi Lina ketua?” soal Raqnid. Lina menundukkan kepalanya. “Huh?” Raqnid hairan. “Kau laa ketua!” jawab Alice. “APAA! AKU! HAHA! Jangan bergurau laah!” kata Raqnid melihat wajah Alice yang tidak langsung seperti bergurau.

“Ahh, kalau macam tu! Doug kau jee laa jadi ketua!” Raqnid cuba menyerahkan tanggungjawab itu kepada Doug. “Boleh, je!” jawab Doug. “Tak boleh!” jawab Alice.

“Lepastu, kau nak jadi? Aku tak mau jadi ketua!” ujar Raqnid dengan tegas. “Tak boleh, aku sibuk! Takde masa nak uruskan korang!” jawab Alice.

“Lepastu, aku ni tak sibuk! Kau tu sibuk dengan boyfriend kau je!” Raqnid mula bengang. “Ya, aku sibuk dengan boyfriend aku! Daripada kau yang takde kawan!” jawab Alice.

Kedua-dua mereka mula bergaduh. “Baiklah, kalau macam tu biar aku yang jadi ketuaa—!” Kiel mencelah. “KAU DIAM!” jerit Raqnid dan Alice kepada Kiel. “”Huhuhu!” Kiel tersakiti sekali lagi. Doug cuba mengubati Kiel, “Padan muka kau, itulah menyampuk lagi!” kata Doug.

PANGG!

Kesemua mereka terkejut mendengar tamparan yang kuat ke arah meja. Apa yang lagi mengejutkan ialah orang tersebut merupakan Lina. Lina yang selama ini hanya seorang yang pendiam dan pemalu.Tiba-tiba dia bertindak agresif menyebabkan yang lain menjadi takut. “Apa kata kita cabut undi!” ujar Lina. “Idea yang bernas!” jawab Doug.

Doug membuat satu kotak undian dimana nama yang diletakkan di dalam kotak tersebut hanyalah Raqnid dan Alice. “Baiklah, siapakah yang akan cabut undi!” kata Doug. Ramai bersetuju untuk Lina yang mencabut undi kerana dia tidak berpihak kepada sesiapa dan ini merupakan ideanya. “Detik-detik kebenaran!” kata Doug. Lina pun mencabut satu nama lalu diletakkan di atas meja supaya semua dapat melihatnya. Kertas tersebut pun dibuka, huruf pertama yang terlihat ialah ‘A’. Melihat huruf tersebut, Raqnid menjerit kerianggan kerana namanya bermula dengan huruf ‘R’. “Yahooo!” jerit Raqnid. Manakala, Alice kecewa dengan berita itu.

“Uhmm, Raqnid!” tegur Doug. “Apa?” Raqnid melihat ke arah Doug. “Maaf sebab menganggu keseronokkan kau, tapi kau yang terpilih menjadi ketua!” kata Doug sambil menunjukkan kertas yang tertulis ‘A. Raqnid’ kepada Raqnid. “Huh?” Raqnid terkesima. “YEAHHH!” Alice pulak menjerit keseronakkan. “APA NI!” Raqnid kemudiannya mengambil lagi satu kertas yang berada dalam kotak undian itu. Nama pada kertas yang tertulis disitu ialah ‘B. Alice’. “Arghhh, apa cara menulis kau ni!” Raqnid mencekek Doug. “Gorggh, mamama—aaaafkan aku!” jawab Doug.

Akhirnya, Raqnid terpaksa menjadi ketua bagi kumpulan mereka. Raqnid pun menghantar mesej kepada supervisor John memberitahu yang dia ialah ketua.

BEEP! Supervisor John mengangkat telefonnya melihat kepada mesej yang baru sahaja Raqnid hantar. Pada masa yang sama, Aria juga turut berada bersama supervisor John.

"Ada masalah ke John?" soal Aria. "Ahh, takde apa boss! Ni budak intern baru je bergerak ke dewan Milenia." jawab supervisor John.

"Ahh, siapa yang mereka lantik menjadi ketua!" soal Aria. "Ummm, Raqnid namanya!" jawab supervisor John.

"Raqnid!" kata Aria. "Ya, budak yang boss tugaskan untuk bancuh air saja tu!" ujar supervisor John. 'Boss, tugaskan budak intern? Mencurigakan!' kata Alya dalam hati yang turut sama berada di situ.

'Heh, dia yang jadi ketua ye!' Aria memikirkan idea yang menarik untuk membalas dendam kepada Raqnid. "Ada masalah ke, boss? Kalau boss tak suka saya suruh mereka tukar!" ujar supervisor John. "Huh? Tak! Tak! Saya okey je! Lagipun mereka yang pilih dia, mesti dia berbakat!" Aria sambil tersengih memikirkan rancangan jahatnya.

"Achooo!" Raqnid bersin. "Ada orang mengata pasal kau apa, Raqnid!" kata Doug. "Ummm, entahlah!" jawab Raqnid. Mereka semua berada di dalam bas menuju ke dewan Milenia. Setelah satu jam perjalanan daripada pejabat, mereka pun tiba di dewan tersebut.

“Wow, besarnya tempat ni!” Kiel teruja. “Mesti ahh, ni kan pelancaran produk baru Aria Beauty. Ramai pelanggan mereka akan dijemput ke pelancaran ni!” kata Alice. Manakala, Raqnid sedang mencari pekerja pejabat yang akan membimbing mereka disini. ”Jumpa tak, siapa-siapa?” soal Kiel. “Tak pun, sepatutnya mereka dah sampai dulu daripada kita.” ujar Raqnid. “Entah, mereka naik kereta kut!” tambah Doug. “Kita tunggu dululah mereka dekat sini.” kata Raqnid.

Setelah satu jam mereka menunggu, tidak ada sebatang hidung pun pekerja daripada pejabat mereka yang tiba. “Wei, Raqnid dah sejam ni! Takde siapa pun yang datang.” kata Doug. Kemudian tiba 2 biji lori. “Korang tu bukan syarikat yang akan menghias dewan ni ke?” Alice menuding jari ke arah lori-lori tersebut. “Haihh, mana mereka ni?” Raqnid pun menelefon supervisor John untuk memberitahu tentang ketibaan 2 biji lori tersebut.

“Hello, supervisor John!” - Raqnid

‘Ya, Raqnid!” - John

“Mana pekerja yang akan menguruskan dewan ni? Sebab orang yang nak menghiaskan dewan ni dah tiba!” - Raqnid

“Ouh, ya ka! Boleh kamu semua uruskan dulu untuk minggu ni, sebab pekerja yang ditugaskan untuk bersama kamu semua sedang sibuk sekarang!” - John

“Ehh, lepastu tu apa yang patut saya cakap dengan diorang ni?” - Raqnid

“Cakap laa apa-apa! Lakukan seperti apa yang terdapat dalam kertas pelan yang saya bagi tu.” - John

“Tapi, supervisor John—” - Raqnid

“Ok, saya sibuk ni.” - John

‘Teeettt!’

“Hello, supervisor John, Hello!” - Raqnid

Supervisor John meletakkan telefonnya sebelum Raqnid sempat menghabiskan kata-katanya. “ARGHHH, TAK GUNA!” jerit Raqnid sambil menggenggam kuat telefonnya. Terkejut rakannya mendengar jeritan Raqnid.

“Wei, Raqnid macam bengang je tu!” bisik Doug. “Entah, takut pulak aku!” bisik Kiel. “Ini mesti berita buruk ni!” bisik Alice. Lina hanya mengangguk apa yang dikatakan rakannya.

‘Ini mesti makcik tuu punya kerja kalau tak, takkan tiba-tiba pekerja yang sepatutnya ditugaskan memantau dewan ni sibuk!’ ujar Raqnid dalam hati. "Apa kata supervisor John?" soal Doug. "Dia suruh kita uruskan dewan ni untuk minggu ni!" jawab Raqnid. "APA! Untuk minggu ni, bukannya harini je!" terkejut Alice dengan nada yang tinggi. Raqnid hanya mengangguk kepalanya. "Macam mana kita nak buat, kita ni budak intern je!" Alice mengadu.

“Wei, Raqnid mereka datang!” kata Kiel. Orang membawa lori itu datang mendekati mereka.

“Kamu semua daripada syarikat Aria Beauty ke?” soal salah seorang daripada kumpulan itu mendekati Raqnid yang terlihat seperti ketua mereka. Raqnid pun datang menjemput orang-orang tersebut seakan-akan dia seorang pekerja sebenar.

“Ya, kami pekerja yang ditugaskan untuk bersama kamu semua untuk menyiapkan dewan ini.” kata Raqnid dengan yakinnya.

“Ouh, selamat berkenalan! Nama saya Gank, ketua kumpulan Desire Design.” ujar lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

“Selamat berkenalan! Saya Raqnid ketua untuk acara ini!” kata Raqnid sambil berjabat tangan dengan Gank.

“Ini ahli kumpulan saya yang akan membantu menyiapkan dewan ini.” Gank memperkenalkan rakan sekerjanya yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Perbualan antara kedua-dua pihak berjalan lancar sehinggalah Kiel datang merosakkannya. Sebaik sahaja Raqnid hendak memperkenalkan rakan sekerjanya, Kiel datang memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

“Hello, selamat pagi! Saya Kiel pekerja intern untuk syarikat Aria Beauty. Harap saya dan rakan seintern saya dapat membantu!" ujar Kiel dengan lantangnya.

Alice, Lina dan Doug menepuk dahi mereka dan berkata dalam hati,"Rosak!".

"Intern?" Gank terkejut mendengar kata-kata Kiel itu.

"Jadi kamu semua bukannya pekerja tetap Aria Beauty!" soal Gank sekali lagi.

"Uhhmm, macam ni! Untuk minggu ni kami yang akan bersama kamu semua menguruskan dewan ni disebabkan pekerja lain sibuk dengan hal yang lebih penting!" ujar Raqnid memberi alasan.

"Mereka hantar pekerja intern untuk kerja-kerja macam ni!" Gank mula kelihatan bengang lalu beredar daripada situ.

"Tunggu!" kata Raqnid.

"Ummm, aku ada salah cakap ke?" ujar Kiel kebingungan.

"Hurghh, ikat Kiel pastikan dia tak buat apa-apa lagi!" ujar Raqnid.

"Tunggu—Mmmm!" tidak sempat Kiel menghabiskan kata-katanya, Doug menangkap Kiel dan mengikatnya supaya dia tidak lagi boleh melakukan apa-apa.

"Apa yang kita nak buat sekarang Raqnid, mereka nampak marah bila kita cuba tipu mereka!" kata Alice dengan kerisauan.

"Biar aku bincang dengan mereka sebentar!" kata Raqnid lalu berjalan mendekati kumpulan Desire Design tadi.

“Boss, takpe ke kita biarkan pekerja intern uruskan dewan tu!” soal supervisor John. “Takpe, ini sebagai pengalaman untuk mereka.” jawab Aria. ‘Heh, padan muka kau Raqnid!’ Aria dalam hati. ‘Tak pernah aku tengok Aria lepaskan kerja pada orang yang tidak berpengalaman. Tambahan pula, kerja menghias acara pelancaran produk yang merupakan acara yang penting untuk syarikat. Pelik! Hmmm! Siapa pekerja intern bernama Raqnid ni!’ syakwa sangka Alya di dalam hati.

Alice, Doug dan Lina hanya memerhatikan Raqnid dari jauh. "Kau rasa Raqnid akan berjaya ke yakinkan mereka?" soal Doug kepada Alice. "Entah lah, tengok daripada gaya perbualan mereka nampak seperti berjalan dengan lancar." jawab Alice sambil mencekak pinggang.

Selepas 10 minit, Raqnid bergerak menuju ke arah Doug dan Alice bersama-sama Gank. "Oi, dia datang ke arah sini dengan orang tu lah!" bisik Doug kepada Alice. "Aku nampaklah!" jawab Alice.

"Doug, Alice, Lina mari kita mulakan kerja!" Raqnid pun berjalan masuk ke dalam dewan bersama Gank. Ketiga-tiga mereka terkejut dan tertanya-tanya bagaimana Raqnid menyakinkan Gank dengan begitu cepat.

Mereka pun masuk ke dalam dewan tersebut. Melihat daripada apa yang terdapat dalam pelan kertas. Raqnid pun mengarahkan kumpulan Gank berdasarkan kertas itu. Tugasan diberikan dengan lancar kepada setiap orang. Setiap orang memahami tugasan mereka masing-masing.

“Kadang-kadang aku macam tak percaya dengan kebolehan Raqnid ni!” kata Doug yang terpegun dengan cara Raqnid menguruskan perkara tersebut.

Doug dan Kiel diarahkan untuk menguruskan barang-barang berat. Manakala Alice untuk menjaga bahagian perhiasan dewan dan Lina untuk memeriksa PA system. Raqnid pula memperhatikan perkembangan setiap kumpulan dan memperbetulkan apa yang tidak menepati kertas rancangan. Bukan itu sahaja, Raqnid juga menyediakan makanan dan minuman buat pekerja-pekerja disitu.

Kerja mereka berlangsung sehinggalah jam 6 petang. "Baiklah, sampai disini sahaja kerja kita! Kamu semua dah boleh pulang. Terima kasih semua!" kata Raqnid. "Terima kasih!" pekerja lain pun turut mengucapkan terima kasih antara satu sama lain lalu beredar meninggalkan tempat tersebut.

"Raqnid, jumpa esok!" ucap Doug, Alice, Lina dan Kiel. "Ahhh, jumpa esok!" jawab Raqnid.

Kesemua mereka pun pulang ke rumah masing-masing manakala Raqnid terpaksa ke pejabat terlebih dahulu untuk menghantar laporan kerja harini kepada supervisor John. Setelah 40 minit berada di dalam bas, Raqnid pun tiba di hadapan bangunan Aria Beauty. Berjalan masuk menuju ke lif. Tiba dia di hadapan meja supervisor John yang sudah pun pulang ke rumah 50 minit yang lalu. Raqnid terus menulis laporan di atas kertas, setelah 10 minit laporan tersebut diletakkan di atas meja supervisor John.

Raqnid melihat ke arah jam yang terdapat pada telefonnya, perasaan geram dan marah timbul apabila melihat waktu yang hanya berbaki 2 minit sebelum pukul 7 malam. "Haishh, balik awal konon! Cehh, serupa jee pukul 7 juga aku balik." merungut Raqnid seorang diri di dalam pejabat itu.

Dia pun berjalan menuju ke lif dan terserempak dengan Aria sewaktu membuka pintu lif. Kedua-dua mereka hanya membisu di dalam lif tersebut sehinggalah Raqnid bersuara.

"Kau mesti seronok kan, harini dapat perkenakan aku." kata Raqnid sambil memandang ke arah Aria.

“Mesti laa, tapi aku lagi seronok nak tengok hasilnya nanti jumaat ni.” jawab Aria sambil tersengih ke arah Raqnid.

‘Geramnya aku orang tua ni!’ kata Raqnid dalam hati.

“Percayalah, kau takkan seronok tengok hasilnya nanti!” ujar Raqnid dengan yakinnya lalu keluar daripada lif setelah tiba di aras bawah.

Aria yang melihat keyakinan Raqnid itu mula merasa tidak sedap hati kerana dia tahu kebolehan Raqnid sukar untuk dijangka.

‘Haishh, budah tu!’ kata Aria dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience